Wednesday, January 1, 2014

23 Susunatur Bawah Sinki & Impian Tahun Baru 2014 Blog SusunAturSioca :)

Assalamualaikum wbt,

Pertama sekali, saya mohon maaf sebab entri ni sepatutnya dipublish awal tapi ada sedikit kesilapan teknikal berlaku maka hari ni baru dapat publish. Entri pengumuman pemenang CB12 part 2 kita hold dulu ok...;}

1 Januari 2014.

Tahun baru yang cukup mendebarkan. 

Tahun bakal bergelut dengan study dan anak-anak hebat yang kian membesar.

Tahun yang bakal dipenuhi dengan cabaran-cabaran yang antara takut dan berani perlu dihadapi.

Tetapi...

Dalam pada antara kelam dan terang jalan yang tersedia itu, masih juga teringin menyelitkan sedikit azam untuk blog kecil ini.

Pada tahun baru yang nampak serba mencabar ini, saya akan tetap cuba menyajikan perkongsian cerita-cerita dan idea-idea susunatur mengikut batas kemampuan masa yang saya ada. 

Segmen Cabaran Bulanan yang banyak membantu mengumpulkan idea susunatur khusus dalam sesuatu topik pilihan akan diteruskan. Dan antara prospek perbincangan menarik yang bakal dikongsikan {insyaaAllah} adalah:

Jan & Feb:: Study room
Mac & Apr:: Family area
Mei & Jun:: Airwell {atau mana-mana sudut istimewa rumah}
Jul & Ogos:: Ruang tamu & ruang makan
Sept & Okt:: Laman/garaj
Nov & Dis:: Home Binder keluarga masing-masing {documentation technique}

Cumanya kali ni saya akan buat 'Cabaran Dua Bulan' kerana ditakuti tuan tanah tak menyempat menyahut cabaran kalau dihadkan sebulan sahaja. 

InsyaaAllah panjang umur murah rezeki kita cuba kongsi cerita sama-sama ok :) 

Berbalik kepada tajuk hari ni, saya ingin menutup tirai Cabaran Bulan Disember dengan perkongsian susunatur di bawah sinki.

Di sini, saya letakkan koleksi beg plastik dan kain lap saya. Saya menggunakan khidmat rak bertingkat yang memenuhi spesifikasi saiz dan penggunaan ruang maksimum sebagai kaedah penstoran koleksi tersebut.

Rak bertingkat yang dibeli dari Cosway {~RM30}

Boleh slide bagi memudahkan pengambilan barang yang jauh di belakang...

Untuk rak bawah saya letakkan koleksi plastik...

Rugi ruang kalau letak satu kotak je, sebab jarak antara dua tingkat tu besar. 
Maka saya letakkan para ni pulak {from Daiso}...

Dan di atas para Daiso tu saya letakkan koleksi plastik lagi satu.

Tingkat atas rak tu pula menempatkan koleksi kain lap yang pelbagai rupa.

Cara lipat dan susun kegemaran saya...:)

Ruang bawah sinki yang telah dikosongkan, dilap bersih dan diletakkan alas Ikea...

...dan kemudiannya diletakkan rak bertingkat tadi.

Secukup rasa je saiznya...sedang elok...just nice...simply perfect!

Tarik je kalau nak ambil kain lap...

...atau nak ambil plastik.

Ada sedikit ruang kosong sebelah tu saya letakkan botol besar sabun pencuci pinggan. 
Jimat la sikit bila beli besar gini. 

Para bertingkat begini memang bagus digunakan sebab boleh memaksimumkan penggunaan ruang yang ada, cuma harganya bagi saya sedikit mahal, tapi bila tengok kualiti bahannya, saya rasa harga tersebut agak berpatutan.

Dan rak ni memang sengaja saya letakkan di ruang bawah sinki sebab dekat dengan tong sampah {senang nak ambil plastik buang sampah} dan dekat dengan tempat gantung kain lap.

Ops, masih berbaki beberapa perkara dalam kitchen cabinet yang belum saya kongsikan. Belum sempat nak buat Kitchen Tour segala. InsyaaAllah, lain kalilah gamaknya kita menjelajah, iya...? 

Hehe ;}

Selamat Tahun Baru 2014...! Jom meriahkan tahun ini dengan cerita organizing yang best-best

:) :) :)

 photo footer.png

23 comments:

Inimeeya said...

perfect sis!!sinki sy open konsep so mcm xpraktikal. btw, sy dah bookmark entry ni!h

All About AnaYna said...

Wahhh kemasnya..i like..masih mencari masa utk praktikkan mcm fizah buat ni hehe.nice sharing..:)

NAS said...

Kemas tapi tang plastik sampah tu buat saya rasa malu sendiri. Plastik sampah rumah saya macam dilanda taufan !

me.ronazil.ab said...

cun nye kain lap

~*irjune*~ said...

kemas aje. bawah sinki umah saya pula saya letak balang2 kuih raya yang kosong je.

Han Hanni said...

kemas dan comel. bawah sink rumah sewa saya, just letak botol cat dan sabun basuh je

just azura! said...

bawah sinki rumah saya letak segala macam tools suami.. hehe.. sementara nak tunggu kc baru (angan-angan) memang kecah sikit bawah tu.. huhu..

She's DHHassan said...

saya lipat plastik sampah in triangle then letak dalam box plastik,

Rizziela said...

kena g cari kat Daiso ni.. dah berkenan ni

farhani said...

idea akak ni mmg bijakk.. boleh try jugak ni,,

mun said...

kemas dan tersusun jer tau....geram lak tengok hahahaa

.Lydia. said...

lame carik rak cmni..thanx kak,btw rindu nk share idea n joint contest.tp mood berorganizing belum smpai.hehe..

Fizah said...

Lamanya tak dgr citer awak dear...

yuyuy akley said...

ohh menarik rak bertingkat tu boleh slide! nak carik gak la mcm ni..

ch@ said...

owh, sungguh tersusun. pk jap apa ada bwh sinki rmh den? ooo not for sharing. org leh pengsan bila tgk. ngehehehe. plastik bag bubuh dlm tmpt lelubang IKEA. sangkut tepi dinding sudah. terbaik mcm biasa. aku sungguh kagum.

julie hussin said...

Kemas nya.....

baizura said...

kak rak tu beli katne??

Fizah said...

cosway mari dear =)

Faridah Yaacob said...

kemasnya...suka..suka..suka...tp layer atas n bawah tu mmg blh tarik n tolak ek?ada roda ek?

Fizah said...

tq faridah..haah mmg blh tarik2..dia takde roda tp macam ada slot ke gitu..utk membolehkan dia slide in dan out..:)

mamamursyid said...

menarik la sis.. tapi sini macam susah je nak cari para macam tu

Fizah said...

cosway ada dear..

Anonymous said...

cantik nye kak..adore sgt..tq bg inspirasi kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...