Tuesday, December 31, 2013

20 Tempat Gantung Kain Lap {Kain Buruk}

Assalamualaikum wbt,

Hari tu Ummu Shaima ada tanya pasal perkara ni.


Maka di sini, saya ambil kesempatan nak cerita camne saya uruskan kain lap {kain buruk} saya tu semua. Biasanya ada satu helai yang saya akan biarkan jadi kain basah untuk lap-lap meja, table top atau dinding dapur lepas memasak.

Sebelum-sebelum ni, saya cuma gantungkan saja di grill tingkap dapur. Seperti gambar kat bawah ni.

Sejujurnya, saya memang tak berapa menyukai cara ni sebab seboleh mungkin saya nak grill dapur bebas daripada apa-apa benda bergantung...saya rasa macam susah nak tengok pemandangan luar...

Maka, saya mencari solusi untuk masalah ni, dengan menggunakan penggantung Ikea yang dipasangkan pada kabinet dapur saya. 

Ilham daripada:

Thank you for the great idea, Jen! ;}

{bajet Jen baca laa niiii......ha ha}

Lebih mudah bila ada 'rumah khusus' untuk letak kain buruk ni...

Kena perah kering dulu kain tu sebelum gantung, kalau tak menitik-nitik pulak airnya...

Ruang kosong kat lantai tu saya letakkan tong sampah, tapi sekarang dalam misi mencari tong sampah yang menepati citarasa. Belum jumpa.



Sekian saja perkongsian ringkas lagi sempoi kali ni.

Simple je kan.

Entri lepas ni, insyaaAllah saya akan tunjukkan sebahagian under sink organization yang saya letakkan koleksi plastik dan stok kain lap ni semua. Kitchen tour, nampaknya lain kali baru dapat kongsi. InsyaaAllah...

Jadi, di mana pula korang buh kain lap ni semua? Ada idea lain yang boleh dikongsikan bersama?


 photo footer.png

20 comments:

  1. nice idea juga ni.. biasa org gantung kat pintu depan kabinet..macam kain buruk x menarik ajer letak depan2 kan...

    ReplyDelete
  2. kemas.saya gantung kat grill rumah jugak. sebab takde space nak letak tempat gantung.
    Mungkin nak kena ubahsuai sikit

    ReplyDelete
  3. kemasssss! cantik la! saila sukaaa :D
    (overnya kita)
    senang tak nak pasang pemegang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnya agak leceh saila sebab drill agak besar dan ruang untuk letakkan skru/paku tu agak limited...mencabar gak en suami nak buat..tapi it is a possible-to-do..:)

      Delete
  4. cantiknya dapur.. rasa macam nak g buat lawatan sambil belajar jer rasa.. hehhe.. ermm kemas yank.. yana punya dapur drill pun x der.. table top pun x der ruang macam fizah.. just lurus jer..hehhe nanti lah yana kongsi kan mana yana sumbat kain buruk.. hhehe

    ReplyDelete
  5. Tenang je tengok dapur Fizah..kemas..idea yg menarik.

    ReplyDelete
  6. saya gantung kat grill tingkap je guna penyangkut S. Idea yang bagus tu. Nak request kat hubby suh buat.

    ReplyDelete
  7. sy pn gantung kt grill je..mmg x cantik..dh la gril jenis berbunga² bagai...bertmbh la serabut...haha erm idea ni menarik..tp kena olah sikit sbb table top sy agak panjang...kt daiso ada kot jual penyangkut ni...err daiso jugakkkk..LOL~ :p

    ReplyDelete
  8. saya gantung kat tingkap je lol! tapi macam sesuai je gantung kat situ. mungkin kena letak penyangkit cam fizah jugak ni. nampak kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'penyangkit' lum penah jumpa lagi zura...penyangkut ada..mueheheheeee ;p ;p

      Delete
  9. alamakkk..kenapala su tak terpikir mcm ni..akan ku ikut cara sifuu..tenkiuuuuu
    tapi kain buruk tu ttp nampak cantikkk..hheee

    ReplyDelete
  10. saya nye kabinet konkrit..
    hehe, sygnya nak tebuk skru...
    cari yg jenis getah boleh kot klu nk buat, ye tak...

    nampak cantiknya dapur dia...
    water dispenser tu, dah ada review ke? hihi..
    mcm bminat je nk tau, (lari topik lak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh cuba cari getah dear...da jumpa nnti blh share :)

      Pasal dispenser tu, blh tgk yana review...aci yana ekk..hee

      http://lipstikmerahyana.blogspot.com/2013/11/magic-di-dapur-ahhh-pening-mana-nak.html?m=1

      Delete
  11. Love seeing how you were able to make the idea work in your home! Thank you so much for sharing!

    ReplyDelete
  12. saya beli hanger yang dah siap untuk kainburuk..kat big bath. Cute and eksklusif..tp tgk harga RM 50 tu mcm mls nak beli..last2 MIL belanja..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi smp rm50..hehe tp bila org bagi rasa bahagia sgt kan...MIL pulak tu yg bagi...wadus seronok berganda!

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...