Tuesday, January 27, 2015

42 Susunatur Bilik Belajar - Terbaru 2015 {Bahagian 1}

Assalamualaikum wbt,

Yellloooo semuaaa...miss me? ;) Hiatus yang lama tapi tak bermakna tiada projek susunatur...ada tu ada, cuma semuanya berjalan secara perlahan-lahan. Kalau lalu sebelah siput, siput menang kut...


Seperti yang pernah saya khabarkan, tahun ni sebenarnya banyak mega projek susunatur yang nak dijalankan. Banyak ruang yang akan diubah fungsinya dan dalam beberapa keadaan, projek naiktaraf juga akan dilakukan. 

Banyak sebab saya nak kena rombak balik semua fungsi ruang ni. Antaranya yang utama ialah saya dah kenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan rumah saya menjadi agak susah dikawal-selia susunaturnya {susah sebab saya kena fokus belajar sebenarnya}. Antaranya;

1. Family room sudah tidak dapat berfungsi dengan baik lagi sebagai FAMILY room sebab kebanyakan waktu kami banyak berkumpul di ruang tamu utama. Ini kerana family room yang asal sudah terasa sempit untuk dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak yang sedang membesar. Malah, keadaan beramai-ramai dalam family room tu sangat tidak kondusif untuk saya menjalankan aktiviti belajar/kerja saya.

2. Airwell yang sebelum ni saya tetapkan fungsinya sebagai one-stop playroom centre mudah sangat bersepah dengan permainan anak-anak. 

3. Bilik anak-anak dah jadi bilik baju di mana juga sangat mudah nampak bersepah terutamanya bila keadaan baju belum berlipat.

4. Dapur juga ada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian naiktaraf segera.

Saya nak fokus bahagian-bahagian hardcore iaitu family room dan airwell dulu. Yang lain-lain termasuklah ruang tamu, bilik utama, bilik tetamu dan garaj akan disimpan dahulu perancangannya.

Untuk family room, saya dah keluarkan sofa bed tu dan sekarang berfungsi sebagai katil anak. Dinding yang penuh dengan para, bingkai gambar tanpa kayu, sudut info semasa, rak untuk ruang membaca dan unsur ceria semua terpaksa saya cabut sebab nak clearkan dinding untuk letakkan rak dari airwell.

Tujuannya sekarang family room hanya berfungsi sebagai study room a.k.a. ruang SOHO {tapi masih perlukan ruang di rak untuk simpanan permainan anak}. 

Airwell pulak; yang telah dikeluarkan rak tu akan berfungsi sebagai laundry area...

Ehemmm pardon meLaundry area

;D ;D

Saya sebenarnya tak pernah bercadang pun nak buat laundry area kat rumah ni. Sebelum ni saya rasa cukuplah combine je washing machine dengan kitchen cabinet yang ada tapi semakin hari semakin rasa perlu sangat kepada ruang yang khusus untuk setelkan hal-hal berkaitan baju.

Wash, dry, fold...repeat. Nampak mudah kan.

Ia sebenarnya...

Bring to washing machine, wash, dry, sort, fold, put back to its place, iron, declutter small sized clothes every 6 months...r.e.p.e.a.t. 

Pheww...!~ Berpeluh juga bila cerita bab baju ni. Sebab tu saya merasakan perlu ada ruang khas. Tapi laundry area nantilah kita cerita sebab belum mula apapun lagi. 

Jadi family room takde dah sekarang ni, ruang tamu tulah jadi family room kami...sobs {tetap syukur}. Anak-anak pun bermain kat situ je...no more playroom. Bilik tidur anak-anak setakat ni belum buat apa-apa lagi...pun ada projek tu nanti. Dapur? Punnn samaaa...ada projek menanti...insyaaAllah pelan-pelan kukayuh...{banyak nau projeknyaaa...}

Proses membersihkan dinding family room pun bermula. Cabut para kemudian cabut wall plug yang ada...

Dah berlubang-lubang...

Gunakan Crack Filler ni untuk touch-up balik dinding berlubang...dia macam ubat gigi keluarnya tapi bahan dia macam plaster kapur gitu...

Comel sudah...tinggal nak cat je, tapi cat habis so kita biar je...hehe.

Zoom sikit keadaan selepas disumbat crack filler...isi penuh-penuh baru cantik dan kemas. Kalau tak isi penuh nanti dia tenggelam macam kat gambar tu.

Pastu cabut plak frame Ikea dan cabut penggantung dia ni...

Kadang paku dia tu ikut sama...

Kadang paku dia tinggal kat dinding...kena cabutlah guna playar...

Cabut plak frame isu semasa dan pelekatnya ni sekali...

Cabut peta dan double tapenya pulak...mula-mula nak cabut double tape tu guna cuka tapi tak jadi pun, last-last saya kikis je pakai pisau...tak rosak pun dinding cuma cat tu terhakis...kalau cat balik, tak nampak dah...

Mop pula lantai {sini dulu meja putih bentuk L tu, dah alih tepi meja kerja saya}...ada banyak tahi cicak kat dinding tu...camne ntah nak elakkan.

Mop sampai bersih...

Clearkan barang kat rak airwell ni, lap sampai bersih...

Belakang rak juga tak dilupakan...

Sementara tu, sabar dulu mata tengok semua ni...

Dan ini...huhu

Eh, macam kenal je rak pink tu...? Hehe, tak jadi letak dalam almari baju, nak letak kat sini je. Lebih sesuai. Sebelah dia nak letak rak hitam putih tu, tapi tak muat masuk...

Jadi, saya susun jadi macam ni...

Lepas tu, proses yang paling best, memasukkan semula buku-buku ke ruang yang ada.

Ada buku masa belajar dulu, ada majalah-majalah {tak bertambah pun sebab tak pernah beli lagi bila dah masuk rumah 2011 dulu} dan bahan bacaan lainnya...

Susun-susun...atur-atur...


Dah ada 'rumah' untuk buku-buku kegemaran. 


Baru siap satu fasa, masih banyak lagi kena buat...rak hitam putih tu pun nak kena susunatur, meja kerja nak dikemas, ruang notice board nak dinaiktaraf...

Kerja-kerja yang banyak...tapi seronok melayannya...ni namanya hobi. Bila dah siap tu, rasa lega sangat. Tapi jangan ingat itu titik noktahnya. Biasanya akan ada projek lain yang menanti...biasalah tu, bila dah praktikkan baru kita tahu sistem kita tu ok atau tak. Tiada istilah betul atau salah dalam dunia susunatur, yang ada cuma usaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Apa orang kata, organizing is a journey, not a destination...gituuu ;))

Camne cerita korang pulak? Biasanya buku-buku lama korang simpan macamana? Majalah-majalah semua tu yang kalau memang suka beli majalah, mana korang letakkan? Ada yang tengah on mood organizing tak? Small ke big ke, jomlah kongsi-kongsi cerita...walaupun tahun ni saya isytiharkan sebagai 'tahun pulun study', dan tak berani nak organize cabaran bulanan, tapi tetaplah nak baca cerita susunatur korang...mesti kongsi ok! 

 photo footer.png

42 comments:

Anum said...

cantik dan kemas

Masya said...

sama jugak kaedah mcm ni.. hujung minggu vacum bg hilangkan habuk.. anak dah sekolah mmg adalah rak gini kongsi dgn buku² suami ... cuma asingkan bahagian ...

Inani Hazwani said...

wahh. kemasnyaa :D

Fizah said...

terima kasih sis

Fizah said...

betul tu yana,, sy pun asingkan buku2 ikut kategori. senang hati tgk...

Fizah said...

terima kasih sis..:)

Unknown said...

saya jual majalah lama sebab dapat beli majalah baru, lagipun bagi yg biasa baca majalah akan dapati isu tu dikitar semula...bagi isu yang sgt berbaloi, simpah sahaja naskah tu..

Jasmin said...

wah..proses susun atur semula secara berskala agak besar ni... tapi bila dah siap mesti legaaaaa kan? tak sabar nk tunggu next part...jgn lama sangat yer hehe

Siti Sharini said...

cantik dan kemas..buku2 saya sekarang bertempiaran kat atas lantai, dalam kotak,luar kotak nak nangis tengok..huhu...dlm proses nak pindah rumah.

lipstikmerahyana said...

nak lagi.. part 2 plak.. hehhe

Asma said...

Bestnya dapat buat susunatur baru..akak tinggalkan umah kat melaka dgn keadaan huru hara tak sempat nak kemas apa..rindunya nak organizing balik. Umah kat uae ni apartment..masih kosong..tak cadang nak tambah apa sebab duk kejap je kan..rasa mcm nak fly je balik msia kemas umah..hahaha

fazianbatrisyia said...

good job....
kemasnya....
sy mau menangis kemas rumah ni...

Fizah said...

wahh idea ni sgt bagus utk pengumpul majalah..supaya jumlah majalah kat rumah ada keluar masuknya...kalau masuk je mau penuh umah ngan majalah kan..tq for sharing sis wanie ♥

Fizah said...

haha..pesanan yg sungguh tacing la kak ayu ni..'jgn lama sangat' .. macam tau2 je bahagian 2 lambat siapnya...;p

insyaaAllah sy pulun siapkan kak ayu..sakit gak mata nengok selagi tak siap..huhu

Fizah said...

wahh pindah rumah ya? satu proses yg yang 'menyakitkan' jugak tu tapi insyaaAllah seronok kesudahannya...semoga dipermudahkan urusan CikSiti

Fizah said...

haha..sabaq naa..;D

Fizah said...

haha kak asmaaa...mai fly balik...;p

cuaca cmne kat sana kak? stori mori sket dlm blog pasal uae..mesti seronok dengar

Fizah said...

menangis jugak ni fazian..menangis dalam hati..hihu

Sha Nazri said...

Datang singgah blog Fizah ni..ambil semangat nak mengemas rumah..

Fizah said...

jom jom..!! rancakkan 2015 dgn aktiviti yg best mcm ni..♥

Han Hanni said...

Fizah,

suka tengok blog ni sebab ada je aktiviti untuk susunatur.

Saya dah lama tak start susun atur.main sumbat je sejak duduk rumah baru ni.weekend pun terisi dengan aktiviti luar.

Hope tahun 2015 ni boleh start susunatur lagi.. yang paling geram nak susun atur barang2 yang selambak tu

NabilaHasyim said...

oh baru tau, xda betul n salah dlm organizing...emmm

mmg slalu kena tukar2 la ek, bila kita rasa xsesuai ye?
ok, patut la nabilah pun ada tukar2 susunan bila dah tunggang terbalik semua.
ingat diri sendiri, xmaintain kemas...

kt umh sini pun byk yg tertangguh.. jom kita lawan pulun, hehehe..

Huzaimah Basar said...

samalah, nak make over semula setiap fungsi ruang, senang nak menguruskannya nanti.

khadijah armawai said...

kemasnyaa...rumah sy tak byk buku sbb byk yg dah let go pun. buku2 blaja dulu byk yg dah kasi junior & majalah2 lama hampir semua dah jual kat lori suratkhabar lama. memang tengah cari idea ruang study tapi lambat lagi nak laksanakan kot.. kena kumpul duit dulu sebab ada projek besar menanti. weeehooo!! stakat ni projek susunatur buat kecil2an ajer...

sYuFiNaZ SuHAiMiN... said...

Rajin nye... Finaz pon nak rombak gak scara besar2an tp tggu masa sesuai...

Fizah said...

samala cik hani..aktiviti semput je ni..harap dapat boost bila ada perkongsian daripada kawan2 semua termasuk cik hani..moh kite!!

Fizah said...

belajar daripada sifu jen iheartorganizing nabila..kalau tak dulu pun selalu pening dgn diri sendiri kenapa asek berubah2 sistem...rupanya it is NORMAL...;)

Fizah said...

jom-jom-JOM!!

Fizah said...

waaa projek apa tu..projek apa tuuu...0-0 tak sabar nk tgkk...

buku ktrg tu mmg byk dah passing kat adik, itu tinggal yg mmg rasa akan rujuk nanti..majalah pun nasib baik juga tak berapa suka kumpul...baca yang lama2 pun boleh..hehe..papehal jgn lupa share projek besaq..

Fizah said...

rombak tak besar2an sgt ni sis Finaz..tp sbb bila ubah fungsi ruang rasa macam mega sgt bunyinya..hehe..share jugak nti k..

Miss N said...

banyak jugak rak buku fizah. saya pulak tiap2 bulan beli majalah dengan novel@ buku cerita. semakin hari semakin bertambah.... dah jadi macam library pulak... tapi memang dah minat membaca memang tak boleh dipisahkan dengan saya... nak kena fikirkan deco yang sesuai jugak lah nanti...

Ujie Othman said...

saya pun baru je re-organize bilik kerja kat rumah. semua buku2 saya susun kat rak dlm bilik tu..lama dan baru. Novel yg takmo dah saya jual online. Majalah yg takmo pass kat org. Tapi masih ada masalah untuk organize brg2 kecik lain..tgh fikir solution.

Anonymous said...

Salam sis boleh bagitau buku organization 'kegemaran'
tu beli kat mana.

fg

Fizah said...

wslm wbt..ada yg sy dapat melalui giveaway, ada yg saya beli di bookstore, dan ada juga yg saya beli di big bad wolf..

Unknown said...

Salam..nk tnya...rak pink tu awk just stacked aje ke..ada x fixed to wall or each other..takut jatuh kalau anak tolak ke..

Fizah said...

wslm wbt..setakat ni sy stack je..sbb depan tu ada meja sbnrnya..plan pjg mmg nak ubah tp sementara waktu ni cuma letak meja je dulu...

Unknown said...

Saya mmg suka singgah blog ni sekali skala untu dapatkan inspirasi mengemas. Bagus perkongsian fizah. terima kasih byk2...smoga lebih byk perkongsian tentang susun atur rumah...kalau boleh fizah share la jugak bab menghias - contohnye jenis bunga hiasan yg macam mana sesuai letak di meja makan, ruang kecil dll

http://nurulnutritionshop.blogspot.com/2015/04/bagaimana-rupa-susu-ibu-dilihat.html

nini said...

Wahhhhh huku2 fav akak mcm bestttt jeee

Unknown said...

kemasnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

as salam

crack filler tu kat mana ada jual

Anonymous said...

as salam
crack filler tu kat mana ada jual

Fizah said...

hardware atau mr diy ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...