Monday, February 24, 2014

9 Kudap-kudapan Peneman Ketika Bersusunatur

Assalamualaikum wbt,

Amboiii...nak bersusunatur pun ada kudap-kudapan ekk...ha ha...kepoyoan apakah ini? ;D

Sebenarnya, saya ni memang penggemar semua jenis coklat. Yang manis, yang pahit, yang coklat terang, yang coklat gelap, yang putih, yang hitam, yang kelabu asap, yang merah jambu, yang kuning air, yang bulat, yang petak, yang bersegi {ok, cukuplah tu ;p} you name it, apa sahaja rupa bentuk, warna dan rasa coklat.....semuaaaa saya suka!

Kalau dark chocolate tu...memang mengadap sorang, tau-tau je dah habis sepapan.

Fuhuhu~ ;)

Orang kata makan dark chocolate takpe kan? Dia pure chocolate dan tak banyak gula macam coklat-coklat biasa. Rasa dia agak pahit tapi sedappppp...:)

Lagi pulak saya memang suka makan benda yang pahit-pahit dan hangit ni. Kalau kat rumah tu ada terhangit menggoreng sesuatu macam pisang goreng ke, ayam goreng ke, cekodok ke, roti terlebih bakar ke...jangan buang! Sua je kat mulut saya ni, insyaaAllah habis! Watammat kata orang tu...he he he ;p

Biasanya kalau tengah belajar, menulis blog ataupun bersusunatur, saya orangnya fokus. Saya akan sudahkan kerja sampai siap baru fikir nak makan ke nak apa ke dan sebagainya. Atau sekurang-kurang siap satu senggat masa dalam timeline yang saya setkan baru saya akan berhenti berehat.

Contoh macam nak baca jurnal ke buku ke, saya akan siapkan baca dan keluarkan point penting untuk subtopik 'Introduction' ataupun 'Analysis/Methodolgy' barulah saya boleh nak tekan 'butang pause'.

TETAPI......

Kalau ada coklat di depan mata...tak dan nak tekan butang-butang pause ni ehh...terus sambil baca sambil ngap...;D

Ataupun waktu nak buat projek susunatur yang sempoi seperti label-label ke, balut-balut ke, saya jadikan coklat sebagai kudapan peneman...yang menyegarkan minda!

Serius, saya sangat suka makan coklat...^^

Hari tu, saya makan Coklat Imtiyaz ni...rasa dia sedap dan manis. Ada sikit-sikit rasa macam ubat sebab mungkin formulasi dia bukan setakat untuk sedap dimakan tetapi berkhasiat. Ni kira macam 'makanan minda'lah. Sekarang kan ada coklat minda semua macam tu kan...So ni macam sort of la produk begitu...tak bolehlah makan macam makan coklat biasa...bukan takut apa...takut habissss...hehe ;p

Lepas tu, saya makan Coklat Fruit Fiesta ni...perasa mocha. Wadusss...yang ini betul-betul saya SUKA!! Serius sedap sangat!!! Berebut-rebut makan dengan suami dan anak-anak tau. ;))

Ehhhh...ni kategori coklat ke??? -..-

;P

Alang-alang cerita pasal kudapan kan, selit sikitlah kudapan tradisional yang tak dilupakan ni...apa entah orang panggil ni. Kuih siput ke? Dalam dia inti macam kelapa goreng gitu...ehhh, memang layan tau makan ni...=)

Kepada penggemar makanan minda, anda memang harusss cuba Coklat Imtiyaz ini!

Kepada 'hantu' coklat pulak, wajib cuba Coklat Fruits Fiesta. Memang macam fiesta korang akan rasa...=) Ada empat perasa...orange, strawberry, mocha dan cocoa...memang sedap!!

Atau kalau minat kudapan ala-ala tradisional pun boleh cuba kuih siput ni...'simpulan kasih' namanya...^^ Raya tahun ni beli dan jamu kat orang...curlasss gituuuu....;)

Bolehlah usha-usha barang-barang lain jugak...macam-macam adooo...^^

Hubungi:

BRIGHTANGLE ENTERPRISE (AS 0349388-M)
96A, JALAN PJ3,
JITRA, KEDAH
TELEFON : 019-549 3395
E-MAIL : beli2buy2u@gmail.com

Sambil berprojek hujung minggu, sambil makan coklat...layannnn....;)

 photo footer.png

9 comments:

safurara said...

wow mcm best je coklat tu.mcm nak jeee.hehehe

Unknown said...

salam. simpulan kasih tu berintikan apa kak? kalau serunding ayam kita nak! dah lama cari, mengidam :/ pregnant baby no 2 ni

Fizah said...

rara..betul best..nak2 yg fruits fiesta tu..cubalah =)

Fizah said...

ehehe...silap pulak..bukan kelapa goreng ek intinya..akk main bedal je..rasa macam serunding daging.;) cuba tanya kat pemilik dia ada buat guna serunding ayam tak...harga dia rm10 sebalang. rangup tau..akk suka! =)

Ayu Rashid said...

Kalau kak ayu.. keje ke mana kudap jer lebih nnti. Keje tak siap; ehhh kudapan dah abes hahaa

Fizah said...

mihmihmih...selalu terjadi juga tu kak....;D

ch@ said...

aku suka coklat, malangnya aku sakit gigi, huaaaa...
mkn juga tapi berpada-pada la sgt.

Fizah said...

lepas gigi dah baik blh makann puas-puas...gituuuuu ;p

Unknown said...

wow....Gd2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...