Monday, September 22, 2014

32 Home Binder 2015 Up For SALE!!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur tak terhingga dilapangkan sedikit masa untuk menyiapkan Home Binder 2015. Hati ni sangat teruja untuk kongsikan dengan anda semua hasilnya.

Sangat-sangat T.E.R.U.J.A - sehinggakan terpaksa hold sekejap entri garaj...!!

;D ;D


Ini kali kedua saya menghasilkan Home Binder ni. Bersusun cabaran untuk mendapatkan hasil akhir yang diimpikan kali ni. 

Banyak kali turun naik kedai, print berhelai-helai, semak setiap mukasurat dan inci helaian yang ada...penat memang penat tapi berbaloi!! Alhamdulillah.

Pertamanya, meh kita cerita sikit pasal front dan back cover Home Binder saya ni.


Kalau tengok Home Binder tahun 2014 punya, saya cuma gunakan klip dengan dua lubang sahaja untuk kepilkan semua helaian Home Binder. Cara tu agak tak praktikal untuk kegunaan jangkamasa panjang sebab kertasnya mudah nampak renyuk di hujung atas dan bawah.

Jadi, kali ni saya nak kepilkan Home Binder ni menjadi sebuah planner atau notebook yang biasa dijual di kedai, supaya tahan lasak. Nak pakai hari-hari kan.

Ada beberapa masalah di peringkat ni. Antaranya, nak gunakan kaedah binding yang macamana dan nak pilih cover depan dan belakang yang macamana. 

Banyaklah try and error, dan akhirnya saya memilih cara laminated wrapping paper sebagai pilihan terbaik yang menepati citarasa. Iaitu, dengan mencari wrapping paper yang comel, kemudian dilaminatekan dan dipasangkan spiral binding.

Laminated wrapping paper for front and back cover.

Spiral binding.... 

....yang CUN dan KEMAS!

Pemilihan saiz wrapping paper juga perlu betul supaya kertas kat dalam tu tak terkeluar daripada front dan back cover.

Kedua, meh cerita apa yang ada dalam Home Binder kali ni.


  1. Muka hadapan yang ceria mewakili harapan yang menggunung untuk tahun 2015 ;)
  2. Kalendar tahun 2015.
  3. Perancang bulanan, yang dimulakan seawal September 2014 supaya sesiapa yang nak beli awal tu boleh terus guna. Paling seronok kali ni saya ada buat tambahan tarikh Hijrah untuk memudahkan rujukan. Dan ada bahagian yang cukup selesa untuk catatan tambahan di setiap hujung mukasurat.
  4. Perancang harian, yang disertakan bahagian untuk merancang menu harian. Merancang menu nampak macam renyah tapi sebenarnya sangat membantu urusan para wanita yang cukup sibuk di luar sana.
  5. Helaian untuk tarikh istimewa.
  6. Helaian untuk catatan nota.
Saiz Home Binder ialah saiz A4 dengan orientation portrait untuk keseluruhan 81 mukasurat.

Muka hadapan - inspired by jen.

sheheart vs. iheart

;p

Suka sangat sebab jumpa tab siap bertulis bulan Jan-Dec untuk sisipan di perancang harian. Senang nak terjah ke bulan yang dikehendaki.

Muka hadapan yang ceria.

Dan spiral binding yang sangat jatuh-hati-melihatnya...;))

Diikuti kalendar tahun 2015.

Saya sengaja biarkan kalendar kali ni bebas daripada sebarang catatan cuti...sebab cuti tak sama untuk semua negeri. So, boleh tandakan sendiri ikut negeri masing-masing.

Selepas itu ada perancang bulanan. Sama macam tahun lepas punya cuma kali ni saya buat bentuk portrait supaya lebih praktikal. Dan ada dua bahagian untuk nota kaki - satu berjalur dan satu plain.

Dan yang menarik dan uniknya kali ni, saya turut sertakan catatan tarikh Hijrah di setiap tarikh Masehi.

Kemudian, kita ada perancang harian {start from Jan 2015} di mana setiap hari telah dicatatkan tarikh bersamanya. Ni design baru untuk tahun ni, tahun lepas takde.  

Perkara yang perlu dicatat di perancang harian dan bulanan adalah berbeza mengikut praktis tugas harian seseorang. Perlu kenalpasti perkara ni pada diri masing-masing supaya Home Binder {atau planner apapun yang anda miliki} boleh menjadi pembantu dan pengurus harian yang PRAKTIKAL, bukan sekadar terletak di atas meja tak berusik. 

Biasanya, saya catatkan deadline/to-do-list di perancang bulanan, manakala perinciannya saya tuliskan di perancang harian. Tak muat nak perincikan semuanya di kotak perancang bulanan.

Contohnya:

1. Tarikh conference yang perlu dihadiri saya letakkan di perancang bulanan. Manakala, persiapan kertas kerja, slide presentation dan kerja-kerja berkaitan saya perincikan di perancang harian.

2. Aktiviti homeschooling {seperti flash card hijaiyah, outdoor exploration, hafazan/bacaan etc} saya letakkan di perancang bulanan. Manakala persiapan bahan dan preparationnya saya perincikan di perancang harian.

3. Ada juga perkara yang hanya perlu dicatat di perancang bulanan seperti tarikh nak pergi seminar/ceramah/kuliah agama etc tanpa perlu perincian di perancang harian; vice versa.

4. Sekiranya perkara yang kita nak tulis tu hanyalah pop-up idea yang tak ada specific tarikh, contohnya idea untuk entri blog, saya lebih suka tuliskan di sticky note dan lekatkan di bahagian bawah perancang bulanan. Gunakan sticky note dengan warna yang vibrant supaya mudah nak cari semula nanti. Kalau taknak guna sticky note tapi nak terus tulis dalam kotak yang disediakan pun boleh, ikut keselesaan masing-masing. Boleh guna pen berwarna vibrant juga. 

Turut disertakan meal planning di hujung bawah perancang harian.

Selepas itu, kita ada mukasurat untuk tarikh istimewa.

Boleh catat birthday, annivesary, holiday etc...

Ada dua hari istimewa untuk kami di bulan November ^___*

Dan akhir sekali ada helaian untuk randomly notes.

Boleh letak sticky note kat page ni untuk to-buy-list kalau suka beli barang guna nota kecil. Nak gi kedai, bawak list tu je.

End of the Home Binder.


Siapakah yang wajar memiliki Home Binder ini?
  • Individu yang selalu sibuk dan perlukan 'pembantu' untuk kelancaran urusan harian.
  • Blogger yang sering dihujani idea secara spontan; binder ini boleh jadi tempat paling sesuai untuk memuntahkan segala idea tersebut.
  • Homeschooling momma; keperluan untuk mencatat aktiviti harian anak-anak secara tersusun boleh dipenuhi dengan kehadiran binder ini.
  • Pelajar; sangat banyak assignment dan deadline perlu dikejar, binder ini boleh bantu untuk fokus kepada semua perkara tersebut.
  • Working-at-home-mom; urusan bisnes seharian insyaaAllah lebih tersusun dan efektif dengan bantuan binder ni.
  • Individu yang sukakan simpanan data dalam bentuk hardcopy yang tak ada risiko 'crash' seperti data softcopy.

Berapakah harga Home Binder ini?

Pakej 1:
  • Softcopy.
  • Lengkap semua ada seperti diterangkan di atas.
  • 93 mukasurat.
  • RM25 sahaja!

Pakej 2:
  • Softcopy.
  • Boleh pilih templat sama macam tahun lepas iaitu perancang bulanan je, takde perancang harian.
  • 21 mukasurat.
  • RM10 sahaja!

Pakej 3
  • Softcopy & Hardcopy.
  • Sama serupa dengan saya punya, boleh pilih wrapping paper yang ada dalam koleksi saya.
  • 93 mukasurat.
  • RM100 sahaja! {Termasuk kos printing berwarna full pages, kertas, tabsbinding, cover depan belakang, laminate, postage etc}  

Bagaimana cara nak beli Home Binder ini?

WhatsApp :: 013-2068411

atau emel yuzai_angah@yahoo.com

Wrapping paper for front & back cover {Pakej 3 sahaja}:

UPDATE: Sebenarnya saya nak hadkan pembelian Pakej 3 ni sebab agak tak sempat juga nak turun naik kedai binding selalu. Tapi since ramai pula yang berminat dengan yang hardcopy version, maka saya akan luangkan sedikit masa nak buatkan jugak. Cuma mungkin saya akan pulun siapkan sehari atau dua hari dalam seminggu, kemudian terus pos. Di bawah ni wrapping paper yang ada dalam koleksi saya, korang boleh pilih corak mana yang berkenan untuk dijadikan front cover.

UPDATE: Selepas 9 Oktober 2014 ini, saya akan menetapkan hari Rabu & Sabtu sahaja untuk memproses Home Binder 2015 memandangkan masa yang cukup terhad untuk berulang-alik ke kedai binding setiap hari. Pembayaran yang dibuat pada hari Ahad-Rabu akan diproses pada hari Rabu minggu tersebut dan dipos terus esoknya. Manakala pembayaran pada hari Khamis-Sabtu akan diproses pada hari Sabtu minggu tersebut dan dipos pada hari yang sama melainkan kalau pos ofis tak buka, kita akan pos hari Isnin. InsyaaAllah akan sampai kat korang sekitar 1-2 hari bekerja. Mohon maaf di atas segala kesulitan.

UPDATE: Cover 1, 3, 4, 5, 7, 8, 11, 20, 24, 28, 30, 39 dah habis. Terima kasih sudi bermuamalah dengan kami. 

Kalau nak tengok contoh yang dah siap boleh terjah SINI.

Kalau nak jadi promoter dan nikmati 10% komisen jualan boleh terjah SINI.








Love,
Fizah.

 photo footer.png

32 comments:

Anum said...

cantiknya

Unknown said...

hi dear
i nak home binder nie.. tapi i nak pakej 1.. nak soft copy..

Siti Sharini said...

salam..menarik sangattt planner ni

Adila Khairy said...

Assalam, saya nak beli, tapi takde henfon hari ni, tertinggal dekat rumah... huhuhu... :(

Unknown said...

wah menariknye....kreatif la...

Fizah said...

terima kasih :)

Fizah said...

tq for payment dear, done e-mail :)

Fizah said...

tq...mehler cuba beli satu...he he he....

Fizah said...

Wslm wbt, done e-mail dear. :)

Fizah said...

tq..alhamdulillah...:)

UmmiQR said...

cantiknya...hbt fizah...

Fizah said...

tq UmmiQR...alhamdulillah..

zeratikah zainal said...

salam kak..masih buka order lg ke?

Fizah said...

Salam zeratikah...masih open dear...:)

nayfatimahrasyid said...

very praktical nie ;)

Fizah said...

tq dear...insyaaAllah blh dipraktikkan dgn baik :))

Unknown said...

assalamualaikum sis
kalau nak beli hardcopy je boleh?

Fizah said...

waalaikumussalam wbt, pakej 3 ke maksudnya? boleh.

whatsapp/emel sy ya..

Najiha said...

Assalamualaikum nak tanya... Hard copy sahaja berapa RM ?

Fizah said...

waalaikumussalam wbt..hardcopy sahaja mcm sy punya tu adalah pakej 3..rm100 including print-out 93 colorful pages, tab jan-dec, laminated wrapping paper for front and back cover, spiral binding to give sophisticated look, and postage...jika berminat blh whatsapp/emel saya :)

Anonymous said...

Salam sis...if nk beli pakej 1 atau 2, sis akan provide front page cover sekali tak?atau just dapat softcopy planner content je?

Syahirah said...

salam sis....if nk beli pakej 1 atau 2 je, sis akan provide front cover sekali x?or just sy just akan dpt planner content je?

Fizah said...

salam syahirah, pakej 1 n 2 softcopy only dear..front cover cuma utk pakej 3 shj sbb printout/hardcopy...:)

nurin khairi said...

ingatkan cover depan tu mmg plastik keras yang ada corak2.. rupanya laminate..cantik la!! semoga bisnes maju kak fizah

Fizah said...

spesel edition ni..only in susunatursioca...hahaha...;D

p/s sbnrnya habis idea dah..ni je blh terfikir...;p

adianiez AIDA said...

terbaik !!!

Fizah said...

tq sis..alhamdulillah

Anonymous said...

assalamualaikum puan
masih available lagi ke planner ni?

Fizah said...

waalaikumussalam wbt,

masih available..blh whatsapp/emel utk pakej yg diminati :)

Fazidawani said...

cantikkk

nurjannahnordin said...

wow..kreatif..sy follow blog ni..byk ilmu..tahniah!

Unknown said...

cantikkk...terus terpikat dgn blog ni... hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...