Sunday, March 18, 2012

8 Family Room Perlu Atau Tidak?

Assalamualaikum wbt buat semua. Selamat berhujung minggu. Amboi2 Puan Fizah dah tak ingat nak update blog ke? Oh tidak tidak. Cuman masa ndak mengijinkan. :P

Hari ni nak stori mori pasal organizing. Jeles kita tengok blog kawan kita yang gigih walaupun tengah sarat tu update cerita organizing. Makcik pun nak menyibuks jugaklah.

Kali ni nak cerita pasal family room. Korang semua masa beli rumah (atau yang bakal dan akan beli rumah) pernah terfikir tak nak ada satu family area? Khas untuk kita sekeluarga kecil sahaja meluangkan kualiti masa bersama.

Saya pernah menyewa dua buah rumah, satu di Bangi dan satu di Kluang. Perkara dan rutin harian kehidupan membuatkan saya memberi kesimpulan bahawa Family Room adalah perlu buat rumah kami.

Apakah takrifan Family Room itu? Hamek, siap ada takrifan segala. :P

Secara asasnya, FR ni sebuah tempat khusus kami sekeluarga untuk tergolek terlentang dan bersepah segala bagai. Yelah, budak-budak kalau dah mula memunggah mainan almaklum ajelah bagaimana ghopernyer...Jadi, FR ni akan ada tempat yang sesuai untuk ibu, untuk ayah dan juga untuk anak-anak.

Ibu biasalah, kena ada tempat nak internet surfing, semua benda nak di'google'nya. Ayah pulak lebih kepada televisyen. Dan kids, of course their play area.

Memandangkan kami masih menyewa dan belum duduk betul-betul kat rumah, jadi saya kemas secara kasar je supaya semuanya 'under control'. Idakler nampak cam gambar kat bawah ni lagi. Ngehehe.

BEFORE


Sesudah berkemas segala jadilah ia seperti di bawah pula.

AFTER


Fuh! 3 hari pulun tempat ni tau.

Mana taknya, segala bagai yang masa study dulu tak di'5S'kan. Biasanya S yang Sisih paling susah nak buat. Semua benda sayang nak buang. Akhirnya menjadi 'sampah'.

Bilik ni masih belum berfungsi sebagai FR, jadi nantikan entri kemudian-kemudian mana tahu ada sambutan mereka yang nak tahu camne rupa bilik ni kalau dah berjaya berfungsi sebagai FR nanti...Hehe.

Semua bahagian dalam kawasan ni masih perlukan dekorasi. Masih nampak tidak menawan kalbu! Ada apa-apa idea tak? Sharing is caring. :)

8 comments:

Mama Lynd said...

1. Apa da "KAWAN" ko. Bukak link ingat dpt geng organising yang baru.

2. Sukeeee... Warna rak PUTIH. Aku ssukeeeee.. Mostly blog organising more fokus to PUTIH. Rumah aku sume da terjebak ngan warna gelap. Dok cari idea mcamana nak dpt sentuhan PUTIH gak. Sukeeee dan jujur jeolous.

3. Suke combination berkonsep putih dan hijau.

4. Ku suke konsep family room. Waaa... Nak taip kat sini macam panjang. Nnt aku buat N3.

5. Sila la update lagi dan lagi dan lagi sbb susah nak dpt info berkonsepkan ke"tempatan"an. Asik tgk blog mat saleh je.

6. Ko buat aku hilang kawalan dengan BEFORE dan AFTER ko.

Fizah said...

haha, rasanya setakat ni kita berdua je yg gila organizing, lynd! atau lebih tepat gila organizing n blogging about it. :P

overall, i LIKE ur comment. panjang, bernas dan dalam bentuk point.

ok dear, meanwhile i PRAY everything is doing well for your coming baby! (sambil menunggu entri family room)

;>

Imaan09 said...

meh nak komen jugak..cantiknyeee..ok..itu je komen aku..huhu..rumah sewa, sungguh xberbaloi aku rasa melabur banyak2...hehe, bunyi mcm laa orang lain y duduk kan..kihkih..

Fizah said...

betul le'a, rumah sewa rasa takde mood je nak wak pape kan. apelagas, beli umoh lagi sebijik! :P

Mama Lynd said...

Beb, aku jumpa blog y ada skit2 pasal organising yang bercirikan tempatan. http://diaterimanikahnya.blogspot.com/ best gak.

Fizah said...

Mama Zila (http://www.blogger.com/profile/18126748602569343478)

March 29, 2013 at 10:58 AM

ada gak berangan nak buat family room macam ni...senang..budak-budak leh bukabang dalam tu..

Jasmin said...

Wp entry ni dah lama nak komen jugak heheheeh. Ayu suka rak yg ada pintu. So kalau bersepah pun tak nampak hahahaha. *nmpk sgt pemalas.


Btw, ayu baru follow blog fizah... boleh tau fizah sambung blaja apa.. Ph.D in what fields?

Fizah said...

ayu, fzh buat engineering..more kpd communication sbb buat antena..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...