Thursday, October 17, 2013

24 Susunatur Keperluan Anak Dalam Bekas DIY

Assalamualaikum wbt,

Wusss...sangat sibuk 2-3 hari ni...sibuk berCUTI!!!

Ngehehe...jangankan blog korang, blog sendiri pun tak sempat nak jengah. Tak seronok bukak blog guna smartphone. Kecik nau skrinnya...

Lagipun ada tugas hakiki laa...dah separuh perjalanan pengajian dah sepatutnya ni...tapi masihlah samar tak berhabis-habis...saya sudah CUAK! grrr....-.-"

Jadinya, tak bolehlah nak terlalu fokus pada 'kerjaya sambilan' saya ni...tapi tak akan jugak ditinggalkan terus...tentulah saya akan cuba terus berkongsi idea dengan anda semua berkenaan hobi kita ni iaitu menyusun dan mengatur kehidupan ke arah yang lebih baik...dan mengharapkan perkongsian idea daripada anda juga...eheh

Ahaa...apa topik terakhir yang kita bincangkan hari tu ekkk...pasal balut-balut kotak tu kan...ingat lagi tak? Haha, macam lama sangat dah tak bukak blog ni kan...

Hari ni saya akan tunjukkan cemana saya susunaturkan barang-barang keperluan anak-anak saya yang soleh solehah tu dalam bekas DIY tu...hasil buatan tangan ibu mereka yang penuh kasih sayang ni...ciwah!

Ada tiga bahagian kan...

Bahagian pertama saya letakkan set untuk tidur terutamanya kalau pergi berkelah...yang gambar bear tidur tu mini comforter saiz baby cot beserta dua bantal kecil. Dalam beg jaring warna merah tu ada pelampung, goggles dan keperluan lain untuk swimming. Kalau nak gi pool amek beg ni terus, senang.

Bahagian kedua saya letakkan set tuala anak-anak...sorang ada dua set tuala, tu yang ada enam helai...

Dalam kotak merah tu ada anduh untuk budak-budak dan cover safety belt carseat...kira macam kotak untuk miscellaneous items...Anduh tu penting untuk disimpan sebab anak sulung saya mudah terseliuh tangannya...

Bahagian ketiga saya letakkan tudung anak-anak perempuan yang saya letakkan ke dalam bakul merah tu terlebih dahulu.

Dan set mainan untuk berkelah di pantai...saya asingkan mainan ni dengan mainan-mainan yang lain sebab taknak bercampur aduk. Ni khas untuk main kat pantai...




Kotak yang dah disusunatur tu saya masukkan ke dalam almari diorang...which just perfectly nice je saiz dia untuk almari tu...

Gigih keluarkan semua baju yang digantung supaya korang dapat tengok dengan jelas...;)


Dan setakat ini, memang SANGAT MUDAH untuk maintain kekemasan dalam bekas ni. 

Sebab:

1. Ada divider yang membantu pengasingan barang-barang tersebut kepada tiga bahagian. Contohnya kalau kita amek tuala, barang lain tak akan terganggu...
2. Kategori barangan telah disusun mengikut sistem susunan like with like items atau 'barangan sejenis' jika dimelayukan ;p

Dua ciri ni memang penting dalam dunia susunatur...sebab tu selalu disebut kat blog omputehs...

Ada beberapa perkara lagi saya nak ceritakan tentang 'bilik anak' ni. Seperti susunatur tuala-tuala kecil dan selimut kecil bayi, pakaian mini seperti stokin, bib, sistem untuk lekakan anak sementara nak pakaikan diorang baju (bayi), beg-beg kecil, sikat dan sebagainya...

Itu nanti pelan-pelan saya kongsikan ok. Harap ada manfaat untuk digunapakai bersama...:)

Sementara tu, kalau ada sesiapa nak kongsikan lagi susunatur di 'bilik anak' ni bolehlah seperti biasa kongsikan di SINI.

p/s Doakan ada keberkatan masa untuk kita semua. Terasa 24 jam itu semakin cepat dan singkat berlalu...phewww!~

 photo footer.png

24 comments:

ayahmamilisa said...

macam biasa, memang sangat kemas and rapi...:)
nak tanya fizah, cemana fizah susun baju fizah and hubby plak dalam almari?
bukan guna divider..so how? kasik tips sikit..hehe..
mamilisa slalu ada masalah nak susun baju sendiri and hubby yang bertingket2 tu..huhu..

Cik Puan Tqah said...

kemas...suke2

Han Hanni said...

kemasnya..suka tengok. insyaalah akan gunakan kaedah ini jugak guna kotak2 recycle.sekarang just guna kotak kasut je

SUHAIDA said...

ALLAH..KEMASNYE KAK...KAK BOLEH TUNJUK KESELURUHAN ALMARI TAK..SUKE LA ALMARI WARNA PUTIH PINK NI

Fizah said...

utk almari bhgn fzh, fzh gunakan side table berlaci utk letakkan baju berlipat dan laci berbunga utk pakaian kecik2...yg lain semua gantung

utk belah suami, yg lipat cuma seluar dan kain pelikat...baju semua gantung...kami spesis tak byk baju ;p

dd blh tgk semula kat http://susunatursioca.blogspot.com/2013/09/cabaran-bulan-september-susunatur-dalam.html dan http://susunatursioca.blogspot.com/2013/09/cabaran-bulan-september-susunatur-dalam_27.html

Fizah said...

tq dear..jom sesama mengemas :)

Fizah said...

kotak kasut pun byk gunanya tu cik hani :)

Fizah said...

nanti akk kongsikan sue, insyaaAllah...:)

MamaDaniel said...

like with like item ek... i like..! like it very much! :D

SUHAIDA said...

YEAYYYY!!.BARU TAU MUKA AKAK MACM MANE..HEHE,,,CANTIK AKAK NI..PERASAN KAT SIDEBAR AKAK

Fizah said...

ahaa...gituuuu mamadaniel...:))

Fizah said...

mueheheee...saja nak enter frame..;p

Masya said...

awak ni kemas sungguh.. teraturnya.. sy pakai kabinet bertingkat jer tau.. malu nak tayang..

Fizah said...

boleh jgk tu susun menyusun dalam kabinet bertingkat yana :)

fazianbatrisyia said...

gigihnya...bila la sy nak cam tu. Ni kalau cam Mak Long hb sy tgk mesti dia setuju aje.

Fizah said...

haha..maklong maklong..jgn sy smpi mcm tu laa...penyakit tak berjangkit je sudayyy....;D

ch@ said...

aku noted blog ko je la mek.
blm jg setup bilik anak2. almari baju campur je semua.
isk sesungguhnya aku bkn seorang yg rajin kan? hahaa.

Unknown said...

terbaiklah kak!! kemas teratur.. suka tengok!

Fizah said...

haha..tak mengapa dear..kita pelan-pelan kayuh..lama-lama sampai...chill saja! yg penting kids happy :)

Fizah said...

nak guna pon sonang :)

just azura! said...

alolooo... comelnye kotak divider tu... terbaiklah fizah!

Fizah said...

credit to wrapping paper yg comey! hihi

Nadt said...

Kemasnya..suka nadt tengok.

Fizah said...

tq dear..terapi mata namanya tu :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...