Terima kasih BANYAK-BANYAK kepada yang sudi menjadi follower dan commentator blog ini. Kehadiran anda amat-amat saya hargai!..=)
Saya amat gembira jika kawan-kawan semua, baik follower ataupun silent reader kalau dapat berkongsi idea dalam organize {atau kemas} rumah masing-masing sebab saya memang teramat susah nak dapatkan sumber rujukan yang berbentuk kemalaysiaan.
Semua kebanyakannya dari negara omputeh sana. Bukannya idea diorang tak best cuma kadang-kadang tu tak dapat nak dipraktikkan di tempat sendiri atas banyak sebab terutamanya dari segi kekangan mendapatkan sumber keperluan rumah yang sama di Malaysia kita ni...=)
Jadi, saya tunggukan perkongsian daripada anda semua. Janganlah malu-malu ya!
Sharing is one of the way to show that we CARE! =)
Speaking of sharing, hari ni saya nak share tips untuk design kitchen cabinet di rumah kita.
1. Pertimbangkan semua keperluan KC anda dengan teliti dan terperinci!
KC adalah antara aset utama sesebuah rumah. Selalunya kita akan gunakannya selama yang boleh memandangkan kos nak bina sesebuah KC adalah tinggi {sekitar 10k, kalau nak selesa dan praktikal!}. Jadi, adalah lebih baik perhatikan semua aspek sebelum bina sesebuah KC kerana kita taknak menyesal kemudian hari bila ada KC yang cantik di pandangan mata tapi tak dapat fully utilized sebab susunan kabinetnya tidak praktikal.
Kalau boleh, lukis sendiri pelan KC yang kita nak dan susun semua laci dan kabinet menurut penggunaan harian kita.
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah sambungan elektrik dan air, kedudukan tingkap, kedudukan meja makan dan segitiga berkerja.
Sebelum saya design KC saya, saya buat wiring dulu untuk tambah plug-point kat dapur. Biasanya developer rumah akan sediakan satu atau dua point sahaja.
Saya rasa ianya tak mencukupi sebab kat dapur banyak peralatan elektrik nak digunakan macam blender, toaster, oven, water heater, water dispenser, cerek elektrik, hood, mesin basuh dan sebagainya.
Jadi, lebih baik tambah plug-point siap-siap... sebab kalau dah pasang KC susah pulak nak buat wiring {berhabuk segala}. Sebenarnya kalau taknak buat wiring boleh juga {sebab tambah kos lagi kan}. Cuma kena ada idea la camne nak sembunyikan wayar-wayar double plug yang akan digunakan nanti.
Saya dah pernah duduk 3 rumah sewa semenjak kahwin, memang nampak semak dan berselerak dapur saya sebab tak cukup plug-point ni. Itulah sebabnya, masa dah beli rumah, kami rancang siap-siap benda ni supaya tak alami pengalaman yang sama.
Selain wiring elektrik, kami juga tambah sambungan air untuk kawasan mesin basuh. Kos lagi tu! Tapi nak buat camne, dah kata nak dapur yang praktikal. Kalau duduk rumah sewa dulu, berselirat dapur saya dengan wayar mesin basuh. Yang power supplynya lain, yang nak buang airnya lain.
Jadi, kalau ada lebih duit, rancang siap-siap supaya boleh letak mesin basuh dalam kawasan KC. Kalau ada duit lebih untuk buat laundry area yang khusus dalam rumah tu LAAAGI bagus!
Tapi tu untuk orang ter-lanjur kayalaa...Macam saya ni, apa yang ada, itulah dia. Nak tambah tu idaklee...hihi
KC saya masa awal-awal pasang dulu. Sebelum dan selepas dipasangkan counter top, hob dan sinki...{sinki tu ada cerita terbaru...tapi next-next entri laa ye...}
Setelah pertimbangkan segala keperluan KC anda, sila maklumkan SEMUA yang anda perlukan itu kepada kontraktor anda. Ada yang buat KC dengan kontraktor pelbagai. Yang buat top lain, yang buat kabinet lain, yang buat piping air lain. Jadi, sila make sure semua orang mendapat maklumat yang sama. Jangan ada salah faham, nanti nak kena buat semula pulak kalau ada tersalah pasang atau sebagainya.
Jadi, kuncinya di sini ialah selalu berkomunikasi!
Ada rumah yang dapurnya dan dining area terpisah jauh {macam rumah saya}. Dining area ada kat depan yang dibina sekali dengan living hall, dan dapurnya kat belakang. Jadi, dapur tu jadi kecikla, bagi pandangan developer cukuplaa untuk memasak je...
TAPI . . . kami telah membuat keputusan untuk tetap menjadikan dapur kami tempat boleh makan sekali. Sebab itulah eating habit kami. Takkanlah tetiap kali nak makan, nak bawak segala lauk pauk, periuk nasi segala ke depan kan? Jadi, dining area kat depan KHAS untuk tetamu, dan tempat makan harian kami di dapur.
So, nak buat camne kalau dapur kecik secoet tu nak buat tempat makan pulak...?
Haa...kami gunakan meja makan yang lebih kecil iaitu muat 4 kerusi je!
Sebelum dan selepas move-in...Notice tak kerusi saya yang sepatutnya 4 tapi ada 2 je...? Masa beli tu memang mintak dua sebab kerusi yang asal dapat 4 tapi tak cantik jadi saya tukar pada kerusi ni...kebetulan ada 2 je...layannn je...
{Tapi, saya ada idea untuk menjadikan dapur saya nampak lebih BESAR. Apakah cara itu? Haa...Itupun sila tunggu untuk new entri kalau saya dah jalankan projek itu! hihi}
Meja makan kat dapur ni jugak penting sebab bila beli barang dapur, kat sinilah nak landing semua barang tu sebelum diletakkan di 'rumah' masing-masing. Kalau takde meja, kat lantailah jawabnya diletakkan.
Selain itu, perlu diambilkira juga adakah anda dari golongan yang suka mendengar radio atau menonton tivi semasa makan/masak? Macam kami, baik makan ataupun masak, kedua-duanya kami suka ditemani oleh tivi. Terutamanya kalau tengah bulan Ramadhan. Boleh dengar orang mengaji, berzikir dan sebagainya masa tengah masak dan makan sahur/berbuka. Dan boleh tengok waktu Imsak/berbuka dengan mudah. Jadi, kami memang sediakan satu kawasan untuk letak tivi kat dapur.
Selain tu, ambil-kira juga jika anda seorang yang right atau left-handed. Bina KC anda yang anda sesuai berkerja dengannya!
Sekiranya anda seorang yang rendah {atau tak berapa nak tinggi, macam saya ;p}, boleh pertimbangkan kawasan memasak direndahkan sikit. Tapi, saya tak prefer cara ni sebab nanti nampak counter dapur tu tak sekata, ada tinggi ada rendah. Jadi, dengan rasa tak sedar-dirinya, saya design je dapur saya ikut saiz standard. Tak ubah ketinggiannya, dan hasilnya sekarang...???
OKEY jeee...hihi. Takdelah akak kena terjengket-jengket pulak masa nak memasak... kikiki
Pertimbangkan juga nak KC yang dibina sampai ke siling {boleh fully utilized space dan tak simpan habuk atas kabinet tu} atau nak buat saiz biasa {harga lebih murah sebab penggunaan barang lebih sedikit dan dapur nampak lebih kemas (kot?) sebab tak ada pandangan KC yang tinggi sangat}.
Kami pilih yang ke-DUA! Sebab utama harga yang lebih MURAH dan sebab kedua, kami tak ada begitu banyak barang sehingga memerlukan KC setinggi itu. Dan saya juga tak berapa nak tinggi untuk kemas dapur yang tinggi-tinggi. ;p
2. Tentukan ruang penstoran yang anda perlukan!
Ok, part ni...mula-mula kena tengok fulus ada banyak mana...
Sekarang ada macam-macam bentuk penstoran kat pasaran. Dan ada banyak aksesori tambahan yang boleh memudahkan kerja harian di dapur.
Antaranya basket yang dibina dalam kabinet, tall unit untuk ruang simpanan lebih besar {mahal nih}, laci, kabinet dengan rak biasa, swing basket untuk kabinet penjuru, soft-closed drawer/door, tempat letak gas boleh tarik, smaller tall unit untuk letak bottles dan BANYAAAK lagi...!
Pertimbangkan dengan teliti, apakah semua itu perlu dimasukkan dalam KC anda atau sebenarnya tak perlu pun. Mungkin hanya ada beberapa item sahaja yang anda mahukan.
Hanya ada basket ini di KC saya. Tempat lain saya gunakan laci dan rak biasa... Ini tall-unit untuk consumable-items yang boleh dikira sebagai pantry juga...
Ruang penstoran juga perlu diteliti dari segi kekerapan anda menggunakan barang di situ. Kalau rasa tetiap hari nak guna, lebih baik gunakan penstoran jenis laci berbanding rak biasa sebab tak perlu nak membongkok setiap kali nak ambil barang berkenaan dan tak perlu keluarkan bahagian depan dulu untuk ambil barang di belakang.
3. Rancang zon dapur anda!
Yang ni, saya ada ceritakan di ENTRI INI!
Untuk sebuah KC yang praktikal, pendekatan yang saya gunakan adalah membahagikan bahagian-bahagian KC kepada LIMA bahagian iaitu:
- Consumable
- Non-consumable
- Cooking
- Preparation
- Cleaning (plus stor mini)
Ini salah satu bahagian KC saya...belah kanan letak peti ais, belah kiri letak mesin basuh...wiring dan piping semua da setel sebelum move-in barang...
Stor mini saya di tall-unit seperti dalam gambar di atas! Jika anda buka pintunya akan nampak seperti di bawah...
...untuk menempatkan penyapu, mop dan sebagainya...
Atas tu ada penyangkut untuk sangkut hanger atau misc items.
Ni memang idea saya sendiri sebab saya tak suka penyapu dll tu bersepah-sepah letak kat lantai.
Jadi, haruslah perah otak sampai mentol menyala kat kepala untuk dapat idea ni...kikiki
4. Rancang penyusunan barang di dapur mengikut kekerapan penggunaannya!
Sebelum design KC, anda juga perlu fikir nak letak barang-barang kat mana.
Tips untuk rancangnya adalah bayangkan kekerapan anda menggunakan barang berkenaan. Mana yang SELALU digunakan letakkan di kawasan yang mudah nak ambil. Yang JARANG digunakan letak di tempat yang lebih tinggi atau yang lebih rendah.
Contohnya, setiap hari kita makan pakai pinggan kan, jadi pinggan itu letakkan di kawasan yang selesa kita nak ambil setiap hari. Kalau letak tempat tinggi, nanti susah nak ambil setiap kali kan? Begitu...
5. Rancang ruang berkerja yang mencukupi untuk dapur anda!
Ok, saya kena akui yang ini...Antara perkara yang saya tak berapa nak gembira tentang dapur saya adalah ruang berkerja yang terhad.
Ruang berkerja maksudnya tempat kita nak potong sayur, potong ayam, potong ikan dan segala kerja preparation.
Sebabnya dapur saya tu kan {as I mentioned} adalah kecik, jadi saya tak dapat nak design counter top saya panjang-panjang.
Sebagai penyelesaiannya, saya gunakan meja dapur 4 kerusi saya tu untuk kerja-kerja tersebut.
Cuma untuk kerja-kerja basah seperti potong ayam gitu saya akan lakukan dengan cepat. Sebab taknak meja tu basah. Nasib baiklah kami beli meja yang solid kayu which takkan kembang kalau kena air, insyaAllah.
6. Ambil kira bahan yang nak digunakan untuk bina KC!
Ada banyak sangat bahan untuk buat KC kat pasaran sekarang.
Untuk body material, ada pilihan seperti melamin board, kayu solid, pintu dengan corak macam cermin {nampak moden}, pintu dengan corak bentuk kayu, dan banyak lagi.
Untuk counter top, ada yang guna tiles, granit, solid surface, mica/fomica dan lain-lain.
Ada juga yang suka letak backsplash kat area tempat memasak untuk elak nampak kotor dan ada juga yang letak cermin untuk tengok diri sendiri yang berlakon jadi Jamie Oliver masa tengah memasak. hihi...
Dan jangan lupa, kira juga kos untuk beli hob dan hood, tap air, dan sinki. Untuk setiap pemilihan barang-barang ni, ambil kira jenis macamana yang anda mahukan. Setiap kriteria itu akan menentukan keselesaan anda berkerja di dapur.
7. Berdoalah selepas berusaha!
Penting tetapi sering dilupakan. =)
Dapur adalah kawasan paling utama di rumah bagi setiap keluarga. Di sini, aktiviti membentuk peribadi muslim yang baik boleh bermula. Semoga para ibu sekalian dapat berkerja dengan baik dan ikhlas dalam kerja seharian di dapur. Berdoa dan berselawatlah...kita hanya mampu merancang, tetapi semua hasil rancangan akan ditetapkan Allah. Mintalah kepada-Nya agar usaha kita yang sedikit ini dengan niat mendapat keselesaan untuk kita bekerja di ruang ini kemudian hari diberkati.
Semoga Allah kurniakan pahala berterusan untuk usaha-usaha kita...Amin! =)
Sekian karangan panjang lebar saya untuk perkongsian kali ini. Semoga dapat membantu anda-anda yang sedang keliru apa nak dibuat untuk design kabinet dapur anda.
Saya tuliskan semua ini menurut pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Diharapkan kepada sesiapa yang nak re-produce, supaya meletakkan sumber asal untuk memudahkan aliran maklumat disampaikan dan mengelakkan apa-apa bentuk salah faham.
Dan, semua tips ini tidaklah terhad dan rigid. Semua perkara berubah mengikut kesesuaian masing-masing. Mana yang elok di sini, gunalah...=)
Selamat merekabentuk kabinet dapur idaman anda dan.... kongsikan dengan kami tips daripada anda pula!
Semua bentuk perkongsian AMATlah dialu-alukan...!
=)
43 comments:
Weh.. Aku ingat gambar show room mana tadi.. Rasa mcm nak g umah ko..
dtgler...=)
best ada tempat simpan penyapu tuh..
dlu masa nk wat kc ada gak pk nk wat tempat sorok penyapu, tapi dapur idak besar sgt...so end up puas ati jelah dgn limited space
cantek dan rapi perancangan utk stiap seksyen.anggaran kos dlm rm5k. (keje dok teka kos je aku ni..nk komen banyak la konon nya haha)
Tq atasperkongsianyg byk...byk idea sy dapat dr akak. Byk benda sy nk blajar ni
ada tempat gantung penyapu n so on tu jual kat cosway tau...cuba letak blkg pintu ke..kira idak bersepah pnyapu tu semua ye dak?
my seposen! ;)
ha ha imah...murah nau tu...hihiii...
mari kongsi! =)
Salam..cantik dapur akak..:)..sy nak tnya, gas akak letak mana ye? Betul2 bwh hob ke? Kalo iye, samalah mcm saya. Cuma sy ada trbaca y gas x elok diletak dirctly bwh hob..tp sy dh xde space so tawakal aje..huhu..
Salam...alemak first time dgr ni...acane? Mmg situ je ruang yg ada...hukhuk
suka sangat tips2 ni..:) tq fizah..
Salam akak..berapa anggaran kos nya kak,saya dalam proses menunggu rumah siap..sementara tu kena survey2, sbb on budget constraint..hehe
jom bersama kongsi cerita =)
below rm10k dik =)
wahhh thanks untuk idea cara letak penyapu, mob semua tu.. nak apply kat rumah, mmg tak suka pun penyapu dok atas lantai. tq,tq
smuge ada menapaat =)
nak tanya ye, macammana pengalaman guna pull out basket dekat tall unit tu ye? KC saya offer pull out basket tapi saya was-was sebab, kalau la barang dalam tall unit tu tak banyak mana pun , nanti tak terjatuh ke barang2 kalau kita letak? contohnya kalau letak botol sos ke.. mintak share :D
salam dear nurin,
utk bahagian tall unit biasanya kita guna sama ada pullout atau para biasa.
pd pendapat sy yg lemah ini, sy lebih prefer pull out sbb konsep blh tarik keluar sgt penting utk sy capai barang yg belah belakang. kalau para biasa, sy perlu dapatkan satu sistem lain yg memudahkan pengambilan barang di bhgn belakang. maknanya, perlu extra work sikitlah dari segi susunaturnya..dan para biasanya akan guna cheapboard...akan melendut kalau letak brg2 berat utk jangka masa panjang..pull out basket guna stainless steel, lebih tahan rasanya berbanding para tu..
utk letak botol sos ke macam tu, setakat ni tak jatuh kalau ada sistem storan yg betul..macam kita letak satu basket khusus utk bottle products..atau kita alaskan pullout basket tu dengan lapisan ikea yg jernih tu ke..
sy akan cerita bab ni lebih detail dalam cabaran bulanan yang akan-akan datang..harap dapat membantu =)
terima kasih..
haah, pada pendapat saya, some form of pull out adalah perlu sebab kalau tidak, tak tercapai dan tak dapat maximise ruang dalam tall unit tu. saya pernah tengok kat showroom tempoh hari, memang tak tercapai yang bhgn belakang tu. saya cuma tak pasti tentang pull out basket tu sebab dia berlubang2..takut tak stabil. tapi betul jugak, boleh je letak basket lain :D
*sorry chipboard bukan cheapboard ;)
assalamualaikum kak.. suke benar sy tgk KC akk.. as skg ni sy pun tgh dok survey nk buat KC.. agak2 kalau budget 8k boleh ke dpt KC cm akk ni.. suke sgt tmpt ltk penyapu tu..huhuhuhu...sy pun xterpikir...huhuhu...byknye bende nk kene buat.. tetibe xtau mne nk stat...
waalaikumussalam wbt, 8k klu waktu sy buat ni iaitu tahun 2011 mmg boleh sgt dear, tp skrg dah naik harga rasanya..mcm sy punya ni lbh kurang 10k sbb jiran saya buat setahun lps sy pun dah naik lebih 9k...uhuks..semua barang naik rega skrg ni...tp jgn risau..pelan2 rancang ok..semuge dipermudahkan :)
assalamulaikum....dapur umah saya pun kecik..saya tgh pening mcm mane nak susun atur brg.dahlah saya beli peti sejuk side by side..bwh KC akak tu akak konkrit dulu ke atau mcm mane..boleh x akak upload gambar full dapur akak..mane tau ia menjadi inspirasi saya yg tgh nk mereka-reka KC.
bwh kc semua kayu..nyesal gak dulu tak pasang konkrit sebab kunun nk design..klu nk buat kc mmg akk cadangkan buat konkrit..lebih kukuh..tiles skrg pun cantik2 designnya...insyaaAllah akk try up citer kc ni secara keseluruhan nanti..bila tu nk pasang kc?
terima kasih sebab bg respon...saya nak pasang kc dlm 1-2 bulan lagi..maknanya konkrit lg baik dari yang pasang siap. jadi saya kena ke kedai kabinet dulu utk berbincang pasal rekabentuk kc and then baru saya konkrit..gitu ke?
kalau kontraktor yg berbeza, kena pastikan dua-dua {yang pasang KC dan yang pasang konkrit} dapat maklumat yang sama..dari segi saiz dan material semua...biasanya memang pasang konkrit dulu baru pasang body KC.
p/s sy mmg strongly suggest buat konkrit :)
Salam sis...wahhh sy suke2...
sg2 membantu...
dlm proses cari idea utk KC...
tq for sharing
Good info..Thanks for sharing..
gud info.. tercari cari idea utk dapur idaman saya nanti
salam sis... KC utk esbox n wm tu bole tau x brp kaki.. n dapur uma sis plak brp bukaan die???
wslm...lbh kurang 7kaki total KC area fridge dan wm..dapur sy bukaan kecik je lbh kurang 12x10kaki
KC belah kanan tu btol2 bg idea kat saya..sy br dpt kunci rumah. mslh sy mana nk letak mesin basuh tu...kalau ltk cm g2 jer xcntik.. tp bila tgk sis pyer dpr btol2 rs berkenan....tq yer sis share :)
Thanks untuk sharing-nya
Thanks sis sharing info ni...sangat2 membantu...sis mmg awesome..
terima kasih atas perkongsian .
boleh saya share ?
silakan...dengan menyatakan blog ini sebagai sumber ya. tq
boleh ke dapat no.telefon kontraktor yang buat KC tu? nampak neat n tidy je...
maaf phone no dah ilang..ada bisnes card dia tapi no tu dah tak dpt dihubungi..rasanya dia tukar nombor la..
Sis fizah nk tanya lapisan ikea yang jernih tu yang mcm mana? Hehe.. sb sy tgh cari alas nk letak kt pull out basket sy cmni.. :)
Sy jeles betul dgn tall cabinet dan tempat simpan cleaning tools tu.. dlu2 ms buat KC tak habis study pasal KC ni.. main buat je ikut cadangan kontraktor.. mmg la cantik tp sedih sb takde tall cabinet cmnih.. sy dh la suka simpan mcm2 benda.. skrg nk tambah pn dh takdak space.. haih rugi2.. yg tmpat simpan cleaning tools tu ingat nk buat.. tp hasben tak bg.. dia suruh sumbat dalam stor je.. huwaaaa.. anyway cantik sgt dapur sis ni! Tq for sharing :)
yg ada biji2 timbul tu..trasparen..
asalam sis
cantiknya KC...dah cam showroom kedai.. hihi
Nice cabinets. Tq 4 sharing. Blh dpt idea
Post a Comment