Monday, August 6, 2018

5 Sistem Pengurusan Baju - 1 {Intro}

Assalamualaikum wbt,

Hari ni nak mukadimah sikit untuk perkongsian sistem pengurusan baju yang terbaru - cukup kemas, tersusun dan efektif!

Setelah sekian lama menggunakan konsep almari baju; dan tak pernah suka atau terfikir untuk buat konsep open wardrobe sebagai sistem pengurusan baju - saya akhirnya antara rela dan terpaksa (pada ketika itu iaitu sekitar tahun 2016), telah memilih cara open wardrobe untuk mengurus baju bajan di rumah. Open wardrobe ni diletakkan dalam satu bilik khas yang menempatkan segala perkara berkaitan baju di dalamnya.

Dah hampir dua tahun guna sehingga sekarang, i must say that i really LOVE LOVEEE LOVEEEE it to the max! Sistem ni sangat-sangat praktikal, efektif, berkesan, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga, senang diselenggara, senang kemas dan banyak kebaikan lagi!

Dulu saya tak suka sistem open wardrobe sebab nampak semak. Sekarang, bila dah guna, baru tahu boleh je nampak kemas kalau betul cara susunnya. Ada bajet lebih, memang saya prefer buat sistem yang sama tapi tambah pintu. Maksudnya open wardrobe tapi boleh ditutup. Tapi, apa yang ada sekarang ni pun dah lebih dari cukup untuk saya urus baju-baju dengan baik.

So, saya kongsikanlah cara ni dengan para suri di luar sana andaikata ada yang pening sokmo nak urus baju-baju ni - yang diketahui merupakan kerja yang tiada berpenghujung. Dengan harapan, banyak masa yang boleh dijimatkan dengan menggunakan sistem ini dan dapatlah ganti dengan 'me time' lebih sikit ;)

đŸ‘†SISTEM LAMA: 
{konsep almari baju dan sistem lipat}

1. Mula-mula, basuh baju macam biasalah kan. Mesin basuh masa ni letak kat dapur. 

2. Selesai basuh baju, sidai kat luar. Kalau hujan, maraton la kejap nak selamatkan baju. Dapat pula baju belum kering, murung sekejap..

3. Lepas kering, sesi melipat - yang agak emosional nak siapkan --,

4. Setel lipat, simpan ke bahagian baju anak-anak...

5. ...dan ke bahagian baju ibu ayah.

đŸ‘†SISTEM BARU:
{konsep open wardrobe dan sistem gantung}

1. Basuh baju. Mesin basuh masa ni dah tukar letak kat airwell.

2. Selesai basuh baju, sidai kat airwell juga. Airwell ni panas dan masuk cahaya matahari sebab memang ruang ni nampak langit terus. Tapi kita pasang zink transparent so hujan tak masuk. Hari ni sidai, esok kering. Bau sabun tak perlu risau juga sebab airwell ni ada pintu sliding, so tutup je, tak terhidu dalam rumah.

3. Lepas kering, tiada sesi melipat - terus angkut hanger dengan baju tu sekali ke bilik baju. Setel.

❤❤❤
Nampak tak betapa banyak penjimatan yang berjaya dilakukan; 
baik dari segi masa, tenaga malah ruang pengurusan baju. 
❤❤❤

Tempat asal mesin basuh 2011 - renovasi kawasan ni ada saya kongsikan di ENTRI NI
Sekarang dah letak di airwell, susun aturnya nanti saya kongsikan.

Tempat asal sidai baju - kat luar - guna wall mounted hanging system.

Baju berlonggok masa anak 1-2 orang ok lagi, seronok lipat ala-ala konmari style, masuk 3-4 wahh kemain pening nak hadap...{awal-awal berkongsi cerita susun atur, lipat baju pun boleh jadi entri okeh huhuh}

 
Sistem lama - menggunakan konsep almari dan sistem lipat. Cantik dan tertutup tetapi tidak cukup praktikal bagiku. Rindu dengan almari-almari ni tapi terpaksa let it goooo...Susun atur dalam almari ni semua boleh terjah kat SINI

Before after sistem yang amazingly significantly help with the cloth organization

Konsep dia simple je sebenarnya:



1. KUMPULKAN SETEMPAT

Semua perkara berkaitan baju/pakaian/fabrik diletakkan di dalam satu bilik sahaja. Jika tiada bilik, cukup sekadar menggunakan ruang-ruang yang ada, tapi pastikan ada ruang khas.

2. SISTEM GANTUNG BAJU

Gunakan sistem hang/gantung baju. Sistem lipat hanya untuk kain pelikat/kain batik, cadar, tuala dan beberapa kategori lain yang diketahui tak sesuai digantung. Sistem gantung baju ni adalah kunci kepada penjimatan masa yang sangat-sangat signifikan dalam pengurusan baju. Sebahagian besar masa surirumah banyak dihabiskan untuk melipat baju kan.

3. HADKAN BILANGAN BAJU

Pastikan baju yang 'currently use' tidak terlalu banyak. Kalau boleh hadkan kepada beberapa helai sahaja. Banyak-banyak buat apa kan? Kalau orang tanya kenapa asyik pakai baju sama je, bagitahu la yang rumah kita ada mesin basuh ;p

4. SISIH SECARA BERKALA

Purging setiap 6 bulan. Konsep ni sama je mana-mana bahagian rumah. Purginglah bila nak purging pun. Kalau nak buat setahun sekali ke dua tahun sekali ke tak sapa marah aih. Kalau rasa dah semak mata tengok baru nak purging pun bulehhhh...

5. DISIPLIN

Pakai almari ke, pakai open wardrobe ke, pakai sistem hang ke, sistem lipat ke, kalau tak ada dispilin, tak jadi jugakkk... Disiplin ni melibatkan mana ambil, situ letak. Kalau jenis main campak je, adudulah jawabnya...


Sekianlah perkongsian hari ni. 

Ada tak yang gunakan sistem yang sama? 

Gantung-gantung je baju ni semua? 

Atau ada yang masih suka lipat? Walaupun berzaman nak siapkan, tapi hati tetap suka dan cinta dengan proses lipat baju...;p

Saya pun suka sebenarnya lipat baju tapi timing selalu lari dan tempat longgok baju tu jadi aduhai sangat mata ni melihat. Dengan sistem yang ada sekarang ni, saya lipat baju bila nak travel je, sebab kena masuk beg kan. Kalau ada beg yang boleh apply sistem gantung, mungkin masuk muzium dah sistem lipat untuk saya ni ;D

Perkongsian seterusnya nanti saya cerita susun atur terbaru ruang airwell {yang sekarang dah jadi ruang dobi} dan bilik baju.

Stay tuned ya!

Ps - Jangan lupa share Tips Urus Baju gaya anda DI SINI 

 photo footer.png

5 comments:

aisyah elsa said...

saya suka lipat baju hahaha

Diari Shenia said...

Takde gambar overall bilik dobi & bilik gantung baju? Nak tgk contoh

Fizah said...

Blogger Diari Shenia said...
Takde gambar overall bilik dobi & bilik gantung baju? Nak tgk contoh
--
otw ^^
--

khadijah armawai said...

cam best jek idea fiza ni. sebelum2 ni ramai yang bagi idea gitu.. lepas kering terus gantung dlm almari tapi tak pernah rasa nak cuba sbb mcm rimas baju bergantungan. tapi entry ni buat terbuka minda nak cuba konsep camni. sebab jenuh nak lipat baju sejak2 ahli kuarga bertambah ni. huhu..

btw, share pic airwell please.... (^_^)

Fizah said...

Blogger khadijah armawai said...
cam best jek idea fiza ni. sebelum2 ni ramai yang bagi idea gitu.. lepas kering terus gantung dlm almari tapi tak pernah rasa nak cuba sbb mcm rimas baju bergantungan. tapi entry ni buat terbuka minda nak cuba konsep camni. sebab jenuh nak lipat baju sejak2 ahli kuarga bertambah ni. huhu..

btw, share pic airwell please.... (^_^)

--
macam tau-tau je kita tgh karang entri airwell..boleh baca ni ;P;P
--

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...