Friday, July 27, 2018

0 Percutian Ke Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt,

Hari ni kakak nak kongsi sikit cerita tentang Pulau Pinang sebab ni antara negeri yang kami dah lawati banyak kali dan tak pernah bosan untuk datang lagi. Cuti-cuti Malaysia korang wajib masukkan Pulau Pinang dalam list untuk dijelajah, memang best!


Ibu negeri Pulau Pinang ialah Georgetown. Lebih kurang 3 km dari situ ada bandar Butterworth - bandar yang terbesar di Seberang Perai. Mengikut sejarah, nama asal Butterworth ialah Bagan kemudian ditukar kepada Butterworth sempena nama kolonel British yang berkhidmat masa tu sebagai Gabenor Koloni pada pertengahan abad ke-19.

PERGI PULAU PINANG NAIK APA?

Di Butterworth ada stesen keretapi yang terletak bersebelahan dengan terminal feri dan dikendalikan oleh KTM - iaitu Keretapi Tanah Melayu. Keretapi ni terhubung sampai ke Singapura dan Thailand. So, boleh guna beberapa cara nak ke Pulau Pinang termasuklah naik train;

- kereta
- train
- bas
- flight
- jalan kaki ;p

Kalau guna kereta, dari KL, korang boleh lalu lebuh raya Utara - Selatan untuk ke Butterworth. Ikut teori, 3 jam 30 minit je. Kalau jem, korang congaklah sendiri ;p. Ada jalan alternatif untuk elak jem, iaitu guna laluan Klang - Teluk Intan, tapi lagi jauh jadi 5 jam lebih. Naik train atau ETS pun sama lebih kurang waktu perjalanan, 3 jam lebih. Naik bas lagi lama, 10 jam pun boleh jadi. Jalan kaki janganlah ya, takut sampai nanti tak rasa kaki dah... ;P

Kalau nak jimat masa dan tenaga, korang naik flight jelah paling senang, 1 jam je dah sampai. Guna Traveloka je mudah, sekarang semua hujung jari. Picit picit je fon tu hihi. Perjalanan jadi sekejap dan tak letih kan pilot tolong drivekan ;p. Untuk orang Singapura lagi best sekarang ni katanya tengah ada promotion. Boleh la grab cepat-cepat fly Singapore to Penang with Traveloka!

TEMPAT MENARIK PULAU PINANG

Banyak tempat menarik dan bersejarah kat Pulau Pinang ni. Boleh tengok peta atas tu tadi.

- Jalan Seni
- Taman Botani
- Taman Burung
- Pantai Batu Feringghi
- Lorong Kulit
- Rumah P Ramlee
- Bazar Chowrasta
- Ladang Buah Tropika
- Masjid Kapitan Keling
- dll

Antara yang menariknya ialah Taman Burung. Ni antara fakta menarik tentang Taman Burung ni:

- ditubuhkan sejak tahun 1988
- seluas 5 hektar
- ada lebih 300 spesis burung
- 20 minit dari bandar Butterworth


Koleksi burung ni bukan yang local je, international pun adoo. Ada tanduk burung, burung sunbird, pheasants dan macam-macam lagi. Selain burung, ada juga haiwan seperti buaya estuarine, arapaima iaitu ikan air tawar dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, pythons gergasi 18 kaki panjang, kura-kura raksasa berkulit lembut dan lebih daripada 20 monyet daun malu-malu. Seronok tak? Bab parking jangan risau, ada tempat letak kereta percuma.

Ni waktu operasi dan bayaran masuk ke Taman Burung Pulau Pinang.

Selain Taman Burung, ada Ladang Buah Tropika juga untuk dilawati. Tujuan ladang ni untuk memelihara pokok yang jarang didapati dan eksotik, untuk mendidik dan mempromosikan buah-buahan kepada penduduk tempatan serta warga asing dan bertindak sebagai pembangunan pertanian dan pelancongan eko atau agro.


Tempat ni depa tanam semua jenis buah tempatan dan juga buah import sebab terletak di lokasi yang ideal iaitu 700 kaki di atas paras laut. Untuk pokok buah tropika dan sub-tropika ni memang sesuai la. Ada lebih 250 jenis buah. Epal, pic, lai semua pun ada. Buah tempatan lagi la banyakkk...

Dikatakan waktu yang paling sesuai untuk mengunjungi ladang ini ialah pada bulan Mei hingga Ogos. Ada pakej lawatan kalau nak masuk antaranya:

- pakej melawat kebun (RM20 dewasa RM12 kanak-kanak)
- pakej rasa buah (RM7)
- pakej makan buah (RM20)

Waktu operasi 9 pagi - 5 petang setiap hari.

Yang suka makan buah tu, sesuai sangatlah mai sini dapat tengok pokoknya, dapat makan sekali buahnya.

PENGINAPAN

Kalau nak duduk lama kat Butterwoth, boleh cuba Rex Motel di Jalan Terbilang, 15 minit je nak ke Terminal Ferry Butterworth. Bilik-biliknya bersih, selesa, akses Wi-Fi percuma dan parkir percuma. Semua bilik di Rez Motel dilengkapi penyaman udara dan sebuah TV serta kemudahan asas seperti bilik mandi en suite bertab dan water heater. Selain itu, ada restoran 2928 Coffeeshop yang menghidangkan pelbagai pilihan hidangan tempatan yang dimasak dalam bentuk gerai jajaan dan santai.

Selain tu, boleh try Lodge 18. Ni betul-betul di bandar Butterworth. Hotel ni juga menawarkan perkhidmatan Wi-Fi dan tempat letak kereta percuma.

Banyak lagilah hotel, motel, homestay yang korang boleh cari dan booking ikut keselasaan dan keperluan musafir korang. Yang penting, Pulau Pinang memang tempat yang wajib masuk list untuk travel. Kalau dah pergi, lepas tu pergi lagi - pun masih tetap seronok!

Sekian, selamat bercuti!

 photo footer.png

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...