Tuesday, March 6, 2012

7 Mahu Menulis Juga

Walaupun rasa macam tak sempat, tapi saya gagahkan diri menaip blog ini. Lepas ni nak masuk tidur sebab menaip ni pun dengan mata yang seperti digam-gam.

Saya baca blog kawan-kawan semua, tapi tak setiap hari. Kadang saya taktahu apa perkembangan kalian. Kadang saya baca, dalam hati memberontak nak komen panjang-panjang, banyak-banyak tapi macam tak berkesempatan nak klik comments tu, tambah pulak kalau kena taip word verification sekali tu.

Sekarang, rutin harian saya sedikit meletihkan. Demi mengekalkan rumah yang kekal kemas, saya pastikan sebelum pergi kerja, rumah beres. Sampah siap dibuang. Sarapan tersedia di meja. Balik je dari lab, rutin saya bermula. Saya mula kemas rumah, lipat baju, basuh baju, sidai baju, kemas dapur, siapkan anak-anak. Saya melakukan ini semua setiap hari. Selesai semua biasanya dah waktu Maghrib. Lepas solat semua, barulah saya tengok laptop. Setakat ni, memang saya biasakan diri tak buka blog/fb di lab sebab saya perlu fokus untuk kerja. Jadi, memang kat rumah je saya ber'foya-foya'.

Yang menjadi masalahnya, waktu itu jugalah yang saya ada untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Siang dahlah saya takde dengan mereka. Malamlah diorang nak bermanja dengan saya. Rasa bersalah pulak bila berlama-lama depan laptop dan membiarkan anak-anak main sendirian. Jadi, selalunya saya boleh baca dan update blog bila suami saya ada kat rumah juga. Kalau tak, biasanya saya akan layan anak-anak.

Tadi Alhamdulillah saya dah cek status Zamalah saya. Ibu sukses! Walaupun tadi orang PPS tu kata hari ni dia nak bagi offer letter tu, tapi bila saya datang dia tak siapkan lagi, saya biar je. Malas nak marah-marah. Dah tengah good mood kan. Ngehngeh.

Saya kan, masa pergi Acheh dulu, pensyarah saya ada kata, kita ni biasanya akan dapat rezeki sebagaimana yang kita spend rezeki tu. Contohnya kalau kita dapat duit banyak, kemudian kita rajin memberi, beri pada kawan-kawan, beri pada keluarga, mak, ayah, kakak, adik, anak kakak, anak adik...dan semuanyalah, maka kita akan dapat sebanyak itu. Tapi kalau kita ni kedekut, hutang pun liat nak bayar, nak memberi jauh sekali, maka yang kita dapat pun akan sebanyak itu jugalah.

Begitulah yang dinasihatkan kepada saya sebab saya masa pergi tu, elaun kerja saya tertangguh dua bulan. Saya pergi dengan duit yang sekadar saja. Mungkin sebab itu (hati yang gundah gulana duit takde), Allah bukakan hati pensyarah saya untuk memberi mutiara kata yang berharga tu kepada saya. Kini saya kongsikan dengan anda semua, pembaca hebat! ^^

7 comments:

  1. Tahniah utk rezeki anda itu..sy tumpang gembira

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....dpt rezeki zamalah.;). hermmm, dgr tugas harian ko, same laa kite. tp aku kat lab, bukak blog segale.hahah...bile kat rumah mmg tak sempat aa nk bukak laptop. buat keje rumah+layan ank2. tenage cukup utk tuh SAHAJA.:(..good luck itu kamu.jgn jadi cam aku

    ReplyDelete
  3. mekasih kak sarah. kena byk tny akk nih. almaklum senior sy. hihi

    take: amek supplement jom! hihi.

    ReplyDelete
  4. zamalah..wah hebat tu!
    tq for sharing kata2 berharga tu..memang tersangat betul

    ReplyDelete
  5. le'a antara sahabatku yg tidak pernah kedekut dan lokek. suka memberi..lebiu dear!

    ReplyDelete
  6. tahniah utk awak, kata berharga tu sgt la berharganya. jadual menjadi surirumah sgt padat. menguruskan seisi rumah dan rumah itu sendiri. sy pun dah rasa emak berkerjaya dan surirumah hujung minggu, mmg takde rest. in shaa Allah nnt kita kongsikan ye. keep it up Fizah.

    ReplyDelete
  7. tq cha! perlukan sokongan kawan2 yg memahami...;)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...