Akhirnya...setelah bertungkus lumus selama dua minggu, selesai sudah projek organizing dua buah rumah. Badan tak usah cerita, memang penat. Tapi, seronok dan puas hati mengatasi rasa penat itu. Sebesar-besar penghargaan (sudah, macam tulis tesis pulok) buat suami tercinta kerana sudi melayan karenah isteri yang cukup cerewet tentang organizing, juga buat anakanda Adni dan Alya yang turut bersikap baik dan tidak menyusahkan ibu sepanjang ibu berprojek ini.
Dua minggu? Ya kawan-kawan, dua minggu straight. +___+
Setelah hampir setahun saya hanya follow the flow, kali ini Allah beri peluang untuk saya kembali ke jatidiri yang cintakan organizing. Allah izinkan, syukur Alhamdulillah...
Apa maksud follow the flow? Dan, apa takrifan organizing dalam hidup saya?
Follow the flow tu maksudnya, sebagai contoh bila dapat bil air atau api setiap bulan, saya akan letak dalam fail khusus untuk bil payment. Tapi, kalau follow the flow, saya akan sumbat dalam handbaglah, dalam laci almarilah, dalam pencil case, etc. Akhirnya, bila nak bayar, mulalah mencari sini tak jumpa, sana tak jumpa. Maka, istilah organizing saya adalah, apa jua perkara yang boleh saya lakukan untuk memudahkan kerja-kerja saya. Dengan organizing, saya boleh jimatkan masa mencari tadi dengan hanya tuju pada sebuah fail sahaja bila nak bayar bil. Mudah cerita, kehidupan saya lebih terurus dan sistematik.
Bila saya balik rumah mak saya kejap hari tu, saya cerita saya tengah kemas rumah, dan habis semua almari, laci segala bagai saya keluarkan semua benda, lap, dan susun balik mengikut sistem yang sesuai untuk saya cari dan gunakan, iaitu sistem susun like with like. Mak saya kata memang dari kecik begitulah cara saya berkemas rumah.
Bila baca blog Laura di orgjunkie.com, memang cara saya tu (dia gelar Process) merupakan cara yang betul untuk organizing ;)
Saya ada banyak benda nak tulis. Idea mencurah-curah. Kalaulah ada satu alat yang boleh tukar fikiran manusia ke bentuk tulisan, mesti dah banyak entri blog saya ni. Hehe.
Buat kalian semua yang ternanti-nanti segala entri berkaitan organizing (hoh, bajet ramai ke?), insyaAllah saya cari masa untuk menulis. Rasa macam tengah tulis tesis, idea banyak tapi flow cerita kurang berkesan. Nanti kesian orang yang baca, pening.
Till then, selamat berorganizing!
2 comments:
Weii.. Hrai2 aku dok tgu update projrct ko. jgn la buat aku sasau. 2 minggu? Aku bt part by part tp xcomplete la. Still mcari system.. Heee... Besh tol ada rakan seperjuangan ni.
beb, plis share jugok dlm blog k. buleh copy mana2 idea yg patut. :))
Post a Comment