Wednesday, April 24, 2013

12 Fungsi Lain Kertas Pembalut Hadiah?

Assalamualaikum wbt semua...buat semua pembaca Susun Atur Sioca yang dikasihi sekalian...:)

Pertama sekali, saya nak berterima kasih kepada semua yang sudi menjayakan giveaway ke-3 kali ni...Masih banyak masa untuk join...Jom! Jom!

Bagi yang malu, segan dan sebagainya tu...janganlah berperasaan sedemikian...kerana percayalah saya pun seperti anda...Kita semua normal...Adakalanya masa terlalu mencemburui untuk kita sentiasa kemas dan rumah sentiasa tersusun, terutamanya kalau ada anak kecik kat rumah...sorang mungkin ok lagi...cuba dua orang...atau tiga...Kalau kita ni robot, memanglah rumah kita ni sentiasa cantik dan kemas sepanjang masa...iya dok?

Jadi, buangkan rasa malu itu...mulakan langkah..dan Jom Kemas Rumah Bersama! :)

Kita ambil semangat semua orang, kumpul bersama dan mula berusaha untuk BaitiJannati.

Kedua, saya nak minta pendapat anda...ruang komen yang mana anda prefer? Embedded atau pop-up window? Mana yang mudah?

Ketiga, hari ni sebenarnya saya nak cerita pasal fungsi kertas pembalut hadiah...Sejujurnya, saya ni taklah kreatif mana...Cuma bila tengok-tengok idea orang, tercetuslah idea nak buat sendiri...Itulah pentingnya blog ni...untuk cilok idea korang...heheh

Hiasan dinding masa kat rumah sewa Bangi tahun 2012.

Perasan tak, kat dinding tu? Itu saya guna kertas pembalut hadiah je tu...Dan saya balutkan pada polistrin yang dibeli kat Cowboy. Polistrin ke nama dia ek? Yang macam gabus tu...yang kadang orang buat alas deko hantaran tu...Masa buat ni tak ambik gambar...al-maklum, Susun Atur Sioca belum lahir! ;)

Adni tengah khusyuk baca buku...tu beli guna BB1M tu...=)

Tak susah pun nak buat dia, cuma balut macam balut hadiah, kemudian lekatkan double-tape pada dinding...cuma, kelemahannya dia tak berapa tahan lama sebab gam kat double tape tu dah habis...jadi, kalau saja-saja nak deko atau main ngan anak-anak bolehlah guna idea ni.

Ini pulak meja/workstation saya masa tu...

Selepas disusunatur-dibersih-dikemas...
Masa ni masih pakai handbag sebab belum ada newborn lagi...
Perasan tak kotak oren-pink belakang modem P1 tu?
Dengan pembalut hadiah, saya transform kepada...

Kotak sama dengan rupa baru!
Kos yang murah untuk hasil yang W.O.W...!

Kertas balut hadiah ni jugak boleh juga dihiaskan dalam laci, untuk menghasilkan sudut pandang berbeza pada datarnya warna lama sebuah laci...(oh ayat...nyampahhh ;p)

Barang dalam laci...

Keluarkan...dan bersihkan laci yang berhabuk tu... 

Lekatkan kertas pembalut hadiah dengan double-tape nipis...

Masukkan balik barang tadi...
Sedikit usaha untuk hasil yang....W.O.W...!!!

Dan juga sebagai deko frame gambar macam kat bawah ni...

Workstation (atau sepatutnya studystation?) saya sekarang 
{saya ada banyak idea nak susun atur semula area ni, cuma belum berkelapangan dan belum berkeduitan...hehe}

So stay tuned girls for M.O.R.E updates!

Apa cerita anda tentang kertas pembalut hadiah? Hanya sekadar balut hadiah...atau banyak fungsi lain?

Ada idea lain nak hias dinding?

DIY junkie? Atau prefer beli yang dah siap..macam kat KufiArt GA tu?

Jom kongsi!

 photo footer.png

12 comments:

  1. huiih..banyak eehh boleh wat..cik azue la nie..asal dpt hadiah semua kertas habis bebudak nie koyak n buang..t nak cari lah idea nak hias umah..boleh cuba join segmen awak..

    ReplyDelete
  2. suka idea kamu!!!!! suke sangat!!

    saya ada amik ayat awak n letak kat entri saya.harap tak kisah ye

    ReplyDelete
  3. kreatif!!! selain cantik n kemas...boleh jimat..hehehe..berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  4. nice entry! saya pun suka transfrom kan kotak-kotak kasut dan balut dengan kertas hadiah sekali dengan penutupnya. and letak barang-barang yang muat masuk dalam tu, dan susun. memang nampak menarik dan jimat kos..

    lagi satu, zaman sekolah duduk asrama, kertas hadiah lah jadi deco utama. selalunya, kertas hadiah dijadikan wall paper segaris mengelilingi bilik. pun nampak sweet jugak instead of guna wallpaper yg mahal tu..

    untuk hiasan dinding, selain guna kertas hadiah dan polisterin, boleh jugak guna fabric cotton cantik, beli sebatang kayu (kat kedai hardware lebih kurang rm2.50 sebatang) paku-paku sikit jadikan ia bentuk segi empat, dan lekatkan kain tu. gantung kat dinding guna paku..tapi kena gergaji sikitla...hehe..

    waaah panjang pulak komen.. sorry tuan rumah! hihi..

    ReplyDelete
  5. Tangan makcik keras.. DIY apa pun nampak comot.. Huaaaa..

    ReplyDelete
  6. kuazue: jom join! sy pun biasanya pakai pembalut adiah yg baru..klu recycled buat main anak2 jek hihi

    sitifatimah: tenkiu!! sila cuba dan S.H.A.R.E...! =)

    umie sue: sila...sila...entri tu da sesuai buat GA tu...=)

    mama ila: berbaloi-baloi..mari cuba!! =)

    zura: idea anda sgt B.A.G.U.S..! should try some day..! tq!! komen panjang is I like =)

    mamalynd: jom cuba..! sikit-sikit lama-lama tangan lembut...ke guane? ;p

    ReplyDelete
  7. Best2, tapi biasanya kertas hadiah mmg zassss koyak. Yg slmt sikit je, gunting2 buat handmade card, hahaa. Bg hadiah kat org pun guna kertas suratkhabar je cari yg gmbr cun penuh satu muka surat then balut. Dulu, sampul buku pun guna srt khabar sampai cikgu pun kagum, hahaa. Jimat btl.

    ReplyDelete
  8. Cha, patut buat entri ‘fungsi lain kertas suratkhabar’ ni..hihi ;)

    ReplyDelete
  9. cun nye pembalut hadiah untuk kotak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nk carik pmbalut comey2..jumpa terus boronggg...;p

      Delete
    2. mmg susah pun nk dpt yg berkenan di mata dan di hati... heheheh

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...