Friday, December 8, 2017

295 Cara Menjual Di Shopee Malaysia

UPDATED 1/4/2018:

Berikutan lambakan dan kebanjiran inbox/e-mail/whatsapp kepada saya yang bertanyakan tentang Shopee, maka saya kini membuka tawaran kepada sesiapa yang memerlukan, untuk join;

Shopee Support Group by Sioca menggunakan platform whatsapp

; dengan syarat pembelian e-book Tutorial Shopee Malaysia by Sioca.

Sekiranya berminat, e-mel saya untuk perincian:

{susunatursioca@gmail.com}

***

Assalamualaikum wbt,

Hari tu menghabihkan boreh, sekarang kita menjana boreh pula. ;p

Cara nak membeli di Shopee boleh lihat DI SINI ya. Hari ni kita tengok macamana nak menjual pula di Shopee.

1. Bagi yang belum 'Sign Up', sila KLIK SINI untuk cara Sign Up.
Selepas itu, 'Login' macam biasa dan klik pada 'Seller Centre'. 

2. Akan keluar tetingkap ni, klik 'My Products'.

3. Keluar tetingkap ni pula, klik 'Add a New Product' untuk upload gambar produk.

TIPS: Upload gambar lebih mudah kalau guna PC/laptop berbanding handphone sebab di handphone ada limited size yang boleh upload. Kalau besar sangat nanti dia akan crop.

4. Upload gambar produk dengan menekan butang 'Browse Images'.

5. Boleh upload maksimum 9 gambar dengan klik 'Add More Images'.

TIPS: Kalau nak letak lebih banyak gambar, gunakan apps seperti PhotoGrid yang boleh combine banyak gambar jadi satu gambar. Pastikan pixel gambar cun supaya gambar tak 'pecah'/blur.

6. Masukkan maklumat produk pada bahagian 'Basic Information'.

TIPS: Pilih category yang tepat supaya produk anda terpapar bila orang search. Boleh cuba search produk dengan niche yang sama, tengok diorang letak dalam category apa, pastu tiru.

7. Masukkan maklumat harga dan stok pada 'Price and Inventory'.

TIPS: Jangan terlalu mahal, jangan terlalu murah juga. Di Shopee, customer boleh sort items yang diorang nak mengikut harga. So kalau mahal sangat takut nanti tak ada yang nak beli. 

TIPS: Sediakan FREE GIFT sebagai daya penarik buyer untuk membeli di kedai anda.

8. Kalau ada pilihan design untuk produk tersebut, klik 'Add Variations' dan kalau ada harga borong klik 'Add Price Tier'.

9. Masukkan maklumat 'Shipping'.

TIPS: Masukkan maklumat berat yang tepat ataupun lebihkan sikit supaya tak kena extra caj jika terlebih berat bila dah ambilkira berat pembalut/bubble wrap/packaging.

TIPS: Apply Free Shipping Program di www.shopee.com.my/poslajusignup untuk dapatkan kelebihan FREE POSTAGE sebagai satu lagi daya penarik buyer (ambil masa lebih kurang seminggu atau lebih untuk Shopee approve, so apply awal)

TIPS: Kena ada printer kalau nak join Free Shipping Program
Kenapa? Nanti saya cerita next entry.

10. Pilih 'Yes' untuk Pre-Order kalau produk tidak readystock.

11. Klik 'Save' - DONE

12. Untuk boost iklan kita supaya ramai viewer, klik 'Boost Now'. Iklan kita akan terpapar yang pertama dalam column Latest butang carian.

13. Contoh lepas klik Boost Now, bila kita search produk kita tu (planner2018 contohnya), maka pada column Latest tu iklan kita yang pertama sekali akan terpapar.

14. Selain Boost Now, boleh klik butang Share untuk kongsi iklan di platform yang lain. Di handphone lebih banyak pilihan platform berbanding di PC ni - terhad kepada 5 ketul tu je. 

15. Kalau di handphone, bila klik Share, dia akan keluar listing platform yang selambak tu. Pilih je. Siap boleh Copy Link produk - contohnya;


dan share kepada target market

Nombor yang panjang-panjang kat hujung tu merujuk kepada produk tersebut. 
Kalau link kedai sahaja, cukup sekadar;


So, apa lagi? Boleh share dah iklan kita tu ke serata alam supaya seluruh pelosok dunia tau apa yang kita jual ;D  

Untuk proses mengiklan dan menjual di Shopee, itu sahaja prosesnya. Senang kan! Bolehlah cuba meniaga di Shopee pula ya korang. Sales mantap juga dari sini. Chayokkkk 💪💪 

Nak buat apa bila order dah masuk nanti? Tu next entry ya. 

Penat dah ni mengarang. ;p


 photo footer.png

295 comments:

1 – 200 of 295   Newer›   Newest»
ray said...

dah lama ade acc shopee but x penah try jual anything huhu

hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

Unknown said...

hai nk tanya.kalau produk pre-order means kena guna duit kita dulu ke untuk bayar sebab shopee xrelease payment selagi cust xdapat barang kan?konpius sikit utk item pre-order. huu

Fizah said...

betul.kena guna duit sendiri dulu.

Yanti Umira said...

Terima kasih atas infonya..semoga murah rezeki sis..bagus untuk info.newbie mcm saya..

Fizah said...

sesama kita sis...:)

Unknown said...

Salam sis... Klu kita hanya dropship boleh x jual brg di shopee..

Unknown said...

assalamualaikum.. maaaf ya. nak tanya. mcm mana kalau org dah order brg kat kita, apakah langkah seterusnya nya?

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fizah said...

wslm wbt..ada sy kongsikan di entri terbaru tu sis https://susunatursioca.blogspot.my/2017/12/cara-pos-barang-melalui-shopee-free.html

Fizah said...

wslm wbt, boleh sis. Ada produk yg sy jual di shopee hanya dropship shj.

Unknown said...

Nk tnya tentang duit yang customer beli barang.
Kan di bank di acc shoppee

Anonymous said...

assalamualaikum...nk tnye...klu packaging barang kita memang kna guna flyers/box poslaju je ker@blh gnakan pmbungkusan kita sendiri

Fizah said...

wslm wbt..boleh rujuk entri ni sis

http://susunatursioca.blogspot.my/2017/12/cara-pos-barang-melalui-shopee-free.html?showComment=1516600483640#c3127926911343049221

Fizah said...

betul, dipegang oleh shopee dulu. Bila buyer da dpt brg baru duit tu direlease kpd seller.

Fizah said...

wslm wbt. Boleh guna packaging sendiri cuma kena pastikan ada transparent poket utk selit waybill..

izahremy said...

Assalamualaikum nk tanya,ada nak kena bayar kat shoppee tak kalau jual brg kt dlm tu?makudnya mcam bayar sewa..

Anonymous said...

assalamualaikum ...shoope akan caj kita kat mana ya??

Unknown said...

rujuk pada gambar akak attach tu..bahagian shipping tu..kenapa akak punya ada atau boleh set required weight? sbb setiap kali customer beli 2-3 item, berat mempengaruhi harga pos. ape guna jd seller kita nk kena tambah u=untuk kos pos akibat dari customer beli 2 item katas..tolon bagi pencerahan sis

Anonymous said...

Printer tu khas atau printer biasa je ye?

Fizah said...

printer biasa je

Fizah said...

wslm wbt..shopee tak caj apa2..taktau la mana untung dia hehe..ada kot strategi dia

Fizah said...

tak ada byr apa2...free sepenuhnya

Fizah said...

required weight tu utk shopee limitkn free shipping (5kg utk sem 1kg ss) lebih dri tu kne caj..klu buyer nk beli byk, blh cadangkn buat pembelian berasingan setiap 5kg atau 1kg (ss)

hifive said...

sy dh sign up free shipping utk 23 jan 18..tapi xde ape2 perubahan lagi pon..mcm mana nk buat

Unknown said...

kalau kita dropship.. brg kat supplier n dia yg pos.. mcm mana ye?

Fizah said...

boleh tny supplier, pos guna waybill yg sy akan emel boleh ke? klu dia ok, blh proceed.

Fizah said...

mmg lmbt sis. huhu.

yusriyusof said...

Boleh kah jika kita pos brg kpd customer lebih awal dri tarikh shipout yg ditetapkan oleh shopee..?

Unknown said...

Terima kasih duta shoppeee..saya baru nak belajr

Fizah said...

boleh malah digalakkan

Fizah said...

goodluck :)

Anonymous said...

haii...kalau nk buat shocking sales tue mcm mana ya puan?

Fizah said...

shocking sales dipilih oleh shopee. seller tak blh join klu tak terpilih.

Anonymous said...

Salam..mcm mn nak sign up free shipping programe? Tekan link xboleh.

Fizah said...

wslm wbt...mmg guna link tu. cuba lagi

Anonymous said...

Apa kriteria yg ditetapkn shopee spy jualan kita blh terpilih utk shocking sale?

Anonymous said...

Salam...
Klu nk jual kat shopee boleh jual lbih dr 1 jnis brg ke?atau kne fokus 1 jnis shj?
Bagaimana caranya?

Anonymous said...

Sis boleh wassap sy,sy nk tnye psal shoppe ni no wsap sy 01112957748

Anonymous said...

Sis ,klau join fee shipping mcm mne plak cara pembelian parcel,biase dkt poslaju rm10.60 ?maaf baru nk bljar

Fizah said...

maksudnya packaging ya? kalau sy, sy guna bubble wrap lepas tu masuk sampul flyers berpoket. flyers hrga tak smp 50sen selai.

Fizah said...

wslm wbt. boleh jual semua benda. caranya sama je macam dalam tutorial di atas.

Fizah said...

tak pasti sbb blm pernah terpilih ;)

HEM said...

Salam sis, 1 akaun email cuma boleh bukak 1 akaun di shopee ke? Atau boleh buka byk2 atas 1 email?

Unknown said...

SALAM SIS..Macam mna kita nak tetapkan harga shipping untuk setiap item..mcm sis bg contoh bwah rm30 free postage..mcm mana nak setkan cmtu jugak..sya try xbleh huhu

Anonymous said...

sis kalau jual pre order dan brg dihantar dari oversea cthnya..hantar direct pada customer,harga shippng macamna?

Anonymous said...

sis kalau jual pre order dan brg dihantar dari oversea cthnya..hantar direct pada customer,harga shippng macamna?

Excuse Me, My Wonderland! said...

Macam mana kita nak letak discount macam "20% off" tu eh?

Fizah said...

1 acc je boleh rasanya. dan no fon pun satu je

Fizah said...

wslm wbt. tu bukan kita set. tu shopee yg set dan tetapkan - tnc antara shopee dan poslaju.

Fizah said...

yg tu kne set shipping option (other)..tak boleh guna yg free shipping program ni. kecuali brg tu htr pd awak dan awak pos lain, tu blh guna.

Fizah said...

ada pada bhgn seller centre..klik promotion

Unknown said...

Hai sis flyers berpoket tu macam mana? Di mana nak beli? Murah tu.. Poslaju Plastic saiz s harga dah rm7.40😔

Unknown said...

Hai sis flyers berpoket tu macam mana? Nak beli dimana? Murah tu, kalau nk beli Plastic poslaju saiz s pon dah harga rm7.40😔

line super said...

payment yg diterima masuk acc bank kita ke? contoh saya jual topup telco, bila buyer beli saya akan mesej code topup.

Fizah said...

payment akan masuk shopee wallet sis. nti buat auto transaction setiap rabu atau buat manual setiap hari.

Fizah said...

di pejabat pos mmg ada jual sis..ckp je nak beli flyers berpoket.

Unknown said...

kalau ada cus bli ngan kita duit yang cus banyar kita dapat akan dpt bla ye

Unknown said...

as salam
sorry bertanya
mcm mna kita nk join shocking sale ye huhu

Unknown said...

mcm mna nk join shocking sale ye

Anonymous said...

Hi sis macam mana nak set weight tu ye kalau item tu ringan 6.5gram je. Sya dah cuba set tpi tak dpt.

Anonymous said...

Hi sis macam mana nak set weight tu ye kalau item tu ringan 6.5gram je. Sya dah cuba set tpi tak dpt.

Fizah said...

Selepas customer dapat barang.

Fizah said...

wslm wbt, shopee yg pilih dan tentukan. Seller tak boleh apply.

Fizah said...

Setkan paling minimum yang boleh. jgn lupa ambil kira packaging.

KepalaPaip said...

Kat kita ada banyak stok..tiba2 ada kecemasan kena blik kg..dlm masa tu ada costumer masuk order.. Apa yg boleh kita buat kalo mahu bercuti?

bey0nd7 said...

Salam Sis.

Klu nak apply program free shipping tu, kita kena masukkan kos shipping sebenar di dalam iklan ke?

Fizah said...

sblm bercuti, set profile kpd vacation mode. klu ada order yg masuk, dan tak sempat poskan, minta buyer cancelkn dan place order semula bila dah balik. boleh juga tukar status brg semua kpd preorder (tp jenuh sikit la klu ada byk brg, kena klik satu-satu)

Fizah said...

wslm wbt. tak perlu. letak hrga brg je dan buh free postage.

Unknown said...

Salam sis..nak tanya ..cmne nk buat klu item kita jual sold out ye...buat ne ye

Unknown said...

Salam sis..nk tanya..klu item kita jual sold out...nk buat cmne yer..xreti tekan kat ner

Unknown said...

Kalau kita jual perkhidmatan dan tak perlu pos. Contoh jual topup. Bokeh bagi ty nuk ajar sikit...

Wan said...

Nk bertanya,tak perlu ada SSM mcm nk jdi seller kt lazada tu ke

Fizah said...

wslm wbt. maksudnya nak restock ke? klik edit product sis.

Fizah said...

boleh je. nti tinggal customer nak klik order received je.

Fizah said...

di shopee tak perlu.

Anonymous said...

Hi, kalau tak guna waybill shopee blh ke? sbb sya ni sbgai dropship agent je. Supplier sya tak blh lekatkan waybill pda brg..

Unknown said...

Hai sis macam mana kita nk masuk no akaun ye di shoppe utk terima bayaran?

Anonymous said...

apa yang dimksudkan dengan urus niaga automatik setiap hari rabu atau manual setiap hari?

d'ultimate said...

salam,nk tanya
mcmn nk setting pembayaran melalaui shopee....sy puyer xde button utk bayaran kat brg yg sy jual...

SD Telecomunication said...

salam,saya dah ada akaun shopee. dah buat sale dah. baru tahu free shipping nie. mcmana nk linkan dengan akaun sedia ada nie? saya klik link register kat atas. masa register xda pulak mintak emai..hehe

Fizah said...

boleh takde masalah. pilih pos biasa

Fizah said...

ada setting pada wallet setup

Fizah said...

wslm wbt. button pmbayaran mmg automatik ada, kita tak perlu setup. jika tiada boleh try refresh semula. mungkin it slow button tu tak keluar.

Fizah said...

wslm wbt. tak perlu link apa2..boleh terus klik link utk application. automatik ada dalam sistem nti. www.shopee.com.my/poslajusignup

Fizah said...

payment yg buyer bayar tidak masuk terus ke acc bank kita tapi ke wallet shopee. kena withdraw dari situ ke acc bank sama ada manual setiap hari atau setelah sekian sekian value ataupun auto withdrawal setiap rabu.

Unknown said...

Salam..sis blh whtapp sy x..ad bnde nk tye ni...sy xbrpe fhm bab shipping..
01161165235..

SD Telecomunication said...

kene log in shopee dulu ke sebelum tu?

Hanz said...

Perlu guna PL9 x kalau postage biasa.. sy baru jual brg dkt shoppe.. Baru dftr utk freeshipping.. Dah ad org order brg.. Postage kite kene tggung ke?

Hanz said...

Salam... Postage tu kite kene byr ke masa dkt pjbt pos? Atau kene attach PL9

Unknown said...

assalamualaikum fizah...nak tny, sekiranya sy jual tudung custom made, dan custmer ada yang nak tambah nama,corak2, so mcm mane kita nak arrage erk...masih cnfius lagi ni... sbb corak n calour, cstmer blh pilih...

Unknown said...

salam

Anonymous said...

salam sis.
waybill tu mcm mana ye.
pastu sy cari button seller centre tu takde. tq

Unknown said...

salam sis saya bru nak berjinak2 dalm shopee ne .. nak tnya mcm mna nak buat klau barg semua direct supplier n klau kita tetapkan alamat as address pick up tuu poslaju akan pick up tmpt tu ke atau kita yg perlu pegi dekat poslajuu?? mohon prncarahan

Unknown said...

Custmer boleh cari kesalahan untuk refund n return bila dh jmpa brg yg lebih murah.saya dh kena..sbgai penjual xdpt nk buat apa2 😭😭😭

gennieviana said...

Hi sis fizah...sya baru berjinak jonak dalam dunia shopee...boleh bagi tunjuk ajar tak? Sya org sabah hehe..baru2 ni ada cust order brg sya d shopee tp sya tak tahu mcm mna prosesnya nak hntar brg tu...perlu guna laptop ka tuk jual beli shopee ni or boleh guna hp? Kenapa bila sya tekan link utk dihantar dia minta masukkan no.tracking poslaju? Mcm mna nak cari waybill tu? Sya betul2 pening la huhu...boleh bantu saya tak? TQIA

Fizah said...

wslm wbt. Boleh tulis pada info produk, sila chat dengan seller untuk pilih corak dan custom nama.

Fizah said...

wslm wbt. waybill tu autogenerated by system yg ada info buyer spt alamat dll. cuba tgk kiri atas utk butang seller centre.

Fizah said...

wslm wbt. suruh supplier pos guna shopee waybill. posmen akan ambil barang pada address pickup yg ditetapkan.

Fizah said...

suruh customer pos balik barang tu.

Fizah said...

saya telah jelaskan dalam tutorial di atas. cuba try ikut steps :)

Fizah said...

pos biasa tak perlu pl9 rasanya sbb tu poslaju berkontrak. postage kne setup di bhgn produk, bkn tgg sndiri.

Fizah said...

ya betul

gennieviana said...

Alamak...minta maaf sis...sya tersalah komen...sya nak komen d entry lg satu tu...cara pos brg kpd cuat lps dpt order...wajib guna laptop ka tuk dpt waybills tu? Sbb klu guna hp tak nmpk pla...dia suru masukkan track no.poslaju

Unknown said...

Salam sis.saya nk tanya kalau customer nk return or refund brg mcm mne dgn harga postage yg kita dah byr untuk post brg ? Seller rugi x untuk byr postage dan custmer xjd beli.

Unknown said...

Mcm mana dgn harga postage yg kita pos mula2 sis?xdpt byran balik kan.

Aam Agatha said...

hy, salam kenal..

saya sudah liat kedainya,,, ternyata sangat ramai walaupun produknya sedikit.

adakah tips untuk optimasi jualan di shopee? siapa tahu bisa di terapkan untuk jualan di shopee Indonesia. :)

*Jika ada salah kata atau kata yang tidak sesuai mohon koreksinya supaya tidak ada salah paham kedepannya. :)

Nor Aishah said...

Kalau dropship..kita perlu update no tracking sahaja ke..imbasan tracking number perlu x?sebab barang founder yang akan pos..macam mne nak imbas?mohon pencerahan
#firsttimegunashopee

Unknown said...

ohhww kalau address pickup tu poslaju x tau contonhya dekat kg? macam mna ya?

Unknown said...

Salam kak dalam shopee blh xjual barang jenama copy ori..conth macam kasut dgn bag

Unknown said...

Assalamualaikum kak maaf bertnya dlm shopee blh jual barang copy ori tak.conth macam kasut.

Unknown said...

salam kak,saya nak tanya..mcm mana ya nak buat yg shocking sale tu??

Fizah said...

sebaiknya guna laptop/pc..guna hp agak sukar sikit

Fizah said...

wslm wbt. tidak sewenangnya boleh klik refund unless mmg brg rosak. jika buyer nk refund, minta dia poskan semula brg utk inspection.

Fizah said...

hi..makasih ya. tiada tips khusus, sekadar maximise shj iklan produknya,,

Fizah said...

wslm wbt, setakat yg akk tahu, tak boleh.

Fizah said...

wslm wbt, tiada cara. hanya shopee yg akan pilih mengikut kriteria. tak pasti apa kriterianya tp mungkin yg perform.

Fizah said...

kena masukkan address yang poslaju boleh smp.

Fizah said...

masukkn no tracking je.

Fizah said...

yup tak dpt, tp klu guna free shipping prog, mmg tkde kos tu

Unknown said...

Kena ada waybill juga ke? Kalau tak letak boleh tak? Mohon penjelasan kak.sebab nak cuba jual brg kat shopee.

Anonymous said...

As salam sis, whatsapp saye bleh x? 01135178544 😊terima kasih

Fizah said...

utk free shipping program, mmg wajib ada waybill.

Unknown said...

Maaf bertanya..shopee bayar melalui ape ye? Sbb kite x bgi no akaun..

Fizah said...

masuk shopee wallet, kemudian kita withdraw masuk acc bank kita.

Anonymous said...

Assalam sis.. saya baru berjinak2 dalam dunia shopee. nak tanya pasal Free Shipping di www.shopee.com.my/poslajusignup yg sis ajarkan tu. sy dah apply dah free shiping.. saya tak paham sikit pasal menda ni. nti klu nk pos barang kat pejabat pos perlu buat bayaran apa2 tak? kalau free apa perlu saya bg tahu dengan pihak pejabat pos?

Unknown said...

Kalau akaun Free Shipping belum aktif lagi tetapi ada berlaku jualan..apa step by step yang perlu buat untuk pos brg tersebut. tq

Maslina said...

Kak mas baru start menjual di shopee.. letak kos poslaju RM 8, tapi bila product approved kos poslaju jadi RM 6 shj.. Adalah shopee akan bayar kos poslaju at RM 8 pd kak mas?

Siti khadijah said...

Salam puan, saya nak tanya.. Saya baru je nak menjual di shoppee.. Saya dah apply free shipping semalam.. Masalahnya ialah saya try buka kedai saya guna akaun adik saya, kena free shipping ye? Nanti klau kita poskan barang, cas pos tu macam mana ye?

Unknown said...

Assalamualaikum..sis sy nk tnye mcm mne nk jd dropship agent...sbb sy dh ad akaun shopee..

Fizah said...

ada link wasap di dalam entri utk join group support

Fizah said...

wslm wbt. mmg free. tak perlu byr apa2 di kaunter. cuma bagitau ni shopee, dia akan faham. waybill wajib ada.

Fizah said...

telah sy terangkan terperinci dalam entri ini https://susunatursioca.blogspot.my/2017/12/cara-pos-barang-melalui-shopee-free.html?showComment=1525269915909#c6788674650680595702

Fizah said...

dia subsidize tak perlu byr apa2 tambahan

Fizah said...

wslm wbt. proses pengesahan setelah apply ambil masa 2-3 minggu. meanwhile ada kos pos. cara pos telah sy jelaskan dalam entri

Fizah said...

wslm wbt. boleh cari supplier brg yg awak nak jual dan jd dropship mereka.

Unknown said...

salam akak nak ty kalau kos poslaju rm8 wanie letak tapi kat shopee tu dia potong jadi rm6 jadi shopee akan byr kt wanie tak rm8 tu jadi rugilakn kurg rm2 ke macam mana akak

Unknown said...

salam akak..kalau wanie keluarkn kos postage rm8 tapi kat shopee jadi rm6 jadi rugilakn dlm rm2 ke pihak shopee byr kt wanie rm8 akak

Anonymous said...

Salam sis...nak tanya bley x kite nk cancel kan vacations mode tu

Anonymous said...

Salam sis...camne yer kite nak cancel vacation mode tu

Wan said...

Thanks for info. Sy dah buka akaun shoppe tp masih tak faham. Maksudnya brg kita pos dan buyer bayar pd shoppe ker mcmana?

Unknown said...

Salam sis. Klu ada order msuk, mcm mna pulak proses pembelian brg ke suplier. Adakah sye kne bayar dlu kpd supplier? Sye xbrp paham sngt. Boleh jelaskan step2 utk ahli dropship x?

Fizah said...

wslm wbt..rasanya dia subsidi tu...bukan kita byrkan

Fizah said...

wslm wbt. boleh tp dia amek masa bbrp jam utk clear blk mode tu

Fizah said...

dia byr pada kita tp shopee akan release once item delivered to buyer

Fizah said...

wslm wbt. ya kena keluarkan modal dahulu. tiada step khusus, hanya shj perlu modal utk byr supplier. melainkan supplier setuju utk kita payment seminggu skli dgn mengira order terkumpul.

Iza said...

Sis nak tanya, hantar dari tu edit kat mana, sebab tak ada taip apa2, bila dah publish naik hantar dari batu caves, padahal saya tinggal di kedah

saya suka shaklee said...

salam nak tanya. Kalau ada costumer order macam mana kita nak tau yer? kena download shopee di hphone jugak kan? pastu klau costumer nak bayar macam mana sedangkan kita takder bagi no akaun pon di shopee ni? cmner yer. Saya mmg ada stok barang.

Sue said...

Jika pos guna abx cam mn ya. Kena print gak ke

Amy's said...

Salam sis..kalu untuk free shipping sis pakai plastik poket mcmana? Guna flyers ke? Kalu brg banyak boleh tak guna kotak sndri dan balut kertas minyak? Mohon reply ye sis..tq..

Fizah said...

betulkan alamat di profile

Fizah said...

wslm wbt, boleh tgk di seller centre. donlod di hp. dia akan masuk dlm shopee wallet.

Fizah said...

tak perlu.

Fizah said...

wslm wbt. ya guna flyers sis. kalu byk boleh balut kotak dan kertas myk. nti tampal je waybill atas tu.

Anonymous said...

Assalamualaikum pn, kalau jd dropship..kite kne dulukan duit modal brg utk byr ke supplier kan? Utk pertama kali jualbeli atau setiap kali jualbeli? Sbb kwn pernah bgtau, niaga di ebay hanya utk 2-3 kali jualbeli yg acc ebay hold duit hingga cust terima brg (utk history trusted seller). Selepas 2-3kali, jualabeli byrn dr cust terus masuk ke akaun seller. Jd, di shopee bukan mcm tu ye pn? Minta penjelasan. Terima kasih pn.

Unknown said...

Salam sis, sy ada nak buat dropship, adakah sy kena guna duit sy dulu utk supplier pos? mcmna ya sis buat dropship? bleh brief sy tak? yang sis kata "pos guna waybill yg sy akan emel" tu mcmna?

Fizah said...

wslm wbt, di shopee mmg release payment sehingga customer selamat terima barang. tak kira brp kali atau trusted.

Fizah said...

wslm wbt. maksudnya, awak ckp dgn supplier tak perlu pos biasa, cuma print waybill dan tampal pd parcel. waybill tu awak akan emelkan pada supplier. ada supplier yg ok dan ada yg tidak. so cari mana yg setuju,.

Unknown said...

salam akak, nak tanya, maksud akak kita kena cari supplier yang ada dalam shopee tu jugak ke?

HAHA.. said...

Salam hi i jadi dropship then mcm mana dkt kos postage perlu ke each item kite letak harga & bila customer order lebih dr 2 item kos tu akan increase ke? Cth mcm i letak harga post rm6 so bila customer beli 2 item total jd rm12 ke? Then if supplier insert trcking no bole ke kita as dropship insert tracking no yg sama?

Unknown said...

Salam sis kalau kita terlepas untuk pos lebih dari 3hari tu mcm mane ye? Boleh mintak extend tarikh tak?

Anonymous said...

Assalamualaikum sis. sy ade pertanyaan, macamana nk tukar alamat pembeli jika barang sudah berada di posisi "untuk dihantar".. boleh ke ditukar ke alamat yg baru atau pembeli perlu batalkan pesanan dan msuk pesanan yg baru semula?

Haiza eiza said...

Assalamualikum sis..nak tnya mcm mana kita nk sold kn brang kita ye..mcam brang da abis tapi nak papar kan tulisan sold di pic brang yg kita pnah update sblom ni tu..sbab sya pnah nmpak ad sorg saler ni die tulis sold di iklan die mnanda kan brang nya da abis di jual supaya cust tahu..boleh ajar kan tak sbab brang saye da habis di jual risau kalo cust bayar tapi brang tak de lagi stok baru blom smapi..

Si shantik said...

mcamane kita nak sent waybill? kne screenshoot dlu k

Ahmad Ruzihan said...

salam sis... nak tnaya macam mana nk daptkan shupplier untuk dropship barang?

Anonymous said...

@fizah
Maaf sy nak tanya klu xperlu waybill mcmna ya? Sy dropship juga dan seller pos guna pos laju, jd mcmna nak setting ye?

Anonymous said...

dari mana kita nak dapat waybill tu ye?
Dan kalau tak pakai waybill sebb sy dropship sj, so nak setting mcmna ya?

Unknown said...

Salam sis. Bole saya nak belajar dengan sis lebih mendalam lagi tentang bisnes di shoppe? Yurannya rm berapa ye. Bole tinggalkan wasup or sis/puan wasup saya 0189092769

Anonymous said...

sy dah cube upload satu barang ni..tetiba iklan tu dipadam oleh shoppe.kebiasaan pasal ape ye?

MAA TAKAFULINK HAJJ said...

Assalamualaikum..Klu whiteboard +-saiz 4'x4' @ lg besar sekali stand..pos laju terima ke...maaf x biasa pos benda2 besar ni..mcm mana klu jenis brg2 besar ni ye mcm whiteboa ni..

Anonymous said...

Maaf nak tye.. kalau sup tak terima.. macam mana ye. Still kita boleh proceed dgn tracking no yg supplier bg tak?

Anonymous said...

Sis.. kalau kita set shipping option other.. tapi kita still boleh kasi tracking no pos laju ke? Shipping cost tu.. akan di caj pd buyer ke?

blog suka2 said...

assalam sis. sy nk tanya.. sy letak kan cas pos rm6. tp knapa shopee potong tgl rm4 sje sis..

blog suka2 said...

macam mna ye sis x faham.. sy pon jadi mcm ni.. sy set rm6 tp bila dh approve rm4 je kos pos..

mrkamal said...

Salam nak tanya mcmana nak mark as sold dkt item yg dah dijual ya,dah cari xjumpa..harap dpt membantu.tq

Anonymous said...

salam..kalo barang xde stok buat sementara waktu, mcm mana nak edit ya? TQ

Fizah said...


Blogger HAHA.. said...
Salam hi i jadi dropship then mcm mana dkt kos postage perlu ke each item kite letak harga & bila customer order lebih dr 2 item kos tu akan increase ke? Cth mcm i letak harga post rm6 so bila customer beli 2 item total jd rm12 ke? Then if supplier insert trcking no bole ke kita as dropship insert tracking no yg sama?
--
wslm wbt. postage masuk bhgn postage jgn masuk pd harga brg. tracking number tu, yup boleh guna yg supplier poskan tu.
-

May 22, 2018 at 5:31 PM Delete
Blogger siti Adibah said...
Salam sis kalau kita terlepas untuk pos lebih dari 3hari tu mcm mane ye? Boleh mintak extend tarikh tak?
--
seller tak boleh extend. buyer boleh extend. minta buyer klik extend.
--

May 31, 2018 at 4:15 PM Delete
Anonymous Anonymous said...
Assalamualaikum sis. sy ade pertanyaan, macamana nk tukar alamat pembeli jika barang sudah berada di posisi "untuk dihantar".. boleh ke ditukar ke alamat yg baru atau pembeli perlu batalkan pesanan dan msuk pesanan yg baru semula?
--
setelah place order, tiada perubahan lagi yang boleh dilakukan utk free shipping prog. kalau nak tukar alamat, buyer kena place order yang baru dan kenselkan yang salah tersebut.
--

June 3, 2018 at 2:46 PM Delete
Blogger Haiza eiza said...
Assalamualikum sis..nak tnya mcm mana kita nk sold kn brang kita ye..mcam brang da abis tapi nak papar kan tulisan sold di pic brang yg kita pnah update sblom ni tu..sbab sya pnah nmpak ad sorg saler ni die tulis sold di iklan die mnanda kan brang nya da abis di jual supaya cust tahu..boleh ajar kan tak sbab brang saye da habis di jual risau kalo cust bayar tapi brang tak de lagi stok baru blom smapi..
--
hanya perlu update di bahagian kuantiti barang. letak 0. automatik akan jadi sold. perlu diingat barang yang sold tidak akan terpapar dalam carian. maka jika barang status preorder maka pilih preorder bukan sold.
--

June 5, 2018 at 11:22 AM Delete
Blogger Ahmad Ruzihan said...
salam sis... nak tnaya macam mana nk daptkan shupplier untuk dropship barang?
--
boleh join group kami. ada link dalam entri boleh klik. ebookshopeesioca
--

June 13, 2018 at 10:29 AM Delete
Anonymous Anonymous said...
dari mana kita nak dapat waybill tu ye?
Dan kalau tak pakai waybill sebb sy dropship sj, so nak setting mcmna ya?
--
waybill autogenerated dlm sistem. bila order masuk baru ada waybill. klu dropship deal dulu dgn supplier dia boleh pos guna waybill tak. kalu tak boleh, kena pilih poslaju biasa.
--

June 25, 2018 at 5:47 PM Delete
Blogger Naematul Jannah said...
Salam sis. Bole saya nak belajar dengan sis lebih mendalam lagi tentang bisnes di shoppe? Yurannya rm berapa ye. Bole tinggalkan wasup or sis/puan wasup saya 0189092769
--
telah sy sertakan link wasap dalam entri. boleh klik di situ sis. ebookshopeesioca
--

July 1, 2018 at 1:02 AM Delete
Anonymous Anonymous said...
sy dah cube upload satu barang ni..tetiba iklan tu dipadam oleh shoppe.kebiasaan pasal ape ye?
--
boleh jadi violates policies mereka. tiruan/tiada pengesahan dll
--

July 2, 2018 at 3:39 PM Delete
Blogger MAA TAKAFULINK HAJJ said...
Assalamualaikum..Klu whiteboard +-saiz 4'x4' @ lg besar sekali stand..pos laju terima ke...maaf x biasa pos benda2 besar ni..mcm mana klu jenis brg2 besar ni ye mcm whiteboa ni..
--
tak sure pula, utk free shipping prog setakat yg sy tahu boleh je saiz parcel apapun. boleh dicuba.
--

July 2, 2018 at 6:34 PM Delete
Blogger Unknown said...
assalam sis. sy nk tanya.. sy letak kan cas pos rm6. tp knapa shopee potong tgl rm4 sje sis..
--
ada subsidi ditanggung oleh shopee.
--

July 4, 2018 at 11:52 PM Delete
Blogger Mr Kamal said...
Salam nak tanya mcmana nak mark as sold dkt item yg dah dijual ya,dah cari xjumpa..harap dpt membantu.tq
--
cuma letakkan kunatiti brg menjadi 0.
--

July 5, 2018 at 12:42 PM Delete
Anonymous Anonymous said...
salam..kalo barang xde stok buat sementara waktu, mcm mana nak edit ya? TQ
--
letak preorder (item masih terpapar dalam enjin carian) atau kunatiti 0 (tidak terpapar dalam enjin carian).

Yana said...

Assalamualaikum sis. Mcm mna nk jual klau sbgai dropship je? Siapa yg kena print order nnti? Alamat pickup letak alamat siapa? Lgi 1, mcm mna nk kira berat? Sy x brapa fham.

Unknown said...

Salam..kalau seller slh masuk harga brg, boleh ke seller inform cust harga slh dan cancel order yg dh customer order tu? dan mnta cust order baru jika dia masih berminat..

Unknown said...

Salam kalau order cust , kita pos guna slip tulis tu je. Then update tracking. Boleh ke?

Unknown said...

Salam..
Hai sis..
Sye nak tye mcmne caranya utk kite menjadi dropship dlm shopee ye...ada cara2 ye tak...

Fizah said...


Blogger Misz Dana said...
Assalamualaikum sis. Mcm mna nk jual klau sbgai dropship je? Siapa yg kena print order nnti? Alamat pickup letak alamat siapa? Lgi 1, mcm mna nk kira berat? Sy x brapa fham.
--
wslm wbt. dropship sama je dlm shopee. awak emel supplier waybill. alamat pickup boleh letak supplier. timbang guna penimbang.:)
--

July 9, 2018 at 11:50 PM Delete
Blogger Unknown said...
Salam..kalau seller slh masuk harga brg, boleh ke seller inform cust harga slh dan cancel order yg dh customer order tu? dan mnta cust order baru jika dia masih berminat..

--
ya boleh.
--

July 13, 2018 at 12:09 AM Delete
Blogger Safika Nadia said...
Salam kalau order cust , kita pos guna slip tulis tu je. Then update tracking. Boleh ke?
--
kalau bukan free shipping program, boleh.
--

July 14, 2018 at 6:21 PM Delete
Blogger Kasih Hati Farah said...
Salam..
Hai sis..
Sye nak tye mcmne caranya utk kite menjadi dropship dlm shopee ye...ada cara2 ye tak...
--
sama caranya. details ada sy bincangkan dlm group support.
--

Unknown said...

Salam sis. Shoppe cas kita mcm mn ya?

Fizah said...


Blogger Unknown said...
Salam sis. Shoppe cas kita mcm mn ya?
--
wslm wbt, tiada cas.
--

dylla said...

Assalammualaikum sis..saya amat tertarik dengan cara sis membalas semua komen. Sangat murah hati untuk berkongsi ilmu. Saya berminat dengan perniagaan shoppe degan cara jual sendiri mahupun menjadi dropship tapi banyak perkara yang perlu saya fahami. Boleh sis bagi saya email atau whatsap untuk memudahkan perhubungan ?? macamana saya nak explore ilmu2 ni dari sis??
Ni no whatsapp saya 012-2511374 (Dylla)
Terima kasih.

Fizah said...

Wslm wbt. Terima kasih sis. Emel sy susususunatursioca@gmail

Wasap ada dlm entri di atas wwwwww.wasap/60132068411

Unknown said...

assalam sis...sy nk tanya...klau sy sbgai dropship...kne bayar ke supplier dgn duit kita dulu ke...sbb kan shoppee pegang dulu duit smpai cust dpt brg

Mama Papa Rea said...

Assalamualaikum, saya nak tnya tentang pos barang ni. macamana kita nak set kadar pos barang untuk setiap kuantiti? contoh 1-5pcs rm 7.00, 6-10pcs rm8 and seterusnya. caranya macamana ye? Sya buadak baru nak UP d Shopee...

Fizah said...

Blogger amal ashraaf said...
assalam sis...sy nk tanya...klau sy sbgai dropship...kne bayar ke supplier dgn duit kita dulu ke...sbb kan shoppee pegang dulu duit smpai cust dpt brg
--
wslm wbt. ya betul.
--

July 26, 2018 at 2:31 AM Delete
Blogger Mama Papa Rea said...
Assalamualaikum, saya nak tnya tentang pos barang ni. macamana kita nak set kadar pos barang untuk setiap kuantiti? contoh 1-5pcs rm 7.00, 6-10pcs rm8 and seterusnya. caranya macamana ye? Sya buadak baru nak UP d Shopee...
--
set utk satu je. klu buyer bli byk, shopee akan calculate ikut berat.
--

Anonymous said...

Assalammualaikum sis.. Nk tnya sy jual brg dropship. Brg sy tu ada hrga smnanjung dan sbh srwk.. Contoh bag sm rm80 / ss rm85.. Mcm mna sy nk msukkn kos tu dkt pengeposan tu ye sbb hrga lain2.. Sy masih confuse yg tu.. Dan bila sy order brg dr shopee sy tgk seller menggunakn plastik dan slip trackg yg ada cetakkn jnama shopee. . Mcm mna nk dpt mcm tu ye

Fizah said...


Anonymous Anonymous said...
Assalammualaikum sis.. Nk tnya sy jual brg dropship. Brg sy tu ada hrga smnanjung dan sbh srwk.. Contoh bag sm rm80 / ss rm85.. Mcm mna sy nk msukkn kos tu dkt pengeposan tu ye sbb hrga lain2.. Sy masih confuse yg tu.. Dan bila sy order brg dr shopee sy tgk seller menggunakn plastik dan slip trackg yg ada cetakkn jnama shopee. . Mcm mna nk dpt mcm tu ye
--
wslm wbt, utk free shipping prog, tiada cara utk asingkan, mmg kena masukkan hrga yg sama sbb postage ditanggung shopee. kalau pos biasa mmg boleh setkan sem dan ss. yg ada logo shopee tu namanya waybill. tu utk yg join free shipping program. kena apply.
--

EmpireZaiNad said...

Sis.. ada x cara nk tukar link kedai shopee??

Fizah said...

Blogger EmpireZaiNad said...
Sis.. ada x cara nk tukar link kedai shopee??
--
usernama tak blh tukar. nama kedai boleh. gi kat edit profile.
--

Unknown said...

Salam sis..wajib kena ada online banking ke kalau nak bisnes kat shopee?

Fizah said...

Blogger Unknown said...
Salam sis..wajib kena ada online banking ke kalau nak bisnes kat shopee?
--
wslm wbt, utk beli wajib ada. utk jual setahu sy tak perlu. sbb duit akan masuk wallet shopee dan blh withdraw duit tu masuk acc bank.
--

Unknown said...

berminat

Unknown said...

Salam. Tahu ke macam mana nak print waybill jadi kecil, maksudnya 1 kertas A4 boleh potong 4.

Fizah said...

UnknownAugust 14, 2018 at 1:52 PM
Salam. Tahu ke macam mana nak print waybill jadi kecil, maksudnya 1 kertas A4 boleh potong 4.
--
Wslm wbt. Jika printer laser blh buat gitu. Jika printer biasa tak digalakkn kerana barcode akn jd rapat takut pej pos susah scan.
Cara nk set: gi kt printer setting, cari print in one sheet.
--

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian yg diberikan. Mohon menuntut ilmu yer sis.Halal dunia dah akhirat.

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Mohon menuntut ilmu yer sis. Halal dunia dan akhirat.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 295   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...