Wednesday, January 22, 2014

24 Susunatur Perabot Study Room Kami

Assalamualaikum wbt,

Kalau nak tengok keserabutan bilik ni sebelum diubahsuai sana dan sini, bolehlah tengok kat SINI ok.

Kalau nak tengok yang sebelum lagi daripada tu, macam biasa tengok kat page Jom Jelajah!

Sebab bilik ni banyak fungsi, maka susunatur yang terbaik hanya boleh dicapai setelah mendudukinya dan mengenalpasti apakah masalah yang timbul yang mengakibatkan ia menjadi tidak efektif.

Banyak kali ubahsuai susunatur, banyak idea yang tercetus, banyak juga yang tak dapat direalisasikan di atas pelbagai faktor, banyak kerumitan dan kesusahan perlu ditempuh; dan semua itu diakhiri dengan sebuah perasaan berbaloi yang sukar diterjemah setelah beberapa siri usaha penambahbaikan. 

Akhirnya bilik pelbagai fungsi yang diidamkan ini berjaya juga mencapai misi kemas, tersusun dan efektif!

Perabot putih dari kedai perabot Cavenzi, yang terdiri daripada meja yang bersambung dengan rak 5 tingkat menjadi pilihan kali ini.

Rupa macam L-shape table cum bookshelf...meja yang memenuhi syarat.

Inilah pelan susunan cadangan yang asal. Meja mengadap ke tingkap.

Tetapi...

Setelah beberapa ketika menggunakan ruang ini dengan susunan begini, saya dapati ada beberapa masalah yang timbul.

Antaranya kesukaran memantau aktiviti anak-anak...tiap kali nak tengok anak buat apa, kena pusingkan badan sebanyak 180 darjah. Renyah yang nampak kecil tapi signifikan.

Conteng punya conteng, fikir punya fikir, tercetuslah idea ini...

Dari pelan contengan kemudian direalisasikan...

Meja putih tak mengadap tingkap lagi dah, dipusingkan 90 darjah - kini mengadap dinding. 

Walaupun dah tak dapat pandang ke luar terus tapi saya jauhhhh lebih suka susunatur yang sekarang sebab 1) saya dapat pantau aktiviti anak-anak 2) bilik ini terasa lebih luas

Saya juga tambah satu lagi meja kat tengah tu untuk lebih ruang kerja. Meja tu, kalau ikut nafsu, memang nak beli je Ikea punya, baru kena tema tapi belum 'sampai seru' lagi nak menkayakan Ikea. ;p

Untuk meja putih tadi, disebabkan dah dipusingkan mengadap dinding maka, perlulah potong sikit plywood background dia tu untuk akses soket. 

Lepas tu, mulalah menconteng macamana nak susunatur barang-barang yang nak dimuatkan di meja ni...

Seperti biasa, lepas conteng - realisasikan.

Ini meja untuk laptop...yang mengikut perancangannya, saya akan melakukan kerja-kerja writing di sini...

Meja lagi satu pula untuk buat kerja-kerja run software...yang dalam kotak garis putus-putus tu kami ubahsuai kedudukan para tu supaya boleh menempatkan logbook saya...{rujuk gambar bawah}

Susunatur terkini.

Meja lipat tadi tak jadi letak mengadap tingkap {rasa sempit pulak letak camtu}, maka alih letak sebelah meja putih. 

Puas hati dengan outcomenya! 

Anak-anak boleh buat kerja kat meja ni, dan menyenangkan ibu nak pantau. Whiteboard Pooh tu untuk mengajar anak-anaklah {niatnya}. 

Lain-lain tu nanti saya perincikan ceritanya di entri lain ok :)

Setakat ni, ruang ni berfungsi dengan baik dan efektif. Kemas dan tersusun tu; kejap kemas kejap tidak. Kejap tersusun kejap tidak. Haha. Kan dah pernah bagitau; ini ruang eksplorasi anak-anak. Ruang dibenarkan bersepah. Maka tired parents live herelah jadiknya...;D

Ada sesapa yang masih nak kongsi susunatur study room korang? Mohler kita =)

 photo footer.png

24 comments:

Kuazue Mohamad said...

assalammualaikum...

BW n sampai sini terus polow (#:328)
wah..cantek nyer.. jom tgk sini.. kut2 leh bagi idea kat cik azue sama..

http://kuazue.blogspot.com/2013/11/little-man-room.html


tq

Han Hanni said...

nice sharing. insyaAllah, akan buat satu bilik untuk bilik kerja next time.

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

menariknya susunan tu..sgt efektif..alhamdulillah ader bilik khas untuk study room..akak semua sumbat dalam bilik master bedroom..heheheh....

mamaairis said...

kita takde stadi room pon...berniat nak buat jugak..kumpul dulu budget...btw..kalau tak keberatan boleh tau tak rak cavenzi tuh harga berapa?? tema kasih...

~ NANA ~ said...

wahhhh nice la! suka tengok :)

Fizah said...

rak tu dalam rm150 ke rm200 dear...tak igt pulak exact value...tp tak lebih dari rm200 :))

SUHAIDA said...

SERONOKNYEEE KAKKK..SATU HARI NANTI..INSYAALLAH

lipstikmerahyana said...

wahh cantik2... kemas

Inimeeya said...

fizahhh!!meja kita sama lah beli dkt cavenzi jgk.kiki.kemas la soho u.bla la nak rajin ni!=P

Ayu Rashid said...

Nak tya soalan luar kawasan boleh? Heheehe. Fizah sdg sambung Ph.D kan? Course apa? Software engineering ke?

Fizah said...

fzh sambung communication enginnering dear..haah phd kat ukm :))

fazianbatrisyia said...

wahhh...kemas & tersusuh la. suka

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Nak komen byk2 ini kali...sbb seronok tgk bilik ni..
1. Soket dlm almari tu ada jgk kt umah sewa sy ni. So far rs praktikal digunakan sbagai charging station. X serabai sgt cabel.
2. Notice board tu akk diy eh? Mcm penah nmpk wrap paper corak damask kt entri master bedroom (kalau x silap)... Cantik sgt kak. Huhu, smpai skrg sy cari wrap paper corak damask tp x jumpa. Kt tesco, daiso,mydinmall,kedai2 gift kt jusco pon xde... :'(
3. Kenapa akk terlalu terer mengemas? Stress iolss...haha

Fizah said...

betul byk dan terbaek ni! :))

1.sharela pasal charging station awak su..akk nak dgr ni :)
2.haah diy notice board..nanti akk share insyaaAllah...akk pun dah tak jumpa lg wrapping paper ituu....uhuks diorang taktahu ke ramai peminat damask..patut jual byk2 dan pelbagai kaler...
3.iols rasa biasa je..hanya menyedapkan pandangan mata shj..mari berkongsi2 idea =))

Unknown said...

sejuk je mata memandang...hijo ...nice kaler...owh meja tu beli kat cavenzi ye...if u dont mind can i know d price...huhuh...branch mana...byk lak solan ye yek...kui4

Unknown said...

TERBAEKKKKK....

Fizah said...

rak tu from cavenzi dalam rm150 ke rm200 dear...tak igt pulak exact value...tp tak lebih dari rm200 :))

nurin khairi said...

Akak potong ke rak buku plywood kt blakang dia utk akses ke soket? Huhu

Fizah said...

haah nurin..gergaji sket...senget benget jadiknya..barang murah tak terluka sgt hati tgk...ha ha :D

ayeen @ cik tudung pinky said...

salam kak. if dont mind...blh bgtau nama penuh rak + meja yg akak beli kat cavenzi tu?
saya dh try cari kat cavenzi ni...tp dia nak nama menatang alah tu...hadoi...dah describe dgn lukis siap pon dia taktau gak...nyampah betoi...nasib saya tgh desprate nak rak + meja mcm tu ja kalau tak dh lama lekuk tokey kedai tu...heheheheh
thanks

Fizah said...

salam dear ayeen...lama dah akk beli rak tu..sekitar 2011 if tak silap. nama pun dah tak ingat da..mungkin produk tu dah discontinued tak? atau tanya bos dia, takut pekerja dia taktahu...sori if cannot help much...

ayeen @ cik tudung pinky said...

ooo...maybe gak dh discontinued..ehehehe..tak jd nak lekuk..seb baik. hehehe..
by the way...thanks kak.

Sya Ahmad said...

bestnye...sya takde study room sebab bilik yg ada dah sempit dah hehe

Unknown said...

affordable price. nak jugak la. cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...