Pertama sekali, saya nak berterima kasih kepada semua yang sudi menjayakan giveaway ke-3 kali ni...Masih banyak masa untuk join...Jom! Jom!
Bagi yang malu, segan dan sebagainya tu...janganlah berperasaan sedemikian...kerana percayalah saya pun seperti anda...Kita semua normal...Adakalanya masa terlalu mencemburui untuk kita sentiasa kemas dan rumah sentiasa tersusun, terutamanya kalau ada anak kecik kat rumah...sorang mungkin ok lagi...cuba dua orang...atau tiga...Kalau kita ni robot, memanglah rumah kita ni sentiasa cantik dan kemas sepanjang masa...iya dok?
Jadi, buangkan rasa malu itu...mulakan langkah..dan ‘Jom Kemas Rumah Bersama!’ :)
Kita ambil semangat semua orang, kumpul bersama dan mula berusaha untuk BaitiJannati.
Kedua, saya nak minta pendapat anda...ruang komen yang mana anda prefer? Embedded atau pop-up window? Mana yang mudah?
Ketiga, hari ni sebenarnya saya nak cerita pasal fungsi kertas pembalut hadiah...Sejujurnya, saya ni taklah kreatif mana...Cuma bila tengok-tengok idea orang, tercetuslah idea nak buat sendiri...Itulah pentingnya blog ni...untuk cilok idea korang...heheh
Hiasan dinding masa kat rumah sewa Bangi tahun 2012.
Perasan tak, kat dinding tu? Itu saya guna kertas pembalut hadiah je tu...Dan saya balutkan pada polistrin yang dibeli kat Cowboy. Polistrin ke nama dia ek? Yang macam gabus tu...yang kadang orang buat alas deko hantaran tu...Masa buat ni tak ambik gambar...al-maklum, Susun Atur Sioca belum lahir! ;)
Adni tengah khusyuk baca buku...tu beli guna BB1M tu...=)
Tak susah pun nak buat dia, cuma balut macam balut hadiah, kemudian lekatkan double-tape pada dinding...cuma, kelemahannya dia tak berapa tahan lama sebab gam kat double tape tu dah habis...jadi, kalau saja-saja nak deko atau main ngan anak-anak bolehlah guna idea ni.
Ini pulak meja/workstation saya masa tu...
Selepas disusunatur-dibersih-dikemas...
Masa ni masih pakai handbag sebab belum ada newborn lagi...
Perasan tak kotak oren-pink belakang modem P1 tu?
Dengan pembalut hadiah, saya transform kepada...
Kotak sama dengan rupa baru!
Kos yang murah untuk hasil yang W.O.W...!
Kertas balut hadiah ni jugak boleh juga dihiaskan dalam laci, untuk menghasilkan sudut pandang berbeza pada datarnya warna lama sebuah laci...(oh ayat...nyampahhh ;p)
Barang dalam laci...
Keluarkan...dan bersihkan laci yang berhabuk tu...
Lekatkan kertas pembalut hadiah dengan double-tape nipis...
Masukkan balik barang tadi...
Sedikit usaha untuk hasil yang....W.O.W...!!!
Workstation (atau sepatutnya studystation?) saya sekarang
{saya ada banyak idea nak susun atur semula area ni, cuma belum berkelapangan dan belum berkeduitan...hehe}
So stay tuned girls for M.O.R.E updates!
Apa cerita anda tentang kertas pembalut hadiah? Hanya sekadar balut hadiah...atau banyak fungsi lain?
Ada idea lain nak hias dinding?
DIY junkie? Atau prefer beli yang dah siap..macam kat KufiArt GA tu?
Jom kongsi!
