Berikutan lambakan dan kebanjiran inbox/e-mail/whatsapp kepada saya yang bertanyakan tentang Shopee, maka saya kini membuka tawaran kepada sesiapa yang memerlukan, untuk join;
Shopee Support Group by Sioca menggunakan platform whatsapp
; dengan syarat pembelian e-book Tutorial Shopee Malaysia by Sioca.
Sekiranya berminat, e-mel saya untuk perincian:
{susunatursioca@gmail.com}
***
Assalamualaikum wbt,
Hari tu menghabihkan boreh, sekarang kita menjana boreh pula. ;p
Cara nak membeli di Shopee boleh lihat DI SINI ya. Hari ni kita tengok macamana nak menjual pula di Shopee.
1. Bagi yang belum 'Sign Up', sila KLIK SINI untuk cara Sign Up.
Selepas itu, 'Login' macam biasa dan klik pada 'Seller Centre'.
2. Akan keluar tetingkap ni, klik 'My Products'.
3. Keluar tetingkap ni pula, klik 'Add a New Product' untuk upload gambar produk.
TIPS: Upload gambar lebih mudah kalau guna PC/laptop berbanding handphone sebab di handphone ada limited size yang boleh upload. Kalau besar sangat nanti dia akan crop.
4. Upload gambar produk dengan menekan butang 'Browse Images'.
5. Boleh upload maksimum 9 gambar dengan klik 'Add More Images'.
TIPS: Kalau nak letak lebih banyak gambar, gunakan apps seperti PhotoGrid yang boleh combine banyak gambar jadi satu gambar. Pastikan pixel gambar cun supaya gambar tak 'pecah'/blur.
6. Masukkan maklumat produk pada bahagian 'Basic Information'.
TIPS: Pilih category yang tepat supaya produk anda terpapar bila orang search. Boleh cuba search produk dengan niche yang sama, tengok diorang letak dalam category apa, pastu tiru.
7. Masukkan maklumat harga dan stok pada 'Price and Inventory'.
TIPS: Jangan terlalu mahal, jangan terlalu murah juga. Di Shopee, customer boleh sort items yang diorang nak mengikut harga. So kalau mahal sangat takut nanti tak ada yang nak beli.
TIPS: Sediakan FREE GIFT sebagai daya penarik buyer untuk membeli di kedai anda.
8. Kalau ada pilihan design untuk produk tersebut, klik 'Add Variations' dan kalau ada harga borong klik 'Add Price Tier'.
9. Masukkan maklumat 'Shipping'.
TIPS: Masukkan maklumat berat yang tepat ataupun lebihkan sikit supaya tak kena extra caj jika terlebih berat bila dah ambilkira berat pembalut/bubble wrap/packaging.
TIPS: Apply Free Shipping Program di www.shopee.com.my/poslajusignup untuk dapatkan kelebihan FREE POSTAGE sebagai satu lagi daya penarik buyer (ambil masa lebih kurang seminggu atau lebih untuk Shopee approve, so apply awal)
TIPS: Kena ada printer kalau nak join Free Shipping Program.
Kenapa? Nanti saya cerita next entry.
10. Pilih 'Yes' untuk Pre-Order kalau produk tidak readystock.
11. Klik 'Save' - DONE!
12. Untuk boost iklan kita supaya ramai viewer, klik 'Boost Now'. Iklan kita akan terpapar yang pertama dalam column Latest butang carian.
13. Contoh lepas klik Boost Now, bila kita search produk kita tu (planner2018 contohnya), maka pada column Latest tu iklan kita yang pertama sekali akan terpapar.
14. Selain Boost Now, boleh klik butang Share untuk kongsi iklan di platform yang lain. Di handphone lebih banyak pilihan platform berbanding di PC ni - terhad kepada 5 ketul tu je.
15. Kalau di handphone, bila klik Share, dia akan keluar listing platform yang selambak tu. Pilih je. Siap boleh Copy Link produk - contohnya;
dan share kepada target market.
Nombor yang panjang-panjang kat hujung tu merujuk kepada produk tersebut.
Kalau link kedai sahaja, cukup sekadar;
So, apa lagi? Boleh share dah iklan kita tu ke serata alam supaya seluruh pelosok dunia tau apa yang kita jual ;D
Untuk proses mengiklan dan menjual di Shopee, itu sahaja prosesnya. Senang kan! Bolehlah cuba meniaga di Shopee pula ya korang. Sales mantap juga dari sini. Chayokkkk 💪💪
Nak buat apa bila order dah masuk nanti? Tu next entry ya.
Penat dah ni mengarang. ;p
ENTRI BARU --> CARA POS BARANG MELALUI SHOPEE (FREE SHIPPING PROGRAM)