Wednesday, March 6, 2013

11 Airwell Spaces - Part 3

Maafkan ambe yang telah membuatkan kalian menunggu the end results projek ni...Bukan apa, macam crowded sangat pulak bila cerita dalam satu entri je . . .

Last time, saya tinggalkan anda dengan gambar di bawah. 


Disebabkan masa pasang tiles tu nampak warna simen yang kaler hitam tu, maka nak taknak kenalah kami trim dengan cat. Nak beli warna yang sama dengan dinding macam lame sangat. Alang-alang kena cat baru, pilihlah kaler yang berkenan sikit. This time we decide kaler ala-ala biru turqoise . . .


Bentang suratkhabar sebelum mula bekerja. Saya cat bawah, suami cat atas. Tengok suami saya tu, kusuruh pasang tape supaya warna cat tu tak senget-benget tapi dah pro katernyerrr, tak payah tape segala . . . layankan saja, orang dah nak tolong, jangan nak banyak bunyik . . . kikiki
*harus bagi kredit kat encik suami yang rajin melayan karenah isterinya ni...thank you so much lalink*


Ok, di atas nilah gambar teaser hari tu. So, dapat teka tak kami buat apa dengan bilik ni? 

Kalau tengok gambar macam mini library pun ada, macam toy's room pun ada, kan? Tapi sebenarnya selain daripada itu, kami plan nak jadikan ruang ni musolla kecil juga. Kira macam mini library cum musolla. Cuma musolla tu belum dapat direalisasikan sebab lampu dan kipas belum ada . . . next project, in shaa Allah,..

So, take betullah ko teka plan utama nak buat bilik solat . . . kikiki . . . sila tinggalkan address rumah di ruang komen (atau sms) ye, untuk pos hadiah di bawah ni!..


Puan Fatimah won this cute storage box



Ini keadaan rumah masa nak transfer rak buku segala tu yang pada asalnya kami letakkan di family room. Tapi, sebabkan family room agak kecil dan anak pun dah bertambah, maka terasa sempit bilik tu, jadi kami decide transfer rak ni ke ruang airwell . . .tu yang jadi macam mini library. Barang mainan budak pun letak kat rak ni, jadi kalau diorang nak main, amek satu kotak dan bawak ke family room...tak jauh pun, depan bilik tu jugak...


Okey, yang ni satu cabaran masa nak letak rak buku yang lagi satu. Masa nak letakkan sebelah menyebelah tu, tak muat la pulak...Huwaaa... Kalau tak muat banyak, mungkin kami boleh fikir idea lain nak letak rak ni tapi tak muatnya cuma lebih kurang 1 cm je. 

Fikir punya fikir (perah otak jugak nak wat cemana) akhirnya, makcik yang penuh idea ni pun terpancar mentol di kepala untuk cabutkan dinding salah satu rak (lebarnya memang lebih kurang 1 cm) dan sambungkan ke dinding rak yang tinggal dengan L-bracket

Terus pergi beli drill wireless kat Tesco dengan harga ~RM 130 sebab nak buat kerja ni. Hihi, gigih tak? *takpe, banyak gunanya wireless drill ni kalau ada kat rumah . . .


Inilah hasilnya . . .elok cantik je diorang bergabung kan . . .


. . . tapi cuba tengok dari bawah, nampaklah L-bracket tuh (dalam bulatan) . . . Takpe, maafkan aje. Asalkan boleh guna, seharusnya saya bersyukur dah sangat-sangat . . .alhamdulillah! 

*Boleh tengok sini untuk tengok keadaan asal rak ni.


And move I did . . .


And, the before & after 

Inilah dia projek kecil-kecilan yang saya buat di rumah . . . agak-agak dah tension study, kenalah cari cara camne nak releasekan itu tension kan?.. ;P

Banyak lagi perlu diperbaiki di ruang ni. Susunan buku dan fail perlu lebih kemas dan praktikal, atas rak tu nak clutter free dan mungkin perlu letak karpet juga di lantai . . . hmm, idea is menimbun ok! Fulus and masa je yang mencemburui!! So, stay tuned for the next-next projects and updates, in shaa Allah!...

So, do you have any project to share with us? No matter how bad the before look, even you don't settled down the after picture yet, we don't judge it, you can still share it here!! Link/email to us through comments or yuzai_angah[at]yahoo[dot]com. *Mungkin saya akan bermurah hati untuk bagi hadiah! kikiki ;)))

11 comments:

MiSs iiMa said...

la tak tau dpt hadiah..klu tak awal2 lagi aku da jawab tempat solat ms first time baca haha sebb rumah mil imah pun ada airwell ni dah convert jd tempat solat.tp tempat solat kan tak siap lagi, jd sepatutnya jawapan adalah mini library la :P.

mawar said...

hahah btul2..xaci! jawapan take menghampiri tepat..tapi x tepat. so mn leh dpt adiah! *jeles* kaler turqoise tu menarek jgk..rs sejuk je.

Fatima Saiful said...

hahahah...ade hadiah ke???ekekek...mcm kelaka je kan?aku teringat umah MIL imah dulu kitorang p mmg mcm umah ko tuh laa Fizah, and die buat tmpt solat. tp ruang ko lagi besar laa..and sesuai kalo nk buat mini library tu. so, solat+mini library kan LAAAGGGII berkat~;)
nway, sangat laa rajin ko siap gmbr before after bagai...heheheh~sungguh jeles rumah comelmu~!!!;)

Mama Lynd said...

Aku boleh tido.
Raso berkobar2 plak nak update family area aku. Xder smnagat sbb xder kipas n lampu.Heeee

Fizah said...

@MiSs iiMa dengki lettew kikiki

Fizah said...

@mawar dengki lg lettew kikiki...gurau jek kgkawan...mood nk blogging da mai..biarkan..mwr suka biru kan? i know i know ;)

Fizah said...

@Fatima Saiful dah pos! :))

Fizah said...

@Mama Lynd sila update ok! i wait :))

InaAchik said...

salam farah.
cuba awk tgk entry ini:
http://inaachik.blogspot.com/2013/03/wordlesswednesday-aku-lah-penyamun-di.html?showComment=1362627165088#c40797313650239499

awk pemenang teka wang logam saya. tahniah. :)

Tautan Hati NabilaHasyim said...

ohhh, baru tau rak buku tu dok kt mana, ingt nk tya sblm ni, dlm family room jgk ke..
nasib baik dah terbaca entri2 lama hari ini..

dh tau jgk, rak yg xda bingkai tepi tu, kekeke. bru nak puji, syok la dpt ngam2, rak buku kt ruang tu. tp ok jgk, idea fizah yg bijak tu, asalkan kukuh, xnampk pn cacatnye, sape pn xperasan...

ruang mini library bo kongsi kt cabaran ruang istimewa eh? kbtulan, nabilah punye rak buku pn ada kt ruang pelik mcm ni jgk.. kira boleh le nk share ye?

nant nk kejan enSuami beli ink, nk print label cantik2 dlu, bru nk up entri, kekeke...

berapa RM ye rak kt Mydin tu?

Fizah said...

blh nabilah jom share ruang mini library jugak =)

yg rak mydin tu rm99 seketul. dua ketul ~rm200..tp tulah, lama dah tak nmpk mydin keluarkan yg warna hitam putih ni. cuma ada warna beige coklat tu je...cuba survey cavenzi ...situ pun kadang byk rak buku comel2 =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...