Thursday, September 4, 2014

15 Pengumuman Pemenang Cabaran Bulan Jul & Ogos :: Ruang Tamu/Ruang Makan

Assalamualaikum wbt,

Yuhuuuuu....masa yang dinanti-nantikan telah tiba...!!

Pengumuman pemenang untuk cabaran Julai dan Ogos.

Tapi sebelum tu, saya nak mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua peserta yang sudi join kali ni. Salam perkenalan juga untuk semua pengunjung baru blog ini...new followers, silent readers, peserta cabaran bulanan yang baru, dan mereka-mereka di luar sana yang sudi e-mail pelbagai compliment untuk diri yang serba kekurangan ini. Saya ambil semua kata-kata anda itu sebagai do'a yang baik.

Dan TERIMA KASIH tidak terhingga juga kepada semua penaja yang terlibat dalam menjayakan cabaran kali ini. Semoga Allah mudahkan urusan kalian dan murahkan rezeki kalian.

Dan TAHNIAH kepada kelima-lima peserta yang terpilih sebagai pemenang kali ini. Teruskan menulis dan berkongsi ya...:)






Sekali lagi TAHNIAH kepada semua pemenang dan SEMUA PESERTA yang terlibat. InsyaaAllah ada rezeki kita jumpa lagi di cabaran berikutnya.

Ops, kejap! Ada lagi satu pengumuman.

Kalau takde aral melintang, saya akan ke IKEA esok. Kalau ada sesiapa nak selit order bolehlah inform segera ya, paling lewat malam ni. T&C boleh rujuk SINI.


Salam sayang! ♥

 photo footer.png

Sunday, August 31, 2014

50 {Sticky Post} Cabaran Bulan Jul & Ogos :: Ruang Tamu/Ruang Makan

Assalamualaikum wbt,


Macam kena pulak tema cabaran bulanan kali ni...bersesuaian dengan bulan Ramadan yang menyusul selepasnya, Aidilfitri. Semoga banyak perkongsian yang baik dapat diambil di sini. :)

Kali ni tema cabaran bulanan kita tentang Ruang Tamu/Ruang Makan. Saya sekalikan je dua ruang ni sebab kebanyakan rumah, ruang tamunya bersambung dengan ruang makan. Jadi, bagus berkongsi kedua-duanya sekali.

Kali ni, kita terpaksa menggunakan khidmat Mister Linky sahaja untuk link-up entri penyertaan. Huhu. Mohon maaf, tak dapat nak show thumbnail projek korang.

Perkongsian berkaitan susunatur lebih digalakkan tapi sebab kali ni ruang tamu dan ruang makan ni bukan banyak pun nak disusunatur sangat kan, jadi perkongsian berkaitan deko inspirasi pun bolehhh...:)

Hadiah...?? Wahhh...penting tu!! ;p

InsyaaAllah ada...:))

* * *

PENAJA 1


Kasha Body Lossion

- membuang angin, lemak, selulit, lenguh-lenguh
- membantu melawaskan sistem pencernaan
- sesuai untuk ibu lepas bersalin


* * *

 PENAJA 2


 Fridge Magnet Set Scotland dan Ceramic Plate Scotland 




* * *

 PENAJA 3


Set Get Clean Shaklee bernilai RM 155 terdiri daripada:

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate
Dish Wash Concentrate
Fresh Laundry Concentrate
Soft Laundry concentrate

Rangkaian produk penjagaan rumah Shaklee merupakan mesra alam dan sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang mempunyai alergi.




* * *

PENAJA 4


Buku Mudahnya Mengemas Rumah!


* * *

Para peserta digalakkan berkongsi dengan:

1. Penceritaan yang terperinci. Lebih terperinci lebih bagus. Contohnya ruang tamu saya menggunakan cat warna sekian dengan kod sekian. Atau sofa ni dibeli di sekian tempat dengan harga begini dan kualiti begini. Atau langsir ni dipilih menggunakan material begini untuk mewujudkan suasana begini...dan sebagainya. Perincian sebegini sangat membantu para pembaca untuk mengaplikasikan pula di rumah masing-masing.

2. Gambar yang jelas dan besar. Kalau kecil sangat susah nak tengok. ;)

3. Kalau boleh para peserta tolong semak widget follower yang digunakan. Kalau google+ tu saya tak dapat follow. Dan semak juga setting komen, kalau boleh elakkan penggunaan word verification, cukup dengan the comment will be review first, macam tu...pinau mata nak verify word tu...;p

Cara penyertaan pun mudah sangat. Cuma perlu masukkan:

1. TAJUK ENTRI ke Your name.

2. LINK ENTRI ke Your URL.

3. Entri lama-lama pun boleh masuk. Masih konsep kumpul idea. Cuma kalau boleh berikan sedikit nafas baru. :)

Selamat mencuba!



Perkongsian susunatursioca:



 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...