Friday, November 23, 2012

11 Tukar Warna Baby Cot

Al-kisah, beli baby cot ni dah lama dah. Dari masa duduk Kluang lagi. Itupun beli second hand kat Rengit. Ingat beli sebab nak jual balik untuk cari untung, tapi tak terjual-jual sampailah sekarang. Cadangnya nak buat jadi katil Alya dan letak dalam bilik tidur kids. Tapi, sebab masih belum ajar tidur asing maka, biar je dia bersidai dalam bilik tu tanpa dilakukan apa-apa. Lepas kemas rumah awal tahun hari tu, ingat nak cat baby cot ni bagi seragam warna ngan bilik. Tapi silap pilih warna, dah jadi nampak macam warna oren pulak. Huhu.

warna asal

the process begin (left) and continues to a few layers until done

meanwhile, bentangkan tikar dan bagi mainan kat kanak-kanak ni...nak ikut mengecat jugak kekdahnya!~

DONE! ...with tilam yang buroks. Hehe. Tu asalnya tilam single yang kugunting dan edit sampai jadi muat  untuk baby cot ni. Jimat kekdahnya!~
Walaupun nampak macam dah ok baby cot ni tapi sebab hari tu entah layer ke berapa, beli roller yang baru untuk sambung cat, roller murah beli kat Cowboy, sekali habis tercabut bulu roller tu dan melekat kat baby cot ni. Masa tu ingat boleh gosok je dengan kertas pasir, sekali tengok melekat terus daa...Jadiklah dia tajam-tajam kat sesetengah bahagian baby cot tu. Ades! Biarkan ajelah kut. Dah penat. Huhu...

Hari tu kan ada cerita pasal dapat mesin jahit mini harga dalam RM 60 - 70 camtu masa birthday kan, so terus beli kain kat Nagoya 3 meter RM 7.90 sebab nak buat sarung tilam ni. Ni je corak yang ada, polkadot pink tanah hitam. Yang lain ada corak kartun, tapi tak suka sebab nampak serabut.

Mula menjahit. Le'a, tolong jangan gelakkan!~

Masterpiece (lah sangat) done!

The best part of before & after. Semaknya gambar before tu. Tu masa tengah proses purging and organizing tu...
Nampak plain je kan bilik tidur ni. Setakat ni bilik ni berfungsi sebagai bilik tetamu untuk adik-adik kitorang yang bujang-bujang lum kahwin kalau nak datang tidur. Bilik tetamu katil double, besar sangat katanya. Tengoklah bila dah nak start ajar anak-anak tidur asing baru terfikir nak deco cemana nanti. Sekarang biarlah ia sebegini sahaja. Hehe. Sarung tilam katil single tu beli kat Tesco dalam RM 30 je dapat comforter sekali. Murah tak?

Taktahulah sebenarnya bila masa yang paling sesuai nak ajar anak tidok asing. Setakat ni, ibu belum ada idea dan belum ada keinginan lagi...Camne tuh!~

* * * * * * *

P/S Jangan lupa untuk terus berdoa buat saudara kita khususnya di Gaza terutamanya di hari-hari Asyura ni.

11 comments:

  1. Waaaaa.. Kagum tol keje2 ngecat ko. Gigih
    ak tfikir nk cat katil bujang warna putih gak. Same. Nak bt blik ank spya dia leh tido sndr. Tp tu la.. Nk kns diapers n bottle free dlu br boleh.

    ReplyDelete
  2. Whoaaa!!!Ko mmg rajin aa bab2 DIY nih...tabik spring laa ngn ko. aku malas nk buat camtuh sebab skrg duduk umah sewa. rase tak berbaloi. taktau laa nk settle down katne nih. Asek berpindah randah je. Anyway, bab asingkan tempat tido ank2 nih...si Adni masih bangun malam ke?? Macam Aqil dah jarang bangun malam. Cuma, aku je tak bersedia nk asingkan.huhuh..alasannya??
    --Aku tkt ade org jht masuk rumah lagi and ape2kan Aqil or culik ke ms aku tengah tido (overprotected).
    Mase aku duduk Bangi dulu, Aqil da mula tido sendiri dah. Kire dalam 7hari tuh ade laa 3-4 kali die bangun malam and ketuk pintu. But it's a good start I think. Cuma bila pindah Ampang nih, pernah 2x je aku try(sebelum org pnah pecah masuk umah). And berjaya tido sampai esok. Tapi lepas kes ade org pnah masuk,aku fobia!!!:(. Tapi, kene jugak laa ajar..since nk "tambah ahli nih"..kene laa sorang disingkirkan dari katil.heheheheh~

    p/s: btol laa teori aku, 2bulan lepas aku tau ko peknen..aku pon 'lekat'. apekah???!!!!

    ReplyDelete
  3. lynd: adni dah diapers free..bottle belum tp malam tak bangun pun nak mintak susu..tp lum ready agaknya aku nih..catla cepat, leh tengok2 :))

    take: punya pjg ko taip, aku cuma nmpk "aku pregnant" tu je..hehe..tahniah2x!! tapi, betullah take, selagi masih menyewa nih, mmg rasa tak stabil je hidup kan..sabar ye..

    ReplyDelete
  4. Fizah ok tak mesin jahit tu? ke selalu sekat2? ada nmpak kt livingsocial.com harga rm60. klu berbaloi rasa cam nk beli.

    ReplyDelete
  5. cantek katil tu, nampak berseri lagi..... eh fiza nnt jue nak minta contact num contractor kitchen cabinet hehe

    ReplyDelete
  6. imah..ok je pakai hari tu, takde masalah..tak sekat2 pun..mungkin sbb masih baru (?) tp utk amatur mcm fza ni mmg berbaloi beli yg ni buat main2 menjahit..kalu nk beli yg mahal terus tu takut rosak dikerjakan, lg haru HEHE

    jue..blh je..:)

    ReplyDelete
  7. umah apartment cam aku, klu nak buat mengecat gni, kt mana agaknya nk langsungkan aktiviti itu ye??huwa..
    eh..apa lak gelakkan..tahniah banyak2!!nice one!!!

    ReplyDelete
  8. hohoh tak dapek nak nulun tu ibuimaan!! hehe..mungkin masa nak beli terus beli kaler yg ko minat. sng takyah alter2 dah :)) ok tak idea ambe..suke tak suke tak..hehe

    ReplyDelete
  9. Asma
    March 25, 2013 at 10:00 AM

    Salam, drawer pink putih tu beli kat mane yer..cantik sgt..

    Replies

    Fizah
    March 25, 2013 at 10:04 AM

    Salam Asma...duk melaka gak ek? belah mana?

    drawer pink tu beli kat kedai perabot area nak ke cheng tu..dia kat sudut..harga katil+ drawer n cermin + alamari lebih kurang 1.8k (if tak silap...tak igt sbb dah lama beli..hihu)

    Asma
    March 28, 2013 at 8:58 PM

    Saya dok Ayer keroh, banyak kedai perabot dah masuk, tak jumpa pon camni..kena beli satu set rupanya..thanks yer :)

    ReplyDelete
  10. assalam...

    terima kasih krn wujudkan blod nie... mmg best..

    bab cat katil nie... fizah terus cat atau scrub ngan kertas pasir dulu...? guna cat biasa @ ada special cat utk perabaot ye?.. tqia...

    ReplyDelete
  11. salam anon =)

    kitorang terus cat je...mula2 mmg cuak sbb mcm bercapok2 tp lps tu ok bila dah 2-3 kali layer..cat biasa je..ckp nk cat utk kayu..tak guna kertas pasir pun

    nk mengecat jgk ke? bgs2, pastu share sini tau...=D

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...