Saturday, February 11, 2012

2 Part 2 Household Notebook Revealed

Ok, kita ke bahagian seterusnya ya murid-murid. Home Planner.


Selepas PhD Planner, antara yang saya rasa perlukan adalah Home Planner. Tapi dia macam misc pun ada jugak sebab bukan pasal 'home' sangat pun. Oklah kita proceed je dulu. Nama tu kemudian pun boleh tukaq.


Gambar di atas menunjukkan Rutin Harian. Sama seperti yang ada pada PhD Planner tapi yang ni ada sedikit ubahsuai contohnya hujung minggu beza rutin dengan hari kerja kan. Yang ditulis cuma rutin hari bekerja, jadi bila cuti tu saya tukar apa yang patut.


Ok, gambar atas ni pulak, yang sebelah kiri adalah Kalendar 2012 yang seperti juga di PhD Planner. Saya duplicate letak sini jugak sebab rasa macam renyah kalau nak selak muka surat depan sekali untuk tengok kalendar. Bila ada kat setiap part, senang sikit nak rujuk. Sebelah kanan tu tarikh-tarikh penting hari lahir keluarga, kawan-kawan, rakan sebulatan gembira dan ada juga tarikh annivesary kami. Saya suka planner saya yang ini sebab boleh tengok monthly view siapa punya birthday bulan ini. So boleh prepare beli hadiah.


Gambar di atas ni pulak kalendar untuk catatan yang bukan berkaitan PhD. Dulu-dulu semua benda saya tulis di kalendar yang sama. Means yang untuk study kat situ. Untuk lain-lain pun kat situ. Jadi penuh sampai tak boleh baca. Kali ni saya asingkan. Untuk bahagian ni, saya asingkan tiga perkara utama iaitu pen hijau untuk catatan balik kampung. Means minggu ni balik Melaka, catatlah berapa hari gitu. Persoalannya penting ke untuk catat? Bagi sayalah kan, penting sebab saya jenis hilang ingatan sikit. Macam contoh, bulan lepas saya ada balik Melaka ke tak ek. Ke balik Jelebu tak balik Melaka? Dan soalan-soalan seumpamanya. Dan saya tak berapa suka bila keadaan macam tu berlaku. Jadi, bila tulis saya selalu boleh rujuk.

Ada satu keadaan masa tu masih duduk Kluang, tiba-tiba semak ada saman pada suatu tarikh yang masa tu rasa-rasa macam tak pergi Melaka pun, tapi ada saman area situ. Jadi, nak taknak saya pun bayar jelah. Walaupun dengan hati yang berat. *Kan biasa dengar orang kena saman di tempat yang dia tak pergi pun waktu tu kan.

Pen merah pulak untuk walimah invitation. Hah, yang ni pun selalu hilang ingatan. Tahu-tahu dah lepas je majlis kengkawan. Sadis jek.

Lastly, pen hitam untuk misc. Contohnya ada nak pergi holiday ke, Family Day ke, etc.


Gambar di atas pulak untuk To-Do-List dan To-Buy-List. TDL ada untuk kat Bangi dan Melaka. TBL pun sama, ada untuk bahagian Bangi dan Melaka. Contohnya, bila balik Melaka apa nak buat, seperti bayar cukai tanah ke dan sebagainya. TBL pun sama, ada sesetengah barang saya suka beli kat Melaka dan memang untuk keperluan rumah Melaka contohnya organizer laci ke sebagainya.

Saya narrowkan lagi list ni kepada PS, TS, PL dan TL. Iaitu Penting Segera. Tak penting Segera. Penting Later. Dan Tak penting Later.

Saya suka buat macam ni sebab saya senang nak tahu mana perkara yang perlu didahulukan mana yang kemudian. Dalam PhD planner takde bahagian macam ni sebab semua yang penting dan segera saya letakkan dalam To-Do-List, seperti tulis jurnal ke, paper ke, buat presentation progress ke. Yang kurang penting masuk dalam bahagian-bahagian lain contohnya nak email tanya orang perkara yang tak faham ke sebagainya.


Gambar di atas ni pulak Wishlist List. Ada bahagian-bahagian kecil untuk wishlist ni iaitu untuk melakukan perkara-peraka bagi memperbaiki peribadi sebagai Muslim dari segi ibadah khusus dan umum, melakukan perkara-perkara berkaitan akhlak keluarga samaada merangkumi keluarga kecil sehinggalah keluarga besar, cara-cara menjadi millionaire (wah impian!), mula menyimpan untuk bla-bla-bla seperti nak menunaikan Hajj ke, pendidikan anak-anak ke dan sebagainya, cara-cara nak improve income (masih tak tahu lagi apa) dan akhir sekali My Internet info yang simpan maklumat website yang saya join.


Ok, ini contoh saya simpan folder pengajian supaya kemudian hari senang nak cari. Bahagian ni di PhD Planner sebenarnya cuma sebab hari tu belum ambil gambar ni jadi saya tumpang update kat sini. Saya masih menggunakan cara ni setakat ini, belum nampak ada apa-apa masalah. Ada satu software EndNote X4, saya baru tahu tentang tu dari kawan saya, Huda. Bagus untuk simpan segala reference kita dan mudah untuk rujuk kembali. Kalau nak, boleh cuba google atau untuk pelajar UKM search di Perisian Awam UKM. Sekian.

Anything you mind share with me back...? Sharing is caring! :))

2 comments:

  1. Sangat mencabar bila kan 2 list Bangi n Melaka. Ku y samapi sekarng still xbleh nk fokus antara kerja dan rumah. Bial ahl rumah aku pikir kat opis bila hal kat opis aku pikir kat rumah. Tapi bila sampi 1 masa y aku bleh pikir 1 benda je masa tu akan ku rasa organizing make me perfect. So masih mengimprove diri supaya hidup lebih teratur..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...