Monday, November 5, 2012

13 Inside The Fridge Treatment

Bila kepala pening memahami apa yang dibaca tentang reflectarray layout guna C++, maka ada baiknya pergi releasekan kepala dengan membuat sesuatu yang digemari...he he


Di bawah ni adalah gambar dalam fridge sebelum dikemas. Sekarang saya nak menukar bekas raw supplies untuk memasak seperti blended bawang, cili, kunyit dan lain-lainnya tu kepada bekas yang lebih seragam.

Selain tukar bekas, label juga perlu diletakkan bagi memudahkan nak ambil barang memasak. Bukannya tak kenal, tapi agak menjimatkan masa kalau ada label.

Bekas yang nak ditukar tu di para paling bawah tu.


Nak tukar pakai bekas hadiah masa kahwin dulu (tutup biru) dan yang tutup hijau tu beli di Ikea (gambar bawah). Selain tu, untuk laci yang bawah tu, saya letak sayur-sayuran macam kacang buncis, carrot, timun dan lain-lain dalam plastik Ikea.


Bila dah selesai jadilah seperti kat bawah ni.


Alang-alang ada gambar dalam fridge ni, bolehlah saya explain susunatur dalam fridge yang saya gunakan hingga kini, means belum nak tukar kaedah lain lagi.

Untuk laci yang atas tu saya letakkan biskut-biskut dan lebihan stok sos dan mayonis.

Para satu untuk letak satu bekas ubat (guna bekas Ikea), dan ada kurma dan lain-lain ready-to-eat products.

Para dua saya letakkan fruits dan ada sikit bahagian untuk jajan kids. Selalunya jajan ni dapat daripada yang orang bagi atau dapat masa pergi kenduri kahwin. Kotak Kiddy Meal tu dapat masa beli makanan kat Marrybrown. Comel, tu sebab guna. Selain tu, kena pulak dengan tema 'kid' tu.

Para yang last tu (iaitu yang diceritakan hari ni tu) saya letakkan segala raw cooking supplies macam asam jawa, ikan bilis, segala macam benda-benda blended dan yang sewaktu dengannya.

Dan di laci tu, seperti yang dikhabarkan tadi, saya letak sayuran.

Ok, hati dah happy buat benda yang disukai, boleh sambung reading *____*

13 comments:

Imaan09 said...

oo..means first step kena ikea dulu.. ok! (sabo la ngan anak murid ko ni ye..)
kedua..masalah besar aku = susah nak sambung reading klu dah buat menda2 ni..biasanya terbongkang!

Fizah said...

lea: ada brg ikea mmg reasonable reganya..ada yg melampau mahal macam sofa ke tu mmg taklah..he he

ble nk stori-mori bday party ruhil? teman menunggu :))

mawar said...

plastik letak sayur tu menarik!.. mmg aku pun mencarik2 plastik cantu utk organize tmpt sayur. ikea mari eh? aiyooo..thn bile la plak nak gi ikea. huhu

Fizah said...

mawar: no worries, kat cowboy pun ada, tapi plain je takde kaler mcm ikea :)

EllyEllies said...

palstik ikea letak sayur tu palstik ziplock ke..ade jual kat ikea eh..boleh reuse ke

Fizah said...

haah ellie ziplock..double ziplock..setakat ni fiza pki balik je sbb letak sayur2 yg mmg basuh sebelum masak..kalu macam nk letak sandiwch gi piknik cthnya, mmg pakai yg baru, tak guna yg reuse..

sisanizu said...

amboi fizah. mmg entry psl organize ni inspired me.
tp sy xblehla nk cantik sgt mcm fizah wat..sbb nnt sy jd serabut husband sepahkan balik.sbb dia pun tukang masak . ha ha..marah dia asyik kata sy letakkan tmpat lain brg dia....but anyway, entry fizah mmg memberi semangat sedikit sbyk..
syabas

Fizah said...

hihik tq k sarah..

Siti Rohayah said...

nice :)

amie said...

plastik ikea tu beli kat ikea ke? hehe.saya nak dapur kemassssssss (walaupun rumah serabut),

Fizah said...

haha..plastik ikea tu mmg beli kat ikea kak..takdak temp lain ;p

blh tu, kemas sikit2...:) :)

bondalesungpipit said...

Salam...
sis, bukan ke cool fever (bye-bye fever) tu x perlu boh dlm peti ais...
cukup sekadar suhu blik...
tp bile da buka kene lipt la kt tmpt penutup tu...klw tbiar buka nnt cool fever tu kering...

Fizah said...

salam..akk pun kunfius ni..klu tak masuk fridge nnti tak sejuk plak..acane tu? ke takpe je?? hihi..kunfiusss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...