Thursday, May 1, 2014

15 Pengumuman Pemenang Cabaran Family Area

Assalamualaikum wbt,

Selamat bercuti korang! Apa aktiviti cuti-cuti begini? Ahkak walaupun namanya cuti tapi sebab cabaran bulanan Family Area dah selesai, maka kenalah juga up entri untuk pengumuman pemenang yang bertuah lagi comel itu.

Macam biasa, kita masih menggunakan khidmat random.org untuk memilih pemenang.

Harapnya semua berpuas hati kalau guna random ya. Sebab kalau nak ikut jumlah klik, sebenarnya setelah diteliti-teliti agak kurang fair juga tau sebabnya waktu submit penyertaan bagi setiap peserta adalah berbeza, jadi orang yang baru sempat join last-last tu mempunyai possibility untuk menang di sekitar 0.01% sahaja gituuu... Dan kalau peserta klik sendiri entri pun dikira dalam jumlah klik tu.

Jadi, ada baiknya kita guna kaedah random je dan peluang untuk semua menang adalah 50%. Sama ada menang atau tidak je. Tak dapatlah saya nak judge effort peserta sebab bagi saya kalau dah up entri dan linkkan ke sini itu pun dah cukup bagus untuk saya.

Saya bukan apa, memang teringin sangat nak tengok blogger-blogger kita memeriahkan dunia susunatur Malaysia. Seperti yang selalu saya sebut, semua tu bagus untuk kita kongsikan supaya kita semua dapat idea untuk diaplikasikan di rumah sendiri dengan gaya yang bercorak tempatan.

Walau bagaimanpun, kalau ada cadangan dari segi pemilihan pemenang selain random tu yang ingin diutarakan, silalah bagitau saya ya.

Untuk cabaran kali ni...pemenang PERTAMA yang terpilih untuk memenangi Shake 'n take jatuh kepada...


Dan pemenang KEDUA yang bertuah itu pula yang bakal memenangi Hand Blender jatuh kepada...


TAHNIAH buat kedua-dua pemenang MamaLynd dan Kak Azziah. Jangan lupa reply e-mail ok. Selamat bergembira dengan hadiah masing-masing. =) 

TERIMA KASIH juga kepada kesemua peserta yang telah melibatkan diri. Saya sangat-sangat terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anda semua untuk berkongsi cerita dan idea. Serius, saya mengharapkan perkongsian yang berterusan daripada anda semua. 

Dan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada penaja cabaran kali ini iaitu rehanswardrobe.blogspot.com dan akubukanpenulistegar.blogspot.com dengan hadiah yang super duper gempak. =))

Akhir kata dari saya...selamat bercuti dan...

 photo footer.png

15 comments:

  1. tahniah kepada pemenang dan penganjur.... suka2,,, kemas

    ReplyDelete
  2. Salam fizah...wah menariknya ada contest2 gini...melepas nak join (walaupun xkreatip) hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear..nanti ada lg, blh join tau, cerita2 susunatur saje, tak perlu kreatip pun..hee =)

      Delete
  3. Tahniah penganjur.. love it..love it.. Alhamdulillah rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uittt takya penganjur sgttt...pijot sudah..;D.

      Delete
  4. tahniah pemenang....
    sy mmg tak sempat nak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..insyaaAllah lain kali...;))

      Delete
  5. assalam fizah. huhu bestnya contest ni. next cabaran pe pulak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam cplud miera..next insyaaAllah airwell atau bahagian sudut istimewa rumah..stor pun boleh masuk =))

      Delete
  6. Tahniah.. tahniah.... *sambil-lap-air-mata*
    hehheheh....

    tak sabar tunggu cabaran seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..cuba lg kak..insyaaAllah ada rezeki tak ke mana..isnin insyaaAllah sy up next cabaran =))

      Delete
  7. Tahniah pada pemenang & semua peserta cabaran :)

    ReplyDelete
  8. tahniah kepada pemenang.... huhu takde rezeki saya... hehe

    ReplyDelete
  9. mcm tak percaya menang kali ni... hehehehe..
    alhamdulillah, rezki. thanks ye fizah..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...