Wednesday, December 31, 2014

27 {Sticky Post} Cabaran Bulan Nov & Dis :: Home Binder

Assalamualaikum wbt,


Bertemu kita di cabaran bulanan terakhir untuk tahun ini.

Kali ni prospek perbincangan kita merangkumi perkara-perkara berkaitan susunatur SOHO {small office home office} tetapi perkongsian akan lebih menjurus kepada susunatur dokumen, cara simpanan resit/resit, fail-fail, buku-buku lama, malah yang lebih ingin difokuskan lagi adalah perkongsian tentang cara penggunaan daily planner masing-masing untuk rujukan bersama.

Daily planner merupakan agen penting dalam memudahkan urusan seharian seseorang. Kalau kita tengok professional organizing blogger luar negara, mereka memang sangat menitikberatkan penggunaan planner ni.

Planner pun ada macam-macam jenis sekarang. Ada yang suka jenis konvensional berbentuk hardcopy. Ada juga yang lebih suka penyimpanan maklumat melalui medium digital. Mana-mana pun perkongsian daripada anda adalah sangat-sangat dihargai.

Cara penggunaan planner yang betul juga sangat penting untuk kita pelajari bersama supaya planner yang kita ada tu akan menjadi praktikal dan betul-betul mampu membantu urusan harian.

InsyaaAllah tak lama lagi tahun baru 2015 menjelma. Elok sangat dah tu nak kongsi dengan kita semua planner yang macamana korang gunakan untuk memudahkan susunatur urusan seharian. ;))

Hadiah UTAMA kali ni akan ditaja oleh susunatursioca berupa;

Sebuah hardcopy Home Binder 2015 Pakej 3
{corak cover boleh dipilih kemudian}

Dan, SEPULUH hadiah saguhati berupa;
SEPULUH set softcopy Home Binder 2015 
{LIMA set Pakej 1 & LIMA set Pakej 2}

Seperti biasa, kepada yang ingin menyertai cabaran bulanan kita, cuma;

1. Masukkan TAJUK ENTRI ke Your name.

2. Masukkan PAUTAN ENTRI ke Your URL.

3. Pemenang dan hadiah akan diumumkan kemudian.

p/s Kalau ada sesiapa nak join taja hadiah boleh e-mail saya. ^^



 photo footer.png

27 comments:

Anum said...

cantik

Puan Rad said...

menarik ni.. harap2 kali ni rad sempat up entry utk join contest.. hihi

Fizah said...

mari menyempatkan diri ;))

NabilaHasyim said...

Waaa, hr2 xsempat nak share psl fail2.
Kali ni boleh ye?
Klu sempat buat entri, bo la join.

Sy xda home binder. Yg Fizah BG pn sy xbuka tgok lg. Rasa mcm xreti nk guna. Huhu, maap.

Mgkin perlu kan masa utk nk hadam dlu kepentingan home binder, huhu.

Beba Ifa said...

tinggalkan link entri dekat sini ka?

Nisa Greennnpanda said...

camne nk join ye?
kne wat entry ke?

nurul aqidah azahar said...

cantik la

Fizah said...

Cabaran bulanan berbeza sikit daripada contest yg lain...peserta perlu buat entri ttg susunatur topik perbincangan kita cthnya bulan ni tentang Home Binder atau SOHO..kemudian up entri di widget yg disediakan..dalam entri tak perlu sebut tgh join contest..cuma perlu buat entri macam entri biasa yg lain..letakkan link entri di widget, bukan link blog..

Fizah said...

Cabaran bulanan berbeza sikit daripada contest yg lain...peserta perlu buat entri ttg susunatur topik perbincangan kita cthnya bulan ni tentang Home Binder atau SOHO..kemudian up entri di widget yg disediakan..dalam entri tak perlu sebut tgh join contest..cuma perlu buat entri macam entri biasa yg lain..letakkan link entri di widget, bukan link blog..

Yana Yani said...

saya follow sini untuk giveaway dianarashid ye #535
Diari Seorang Mama

Miss N said...

as salam fizah.. saya sudah terhantar dua kali. yang no 17 tu salah. yang betul no 18.. macam mana nak remove ye..

Fizah said...

wslm wbt...sudah diuruskan dear :)

SukaSedap MY said...

alamak silap letak . tolong buang blog parihh :3

adianiez AIDA said...

alamak, aida punya fail peribadi kat umah tu da x tersusun.
byk yg peruk dlm satu beg fail empat segi.
hu hu huhu and planner pun x pernah ada...
seronok gak baca ideas kawan-kawan yg join sini :)

IeRA said...

Salam

Maaf sis..saya tertekan. Boleh delete no 19 tu.. maaf banyak banyak

Sha Nazri said...

Fizah..sy dh join..ini semua Kerana home binder pink yg memikat hati tu..

Aishah Amin said...

alamak bestnya daily planner tuuuuuu..

Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

marsila abdullah said...

First time joint....nak cuba lah

Unknown said...

Assalamualaikum Fizah,

Fizah memberi inspirasi kepada saya.

Jemput jengah blog saya:
http://jiwatenang1234.blogspot.com

The Writer said...

Ya Allah.. murahkanlah rezekiku untuk memenangi grand prize.. amin


Amacam... bangga tak akak fully utilised home binder fizah buat tu. InsyaAllah kalau x menang nak beli jugak..

Siti Sharini said...

alamak bestnyer..tapi saya tak kretip huhu..datang sini nak menuntut ilmu..

Puan Rad said...

ok fizah.. rad dah siap up entry demi cabaran ini.. harap2 ada lah rezeki akhir tahun ni..

Fizah said...

sesama kita menuntut ilmu jom! :)

Fizah said...

terima kasih kak continuously support sy...love u to the maxlah!!..xoxo ;)))

Unknown said...

wah..cantiknya planner ni. Planner ni banyak bantu kita untuk kerja seharian, kadang-kadang tak terkejar bila semua perancangan dalam kepala jer.

Kay said...

alamak bestnyer..nanti nak try buatlah. Tq for the info sis.

obat tradisional hernia said...

kata - katanya baku bangett, bagus sekali... :D Good job kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...