Monday, December 8, 2014

15 Label Maker DYMO LetraTag & Blog Planner 2015

Assalamualaikum wbt,

Sedang-sedang menulis tesis dan menyiapkan analisis data akhir, tiba-tiba datang sekelompok manusia yang comel, entah dari mana menghujani ruangan whatsapp saya dengan keinginan untuk meng'order' Home Binder 2015...Pelik dengan ketiba-tibaan itu, saya tetap menguruskan berketul-ketul order tersebut. 

Tetapi...alangkah cemasnya saya apabila dengan tidak semena-menanya pula kedai binding kehabisan stok bukan sahaja tab Jan-Dec tu, bahkan spiral binding yang coil tu pun tidak nampak bayang. Tamat semuanya!

Mahu tersepuk juga saya di kerusi yang tersedia, nasib tak jatuh terduduk je...{dramatik sangat tu kalau betul-betul jatuh}. Kalau satu dua Home Binder yang perlu disiapkan, boleh juga saya bertenang lagi...ni tujuh ketul nak disiapkan..!!

Tetapi, saya tak mengalah. Saya pun dengan suara separuh memujuk, mengajak suami 'mengukur' kedai-kedai yang ada di Melaka ni untuk mencari tab Jan-Dec dan yang boleh buat spiral binding

Ya ampuunnn...berhari-hari saya cari...tab Jan-Dec yang saya 'gila'kan sangat tu memang tak ada terjual di kedai lain. Saya betul-betul tak percaya yang kedai lain tak jual tab ni, tapi itulah yang terjadi. Tab tu hanya ada di kedai binding biasa yang saya pergi! 

Dengan rasa unbelievable yang membuak-buak, terpaksa jugalah saya dapatkan tab lain, dah tu nak pakai apa kan. Cari punya cari, jalan punya jalan, terjah punya terjah...akhirnyaaa jumpa sejenis tab ni...dia memang Jan-Dec jugak tapi tulisan dia horizontal. Boleh tengok gambar kat SINI macamana rupanya. Harganya lebih mahal sikitlah daripada tab yang sebelum ni tapi itu SAHAJA yang saya jumpa dan MENEPATI apa yang saya inginkan. Selesai yang tu. 

Kedai spiral binding pulak. 

Pun sama...susahnya lahaiii nak jumpa kedai yang ada buat spiral binding. Memang tak semua kedai ada buat servis ni...sebab permintaan tak banyak. Yang biasa kita jumpa comb binding. Sebab tu, sangat banyak kedai dah diterjah pun masih susah nak jumpa. Last sekali, setelah berhari-hari meneroka Melaka {amboiii}, barulah jumpa seketul kedai tersorok di balik-balik bangunan yang menyediakan servis ni. LEGA...!! 

Akhirnya dapat jugalah saya siapkan Home Binder tu semua...nasiblah customer mempercayai dan toleransi...

Pengajaran daripada peristiwa itu...belilah Label Maker dan buatlah tab sendiri!! hehe ada kaitan tak ;p

Tapi betul tau, disebabkan peristiwa yang mencemaskan begitu, saya terus mencari dengan bersungguh-sungguh Label Maker ni. Sekarang bukan lagi 'keinginan' tapi dah 'keperluan' dah ni. Walau macamanapun, buat sementara waktu ni saya akan gunakan dahulu tab Jan-Dec yang saya dah beli selambak tu {trauma sampai buat stok terus}, untuk order Home Binder 2015 yang berikutnya . 


Sebenarnya, saya pun dah aim lamaaaa nak beli Label Maker ni. Sebagai pencinta label yang tegar, saya rasa benda ni wajib ada bagi memudahkan saya melabel semua benda yang ada kat rumah ni. Lagipun, guru-guru organizing {blog Jen contohnya} semua ada Label Maker sekurang-kurangnya satu di rumah. Jadi, rasa seperti tak betah pula kalau saya tak mempunyainya juga. heheh

Kebetulan, saya dah lama siapkan satu binder khas untuk perancangan blog dan business Sioca {doakan sukses dan diberkati ya}. Bolehlah rasmikan Label Maker ni.  

Home Binder sebagai student banyak sangat to-do-listnya, jadi perlu khaskan satu binder lain untuk blog. 

Pink for student planner, blue for blogger planner...vaaahhh gituuuu

 Cover biru tu saya belum pernah up lagi dalam blog, tapi kalau ada yang berkenan bolehlah request...ada beberapa set dalam simpanan saya.

Saya gunakan tab pelekat macam kat atas ni untuk membahagikan Blog Planner saya kepada beberapa bahagian penting. 

Boleh muatkan 6 pcs tab...kalau nak lekat banyak pun boleh, adjust je jarak tampalan tu...

Muka depan Blog Planner...^___*

Tab dah ada, planner dah ada, apa lagi...label laa...;p

Hero kita...item terpaling disukai 

Selain biru, Label Maker ni boleh juga didapati dalam warna ungu dan merah jambu. 

Struktur pembinaan yang menawan kalbu...

...dengan butang-butang yang anggun...jatuh hati melihatnya 

Jenama DYMO LetraTag.

Bahagian kepala yang mengandungi bukan otak ;p, tetapi tape untuk melabel.

Ada clear tape, ada white tape dan ada yellow tape. Pilih je nak mana...

Panjang tape 4 meter...banyak boleh label tuuuu....

Ni contoh perkataan yang nak dilabel.

Saya gunakan clear tape...dah siap tulis perkataan yang kita nak, boleh tekan 'Print' dan Label Maker akan print tulisan tu di atas tape tadi.

Anak panah ni...

...butang untuk proses menggunting label yang dah siap diprint.

Kemudian, selepas digunting, cabutkan lapisan di bawah label tu...

Clear tape siap sedia untuk dipasangkan.

There you go!! 

Melting sangat tengok ni...

Minta maaf buh gambar banyak sangat...

 ...sebab S.U.K.A dan T.E.R.U.J.A...

...s.a.n.g.a.t.t.t.t.t....!!

'',)

Saya memang perlukan sistem planner macam ni sebab saya suka mencatat dan refer semula pada kertas ni banyak kali. Terutamanya pada hari-hari yang sibuk, planner begini sangat-sangat membantu bagi melancarkan urusan.

Saya letakkan juga monthly planner untuk catatan penghantaran susu kambing dan barangan IKEA.

Bila dah ada label ni, senang nak terjah terus ke bahagian yang kita nak.

Blog Planner saya ni ada 6 bahagian di mana bahagian; 

Promoter     - menempatkan info promoter HB 2015
Pakej 1 & 2 - ruangan info pembeli HB 2015 pakej 1 & 2
Pakej 3        - ruangan info pembeli HB 2015 pakej 3
Projects       - cadangan projek susunatur tahun 2015, insyaaAllah
Planner       - monthly planner untuk mencatat urusan bisnes...ewahhh 
Ideas           - ruangan catatan rambling ideas untuk ditulis di dalam blog

Semoga dengan adanya Blog Planner ni, perancangan blog Susun Atur Sioca akan berjalan lancar khususnya untuk tahun baru 2015 yang ohsem!! InsyaaAllah...doakan ya kawan-kawan semua. Saya juga mendoakan yang terbaik untuk anda-anda semua. 

Sambil tu, marilah melabel-label dengan Label Maker DYMO LetraTag yang super best ni...;)))

 photo footer.png

15 comments:

Unknown said...

cantik bila dah ber label :) Nak beli juga. Tapi kena kemas rmh dulu. Dah byk projek terbengkalai :(

fazianbatrisyia said...

bagusnya. mmg dengar ckp cikgu ni. semoga memberi manfaat.

ieza ashaari said...

Terbaiklah. Dah lama xbuat planner cmni sejak bersalin. Tahun baru nnti nk mula baliklah. Hrp bkn angan2 mat jenin.

Fizah said...

sy pun sama...byk projek nak buat tp takde masa..hukhukhuk..harap 2015 will have more 'organizing time'! insyaaAllah

Fizah said...

hehe ♥♥

Fizah said...

angan2 mesti ada..hee..nti share ok :))

Unknown said...

bestnya tersusun dan kemas jek kan...

Sha Nazri said...

Adoii..jatuh cinta dgn mende ni..bli kt mn..brp rm ye fizah..kalau xkeberatan share rege..

Fizah said...

timaceh..:)

Fizah said...

beli kat kedai buku popular dear..rm90 ;))

Nurul Syuhaida said...

Wah hebat nya idea Fiza! Saya suka ! Saya suka!

Saya ingatkan label maker tu yang hasilkan tulisan timbul tu, rupanya yang ni lagi advance!

Home planner tu ada lagi tak? Nak beli..

Fizah said...

ada juga label maker tulisan timbul..yg tu namanya emboss label maker..sy ada gak yg tu..hehe

blh hubungi sy 0132068411..home binder masih available :)

nurin said...

As salam..sy br terjumpa blog fizah sgt kagum..nak beli juga home binder tapi yg hardcopy...tak dak printer

Fizah said...

wslm wbt sis nurin..blh no prob, blh whatsapp sy di 0132068411

Mrs Kamilah said...

Bestnye. Mesti letak dalam wishlist saya ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...