Wednesday, May 7, 2014

20 Ke IKEA Lagi Kita Nampaknya :)

Assalamualaikum wbt,

Minggu lepas sebenarnya dah pergi Ikea. Belikan order kawan iaitu Detolf Glass Door Cabinet dengan Bygel Trolley. Cuak juga takut tak muat kereta, walaupun dah cukup yakin insyaaAllah muat sebab dah tengok spesifikasi packaging. Tapi, kesudahannya fuhhh nasib baik muat. :)


Tapi, sebabkan ada sorang cikgu ni nak beli souvenir untuk Hari Guru minggu depan, jadi kugagahi diri pergi Ikea sekali lagi minggu ni. Katanya nak order Frame Tolsby 35pcs dan Rusch Wall Clock 73pcs.

Tak sampai hati pula nak tolak memandangkan sempena Hari Guru kan. 

Jadi, alang-alang dah pergi, saya nak open order jugalah kepada yang lain. Muat lagi kereta untuk barang lain. Kalau ada mana-mana barang yang berkenan nak beli kat Ikea tu bolehlah tanpa segan silu bagitau saya ya. ;)

Ni contoh bilik anak perempuan. Alahai kenapalah kalau Ikea buat nampak comel sangat ekk...geram tengok. -____-

Contoh bilik kedua.

Yang ni pulak seperti bilik anak perempuan yang nak 'lari' dari warna pink yang begitu sinonim dengan perkataan perempuan. Tetap nampak cantik dan sweet. Mungkin yang paling menangkap pada gambar ni adalah: 

1. Katil yang unik 
2. Wallpaper stripes dan polka dot yang cukup kreatif dipadankan 
3. Rug stripes yang cukup simple but nice.

Contoh bilik ketiga.

Ini pula boleh diaplikasikan untuk anak-anak yang minat beraktiviti. Kena pandai susunatur juga ni, kalau tidak, takut nampak semak. 

Perhatikan sekiranya kita cuba menggunakan satu barang yang padat warnanya contohnya dalam kes ni tent dengan warna merah, kuning dan biru seperti itu maka perabot lain kenalah pilih warna yang cukup natural seperti putih. 

Katil putih, bekas storan putih, rak mainan putih, frame gambar putih, kerusi duduk juga putih. Jika pun nak tambah warna lain, pilih satu sahaja warna yang dominan menyamai salah satu warna tent tadi. Seperti gambar di atas, warna merah dipilih untuk pemilihan kerusi dan bekas storan mainan. 

Dan jangan tambah unsur dekorasi lain yang berwarna warni. Ditakuti gabungan semua warna itu hanya akan menjadi cacamerba kemudiannya. 

Sebab barang-barang ni kalau dia stand alone memang nampak bombastik sangat tapi bila dah digabungkan dengan barang lain, nampak tenggelam timbul je kebombastikannya tadi tu. Ahah, kebombastikan sangat...apakah... ;D 

Berbalik kepada order barang tadi, kalau nak order barang yang kecik-kecik pun boleh. 

Seperti di bawah ni:

For children room.

For living room.

For your sweet kitchen.

Food container.

Haaa, elok sangat pilih mana-mana yang berkenan untuk masuk cabaran kita kali ni.


Play area anak-anak pun boleh masuk tau. ;)

Gambar kat entri ni semua seperti biasa saya ambil di website Ikea, jadi kalau nak tengok saiz atau sebagainya bolehlah terjah website Ikea ok.

Untuk terma dan syarat nak order, boleh baca di SINI.

Servis

p/s Orang sekitar Bangi atau Putrajaya yang tak berkesempatan nak mengukur Ikea, pun boleh juga order ;) 

 photo footer.png

20 comments:

cplud miera said...

Assalam. fizah, Nilai masuk sekali x? heheh

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Wahhh kalau sekitar bangi atau putrajaya boleh...maknanya cyberjaya pon blh la kan? Ini sudah bagus ni...hihi...

Saya berkenan sungguh dgn wallpaper polka dot&stripe kat bilik nombo dua tu. Serius sweet dan lembuuuttt sgt nmpk.

Fizah said...

Salam miera. Nilai boleh sgt...dalam laluan tu =))

Fizah said...

kannnn akk pun berkenan sgt dgn corak tu..rasa kalu sendiri buat ni cantik ke idok nanti ni...mood cuak nak mencuba...hehehehee ;p

btw, cyberjaya husband akk kata blh, dalam laluan juga tu..nak ke? ;)

Aty Fared said...

okeh..baru balik dari ikea tadi..huhu...;p

Fizah said...

hehehe..takleh celen akk level duta dah...;P

chuya - the mother of A's said...

Takut pegi ikea.. asal pegi over budget.. ahaha... baru je selesai abiskan bonus kt ikea..

Fizah said...

Kalu order kat sy, tak over bajet jadiknya...hehehe ;D

Maya Norhawati said...

ala..bestnye..nak tumpang order boleh?
tapi saya kat kluang..mesti tak boleh kan??
warrgghh...

Fizah said...

kluang ke? waduh tempat jatuh lagi dikenang tu. hehe

dah lama tak ke sana. Kalu ada g sana blh jgk ek...huhu sabar ye..

Unknown said...

Pandai fiza buat bisnes. Hihi
Lama tak jengah sini. Dulu hari-hari.. Macam sibuk sangat je.

Asma said...

wootwoot..ikea i heart..
bulan lepas dah ke sana beli drawer. wink2
macam nak kirim tapi bajet non hado..hukhuk
Selamat bershopping ;)

alin said...

nak join cabaran tapi rumah tak cantikkkk.. hehehehehe.. hm, dah lama tak pergi ikea. hew hew..

Fizah said...

assalam kak...aduh. malu sy baru nk tny kabar akk. semoga tabah di atas ujian ye kak. sy doakan yg terbaik utk akk sekeluarga dan arwah inas.

p/s bisnes saja2 kak. topup2 sikit. :)

Fizah said...

iols belikan brg org je kak. brg sendiri pun takdak bajet lg ni. haha. lgpun brg kat rumah semua dah ada (setakat ni ;p). nanti ada projek baru mengukur ikealah lagi gamaknya...;D

Fizah said...

tak kisah cantik ke tak alin. yg penting kemas, tersusun dan efektif..gituuuuu..ayoh kita ;))

Ayu Rashid said...

Adeh...mana lagi nak carik ruang ni...istimewa lak tu...hehehhe.

Fizah said...

stor ada kak? stor stor...hihi ;p

Unknown said...

alahai...bestnya klu dapat nak order...klu kat jb ni ada ikea kan best...

ch@ said...

sioca melebar sayap. tahniah mek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...