Hehe. Bukan tips sangatlah pun, cuma catatan yang nak dikongsi dengan korang semua berkenaan ruang yang efektif untuk belajar/bekerja ni. Nak-nak yang jenis SOHO tu...haruslah ruang untuk bekerja tu efektifkan. Baru tenang nak kerja...
Hari ni, saya kongsikan dulu, apa yang saya rasakan perlu ada untuk sesuatu ruang belajar/bekerja itu efisien {berdasarkan pengalaman yang sedikit ini}:
1. Meja yang cukup selesa untuk tiga keadaan. Meja komputer, meja menulis, meja misc work.
Perlu ada ruang bekerja yang mencukupi untuk ketiga-tiga keadaan. Bagi saya, memang tak cukup kalau ada satu je meja. Nak-nak datang waktu nak writing, peh! berterabur je rasa semuanya. Kadang tak faham satu benda, nak bukak rujukan ni, pastu tak faham lagi bukak yang ni pulak, {tanpa menyimpan rujukan yang sebelum tu sebab masih dirujuk} sehingga bertimbun buku dan paper atas meja +___+.
Sebab tu, perlu asingkan meja menulis dan meja komputer. Kalau macam saya, suka buat benda-benda membalut la, blogging la, perlulah pula ada satu lagi meja. Selain kerja-kerja untuk saya, meja tu jugak boleh jadi meja aktiviti dengan anak-anak.
Mula-mula ingat cukup satu meja, kat situlah nak run software, kat situlah writing, kat situlah nak tulis logbook, kat situlah nak membalut-balut...wahhh, can you imagine how it turns out every.single.day?
Lepas tu, tambah meja lipat yang panjang tu, dengan harapan solve problem...tapi...cara susunan masih belum mencapai piawaian menyebabkan ruang yang ada masih juga tak efektif.
Kerusi yang pasif menjadi pilihan saya sekarang ni. Huhu. Letihla nak duduk kat kerusi yang aktif tu, rasa macam lenguh je belakang badan tak boleh bersandar, bersila semua...huhu. Malas sebenarnya kan. Jangan ikut perangai ni. -..-
3. Rak buku.
Ikut kesesuaian masing-masing nak ada berapa rak, dan jenis yang macamana. Nak open space concept, atau tersorok di belakang pintu, jenis berlaci dan sebagainya...macam saya, saya guna open space concept je sebab senang nak capai. Perlu ada rak ni, kalau tak bersepah-sepah bahan rujukan semua.
View dari meja panjang...serba 'tak kena' saya tengok susunan ni semua...-___-
4. Ruang untuk alatulis.
Haa...ini suatu dilema jugak ni sebab alatulis saya terrrsangattttlaaahhhh banyaknya. Dari masa belajar degree dulu semua ada. Pen je selambak. Pensel, pemadam, semua tulah...nanti kita stori-mori detailnya ok. Tu dah purging tu, tinggalkan yang betul-betul digunakan sahaja. Pening jugak nak cari penyelesaiannya.
5. Ruang alatulis yang selalu digunakan - atas meja.
Yang ni pun tak kurang pentingnya. Kadang nak tulis nota ke apa, leceh gak nak keluarkan dari laci tiap kali. Jadi, perlu ada jugak sedikit peruntukan ruang untuk alatulis sedang digunakan di atas meja. Tapi perlu pastikan yang betul-betul selalu digunakan sahaja diletak atas meja. Kena disiplin bila dah guna peralatan yang sekali sekala guna {contohnya puncher}, perlu letak semula di ruang nombor 4 tadi. Kalau tak, penuh meja nanti.
6. Notice board.
Bagi saya, notice board sangat penting. Saya suka tengok misi dan visi jangka masa panjang saya. Bila tengok selalu baru ada semangat dan motivasi meneruskan kehidupan {cewah! ;p}. Boleh juga pinkan gambar keluarga, ayat-ayat motivasi, dan lain-lain.
7. Aksesori tambahan...seperti frame, kalendar, jam etc.
Ini optional tapi somehow it really significant to release down your stressful day...yelah, bila tengok benda-benda yang cantik {di mata sendiri} insyaaAllah akan ada aura positif yang datang kan...
8. Printer.
Memudahkan kerja-kerja mencetak. Nak baca journal paper online kadang malas sebab tak boleh menconteng.
9. Ruang untuk letakkan stok bahan crafting dan printing paper.
Pun penting. Sama penting dengan rak buku. Kalau rak buku dah muat untuk letak stok ni semua, tak perlu ada ruang khas pun.
10. Lampu dan kipas.
Sumber pencahayaan yang bagus sangat penting untuk kerja-kerja menulis dan membaca. Pilih lampu yang sesuai untuk diletakkan di atas meja. Tak perlu mahal, saya punya Mr Diy mari. Kipas atau aircond {ikut keperluan} juga penting untuk keselesaan bekerja. Idakle berpeluh-peluh cik keti... :p
11. Tingkap sebagai sumber pencahayaan yang maksimum.
Kalau bilik belajar/kerja diletakkan di bilik yang ada tingkap, bolehlah pilih nak susunatur perabot macamana. Kalau nak mengadap tingkap pun boleh, nak letak tepi tingkap, boleh pandang view luar dari pandang sisi pun boleh. Ikut keselesaan. Saya dah dua tiga kali tukar susunatur perabot untuk mendapatkan keselesaan ni.
12. Tong sampah.
Sangat penting juga ni. Kang main renyuk-renyuk kertas pastu campak je ke belakang, macam dalam movie-movie cinta tu pulak jadiknya...:p
13. Tempat letak/gantung beg.
Biasanya orang sangkut beg galas kat kerusi kan...tapi saya lebih suka kerusi saya kosong...jadi beg-beg ada tempat khas yang lain.
14. Ruang misc items.
Contohnya charger-charger telefon yang lama ke, fail-fail terpakai, buku nota zaman-zaman dulu dan macam-macam lagilah yang selalunya masuk kategori 'sayang nak buang'...:)
Setakat ni, itu sahajalah yang terlintas di fikiran saya.
Bagi saya, tak perlu perabot yang mahal pun untuk ruang belajar/kerja yang efektif. Cukup sekadar kita tahu camne nak susunatur semua barang di ruang ni dengan betul, insyaaAllah pasti perabot yang budget friendly pun mampu memberi keselesaan untuk kita bekerja atau belajar di ruang tersebut.
Meja belajar saya dulu-dulu...dulu hidup macam orang nomad, asyik berpindah randah - ni masa menyewa kat Johor dulu. Dari degree membawak ke master, meja ni banyak berjasa.
Kemudian pindah ke Bangi, pakai meja yang besar sikit, sebab tahu tak muat dah meja lama tu...
Kemudian, dapat tempat kat lab. Tapi, kejap je duduk situ, lepas tu balik hometown {for good}.
Tak dapat tempat kat universiti co-supervisor, jadi study from home je. Sekali sekala je pergi lab/presentation kat fakulti.
Tak dapat tempat kat universiti co-supervisor, jadi study from home je. Sekali sekala je pergi lab/presentation kat fakulti.
Sesi berangan...:p
Berkenan dengan meja Ikea yang ni, kena sangat dengan tema putih perabot study room kami...
...tapi...ya ampunnnn harga dia...tak terjangkau dek akal saya nak membelinya...-.-"
Tapi kan, meja ni rasanya akan ada masalah kemudian hari iaitu melendut di tengah sebab tengah tu takde support...tak tahulah, assumption saya saja...{ayat sedapkan hati heheh}
Haa...inipun antara setup study room Ikea yang saya berkenan...
Berangan seronok kan...;)
Ini pun cantik gak kan...duta Ikea punya ni...
Haha...jangan marah Kak Aty, gurau jer... :p
Kalau nak study kat rumah ni, motivasi kena tinggi. Selalu ada ups and down. Kadang tu, ada orang luar tak faham, selalu rasa saya ni senang je study kat rumah. Tak ramai yang tahu saya seperti orang berperang hampir setiap hari, nak pulun semua tugas, s.e.n.d.i.r.i.
Alhamdulillah suami BANYAK sangat membantu. Kalau tak, saya fingsan setiap hari. Uhukshuks.
Sekarang, di rumah sendiri, boleh organize semua bahan study secara sistematik dengan suka hatinya supaya senang nak capai bila diperlukan.
Ada ruang untuk literature review, fabrication, measurement...ruang meja pun kena luas dan selesa supaya waktu-waktu meja dipenuhi buku dan papers, fikiran tak seserabut kalau semua tu kat lantai dipijak anak, dikoyak-koyak atau ditelan-telan.
Belajar dari pengalaman semua tu. :)
Step-by-step saya reveal ruang belajar saya ni ok.
Jom berangan sesama! :))
Dan...
24 comments:
berangan itu percuma kan.. yg penting usaha .. moga awak berjaya dgn cemerlang .. stady rajin²...
bestnya kalau dapat ruangan keje mcm tu..teringin gak saya pun :D
Bestnyeee....suke suke laaa yg ikea punye decoration...tetiba lak ghase nak beli rak buku ikea itu...bp laa agaknye...ongkosnye..kui3
cantik...paling best yg sessi berangan tu...ko angkut skali pembaca ni tuk berangan...pembaca ni pon feeling2 nak jadik duta ikea gaks! ahaks!!! berangan mmg best kan fizah???
thank u 4 sharing :)) sedang set up..set up! +__+
teringin nye ada ruang macam ni.suke nyeeeeeeee contoh yang pink ikea tu.Allah...suke sangat..tunggu settle beli rumah semua baru nak buat lebih gigihhhhh
tak sabar nak tgk study room sioca... :D
Dlm proses mengemas...nk plak c kakak ari2 ade homework...hohoho...kene gigih ni...
cantik dan kemas,,, suka suka suka... hihihi
tq yana..ameen ya Rabb :))
moh kite..:))
agak mahai..tp berbaloi sbb cantik..haha :)
haha..percuma katanya..jom berangan!
uiks makcik...igt sapelaa rayyan-h ni..haha...set up jgn tak set up...nti aku dtg jenguk ok....:D
da target tema pink utk rumah ya sue...hehe akk doakan yg terbaik utk awak :)
hee insyaaAllah ada rezeki kita reveal step-by-step...
jom gigih sesama!
mekaseh dear..byk amek idea dari orang lain juge..masih byk kena belajar lg..jom kongsi sesama :)
Hahaha yg gambar dari duta ikea tu tak tahan nak tergelak. Dari rak atas sampai ke kerusi sampai ke tong sampah...kikiki.
Lamanya x singgah ke sini. Saya pun sibuk juge...sibuk berangan ;p
Apapun, kagum dgn semangat waja akak study kt rumah dgn semua housechore tu...bkn senang. Org yg dipilih Allah je akn diberi kekuatan utk lalui semua tu. Syabas bete!!
Doakan akk tabah sehingga selesai pengajian su. Jangan kecundang sebelum berjuang. Ameen ya Rabb...
P/s rindu kunjungan su ke sini :)
thanks fizah for sharing. saya ada satu bilik kerja tapi bersepah sangat! haha.. bila parents nak datang atau tetamu datang je tempat tu berkemas sikit. ruang kerja tak ada komputer tapi ada mesin jahit. ingat nak tambah almari macam fizah tu mesti convenient. bilalah nak tercapai beli almari macam tu. hehehe..
Spt biasa,kemas dan menarik..so far za dok dgn parents,so xdpt nk wat mcm2..berangan pn tersekat2..huhu..
kak fizah.... mesti cantik rumah akak....ni kat melaka ke bangi?
kat melaka bai...alhamdulillah ada tempat berteduh =)
Post a Comment