Wednesday, December 18, 2013

28 Susunatur Ruang Pantry/Consumable Items - Bhgn3 {Reveal Time!}

Assalamualaikum wbt,

Wahai semua yang sudi terus membaca perkongsian di blog ini, walaupun tuan rumahnya tenggelam timbul ditelan kesibukan, terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada anda semua yang masih sudi singgah. Jangan kecil hati ya kalau jengah di sini dan belum ada hidangan cerita yang baru...saya akan cuba belajar membahagi masa dengan lebih baik.

Ianya hanya tentang how I manage my 24 hours. Sepatutnya sama dengan orang lain. Tak adanya orang lain ada 25 jam atau lebih daripada apa yang saya ada kan? ;}

Cuma, yelah kadangkala perlu juga saya beritahu {supaya tak ada yang jemu singgah sini :)} bahawa agak mencabar juga study di rumah sambil handle tiga anak kecil yang terlalu energetic, terlalu tinggi daya imaginasi, terlalu banyak ingin dieksplorasi...sehingga saya berasa sangat-sangat-sangat bersalah bila kakak dah mula bertanya "...kenapa ibu asyik study je?"

Bangun je tidur, lepas siapkan apa-apa yang patut, memang ke depan komputerlah kerja ibunya ni sampailah ke malam. Momentum untuk study perlu saya kekalkan, kalau tidak, once dia drop susahhhhhhh sangat nak masuk gear balik. 

Jadi masa yang saya ada tu saya bahagikan untuk beraktiviti dengan anak-anak dan study. Blog terpaksa saya 'abaikan' sekejap, dan cuba siapkan di hujung minggu {itupun kalau hujung minggu tak ada apa-apa aktiviti lain}.

Bezanya dulu saya dapat fokus pada blog sebab Adni dan Alya saya hantar taska. Sekarang dah berenti {ada sebabnya} dan saya jaga sendiri di rumah. Jadi masa berblog dulu telah saya tukarkan kepada masa beraktiviti dnegan anak-anak. Memang flat keletihan badan saya menguruskan semuanya every.single.day. Kadang tu study guna handphone je...menyambil-nyambil melayan anak.

Itulah jadinya berminggu tak ada cerita baru di blog kesayangan saya ni...mohon maaf ya semua... :')

Tapi, hari ni, saya gigihkan diri turunkan sikit gear study dari gear 4 masuk gear 3...agar dapat saya up cerita organizing dapur untuk perkongsian dengan pembaca kesayangan semua...

Jom kita sambung citer hari tu...

Last time, saya dah kongsikan dua cerita susunatur pantry/consumable items di KC saya, dan kali ni saya nak reveal semua bahagian untuk ruang ni.

Ini para ke-3 dan ke-4 dalam ruang pantri ni...

Para ke-3 saya letakkan bekas bertutup merah untuk stok makanan sedia dimasak seperti bahan-bahan membuat pengat, goreng keropok etc dan di sebelahnya pula ada bakul hijau untuk stok bahan yang sama tapi perlukan ruang storan yang lebih besar...

...seperti stok bihun, spageti, suun dan yang seangkatan dengannya...

Dan...ini cara saya susunatur bahan-bahan memasak seperti tepung, gula semua tu...ingat tak cerita siapa yang saya terinspirasi ni? Meh jenguk SINI :)

Sebelum guna kaedah ni, sangat susah nak ambil satu-satu bahan yang diperlukan...sekarang mudah je!

Semua bekas sama saiz...

Printkan label di kertas stiker dan tampal...mudah nak tahu isi dalamnya.

Dan paling bawah sekali ada ruang tambahan {sebab para ke-4 tu saya dah naikkan dari level yang asal} dan saya dapat letakkan bekas stok tambahan untuk cili kering dan lebihan tepung dan gula! 

Hoooo---yeahhhhhh!!!




Keseluruhan rupa ruang pantry/consumable items saya :)

Kadang sambil makan kat dapur tu, saja je bukak pintu ni sebab suka dengan rupa dia sekarang...hehe

Serabut betul keadaan sebelum tu kan...;p

Saya rasa tips yang penting untuk ruang pantri yang praktikal adalah pemilihan bekas yang betul, label dan susunkan barang-barang dengan kaedah like-with-like items.

Buat masa sekarang, ruang ni berfungsi dengan baik dan sangat praktikal serta mudah diselia. Alhamdulillah!

Ada sesiapa yang nak kongsi cerita dan tips ruang pantri korang pulak? Mungkin ada tips untuk penambahbaikan...?

Jom kita ke SINI! ",)


 photo footer.png

28 comments:

lesungpipit said...

cantek!!!
kemas!!!
saya suke, saya suke!!!

~*irjune*~ said...

Fizah...cantik dan kemas. Sangat jeles sbb rumah saya takde pantry mcm ni sbb kekangan saiz dapur.....thumb up

UMIE SUE said...

Ya Allah....kemasnye kak...sangat bersih..su tak sabar jugak nk pasal kc ni..nak buat cantik2 macam akak..hati pun senang

moga akak berjaya dan sentiasa mendapat keredaan Allah..moga akak tabah dan kuat dengan rutin harian akak..

fazianbatrisyia said...

kemas...sy suka. ni yg semangat ni. bila agaknya akan rasa puas hati dgn KC sy...geramnyaaaa

Cik Puan Tqah said...

kemas gile..sukenyeee

cik hani said...

kemas. banyaknya stok.
Macam kedai..

Suka tengok. Especially kalau ada anak-anak, cepat jugak stok habis berbanding tinggal berdua je kan

MamaDaniel said...

kemasss... suka baks besar untuk letak bihun tu.. :D
saya pun sama.. bila baru kemas, asyik buka tutup je almari tu.. saja nak tengok sambil tersengih sorang-sorang.. hihihi... :) tapi masih malu nak amik gambar dan tunjuk.. belum kemas betul pun...

Linda said...

Thanks for the idea yg hebat ini Fizah wpun busy dgn study...mmg mencabar pun belajar bila dah ada family ni. Saya selalunya terpaksa start study bila semua dah tidur...penah jugak x tido sampai pagi bila dah nak exam...

rinoma said...

good job fizah! kemas dan efficient..

MamaSarahAirisDania said...

Whoaaa..teratur sgt

Nafira usof said...

cantekkkk! kemassss!!
suka dengan susun aturnye~
tapi dapur saya tak de kabinet cam tuh.. huhuhu.

momnsofea said...

bestnyer...cantiknyer..tgh sibuk nk print label..thanks ..so inspired.

nurin khairi said...

Cantik dan kemas. Suka bhgn diy gantung kt pintu tu. Mmg tak kena bhgn dlm ek

IMaH said...

kemasnya! suka sgt2 idea ni. tq for sharing!

Fizah said...

Tak kena dear..mmg blh tutup pintu :)

izfanora said...

Perghhhh..sgt kms..kagum rasanya..suka nk ada kt dapur klu cmni..

shima said...

fizah, sticker tu beli yang dah siap ke,, dan print guna laser ink ya

Fizah said...

Haah kak..sticker sedia ada..print ink biasa je kak..tp sy suggest letak sellotape ke apa ke utk halang dia kena air..

Anis said...

wah..besnye, cantik & sgt kemas :) nak minta tlg skit, boleh bg x dimension utk hang basket tu? kalo sesuai, minta izin untuk copy paste idea ye..tq

Fizah said...

yang besar:
panjang 34cm
lebar 11cm
tinggi 8.5cm

yang kecik:
panjang 23.5cm
lebar 11cm
tinggi 8.5cm

nti leh share lepas dah gantung ;)

julie hussin said...

Alahaiiiii.kemas nya.....kena gigih nak tiru ni....

Amna Safiyyah said...

ya allah kakkk.. seronoknye tengokkkkkkkk. semua bekas sama. kemas jeeeeeeeeeee. suka nyaaaa

Erma Rosnida said...

sangat kagummmmmm dgn effort fizah... sgt envy dgn kekreatifan dan kerajinan fizah!! mohon jadi inspirasi... :-)

nor asmaliza said...

Salam perkenalan kak..sgt memberi inspirasi..nk mcm ni jgk..;-)

Anonymous said...

kemas...bole tau tak ..rak gantung tu buat macamna?drill kt pintu kabinet?

Fizah said...

betul..rak tu drill ke pintu kabinet..pakai skru yg pendek spy tak tembus keluar..

Anonymous said...

pintu kabinet material ape?kayu nyatuh ke?

Fizah said...

bukan nyatuh..melamine board ke MDF macam tu...laminated je corak yg ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...