Terlalu banyak perkara nak dikongsikan dalam ruang waktu yang cukup terbatas ini.
Masa-masa berlalu begitu pantas, sehingga terasa mengah mengejarnya. Tiba-tiba sudah di hujung tirai Syaaban yang bakal berlabuh...dan insyaaAllah bakal menjemput tetamu agung, Ramadan Al-Mubarak.
Allahumma balighna Ramadan...
Saya mendoakan kita semua akan mengambil sebanyak-banyak kebaikan dalam bulan mulia yang bakal menjelma ini.
Sesuai dengan 'penyakit' mencatat yang ada pada diri ini, saya telah menyediakan tiga templat checklist Ramadan yang boleh digunakan untuk semakan target madrasah kali ni.
Dan seperti biasa saya akan kongsikan dengan anda semua. :)
Templat rutin harian ambe...hehe.
InsyaaAllah semoga dapat amalkan dengan baik. Yang seronoknya Allah Yang Maha Pengasih, dengan niat sahaja pun kita dah mampu beroleh pahala. Tapi, janganlah niat je ya, mestilah usaha buat. ;)
Ada 10 kolum terakhir diwarnakan biru untuk pecut sasaran Lailatul Qadr.
Catatan tambahan.
Yang ni lebih kepada nak buat nota atau point penting, kadang-kadang baca banyak sangat info kat internet tapi tak catat pun. Last-last lupa...{sayalah tu -.-"} Ada templat ni, bolehlah catat apa-apa yang patut.
Special for Ar-Rijal.
Yang ni pulak khas untuk encik suami. Heheh. Pun adaaa ekk... ;p Idokle khas mana pun, cuma sebab lelaki kan sangat digalakkan untuk sentiasa berjemaah di masjid, jadi madrasah kali ni encik suami nak cuba semak, berapa kali yang berjaya berjemaah di masjid, dan berapa kali yang tewas. ;p
Bukan apa, kadang bila ada benda macam ni, macam seronok dan menjadi motivasi pulak nak key-in data-data tu kan. Tapi, cuba tengok point last tu, ada weight untuk encik suami dan puan isteri. Hehe, saya punya kerjalah tu. Nak pantau weight setiap hari je pun, maka tumpang jelah templat ni. ;p
Macam biasa, kalau nak download, boleh pergi je ke Page Koleksi Boleh Cetak. Kat situ, templat yang disediakan adalah plain untuk kesesuaian korang nak isi sendiri.
Sekian entri cukup ringkas kali ni, disebabkan kesibukan yang menggigit-gigit. ;P
Apa pula persiapan kawan-kawan? Mohler berkongsi untuk saham akhirat bersama.
Ramadan Kareem!
7 comments:
WOW.. TQ SO MUCH
MAMALEEN
ya Allah,.,seronoknye nak sambut ramadhan..tenkiu sis sebab share
:) moning
Bagus checklist ni....
Tq kak. Tak sabor nak tggu lepas budak2 tdo mlm kang, nak view guna laptop blh terus print.
TQ Fizah sebab sudi berkongsi...
ya Allah fiza. organized sungguh awak ni. terbaik lah! terima kasih kerana sudi berkongsi. sangat bagus!
Post a Comment