Saturday, June 1, 2013

22 Pemenang Giveaway Istimewa Mei "Jom Kemas Rumah Bersama!"

Assalamualaikum wbt semua...

Wahhh...lama betul Giveaway kali ni...tak sabar nak tunggu siapa pemenang-pemenang yang bertuah tu...^^

Tapi sebelum tu, suka saya nak mengajak kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kepada kawan kita Aty {Aku Bukan Bidadari} yang telah kembali ke rahmatullah...Innalilahiwainnailaihirojiuun. Al-Fatihah!

*

*

*

Ok, kepada yang menang, TAHNIAH diucapkan...! Kepada yang belum menang, harap bersabar ya sebab saya memang merancang nak buat banyak GA lagi...

Sebelum mengumumkan pemenang, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menyertai dan memeriahkan GA kali ni. Kesungguhan anda semua betul-betul menyentuh hati saya. Kehadiran blog-blog susunatur yang baru ala-tempatan betul-betul menggembirakan saya. Tu sebab korang selalu nampak saya komen blog diorang kan? Memang saya suka!

Perkongsian begini perlu untuk saya yang dahagakan idea susunatur bercorak tempatan. Kalau deko tu rasa macam dah ramai yang cerita tapi tentang susunatur masih belum begitu banyak lagi {pada pandangan saya}.

Tapi, unsur deko tu perlu jugak laa sebab kita manusia - suka tengok yang cantik-cantik...Maka teruskanlah berkongsi dengan saya ya... ^^

Tak lupa juga penghargaan cukup tertinggi buat penaja hadiah untuk GA kali ni. Penaja yang pertama, julung-julung kalinya di blog ini!



Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan yang diberikan, Faeza! Hasil kreativiti Faeza memang sungguh mengkagumkan saya! 

Sebab itu, hati saya berbunga-bunga apabila berjaya memenangi hadiah GA KufiArt! =)

Dan ini pulak hasil kajiselidik yang saya buat untuk dikongsi dengan anda.



Peserta GA kali ni seramai 22 orang dengan jumlah penyertaan kesemuanya sebanyak 66 entri!

Peserta paling awal join ialah ch@ yang telah membuat saya tersenyum sampai ke telinga!! Gigih saya baca entri beliau kala dinihari...

Dan lain-lain peserta yang memeriahkan GA ni...Asma, Diana, Fateha, Hayatie Hashim, ida, intanaziela, jaja norliza, Kemn Azmaili, lydia, Lyn Ezzara, Mama Lynd, Mama Rizqin, Nadt, NAS, nurulhuda, ryyhan kamarudin, Siti Fatimah, Sweet Tooth, sya ahmad, Umie Sue dan zurazura...

Anda semua telah menceriakan hari-hari Mei yang saya lalui. Terima kasih! ^^'

Ok...cukup panjang tak mukaddimah untuk menambah debaran korang semua?

ahaha ;D

Terus kepada pengumuman pemenang...

Eh kejap {hehe}

Sebelum tu, suka saya nak bagitau jugak, semua link entri penyertaan akan saya letakkan di Page 'Jom Kongsi!' untuk memudahkan rujukan kemudian hari. Senang-senang terjahlah...

Jadi...pemenang Giveaway kali ni dimenangi olehhhhhh...

*

*

*

*


Manakala, untuk hadiah tambahan pula
{saya target kalau lebih 50 entri penyertaan, nak bagi hadiah saguhati}
jatuh kepada...

*

*

*

*


Tahniah ya kepada para pemenang...!

Dan untuk kawan-kawan yang lain, jangan bersedih...cuba lagi di lain waktu, ok!...Anda semua tetap pemenang di hati saya! Jangan serik untuk join lagi! ^_^

Salam sayang ^^

 photo footer.png

22 comments:

ch@ said...

tahniah kepada pemenang. sgt teruja. terima kasih kpd yg klik2 tu, siap jd follower lg, terharu i tau. terima kasih byk2 sgt. terima kasih-terima kasih-terima kasih. :) love u all, happy organizing. Fizah, aku terhutang budi dgn kau, thanks buddy. love u sgt.

Asma said...

Tahniah pada yg menang :) seronok enter giveaway, rumah kemas dapat hadiah pula..nanti nak sponsor hadiah plak, kalo ada nak buat giveaway email akak yer fizah..

sweet tooth said...

Cuba lagi....cuba lagi.... :-)

Fizah said...

ah-ha cha dearie..lebiu too..!! xoxo ;)

Fizah said...

wahhh terharu sy kakakku..!!

insyaAllah dua GA lps ni da ada sponsor..but lps tu i will find u for sponsorship, definitely!! thanks for ur suppport! xoxo =D

Fizah said...

ah-ha sila..sila byk lagi ni..hehe ;)

Selvia Sari said...

Tahniah :D

Hayatie Hashim said...

Tahniah2 :) ...seronok dpt tengok entri lelain pasal organizing..byk idea leh dpt. :)

ANAK MAMA SAYANG said...

Tahniah pd pemenang...cantik susun atur ... Suka tengok...

Fizah said...

Tq selvia ;)

Fizah said...

Yeah..utk org nk masuk umh baru jgk ni..hihi

Fizah said...

itula, kita pon suke! =)

just azura! said...

Tahniah alls! Tang menang and tak menang semuanya adalah pemenang! Congrates! :)

Fizah said...

yeahhhh!..mode happy-happy je, ye dak? ;)

ryyhan kamarudin said...

Alhamdulillah

Thanks Fizah as penganjur, thanks kepada yg click!

Fizah said...

tahniah ryyhan! =)

Diana said...

Tahniah kepada pemenang...!! Confirm saya akan joint lgi...
Cuma sekarang x sempat lagi nk bercinta ngan blog2 kesayangan sebab ngah busy sesangat..hihih..nanti sempat saya joint ga hadiah bekas ikea tu tau??!! Best gak tuh..hiiihi

Fizah said...

jom diana jom!! =)

Siti Fatimah said...

Tahniah pada yg menang...N tahniah jugak pada yg join sebab saya suke bace semua entry yang ade..best. Kak Fizah, nanti buat GA lagi ye..memang best. Saya akan terus skong useha akak mengumpulkan idea2 tentang organizing ni. =)

Fizah said...

tenkiu SO MUCH dear for your loyal support!! =) you also won, tahniah!! =)

JaJa_NoRLiza said...

eeerrr...terlambat nak wish congrates pd semua pemenang..yg tak menang pon tak pe..tq fizah wat GA cani..sgt2 suka... tq pd yg klik2 pd entrty sy gak..jom kita memeriahkan lg dunia organizing kita!!! weehhhuuuuu!!!

Fizah said...

tahniah y'all...bile i nk rasa menang lak ni? ekeke ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...