Wednesday, May 21, 2014

14 Sioca Delivery Melebar Sayap {lah sangat} ;p

Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya...sebenarnya...sebenarnya...saya tak tahu macamana boleh terjebak dengan dunia bisnes ni. Spontan je semuanya. Tak terniat pun masa buat blog SusunAturSioca ni dulu nak bisnes bagai. Tapi niat nak buat slot iklan tu adalah. Sebab tengok blog omputehs semua ada slot ni. Diorang punya slot iklan kemain mahal tau. Saya tengok satu bulan satu slot tu sampai USD150 pun ada. Masyuk sangat dah kalau macam tu...tak terjangkau akallah nak sampai begitu...-____-"

Tapi, semenjak saya mula tercetus idea nak buat Sioca Delivery untuk servis pembelian dan penghantaran barang Ikea, banyak pula lubang bisnes lain yang muncul.

Antaranya...ialah menjadi agen Anis Choc Moist Cake yang super duper lazat itu...!

Sebenarnya saya selalu je nampak kek ni kat Bangi. Sana diorang jual sampai RM7 pun ada. Tapi, saya memang penggemar kek coklat...tak kisah mahal pun kalau dah terliur memang beli.

Hari tu, kawan saya bagi rasa kek ni sambil cerita tentang dia jadi agen jugak. Saya saja-saja borak-borak tanya-tanya. Sekali dia bagi idea, Melaka tak ramai lagi agen. Cuba Fizah try.

Ahhhh....tak pernah terfikir pula saya nak jadi agen macam ni. Serius.

Tapi, sebab saya fikir tak susah kot nak jadi agen. Cuma ambil stok dan jual. So, saya pun ambil ianya sebagai satu cabaran.

Dan alhamdulillah tak sangka pula memang senang nak jual kek ni. Sebab kek dia memang menepati citarasa penggemar kek coklat. Kek dia sedap! Serius sedap! Saya yang jual ni pun dah dua tiga bekas masuk mulut sendiri. ;D

Kek dia kan...moist sangat...tak kering tau...memang moist lembab-lembab gitu. Rasanya dia tak bakar tapi kukus. Lepas tu lapisan coklat atas dia...fuhhh...camne nak cakap ek...sangat melimpah ruah coklat dia. Bila start melting, rasa penuh kot bekas tu dengan coklat. Coklat dia sedap, manis dan banyak...! Bila masuk mulut tu, rasa macam taknak telan. Nak biar je dalam mulut sampai dia masuk tekak sendiri. ;p Lepas tu taburan choc rice atas coklat tu, berterabur choc ricenyaaa. Punya banyak dia letak. Memang tak lokek. Patutlah kat KL dan Selangor glemer kek ni. Saya akui keenakannya! =)

Ni bukan nak promote sebab saya agen tau. Tapi memang saya nak bagitau kek dia sedap! Dah banyak bekas saya bagi orang cuba, untuk tester. Memang awal-awal macam tulah. Saya tak kira untung sangat tapi memang nak bagitau orang dulu yang kek ni super lazat! ;) Dan yang tester tu semua akan order pada saya paling kurang dua bekas. Alhamdulillah. :) Saya nak buat kek sendiri memang kadang jadi kadang tak. Jadi, jual kek orang lebih senang. Hehehe.

Agen Anis Choc Moist Cake Melaka

Agen Anis Choc Moist Cake Melaka

Agen Anis Choc Moist Cake Melaka

Agen Anis Choc Moist Cake Melaka

Agen Anis Choc Moist Cake Melaka

Agen Anis Choc Moist Cake Melaka

Kek ni sesuai sangat untuk makan sendiri, hadiah untuk kawan-kawan, berkat atau door gift untuk walimatulurus, hadiah hari lahir, sambutan annivesary dan macam-macam lagi. Saya tak jual mahal sebab area Melaka tak macam KL kan. Jadi, kalau nak beli sikit-sikit saya boleh bagi RM5 sebekas. Kalau ambil banyak boleh diskaun lagi.

Kepada mereka yang di sekitar Melaka dan Seremban tu bolehlah terus hubungi saya {013-2068411} untuk tempahan kek ni. Tak perlu tunggu lama. Sebab memang saya selalu restock kek ni. InsyaaAllah stok sentiasa tersedia. =)

Dalam pada makan-makan kek, jangan lupa objektif utama blog kita...jom apa...? ;)

 photo footer.png

14 comments:

  1. Replies
    1. betul sedappp....risau sgt asek teramek yg utk bisnes punya...hihi daya juang melawan nafsu sendiri namanya ni....;p;p

      Delete
  2. alahai.....x pasal2 kena cari agen kek ni kat KL....terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. keskeskes.....sori dear...tp u must try tau...gmbr je tak cukup tu...;p

      Delete
  3. Replies
    1. hihihi...loads of chocolatteeeyyyyyy....;))

      Delete
  4. alhamdulillah dengan limpah rezeki fizah. :) semoga berjaya dengan bisnes fizah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen...tq atas do'anya zura...:):)

      Delete
  5. wahhh...betul2 melebar sayap ni! akak selalu gak beli anis cake ni..mmg terbaeeek rasa nya...red velvet dia pon sedap!! sume sedap la...
    neway! gud luck fizah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak jaja!! :) red velvet lom penah try lg ni..hehehehe

      Delete
  6. wah..alhamdulillah..rezeki fiza tu
    #rasanakbisnessgaktapitaktahu
    kek tu mmg sedap, anak kita klu lalu tepi jalan yg ada iklan anis choc cake tu dh sibuk kata tu kek anis (budak kecik pun suka, mak budak lagila suka)

    ReplyDelete
    Replies
    1. #kitapuntaktahumainredahjeni ;p

      itula pasal..kitorang mmg layan abis kalu ngadap kek ni...berebut2...;p

      Delete
  7. wow...sy pon dah mcm teruja ngan cara fizah express the feeling mkn kek itu...ahaksss...by d way bangi kat ne yg juai ni fiza...xpernah perasan lak..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. suffiah try g kedai makan uniten...sy penah nmpk kat situ...rm7 sebekas...;)

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...