Wednesday, May 1, 2013

30 Susun Atur Bawah Dapur Memasak (Hob)

Assalamualaikum wbt buat semua, selamat bercuti bersama keluarga tersayang...dan semoga sihat-sihat semuanya ya...=)

Kali ni saya nak ubahsuai sikit susun atur di bawah dapur memasak saya. Sebenarnya, nak guna idea ni dah lama, tapi belum 'terpanggil' nak melaksanakannya...Bila tengok ryyhan buat, terus nak buat jugak...Lagipun memang bekasnya dah ada.

Sebelum diubahsuai, keadaan bawah dapur adalah seperti ini:

Keadaan asal bahagian cooking/memasak.
Tengok bahagian-bahagian lain dapur saya di S.I.N.I

Semuanya nampak elok dah di mata saya...cuma tang bekas beras tu...rasa macam perlu ditukar.

Sebab bila pakai bekas bulat ni, sebenarnya tanpa sedar kita dah rugikan banyak ruang berbanding kalau kita pakai bekas segiempat.

Jadi, sebelum melakukan usaha-usaha ubahsuai, kita bersihkan dulu kawasan ni ok.

Keluarkan semua barang, lap sampai bersih...biarkan beberapa ketika untuk dianginkan...maklumlah tempat letak bawang...mestilah ada bau bawang kan...

Tu ada bertanda warna coklat tu sebab beli bawang seguni, letak kat situ untuk stok, dan tak sangka ada bawang yang memang dah busuk...Takmo tanggal dah warna itu. Ish!

Jadi, lain kali periksa semua bawang yang dibeli. Mana elok, simpan. Mana busuk, buang.
Saya bukak satu-satu kulit bawang, bersihkan dan letak dalam bekas biru.

Selesai urusan pembersihan dan filter segala yang busuk, masukkan semula  ke dalam kabinet. 
Kentang dan bawang putih juga mengalami proses yang sama.

Beralih ke bekas beras pulak. 
Belah kiri tu bekas lama, nak ditukar kepada bekas belah kanan tu. 

Kelebihan bekas macam ni, kita boleh nampak isi dalam iaitu transparen untuk mudahkan pemantauan stok beras dan juga ada pintu atas tu untuk memudahkan pengambilan beras.

Selesai tukar bekas, masukkan semula ke dalam kabinet...

...dan yang paling S.E.R.O.N.O.K adalah...

Saya dapat ruang TAMBAHAN untuk letak bahan memasak yang lain di tepinya! 

Yayy!!

Rupa keseluruhan susun atur di bawah dapur memasak sekarang...

Sebelum dan selepas proses kecil-kecilan susun atur...=)

JOM kongsikan pula idea anda menyusunatur bahagian bawah dapur memasak.

Anda lebih suka letak bawang, minyak segala tu atas table top atau lebih suka tersembunyi dalam kabinet?

Dan selalunya bahagian ni akan dikemaskan berapa minggu sekali? Ada tips untuk hilangkan bau di kawasan macam ni?

Jom cerita-cerita...jom kongsi...

 photo footer.png

30 comments:

Unknown said...

Waaaaa..!!!! entry ni mberi ak ilham..!!!! bleh masuk segmen IDEA ANDA kt Hidupku Rumahku Terurus.

Unknown said...

Anyway knpa byk sgt stok bawang mu?ak bl ngam2 u 2mgu masak sbb takut rosak.

ch@ said...

taknakla share, berterabur. hahaaa. bawang, beras, minyak masak semua kat atas, guna bekas bawang tupperware tu, ada lubang angin dan letak hampir ngn tingkap. tak rajin hendak tunduk2. letak atas, capai-capai-capai. anak2 pun tak sampai nak selongkar :)

bersih betul kamu ni fizah.

Fizah said...

wah...ada segmen tu hek...menarik!!

Fizah said...

pasal apa banyak? pasal M.U.R.A.H kalu beli byk2 cmtu..hihi...lagipon suamiku n anak2 pemakan bawang yg tegar...kalu buat sambal harus taruk banyakkkk...tak rosak pulak...sbb aku dah filter awal2...kalu tak, mmg akan ada yg terlepas satu-dua yg busuk..

Fizah said...

ala cha...jom kita! tapi, mmg perasan pun hari tu kat dapur cha, stok bawang n beras semua cha cerita letak atas table top kan? jadi tinggal apa kat dalam kabinet? jom cerita, jom! =)

sweet tooth said...

berapa kali kemas? errr... ikut mood jadik jarang-jarang... hahahahaha...

Unknown said...

maaf tetiba komen..saje jejalan dan terbaca gegege
unt bawang tahan lama jngan simpan tnpa kulit..elok smpan dgn kulit..dan bia kene matahari/tmpat yang berudara
satu lagi..bawang dgn kntang tak leh tgl skali..nt salah satu mudah buruk..ni nenek saya pesan la..org tua

ryyhan said...

Bekas beras yg lama (hijau) fizah buat ape ek? Huhu kemas2 pstu kan kita xtau/ xde idea nk jadikan ape...

Diana said...

Hihi.. Cool je idea untuk perubahan kecil-kecilan ni...
Kat rumah semua bende kat atas... dalam kabinet..

Nanti kalo ada kerajinan..insya Allah boleh kongsi..p, segan arr..susunan biasa-biasa aje pun..
hihii =)

Fizah said...

yang penting tak setahun sekali, ye dak? ngeee..;D

Fizah said...

ahah...tiga-tiga sy buat..acane nih? degil ni! =) kikiki..tp bab bawang tu, saya kopek kulit yg luar2 je..kdg dah terlepas kopek smp kulit terakhir..jd bawang tu akan dimasak plg dulu..

btw, nice SHARING! really appreciate it! =)

Fizah said...

haah la...sama kita...tgh fikir nk buat apa...pilihan yg ada - tong sampah...tp tak sure lg...=) ryyhan buat cane?

Fizah said...

takpe yg biasa tu yg kita mahu!! jom SHARE!! =)

just azura! said...

mak mentua saya ajar, kalau nak bawang tu tahan lama (maklumlah, jarang masak, tapi beli bawang banyak) simpan dalam fridge je kalau ada ruang. sebab jarang masak, jadi fridge kosong. bila fridge kosong, letak lah segala bawang dalam fridge. memang tahanlah... haha..kantoi jarang masak.. :P.. bekas beras tu macam ohsem je.. nak try carilaa..

Fizah said...

gud idea, zura!! sy pulak letak bwg dah blend dlm fridge.. klu yg belum kopek tu byk, tak muat lak jadiknya...fridge kecik kekdahnya...eheh ;)

ch@ said...

ada skali gambar bawah dapur tu, buh kuali, periuk, laci peti ais [malas nak guna-tak rajin masak sgt] dengan tupperware yang besar2 dan kosong. Sebab tu ruang favourite askar nak selongkar, muahahaa. Malas buka pintu bawah dapur tu sebab bila tengah masak api dia akan padam, berangin kan. Tu yang bubuh atas semua, kalau mama datang mau bising orang tua tu. hahaa.

Fizah said...

ah-ha..yang B5 tu kan? ehe tak igt pulak ambe..maap ye..tp mmg betullah tiap kali bukak pintu tu api akan terpadam..terpaksala bukak balik tiap kali...huhu...tapi mmg dah situ ruang yang diperuntukkan maka kita followww saja...heee

Unknown said...

ahah, saya pun selalu kopek semua kulit bawang2 tu baik bawang besar ke, bawang merah ke, bawang putih ke lepas tu siap2 basuh, masuk bekas ada lubang2 then masuk fridge, memang boleh tahan sampai 2 minggu. Terlebih rajin kan, hahaha. tapi bila buka peti bau bawang je, haha. Agaknya kena seal dalam bekas bertutup kot.

Fizah said...

Haah harus letak bekas bertutup klu gitu..pastu letak kulit limau or lemon utk bau fridge yg wangi...kat kitchen baru nnti lehla buat ek...hehe...kite lak yg tak sabar!

Diana said...

Insya Allah..=)

Masya said...

huhuhu.. malu nak tunjuk dapaur.. berselerak.. tp ruang itu sangat di gemari hihihihihi.....

Asma said...

Bagus idea bekas isi beras tu, ai like ;)

ishamizu said...

Salam Fizah,

Nice blog! Boleh guna idea Fizah utk susun-atur kt rumah saya. :)

SUHAIDA said...

Su pya susun atur kt dpur msh kurg puas di hati.hihi

Ilyani said...

tq sis...sy nk wt divider cmni gk :)

julie hussin said...

Slm...wow teruja dgn susun atur yg dibuat...lepas ni kena cari mood utk kemaskn dapur saya....tq atas info ni

Anonymous said...

nampak kemas..saya pon tiap minggu kene kemas bahagian dapur..nak hilangkan bau saya suke letak daun pandan je..hehehehehe

Anonymous said...

Bekas beras tu beli kt mana?

Fizah said...

tesco mari =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...