Monday, May 27, 2013

30 Fail Perancang Kewangan Keluarga

Assalamualaikum wbt semua...=)

Lama tak bersua yek? Tak dapat diterjemahkan kesibukan yang melanda hujung minggu ni...Betul-betul rumah diserbu tetamu yang tak henti-henti datang membawa rezeki...Alhamdulillah! Seronok rasanya dapat melayan tetamu-tetamuku semua... ^^

Sebelum terus berkongsi, saya nak ajak semua pakat join GA "Jom Kemas Rumah Bersama!' yang masih berlangsung dan soon ended on 31.05.2013. Juga menangi Buku Mudahnya Mengemas Rumah! dengan menyertai GA yang ada diceritakan di S.I.N.I.

Meminjam semangat kawan kita nurulhuda tentang perkongsian sistem susunatur bil-bilnya yang diceritakan di S.I.N.I, maka saya yang dah lama nak buat benda ni pun merajinkan diri untuk mendapatkan hasil yang sama.

Langkah yang saya gunakan ada tiga iaitu pilih fail yang sesuai, labelkan, dan masukkan bil-bil ke rumah mereka.

Sebelum ni, saya pernah cerita juga tentang sistem bil-bil saya di S.I.N.I, cuma tak berapa terperinci dan sistem itupun, pada masa itu masih belum sepenuhnya praktikal lagi.

Kalau nak cerita tentang benda ni, dari awal kahwin lagi memang saya dah ada buat dah, masa tu guna buku tiga lima je...Sangatlah kecik dan tak efektif betul. Masa tu, belum bukak mata nak tengok idea-idea orang lain. Pakai idea sendiri je. Itupun rasa dah cukup bagus dah. ^^

Selepas dua tahun menggunakan buku tiga lima, barulah beralih kepada penggunaan templat yang lebih sistematik. Templat tu berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut tahun, sesuai dengan pertambahan perbelanjaan dan hutang di keliling pinggang...^^

Templat yang terkini yang saya gunakan sekarang, saya akan letakkan di Page 'Koleksi Boleh Cetak'. Kalau ada yang rasa bermanfaat dan nak gunakan, bolehlah download.

Untuk memperbaiki sistem yang ada, saya cuba pastikan apa yang perlu ada untuk mendapatkan sistem yang kemas, tersusun dan efektif.

Kemas maknanya semua bil-bil perlu kelihatan kemas dan tak terkeluar-keluar dari fail.

Tersusun maknanya semua bil-bil perlu disusun dengan baik untuk memudahkan mencapai objektif ketiga iaitu efektif.

Efektif maknanya sistem yang ada tu memudahkan kerja-kerja pembayaran dan penyimpanan maklumat SERTA memudahkan pencarian semula. Dengan harapan kalau ada apa-apa masalah kemudian hari seperti...

"encik tak bayar lagi bil bulan ni"

Maka dengan penuh yakinnya kita keluarkan fail kita dan tunjuk bahan bukti yang bahawasanya kita dah bayar...seronok kan? ^^

Sistem bil saya sebelum ni disatukan dengan fail perencana rumah yang pernah saya ceritakan di S.I.N.I (part 1) dan S.I.N.I (part 2), tapi as time goes by, saya rasa leceh nak ambil segebuk fail tu setiap bulan setiap kali nak buat pembayaran semua. Rasa seperti bulky sangat.

Untuk itu, setelah berkira-kira fail apakah yang lebih sesuai digunakan sebagai ganti, maka saya pun pilih fail seperti di bawah.


Fail ni saya pilih kerana ada lubang-lubang tepi tu. Tujuannya supaya walaupun terasing dari fail induk, tapi dia masih boleh disatukan pada bila-bila masa dengan fail induk sekiranya nak travel atau pindah atau sebagainya supaya tak hilang. Kalau tak ada lubang-lubang tu, maka tak dapatlah nak disatukan dengan fail utama kan.

Kemudian saya pilih jenis plastik boleh masuk kertas ni dan tak pilih yang punch punya sebab leceh nak punch setiap kali bayar bil. Banyak sangat kekdahnya bil-bil saya ni. Lagipun kaedah ni juga bertujuan mencapai objektif pertama iaitu kelihatan kemas. Kalau cuma punch nanti masih nampak serebeh sikit kertas-kertas bil tu semua, di mata saya.

{Nota: Bil-bil ni semua tak perlulah simpan sampai bertahun-tahun lamanya. Rasa-rasa dah cukup dua tahun, purging semua bil lama untuk kemasukan bil-bil baru. Kalau tak, mahu ada infiniti fail macam ni kat rumah! ;p}

Setelah pemilihan fail, langkah yang paling penting iaitu sistem pelabelan. Sebelum ni saya tak pernah labelkan, tapi tengok nurulhuda buat, dan nampak comel pulak maka saya pun nak buat jugaklah.

Tiru benda baik takpe kan? ^^

Label yang saya pilih sepeti di bawah.

Saya baru sedar yang saya sebenarnya AMAT-AMATlah minat dengan corak polka dot dan stripes...

Kemudian saya taipkan nama-nama bil semua guna komputer - tulisan sendiri tak berapa nak cun.

Dah siap, saya guntingkan...


...dan lekatkan pada fail.

Langkah seterusnya, saya kumpulkan bil-bil semua mengikut kelas-kelas mereka.

Dan masukkan bil-bil tu semua ke dalam rumah masing-masing.

Templat yang saya cakapkan tadi letakkan di muka paling depan sekali.

Dan hasil akhir...




...yang menjadikan saya a HAPPY mommy-wifey-accountant-of-the-house!

^^

Kawan-kawan geng semua, camne pulak sistem fail bil-bil korang? Marilah berkongsi bersama saya. Ada yang masih konvensional seperti saya? Simpan semua bil-bil ni instead of scan dan save dalam komputer? Saya masih belum rajin nak scan semua tu...Tapi maklumat pembayaran online ada disimpan dalam komputer. Itu printscreen saja. Ada yang guna cara lain yang lebih baik? Jom kongsi! ^^

 photo footer.png

30 comments:

  1. wah bestnya..saya baru mencari idea economy planner lepas baca buku ekonomi keluarga..tup2 keluar kat sini.boleh ikut lah ni..hehe
    sebelum ni letak dalam excel je.tapi susah juga nak kena on comp, baru boleh update..yg mcm ni tinggal tick aje..and letak date, and bukti pembayaran..tak sabar nak buat jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita!! haruslah share jugak lepas ni ek..ehehee ;)

      Delete
  2. kita org suami isteri mmg simpan dalam fail, dr bil bayaran kereta sampaikan ke bil taska anak hihihihi .. semua dalam rak .. mmg membantu senang cr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom cerita yana...berminat nk tahu jgk ni...=D

      Delete
  3. waa....syoknye...Gune clear fail utk cert tu kan...Harus tiru ni...Thanks for the idea.

    ReplyDelete
  4. Wah terbaik, tiru fizah plak laa

    ReplyDelete
  5. Kagum lagi dengan kamu fizah..;-)
    Saya pun ada system filing...gedebuk dalam satu file putih tebal diasingkan dengan document separator colorful tu... Dah 5 tahun menfiling dah ada 3 file dah... Belum rasa nak superseded mana2 yang lame punyer..rasa sayang lak..hihihi

    Apa2 pun cara kita, filing system sangat lah penting... Senang nak refer balik kalau ada masalah2 pembayaran kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh...3 file? byk tu diana..tp somehow sy jgk syg nk buang bil2 lama ni..mgkn perlu simpan setahun satu kut...eheh

      Delete
  6. Idea yang bagus...nampak kemas...

    semua bil saya, saya masukkan dlm file. Kemudian file tu masukkan dlm box..klu nak cari segala bil...cari saja dlm box yang saya dah labelkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah idea bgs jgk ni...box cmne tu mamarizqin? ceciter...

      Delete
  7. Cara saya, selama tiga tahun bil bil letak dalam fail yang ada banyak compartment tu. Lepas tu labelkan.. Sekarang bil tak banyak lagi. Masih boleh simpan dalam satu fail..heehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah penah guna fail ada compartment tu...tp asek terkeluaq pasal bil byk kan...jadik bertukar terus! =)

      Delete
  8. sue punya masih kelam kabut lagi.nanti tekad nak buat jugak.idea fizah best!

    ReplyDelete
  9. Terbaik!
    Mmg tak rajinla daku wei. Bil pun tah memana ku letak. Yg latest, sepit kat pintu, dh byr ltk je dlm laci. Kehkehkeh. Awal2 dulu rajin, now makin bykbil makin poning. Hahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penim weh nk carik balik..jenuh! tu pasal wat2 rajen..ekeke ;p

      Delete
  10. JOM TEMPAH HEADER BLOG DENGAN SAYA
    JUST RM5 DAN RM3 SAHAJA

    NI LINK BLOG SUE
    http://suesukasusun.blogspot.com/2013/05/header-murah-rm3-dan-rm5-sahajacepat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah kengkawan semua..jomla sokom umie sue! da bukak bisniz kawan kita soram nih..!! ahhhhh..apa yg aku duk huruf m semua nih...urghhh...;D

      Delete
  11. Salam Fizah

    So systematic! I like..:)

    Kt London ni bil2 sume thru internet je so dah lama dah la ktrg tak dapat bil2 yg melalui pos hehe..klu kt Msia dulu bil2 ni letak kt tempat surat je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi best jgk guna internet kan..sini entah bila..internet pun semput..ahakz ;D

      Delete
  12. Hi..sy guna fail yg ade compartment..sgt berkesan n kemas..

    ReplyDelete
  13. Saya punya bil memang berselerak. Tak suka. Sebab saya dulu orangnya sangat kemas dalam bab susun atur. Sejak kahwin ni macam terikut pula dengan gaya suami. Haha. Until one day saya realize yang saya perlu berubah jadi seperti dulu. Mula google dan jumpa lah blog ni.

    Thanks dear for sharing the tips, knowledge and all. Tahniah. Moga post entry ni beri banyak manfaat lg kpd org lain juga. Salam perkenalan dari saya, Ifa. =)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...