Tuesday, September 23, 2014

28 Pemasangan Autogate - Keperluan Atau Kehendak?

Assalamualaikum wbt,

Ada beberapa peserta cabaran bulanan kita yang dah kongsikan cerita pemasangan autogate ni. Kebanyakan kawan-kawan kita mempunyai reason yang sama - iaitu pasang autogate untuk keselamatan.

Zaman sekarang kan, anythings can happen. Jadi, lebih baik mencegah dari merawat...gituuu...

Kawasan rumah saya ni agak tinggi dan berangin. Selalu juga bila nak keluar masuk kereta, risau pagar tu berdentum kena kereta. Kalau calar sikit takpe, kalau calar banyak atau kemek mau menangis juga tengoknya...

Pernah sekali tu dah siap-siap buka pagar semua, masuk kereta, tekan minyak, nak parking dalam garaj...sekali wussssss....tu diaaa angin mai...baik punya follow belakang kereta...sikit lagi nak 'kiss'...hehe...tapi alhamdulillah masa tu sempat park kat dalam. Berderau je darah tengok pagar tu follow sekali. Nak tekan minyak sangat takut 'kiss' pintu rumah pulak...;P

Sekali sekala boleh la terlepas, kalau selalu ada juga possibilities nak terkena tu...nak turun pegang pagar bukan senang, nak kelek baby lagi...tak berapa rajin nak turun pun iya jugak...haha

Selalunya kesian kat encik suami la. Kalau kena time hujan, nanti memanjang achoo achoo je kerjanya...bukan boleh kena hujan sangat, terus rasa nak demam...manja sangat tuuu...;p

Pemasangan Autogate
Masih kekalkan pagar yang sama, cuma tambah mesin autogate je di kiri kanan pagar.

Pemasangan Autogate
Sisi satu lagi. Tu dinding tembok belum touch-up lagi...cat untuk luar ni kemain mahal, jadi biarkan dulu diorang camni. ;p

Kos pasang autogate {tak termasuk wiring} sekitar RM1500 macam tu. Kalau tambah wiring dalam RM500-600 ikut panjang mana kena tarik wiring tu. Kalau nak tukar pagar, kena tambah sejumlah duit lagi, ikut design pagar nak yang macamana. Tempoh pemasangan biasanya sehari je. Kalau tukar pagar tak pasti pula, kena tunggu pagar siap dulu lah kot?

Tapi, dalam banyak-banyak reason, memang reason keselamatanlah yang paling utama masa nak pasang autogate ni. Semoga Allah peliharakan kita semua. 

Ada autogate ke takde autogate ke, yang penting sentiasa berdoa moga Allah jagakan keluarga kita semua daripada perkara-perkara yang tak diingini. Kena betulkan selalu niat, dalam segala hal pun...bukan autogate tu yang penyebab tak berlakunya, tapi Allah yang jaga... 

Kalau pasang sistem hebat macamanapun, Allah tak izin, tak jadi juga kan. Jadi, kena selalu remind diri sendiri supaya tawakkal 100% kepada Allah, setiap masa. Kalau ada rezeki lebih, apa salahnya asingkan sikit untuk pasang autogate...sekadar mengisi keperluan, bukan kehendak. InsyaaAllah :)

 photo footer.png

28 comments:

Anum said...

:) betul tue semua dgn izin allah

natasha said...

salam kak fizah..akk pasang autogate ni wiringnya diaorg buat ikot tepi je ek?coz tgk lantai akak da ada tiles tu..mcm sy nak psng jugak tp kontraktor buat tiles ni kata dah payah coz slalu wiring org tanam dlm lantai je..klu blh buat ikot tepi je kna kumpul duit nak buat autogate jgk..hehe

Fizah said...

salam..wiring tu mmg akk da siap psg masa pasang tiles...nti akk share cerita tiles..insyaaAllah..mmg kontraktor akan sarankan buat piping utk wiring autogate sblm pasang tiles...lps da pasang tiles mmg leceh nak buat..tp masih blh rasanya..:)

Unknown said...

wah....rumah landed memang perlu kot....

Unknown said...

betul...aspek keselamatan tu mmg kene jaga-jaga...

Aty Fared said...

betul lah cakap awak yang last tu.. tawakkal alallah.. baca doa banyak2.. :)
secare personally.. autogate untuk agak agak penting.. sebab kes anjing baru2 ni lagi lah buat rasa nak kene pasang cepat..ritu nak pasang dah tapi bertangguh2.. sebelum ni memang pikir keselamatan..since akak pon selalu buat urusan kerje tengahri buta time sunyi...takut gak..lagi2 tinggal anak dalam kereta waktu nak bukak tutup pagar.. haaiihh..macam2 akak pikir.. ni sementara tak pasang lagi ni.. moga Allah jer lah yang melindungi akak sekeluarga.. :)

Ilyani said...

bagi sy, keperluan...b4 masuk rumah, sy suruh husband psg siap2...sbab sy xnk terkedek2 bkk pagar...bahaya gk sbab anak2 tggl dlm kereta...nowadays, anything can happen...

ummi affendi jr said...

Fiza nak tau citer pasal tiles. Kualiti, kontaktor dan info berkaitan. Dlm plan nak pasang juga ni.

Han Hanni said...

sama la.. saya ingat nak letak autogate. pagar tak nak tukar. kos pun dah RM2000. tak jadi buat sekarang la

ANAK MAMA SAYANG said...

Jenis autogate kita sama la. Nora pasang autogate pun sbb keselamtan...

ch@ said...

salam fizah, aku tak terfikir pun tak pasang autogate, angin yg bertiup boleh menjadi salah satu masalah, serius aku tak terfikir, sudah kau nyatakan tu barula aku terfikir, rupa2nya. hehe.
aku pindah masuk rmh sendiri ni mmg sudah sedia autogate, masalah dtg bila da problem, baru sekali tkr papanlitar pasal remote tekan buka dua pintu, tapinya terbuka satu je, satu lg manual tolak ngn tgn. sabo je la.

Fizah said...

:)

Fizah said...

haah..agak keperluan juga bila dilihat kes2 yg berlaku..

Fizah said...

setuju :)

Fizah said...

bab anjing tu pun satu hal gak kan kak...dah trauma plak jadiknya...huhu..apapun sy doakan akk sekeluarga dilindungi selalu ...ameen :)

Fizah said...

haha...separa auto ekkk...pun boleyyyy ....;D

Fizah said...

smg dilindungi Allah selalu ya..

Fizah said...

insyaaAllah kak...

Fizah said...

insyaaAllah sy asingkan sikit2 dulu hani pastu baru buat :)

Fizah said...

ada bunyi burung bila bukak kan? ;p

~ NANA ~ said...

i pon baru pasang autogate...mcm jenis rumah i tu, autogate memang dah termasuk masa beli rumah...so kerja developer yg pilih pasang semua...hihi

Fizah said...

bestnyaaa kalu dapat developer siap pasang...biasanya kat sini developer pasang tiles kat garaj sbg bonus, ni dpt autogate..mmg thorbaeekkk....;)

hasmardy said...

Akan dipasang.. Dalam proses mengumpul duit

Anonymous said...

Salam,sy pembaca senyap2 ur blog,suka folow tru cerita susunatur awak..
Autogate ni mempermudahkan bnyk perkara,cuma saya ni terover berhati2,stp kali keluar rumah,sy pastikan autogate sy betul2 dah tutup baru saya jalan,

bila sampai rumah plak, bila autogate dah full tutup baru saya matikan enjin kete dan keluar kete :)

Unknown said...

As salam tuan,sekiranya berminat untuk pemasangan cctv,alarm,autogate,wirering boleh hubungi fairus 0123629420.area kl & lembah klang, harga boleh dirunding 100% bumiputera

Unknown said...

As salam tuan,sekiranya berminat untuk pemasangan cctv,alarm,autogate,wirering boleh hubungi fairus 0123629420.area kl & lembah klang, harga boleh dirunding 100% bumiputera

Unknown said...

Sekiranya berminat pemasangan sekuriti keselamatan seperti alarm autogate CCTV wirering boleh hubungi fairus 0123629420
Harga boleh dirunding
Area kl n lembah klang
100% bumiputera
Berdaftar ssm

Anonymous said...

assalam puan fizah dan pembaca semua..diharapkan semua pembaca pon sihat sejah tera hendaknya..just nak promote service pemasangan autogate dari saya.kepada pembaca yang masih mencari penyedia pemasangan autogate ni boleh la singgah ke blog saya ye .www.autogated.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...