Friday, September 20, 2013

27 Rancang Perkelahan Anda ",)

Assalamualaikum wbt,

Salam Jumaat semua...wahhh, semangat semua dah sampai hari Jumaat ekk...bagus bagus :)

Apa rancangan hujung minggu korang? Kalau ada yang nak berkelah di tepi pantai, anda berada di landasan yang betul dengan membaca entri ini...hehe

Rehat sekejap cerita bilik utama, kita santai-santai dengan cerita berkelah pulak ok...

Kitorang sekeluarga memang suka tiba-tiba pergi berkelah ni.

Tiba-tiba maksudnya tak rancang pun hari sebelumnya tu...tup-tup datang idea pagi-pagi...

"Jom gi pantai..."

Gituuu...


Jadi, sajalah nak kongsi dengan korang acane saya memanfaatkan 'penyakit susunatur' saya ni dengan kejadian 'tiba-tiba' ni. Iaitu buat senarai barang keperluan untuk perkelahan.

Amek kertas dan pensel...sedia mencatat semuaaa...

hehe guraw je...

tak kelakar ehh...-.-'

Ok serius-serius.

Antara barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

1. Baju salin ibu dan ayah.
2. Baju salin anak-anak.
3. Pakaian salin {mini}.
4. Baju mandi.
5. Tuala.
6. Set tempat tidur {untuk bayi}.
7. Sikat dan minyak angin.
8. Plastik.
9. Air minuman dan mandian.
10. Makanan ringan.
11. Mainan.
12. Khemah dan beg-beg.

Yang nombor 1-7 kita masukkan dalam beg besar, seperti di bawah:

Yang nombor 8-10 kita masukkan dalam backpack, seperti di bawah: 

Yang nombor 11 iaitu mainan kita masukkan dalam satu beg lain, backpack juga...dalam kes saya ni beg yang warna oren tu. 

#Guna backpack senang sebab nak dukung anak lagi kan...
Dah siap semua...jom kita gerak...

Bagi kanak-kanak ribena ni baca buku supaya tak bosan dalam kereta...

Dah selesai suami pasang khemah, tugas isteri pulak susunatur barang dalamnya... 

Satu sudut khemah menempatkan beg-beg...

Satu sudut lagi untuk makanan, minuman, tisu, kain lap tangan, air mandian dan air basuh kaki...

Sekali sekala makan jajan macam Super Ring ni takpe kan...
ehhh, perasan pulak mata korang tu kannn...he he...;p

Jangan lupa kumpul semua sampah di plastik yang dibawa tadi. 
Jangan buat sepah kat tepi pantai ok :)

Sudut sebelah sini pulak untuk ruang bersantai budak kecik yang comel ni...

Sudut lagi satu letak barang-barang penting dan juga satu plastik untuk baju-baju basah.

Apa yang si kecik tu tengah khusyuk tengok tu...?

Ouhhhhhh....pemandangan yang subhanallah indahnyaaaaaa.....

Cantik kan? 

Tenang je rasa dapat rehat kat sini sambil disapa angin sepoi-sepoi bahasa...

Ada yang nak berkelah tepi pantai jugak? 

Jom rehat-rehatkan minda...

 photo footer.png

27 comments:

MamaRizqin said...

gambar2 tu semua buat teringin tiba2 nak ke bagan lalang ke, pantai remis ke...bestnya Fizah...

just azura! said...

fizah berkelah kat mane tu? Seronoknya tengk tak de orang di persekitaran! by the way memang kena catat checklist ni, senang taruk je dalam bag!

JaJa_NoRLiza said...

gi picnic pon ade susunatur ea??? mmg betul2 terurus ar kamu ni fizah...eh??semua pic family ade..mana pic tukang cerita yer??? hehehe..

*yg pasti susunatur boleh dimana sajer..ape jua keadaan...thanks 4 sharing!!!*

Fizah said...

seronok kannn..sekali sekala kelah camni...terapi jgk ni ;)

Fizah said...

ni kat klebang zura..mmg biasa g pg2 tak ramai org..lgpun bukan waktu cuti sekolah kut tu yg tak ramai..yg memancing ada..hehe

Fizah said...

kronik nmpknya penyakit sy ni kak...susunatur di mana jua...kui kui ;p

MasReena said...

Fizah tak masak ke untuk piknik ni? mesti lagi best kalau masak =)

MAY said...

BARU BLK PICNIC LAST WEEK..HEHE

Fizah said...

sbnrnya adhoc je ni dear..kadang mmg da sarapan kat umah pastu siap2 terus g pantai..bawak sandwich best kan..;)

Fizah said...

mesti best kannn...;)

Unknown said...

wahhh! semua tersusun n teratur...suka tgk cara fizah ni.. :)

Fizah said...

tima kasih...jom sesama ;)

.Lydia. said...

wah,terurus dan tersusun,good job kak.
Ni sume mcm nk g picnik gk ni..suka!!!!~

Fizah said...

ah-ha..betul2!! chillaxxx...;D

Mila@Rimbun said...

bagus ada tips camni...
seronok tengok budak2 main pasir

Fizah said...

diorang happy sgt dpt main pasir..emak pun tumpang gembira..;)

ch@ said...

Aku teringin nak berlarian di padang rumput. Piknik di padang menghijau.

ANAK MAMA SAYANG said...

Bestnyer

Fizah said...

aduhh..asyikkk bangat kannn....

Fizah said...

best nora ;)

fazianbatrisyia said...

lama gak tak picnic. kalau dah rajin menyusun tu, apa2 pun tersusun. nak gak hidup tersusun ni baru tak serabut kan...sy rajin masa kecik2 jek dulu...dah ada anak ni jadi tak rajin...kita kemas dia sepah kita kemas dia sepah kita kemas ayah sepah..lama2 sy tak rajin

Fizah said...

pernah gak melanda sy tu..tp masa kat umah mak..bila dah duk umah sendiri, tetiba jadi rajin balik sbb blh control sendiri sistem mana nak guna :)

MamaDaniel said...

bestnya ke pantai.. pantai mana ni?

Fizah said...

pantai klebang melaka...masih ok lagi pantainya..walaupun da byk pembangunan area sini..laut byk dah ditambak..

Saniah said...

menarik tips ni huhu,, walaupun simple je tapi kadang2 lupa juga nak bawa plastik baju basah huhu,,

Unknown said...

Salam kak nk tyer. Kalau mlm boleh ke berkhemah kat pantai klebang tu?

Fizah said...

wslm wbt, tak sure pulak..tak pernah pula berkhemah di situ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...