Sunday, February 5, 2012

2 BB1M & In Car Planner

Dapat baucar buku 1Malaysia tu, kami tak lepaskan peluang. Terjah MPH dan cari sedikit buku untuk jadi bahan baca tahun 2012. Yang dapat baucar tu, encik suami. Sebab saya masih belum boleh ambil, memandangkan masih belum daftar pelajar. Ini buku yang berjaya disambar.

- Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
- Diari Hidup Rasulullah SAW
- Buku Resipi Mudah Untuk Kanak-kanak
- Animals (untuk anak-anak saya)


Kalau diikutkan banyaakkk lagi nak ambil, tapi suami saya nak peruntukkan untuk beli buku untuk Masters dia. Di MPH Alamanda Putrajaya tak banyak pilihan, jadi mungkin perlu terjah MidValley kut. Entahlah taktahu lagi. Untuk lain-lain buku ni suami saya cuma peruntukkan baucar RM 50 sahaja. Jadilah tu.


Ini pulak gambar penyejuk hati beta =)



Sayang adik!


Ini pulak planner saya dalam kereta.


Saya keratkan satu bahagian kecil kotak terpakai, tampalkan kertas yang siap diprintkan kalendar tahun 2012 dengan sedikit ruang untuk catatan, dan saya akan catat bila dan berapa isi minyak, beli susu anak sulung saya, beli pampers (err, pasal cloth diaper nanti cerita k -__-) dan akhir sekali tol. Empat perkara ni antara belanja paling memberi kesan kepada ekonomi kami. Saya catat untuk rekod dan trace belanja kami di tahap mana? Kritikalkah atau sedang-sedang sahaja. Ada empat warna pen, supaya senang nak tengok mana mewakili minyak, susu, pampers dan tol. Pen saya tu sebatang je, tapi yang ada empat warna tu. Tahu kan?

Nampak tak kat bulan Jan tu banyak catatan. Ha, tu sebab yang balik Melaka hari tulah. InsyaAllah lepas ni kena kurangkan balik. Sebab banyak dah fulus keluar untuk bulan satu lepas. Orait. Itu sahaja. Uols macamana pulak? Ada planner camni? Atau ada cara yang lebih baik untuk dikongsikan. Ayuh, sharing is caring. =)

2 comments:

Mama Lynda said...

Ku mmg monitor bab minyak. Dan ku baru perkenalkan diri sendiri dgn sistem envelope. Feb ku br nak mula. So tengok result br ku update. Untuk permulaan ku, ku mulakan dgn duit blanja masa kat opis. Peruntukan RM 200 sbln untuk makan semasa ditempat kerja. So xder la boros sgt berbelanja selain dr dapat kontrol makan. Heee. Diz month tgh buat restructure perbelanjaan dan next month bt sistem sampul untuk duit petrol plak. Dalam sampul kita bleh nmpk berapa bnyk balance untuk peruntukan bulan tu. I LIKE.

Fizah said...

lynd, mmg idea envelope ni penah tercetus di minda. tp yg paling merisaukan aku adalah TERguna ketika berlaku apa2 'kesesakan' dan TERlupa utk ganti balik. secara praktikalnya, belum pernah cuba, takut je lebih. mungkin ko blh bagi idea guane utk elak menggunakan wang dalam envelope tu atau apa2 idea yg berkaitannya. tq dear :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...