Tuesday, May 13, 2014

8 Tawaran Terhad Untuk Peminat IKEA Dari Penang & Ready Stock SALE :)

Assalamualaikum wbt,

Servis hantar barang Ikea

Kebetulan suami saya ada conference di Penang lebih kurang dua minggu lagi. Jadi, saya nak ambil peluang bantu rakan-rakan di Penang yang tak berpeluang ke Ikea untuk order barang-barang Ikea sekiranya berminat.

Terma dan syarat ada perubahan sikit.

1. Minimum order RM100. Maximum order RM500.

2. Penghantaran PERCUMA sekitar kawasan Tanjung Bungah, Batu Feringghi dan Georgetown.

3. Kos upah 50% daripada jumlah order.

4. HANYA perlu berikan nama barang, saya akan cari maklumat berkaitan yang diperlukan.

5. Untuk pilih barang yang ingin diorder boleh pergi ke website Ikea. Barang kaca tidak digalakkan.

6. FULL PAYMENT dahulu. Kalau barang takde stok, saya akan RETURN duit.

7. Barang yang nak dibeli tu yang boleh muat kereta MPV.

8. Pemulangan barang sekiranya rosak tidak dapat dilakukan. Kalau betul-betul berkenan nak beli apa-apa, do'a banyak-banyak semoga barang itu sihat sempurna tiada rosak. ;)

Sila buat tempahan selewat-lewatnya 16 Mei 2014 untuk urusan pembelian barang.

Kalau nak beli barang yang ready stock pun ada tau. Yang ni rugi kalau tak grab cepat sebab saya tak caj 50% tu. Cuma tambah RM5 sahaja dari harga asal.

Barang ready stock seperti yang ada kat bawah:

Servis hantar barang Ikea
♥ Bekas tutup hijau set PRUTA yang super gorgoeus 

*UPDATE*

Set PRUTA 1 {SOLD}
Set PRUTA 2 {SOLD}
Set PRUTA 3 {SOLD}
Set PRUTA 4 {SOLD}

Servis hantar barang Ikea
Boleh susunatur peti ais dengan kemas, tersusun dan efektif!

Servis hantar barang Ikea
Ni antara yang saya berkenan sungguh. Set REDA dan JAMKA. :)

*UPDATE*

Set REDA 1 {SOLD}
Set REDA 2 {SOLD}
Set REDA 3 {SOLD}
Set REDA 4 {SOLD}
Set JAMKA Big 1 {SOLD}
Set JAMKA Big 2 {SOLD}
Set JAMKA Small 1 {SOLD}
Set JAMKA Small 2 {SOLD}


Servis hantar barang Ikea
Boleh guna untuk susunatur barang keperluan dapur di dalam kitchen cabinet. Sesuai sangat untuk letak koleksi pasta, bihun, bahan untuk buat pengat, stok bahan minuman, stok bahan sedia dimakan dan macam-macam lagi. Harga pun berbaloi-baloi.

Servis hantar barang Ikea
Pun boleh guna dalam peti ais tau. Sesuai untuk letak kat area pintu fridge yang selalu susah nak jumpa bekas storan yang kurus, lebar dan tinggi.

Kepada sesiapa yang berminat boleh WhatsApp saya ok. Yang ready stock tu orang Melaka dan sekitarnya rugi tak grab cepat tu. Hehe. *kemain ayat* ;p 

Terima kasih semua =)

 photo footer.png

8 comments:

ch@ said...

da jadi duta Ikea ke apa ni? hihiii. bgs mek, ko hntr sg buloh tak? (nak mengada walau sekangkang kera je ngn Ikea) hahaa..
cantik gak bekas2 Ikea ni, peti tu besar bangat sampai masuk tembikai. fighting!

Fizah said...

sg buloh iols tak sure. tp kalu dekat dgn ikea rasanya takde masalah tu...hik hik..

Unknown said...

Pasni ke Batu Pahat lak ye ahaks! ;)

Fizah said...

ahaha...luaskan kuasamu gituuu ;D

ifa said...

johor takde ke??

Fizah said...

Belum dpt ke johor lg sis..

mimieaqilah said...

alamak, pruta ada lagi tak sis? boleh pos? huhu

Fizah said...

alamak sis...sold out dah...huhu soriii.....if restock sy announce..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...