Thursday, October 31, 2013

42 Susunatur Keseluruhan Almari Baju Anak {Bhgn 2}

Assalamualaikum wbt,

Hari ni entri sempoi sebab dah nak habis bulan Oktober kan...jadi cerita 'bilik anak' pun dah nak hampir sampai ke penghujungnya. 

Lepas ni insyaaAlah sampai turn encik dapur - si jantung rumah! ;D


Ini katil yang saya jadikan tempat bersiap baby saya. Biasa omputehs kan ada katil untuk siapkan newborn tu kan...ala, yang Ikea pun ada jual tu...tapi amboi harga dia, bukan main mahal...ratus-ratus tu memang tak tercapai akalla eden nak memboli...eheh kita pakai katil terus, lagi puas hati! hahaa...;D

Ni susunatur baju dalam laci panjang almari bercermin. Atas untuk baby Zuhair, senang nak buka dan amek...bawah untuk baju anak-anak sama pattern.

Apa ada atas meja solek ni?

kejap-almari-kejap-meja solek...belasahhh janji korang paham kan?? ;)

Ada satu raga comel untuk letakkan lampin pakai buang...senang capai je...


Ada pasu bunga kecik dan frame putih sebagai sedikit suntikan deko...-kununnya-


Guna wrapping paper je untuk hiasan...

Tak letak apa-apa selain mereka bertiga ni...supaya senang nak maintain...

Entri sempoi kan? Boleh kan...??? :):)

Fungsi bilik ni {setakat ni}: 

1. Tempat simpanan baju bajan dan keperluan anak-anak.
2. Tempat bersiap diorang.
3. Tempat melepak baca buku sekali sekala {ada meja dan kerusi comel}.
4. Bilik lebih untuk tidur kalau tetamu ramai...biasanya yang bujang-bujang boleh tidur sini, yang dah kahwin tidur kat bilik tetamu.

Setiap bilik memang saya akan tentukan fungsi ruang supaya mudah nak kemas dan maintain. Benda ni penting supaya tak cacamerba bilik dengan fungsi berubah-ubah. Banyak fungsi tak apa, tapi stick to them. Jangan tukar-tukar. Sekejap buat bilik tidur, sekejap buat bilik mainan, sekejap buat bilik makan...nanti habis bersepah setiap kali, jenuh mak-mak nak ngemas...;p

Ada yang masih nak kongsi-kongsi cerita? Ke SINI kita...jom!

 photo footer.png

42 comments:

lipstikmerahyana said...

cantiknyer.. kemas...

Linda said...

Wah cantik dan kemas....so sweet ;) Saya mmg tak sempatlah nampaknya nak sahut cabaran bulan Oktober Fizah tu hehe...lagipun malu sebab tak cukup kreatip ;p

ch@ said...

Simple dan menarik. Aku stick nk tiru nnt.
Mek, mana nak cari cadar princess pink?

fazianbatrisyia said...

cantik dah tu bilik tu. sweet sgt....ni yg jelous ni...bila nak kemas oiiii...

Han Hanni said...

Kemas..comel

Fizah said...

alamak mek..cadar princess...tak sure aa...kat giant/tesco rasanya byk cadar budak2 yg comeyyy..tp tak pasti lak princes ke idok..utk oni ke?

SUHAIDA said...

ADUHH...CANTIKKNYE....JATUH CINTA LAGIII

Fizah said...

takpe..nextime leh cuba :))

Fizah said...

maceh yana =)

Fizah said...

haha..pelan2 lama2 siap tu =)

Fizah said...

maceh cik hani =)

Fizah said...

perabot putih mmg cun...membantu tambah seri ruang..kan sue

Anonymous said...

katil cmni mne cari..tgah cri set bilik tuk ank bujang sy...nk comel2 mcm ni...

Blog 3 Abdol said...

simple n nice...

Fizah said...

kedai perabot biasanya ada..tp tak semua..kena tanya diorang..

Fizah said...

maceh =)

ecadwinkyasha said...

kemas & cantik...selalu dpt idea cmna nak susun atur ruma kat blog ne..maceh akak :)
klu mood rajin datang,eca suka baca blog ne tau.....terus kerajinan kemas ruma 5x ganda naik :D

Fizah said...

hehe maceh dear...:))

tak dpt folo blog awak la..takdak butang follower..ke akk yg tak reti...heeee

Mama Rocky! said...

masa akak kecik-kecik dolu, akak suker sangat berangan nak ada bilik macam ni, tatarias warnanya manja gitew..sekarang ni, untuk anak jauh ke laut lagi..rumah lama boleh lagi berhias untuk anak dara tu (sebab hengat tak pindah2 lagi, tu yg skrg mood jd down...)..anyway, good job Fizah! ..well done!!

Dilah said...

Cantik n sweet sgt la.. suke bilik ni, rasa sejuk jer.. huhu

Fizah said...

pnh duk umah sewa beberapa kali..mmg takde mood nak mendeko..sekadar kemas je..huhu..bertabah ya kak...:)

Fizah said...

macehhhh :)

adianiez AIDA said...

yg lain tak sama. yg sama susunannya dgn aida hanya 1 ~ tempat letak pampers :-) senang nak suruh nurin or syuhada amik kan pampers izzat...

Fizah said...

hihi sng nk mtk tlg anak2 kan,,:)

ida said...

Cantik fizah...kemas jerrr

ida said...

Cantik fizah...kemas jerrr

Fizah said...

macehhsss :)

Puan Ida said...

cantik
warna lembut je
sedap mata memandang
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 263

~*irjune*~ said...

Cantiknya Fizah...saya suka betul gabungan pink dan putih. Ada gaya English style. By the way, wrapping paper yang fizah guna untuk frame tu, sama macam wrapping paper yang saya guna untuk lekat dalam almari kat opis saya (kes tak cukup wrapping paper tu la).

Cantik-cantik...saya suka :D

Unknown said...

cantek!!! asyik terkagum jer...nak wat camne...bila singgah cni ada je bende menarik huhuhu

yuyuy akley said...

Eiii comelnye! Bila la sy blh buat bilik anak2 ni.. De almari lama nk buang x buang2 tersangkut la projek.. Hai la asben mengapakah kau bz sokmo.. Hihi

Fizah said...

ok done dear..",)

Fizah said...

masih kagum dgn backdrop almari yg awak diy tu..mmg kebabom hasilnya!! :))

Fizah said...

maceh dear!! :)

Fizah said...

asben, dgr rintihan wifey ni..hehe..takpe dear, pelan2 kayuh ok..:)

surihati said...

sangat cantik fiza!!!!! sobosbsob.. nak pindah, barang semua slow slow dh simpan dalam box.. dh x der mood nak organize dan deko deko .. terjah rumah orang jer.. :)

Fizah said...

pas pindah satu hal nk unpack pulak iya dok? hihi..sabor ye...pelan2 kayuhh kata orang :))

Unknown said...

kemasnya kak! cantik.. warna katil putih nmpk lebih menarik kan..

eeeeeee jijah suka baca deko2 blog akak tapi xde rumah sendiri ag..sobsobob kak.. teruskan idea2 susun atur tau..

nak tiru nanti.. boleh?? hahahaha :p

Fizah said...

hihi...tiru je dear...insyaaAllah semoga dipermudahkan urusan masuk umah sendiri..

Ayu Rashid said...

Fuyooooo kemasnya susunan baju dlm drawer... mmg rajin yg amat fizah ni. *jap nak amik mood rajin jugak sambil jeling kain berlonggok atas tangga.. hahahah

Unknown said...

Almari anak tu beli kt mana ye fizah?

Fizah said...

di kedai perabot biasa shj

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...