Tuesday, December 25, 2018

8 Azam 2019 Blog #susunatursioca

Assalamualaikum wbt,

Dah nak masuk 2019 dah kan? Dah ready ke korang semua nak masuk tahun baru ni? :)

Diam tak diam, dah nak masuk 7 tahun blog ni bersiaran. Meh recap sikit perjalanan dia...

2011:
Tarikh kelahiran blog ni adalah pada 27 Disember 2011.

Organizing Makes Me Smile :) merupakan entri paling pertama yang meletakkan gambar inspirasi dari blog Jen iheartorganizing. Masih berdarah hidung kalau tengok skill organizing beliau. Sentiasa mengagumkan.

2012:
Tahun 2012 dah mula menulis cerita susun atur sendiri. Awal-awal ni masih belum banyak entri pun sebab sibuk berpindah randah dan sambung belajar. 

Rekabentuk Kabinet Dapur Yang Praktikal merupakan antara entri yang berjaya ditulis dan mendapat paling banyak sambutan masa tu. 

2013:
Dan kemudian BAM!! Meledak pada tahun 2013 dengan begitu banyakkkk entri susun atur terhasil seperti idea DIY, label, balut kotak dan macam-macam lagilah. Rasa macam tahun-tahun yang gemilang gitu...;D Masa ni juga saya mula buat Cabaran Bulanan dan ramaiiiiii pembaca turut berkongsi cerita susun atur mereka...;))

Ruang Tamu Saya Yang Kos Rendah ni adalah antara entri yang saya tulis tahun ni dan mendapat hit paling tinggi melebihi 250,000 view dan terus bertambah sehingga sekarang.

2014:
Malangnya, masuk tahun 2014, momentum menulis mula slow kerana saya makin sibuk dengan urusan PhD. Entri pun dah tak sebanyak dan semeriah tahun 2013.

Pasang Awning Tepi Rumah
Pasang Awning Tepi Rumah merupakan entri paling hit masa tu.

2015:
Dan momentum tersebut semakin menjunam dan bermulalah tahun-tahun sepi blog ini ;(( Masa ni struggle sangat-sangat nak pulun PhD. Tak semua orang diberi kemudahan nak siapkan PhD dan untuk saya; the struggle is R.E.A.L..!!

Itu yang Sinki Berapa Bowl Yang Efektif? hanya tinggal soalan dan dijawab hanya selepas DUA tahun berikutnya...huhu

2016:
 Dan kemudian kesepian total pun berlaku pada tahun 2016. Momentum ZERO. Entri ZERO

Betul-betul menghadap PhD secara face-to-face...

dia serang-kita lawan,
dia hunus-kita tepis,
dia tekan-kita bangkit.

Satu battle yang dahsyat, dengan segenap tenaga digunakan untuk beroleh kemenangan. Bring it onnn...!! ...macam gitulah lebih kurangnya...

Perit; namun telah berlalu... 
Pedih; namun penuh pelajaran... 

Di titik kehidupan yang paling rendah itu, yang terlihat di mata ini hanyalah keagungan Tuhan dengan segenap ketinggian dan keluasan ilmuNya. Maha Baik Dia dan Maha Kuasa Dia atas segala sesuatu. Jika Dia Berkehendak kejayaan itu milikmu, maka seperit manapun dan semustahil manapun jalan yang ditempuh, akhirnya akan muncul juga sinar bahagia yang tak terduga-duga...❤

2017:
Dan setelah itu, PhD pun selesai {alhamdulillah} dan bermulalah percubaan membuat comeback di sini...;P Walaupun rentaknya sudah tak sama, namun usaha tetap diteruskan. Kebanyakan entri masa ni berkisar penambahbaikan kabinet dapur. Ada sikit-sikit je entri susun atur diselitkan. 

Malah, entri paling hit tahun tu pun bukan berkaitan susun atur tapi entri Cara Pos Barang Melalui Shopee (FREE SHIPPING PROGRAM).  

2018:
Percubaan untuk konsisten menulis diteruskan. Banyak entri berkaitan baju pula masa ni.

Sistem Pengurusan Baju 3 - {Sistem Mendobi} merupakan entri paling hit malah siap buat Cabaran Bulanan tapi nan hado yang join ahahahaa...macam awal-awal dulu buat Cabaran Bulanan dah gayanya...;P;P

2019?

Tahun ni semangat dia lain macam sikit. Mungkin sebab dah terlalu rindu nak menulis dan berkongsi. Mungkin juga sebab nak cari semula semangat berorganizing melalui blog.

So, untuk tahun 2019 ni kita cuba rangka beberapa projek susun atur di mana ia bakal disesuaikan dengan tema berikut:

❤ Bagaimana nak meMINIMALISkan rumah?

❤ Bagaimana nak ada rumah yang senang senanggg senangggggg banget dimaintain?

❤ Bagaimana nak jimatkan masa untuk mengurus rumah {mengemas, membasuh, membersih yang tak berhabisan tu}?

❤ Bagaimana nak ada rumah yang cukup selesa tanpa perlukan bajet yang besar?

❤ Malah, bagaimana nak berkompromi dengan jiwa-jiwa yang hidup dalam rumah tersebut tetapi belum faham tentang susun atur? {emak-emak, kita cuba sama-sama ya ;)}

INGAT, susun atur bukan sekadar cerita house, walls and beams; TAPI juga tentang HOME, LOVE and DREAMS. :)

#cabaranbulanansioca
#4monthstoRAMADAN

Jom join journey hakak ni? 

Bagi yang takde blog, boleh guna platform ig atau facebook group di bawah ni {dia nak buat group jugekkk...;P} 

Tujuan fb group adalah untuk memudahkan reader blog ni share entri Cabaran Bulanan. Semoga dapat dimanfaatkanlah kelak hendaknya.

So, berbalik kepada tahun 2019 yang bakal tiba dan bakal menghidangkan sambungan siri ujian dan pelajaran kehidupan yang rasanya bukan calang-calang hebatnya, semoga kita semua akan terus kuat untuk menghadapinya dan semoga kita semua akan beroleh kejayaan.

Kerana pada penambahan hari, detik dan tahun itu sebenarnya tidak lain hanyalah menunjukkan bahawa akhir hidup ini makin dekat. Tidak cukup kita hanya risau akan perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan, sedangkan kita lupa untuk bertindak mengikut apa yang kita boleh pada MASA KINI. 

Maka marilah kita hadapi tahun ini dengan penuh gagah dan berani...serta tawakkal yang menggunung di hati...dengan lafaz bismillahitawakkaltu'alallah kita melangkah... ❤

Jom berkobar dan seram bersama-sama? ^____^

 photo footer.png

8 comments:

Fadzi Razak said...

Dah lama kak fizah tak up entry. Tertunggu tunggu jugak entry susun atur akak ni. InsyaAllah tahun depan saya join cabaran akak heheheh

Cik Matahariku said...

salam sis, tahniah berkongsi refleksi tahun2 yang berlalu dalam berblog,saya juga ingin bangunkan blog dengan beri lebih nilai kepada readers saya, semoga kita semua lebih cemerlang pada tahun-tahun mendatang, aamin:)-

dorsett pink said...

Tahniah Dr, akhirnya dah siap PHD. Saya baru nak antar ni. huhu.. Betul2 struggle

Fizah said...

Blogger Fadzi Razak said...
Dah lama kak fizah tak up entry. Tertunggu tunggu jugak entry susun atur akak ni. InsyaAllah tahun depan saya join cabaran akak heheheh
--
join jommmmmmmmmm ^^,,

December 25, 2018 at 9:15 AM Delete
Blogger Cik Matahariku said...
salam sis, tahniah berkongsi refleksi tahun2 yang berlalu dalam berblog,saya juga ingin bangunkan blog dengan beri lebih nilai kepada readers saya, semoga kita semua lebih cemerlang pada tahun-tahun mendatang, aamin:)-
--
amin insyaAllah sama2 kita sis :)

December 25, 2018 at 9:53 AM Delete
Blogger dorsett pink said...
Tahniah Dr, akhirnya dah siap PHD. Saya baru nak antar ni. huhu.. Betul2 struggle
--
alhamdulillah, sy doakan awak pasti berjaya amin :)

khadijah armawai said...

salam fiza,
memang selalu tunggu post baru dari fiza. happy sgt bila fiza nk buat come back. blog kita pun dah sendu bersawang jugak nih. aritu fiza ada buat contest urus kain baju tu.. niat hati nak join tp apakan daya sistem pengurusan baju kita masih haru biru. lalu ku pendam hajat di hati. kihkih..

anyway, jgn berenti menulis lg ye!

Fizah said...

tq sis khadijah armawai...jom jom jom sesama kita ^^,,

Shahidah said...

haha saya ni sebenarnya dlu, 2,3 tahun lepas suka nau bace blog awak ni. mcm2 idea, sgt menarik sbb sy pun suke organize brg2 dlm rumah...hari ni tergerak nak jalan2 blog lama fav dlu2....blog awak, blog sue suka susun, blog lipstickmerahyana semualah hehe, rase happy sgt blog awak masih active :)

Fizah said...

tq sis Shahidah..sebakk kita ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...