Sebenarnya, Ikea pun ada buat servis penghantaran tau. Tapi, untuk urusan pembelian, kita tetap perlu datang ke Ikealah. Contohnya nak beli barang A, kita kena pergi Ikea, beli dan pergi kaunter customer service dan minta servis ni.
Kos penghantaran Ikea menurut info yang saya dapat daripada facebook Ikea adalah seperti berikut:
Sekitar Klang RM75
Seremban {lori 1tan RM280, lori 3tan RM410}
Melaka {lori 1tan RM610, lori 3tan RM810}
Johor/P.Pinang {lori 1tan RM760, lori 3tan RM1060}
Kedah {lori 1tan RM1030, lori 3tan RM1350}
Terengganu {lori 1tan RM1210, lori 3tan RM1510}
Yang lain saya tak pasti. Tapi, yang ni pun bergantung kepada kawasan kita. Kalau makin jauh walaupun satu negeri yang sama, kos mungkin bertambah. Kalau nak lebih kepastian, boleh PM terus kat fb Ikea.
Penghantaran SiocaDelivery kali ni takde masalah macam hari tu. Cuma ada satu masalah lain iaitu KETIADAAN STOK!
Inilah satu masalah besar tetapi sering berlaku di pihak Ikea. Dah banyak kali saya baca rungutan ni di fb Ikea, tapi diorang seolah-olah tidak mengambil berat sangat akan masalah ini.
Sebenarnya bagi saya kalau masalah takde stok dan maklumat itu dituliskan di website tak mengapa. Tapi, yang ni bahagian stock availability kat website kata product available, siap tulis ada berapa pieces lagi. Dan turut ditulis di situ, "All stocks are updated daily". Tapi, bila saya datang nak beli barang, eh takde stok pulak. Bukan takde satu atau dua ke, tapi takde LANGSUNG.
Bagi saya, ini boleh dikategorikan sebagai penipuan. Sebab, dia kata dia update DAILY. Tapi bila saya pergi tengok stok tiada, saya report...takde siapa pun kat customer service tu yang mencatatkan maklumat saya tu untuk update di website.
Jadi, saya tanya kat TIGA orang pekerja yang ada kat customer service tu. Saya nak pastikan memang betul-betul takde stok ataupun stok ada tapi diorang belum letak kat sini ke atau macamana.
Sorang pekerja cakap, ni belum restock kak. Sorang lagi pekerja cakap, ni dah discontinue, tak keluar lagi. Sorang lagi pekerja lagi best, saya tak sure belum restock atau discontinue kak. Huhu. Siap yang sorang pekerja tu bagi idea, akak beli dulu billy bookcase ni, nanti kalau dah ada door ni, akak datang lagi.
Sabar je. -____-
Tapi, at last ALHAMDULILLAH sebab customer sudi terima idea kitorang untuk tukar ambil door yang lain. Phewww....!~
Sebab dah tentu kita akan beli something else jugak kan sebab dah penat datang Ikea kan. Contohnya macam saya, datang dari Melaka semata nak beli billy bookcase dengan glass door dia. Bila takde stok, takkanlah saya nak balik tangan kosong. Ruginya rasa. Last-last ambil door yang lain walaupun bukan door yang kita nak pada mulanya. Dan walaupun lebih mahal, 'terpaksa' beli juga.
Walau bagaimanapun, tak dinafikan barang Ikea ni memang terlalu dekat di hati.
Walaupun banyak lagi kedai perabot yang ada kat Malaysia ni, tapi feel dia lain dari Ikea. Tak sama. Barang Ikea ni memang nampak cantik sangat dan sedap mata memandang.
Saya rasa diorang peruntukkan sejumlah wang yang besar untuk bahagian Research & Development. Kaji apa yang orang suka, baru keluarkan sesuatu produk. No wonder walaupun Ikea ada beberapa masalah berulang, tapi orang tetap ramai menerjah Ikea, termasuklah saya. ;p
Sekian laporan 3rd batch SiocaDelivery kali ni.
Hujung minggu ni kemungkinan saya ke Ikea lagi. Ada sesapa nak selit order?
Haha, mana serik. ;P
p/s Kepada yang nak beli Billy Olsbo Panel/Glass Door tu...batalkan niat anda sebab produk tu dah discontinue. Nak keluar yang lain katanya. {UPDATE: Saya dah check kat website, status dah tukar kepada not available...finally!!}
17 comments:
leh tahan gak
Lamanye xpi ikea..padahal dkt je dr klang ni..ikut higway..emm..bileeee nk shopping ni
patut mmg info tepat...mengecewakan customer...sob..sob...tp kalau ikea dkt di hati mana sampai hati tak nak pegi lagi kan fizah....
Memang minat ikea pun... Tp sejk pindah ke Perak... Tk kesampaian dh
Serik dah beli barang IKEA sebab diorang treat customer for granted je
servis pghtran ikea tu ke? haah, mmg agak pricey kan..
kena terjah tu su...ikea da melambai2 tu....;))
itu la pasal kan...harapnya ikea ada improvement utk bhgn customer servies...klu tak, makan ati ambe....
tggu ikea buka kat perak plak kot
customer servis mmg agak mengecewakan kdgkala...tp sy hr tu ok, cuma tak puas hati dia tak update stock kat website je...sbb benda tu penting utk yg datang dari jauh nk ke ikea...klu dekat tak mkn ati sgt...huhu
Kes ni rasanya kat Ikea Malaysia je.. Akak biasa shopping kat ikea UK Nothingham maupun leeds. Depa memang update website regularly, means kalau kita cek kat web ada, Insyaallah memang ada la produk tu. Takdela sia2 drive jauh2 semata2 nak ke Ikea. Yg kat sini, kalau dia buat gitu atas alasan marketing strategy, memang takleh terima dek akal la bg akak. Emo plak harini..hehe
saya selalu rasa barang ikea mahal kuikui. Dari rumah cuma 15 minit jer ke ikea tuh, tapi setakat ini sekali dua jer g.
hihi..iols dahla letih hr tu kak, dgn baby lagi kan..letih nunggu tu yg menambah geram dgn servis mcm tu...tp nsb baik bila cek beberapa hr lps tu dia da update....cuma perlu betulkan la kat situ bukan update daily..hehe
p/s teringin nak g ikea UK..;)
hihi..ramai kwn sy cmtu..dekat ngan ikea tp jarang g..i salute!! =))
Ikea Uk sama je dgn ikea msia, barang2 pun sama cuma dari segi harga, angka2 kat sana lagi kecik banding kat sini ;) Habis phd nanti buatla post doc ke sana plak
heee...post doc ekk..cuak plak sy mendgr ...;P
PENGUMUMAN!!!! PENGUMUMAN!!!
KAMI MERAIKAN ORDER DAN DELIVERY PERTAMA KAMI!
BUAT PESANAN SEKARANG, LIKE OUR PAGE!!!
BATCH PERTAMA OFFICIALLY LAUNCH!
LIKE PAGE KAMI YA!!!
#ikeakuantan #ikeapersonalshopperkuantan #kuantan #kemaman #ikeakemaman #kuantanpersonalshopper #kemamanpersonalshopper #ikeapersonalshopperkemaman #ikea
https://www.facebook.com/IKEAKUANTAN/?fref=nf
Post a Comment