Wednesday, June 19, 2013

36 Susunatur Baju Anak-anak

Assalamualaikum wbt semua...

Fuhuhu...!~ Sibuk ke takde masa ke, you name it dear...betul tak menyempat nak update dan menyinggah awal ke blog korang. Sekarang fasa developing system untuk my study...dan rumah pulak ada mini reno yang nama je mini tapi habuknyaaa ya Rabbi...letih!

Walaupun begitu, dengan internet tersemput-semput, gagahkan diri jugak nak up satu entri kat blog tersayang ni...

Rehat kejap cerita pasal family area, sekarang nak kongsi cerita pasal cara susunatur baju anak-anak saya.

Tiap kali dapat ilmu baru saya akan ubah sistem yang ada. Sebelum ni saya ada sistem sendiri untuk baju anak-anak saya. Kalau diselongkar balik, saya ada ceritakan di entri ini.

Tapi, banyak alasan nak kekal dengan sistem yang lama sehinggalah beberapa kali terserempak dengan sistem orang lain yang bila diteliti, menarik untuk cuba dipraktikkan.

Sistem yang baik dan betul boleh menaikkan semangat untuk saya mengemas baju anak-anak.

Setakat ni, saya memang apply sistem yang ada dengan baik dan efisien. Cuma ada satu je masalah (setakat ni), iaitu sistem lipat baju. Sebelum ni saya lipat memang sepasang terus, iaitu baju dan seluar sekali. Tapi cara susun saya berbeza.

Seperti di bawah.

Sepasang baju.

Dilipat sekali, seluar bawah-baju atas.

Dan sistem ini menghasilkan pemandangan seperti di bawah.

Nampak macan dah kemas dan tersusun kan...tapi tak berapa nak efektif. Sebab tak dapat nak tengok baju-baju bahagian bawah.

Maka, saya ubah cara lipat dan juga ubah cara susun.

Step 1: Letakkan baju di atas seluar. Kadangkala saya lipat baju tu tiga bahagian supaya tak terkeluar banyak dari seluar tu...

Step 2: Lipatkan belah kanan ke dalam.

Step 3: Lipat belah kiri ke dalam. Siap!

Dan susunkan bersama kawan-kawannya. 

Romper pulak, lipatkan jadi separuh.

Lipat tangan ke dalam dan bahagian atas temukan dengan bahagian bawah.

Lipat sekali lagi dan siap!

Susun bersama kawan-kawannya.

Selain tu, saya suka bawak gunting sekali sekala, buat gunting lebihan benang pada baju-baju ni.

Kemudian baju-baju yang dah disusun dengan kawan-kawannya memasing tadi kita masukkan ke dalam laci untuk menghasilkan pemandangan yang...

...WEEHOO!

yay!!!

Lebih seronok dan BEST tengok...!!!

^___^

Turutan baju pagi, tengahari, petang dan malam. Bahagian Ahmad Zuhair.

Bahagian Alya.


Bahagian Adni. Keadaan bila baju sedang proses pembasuhan.

Bahagian baju Adni dan Alya sama design.

Antara ciri sistem susunatur baju anak-anak cara saya:

1) Lipat baju anak mengikut laci masing-masing. Satu anak satu laci.
2) Susunkan baju yang dah dilipat mengikut turutan pagi, tengahari, petang dan malam.
3) Khaskan satu laci untuk baju yang sama (biasanya kes Adni dan Alya yang banyak baju sama design).
4) Khaskan tempat untuk baju sekolah, jangan campur dengan baju harian.
5) Asingkan pakaian selain baju seperti seluar kecik, tudung, tuala mandi, tuala muka, stokin, topi, bib, tudung dan misc items di tempat khas.
6) Gantungkan baju-baju sukar dilipat seperti sweater, dress, baju kurung dan blouse/t-shirt menggunakan hanger saiz kecil.


Tak puas nengok...


...lagi


Jangan muntah ye...


Melihat baju-baju ni tersusun cantik dan kemas macam ni betul-betul satu terapi buat diri saya. Satu kepuasan yang tak dapat diceritakan. Dengan sistem yang ada, kita akan jadi bersemangat nak lipat baju dan tak sabar nak tengok hasil akhir yang menyeronokkan.

Sistem yang baru ni lebih memudahkan untuk saya monitor baju anak-anak dan memudahkan proses pack ke dalam beg tadika atau untuk keluar jalan atau balik kampung.

Sebelum dan selepas...=)

Sistem akan berubah-ubah mengikut umur anak-anak...setakat ni saya guna macam ni dulu...

Camne korang susunatur baju dalam almari, khususnya baju anak-anak?

Jom sembang-sembang,

 photo footer.png

36 comments:

SUHAIDA said...

su suke tengok!!! memang kemas dan rasa tenang pulak susunan mcm ni

ayahmamilisa said...

wah, memang praktikal la..
mamilisa skarang guna cara lama fizah..
now boleh buat cara baru fizah untuk susun baju lisa nanti..
tq fizah :)

Kuazue Mohamad said...

ohh saya gantung baju sekali seluar.. daddy tak beli laci.. so pakai hanger semua.. gantung baju sekali seluar.. amik pun senang gak.. hihihi..

Unknown said...

Tak tumbang? Santik n kemas..

diary_ciknaa said...

senang nak ambik klu lipat camni kan?
ciknaa pn lipat sekali ngan seluar..

Norlee said...

saya pn mmg prktikkn kat almari husbd sbb laki kan dia main mik je

Unknown said...

Hehe good idea! Thanks for sharing...tak sabar nak susun baju anak sendiri...=))

ch@ said...

Cayalah Fizah. Mmg sgt efektif dan kemas.
Kita x guna drawer, bj dlm almari dan mmg lipat skali seluar+baju susun tinggi2. Baju auni yg gaun sangkut, yg lelaki2 itu main bubuh letak je sbb kadang dorg share baju. Lagi pula, kita ni seragamkan, so mana yg nmpk je la. Janji lipat.

Diana said...

Susun atur baju nanak saya pun exactly macam ni jugak... Memang rasa fuhhhh kemas lepas siap melipat...penuh drawerr..

Tapi..

Masa baju dah dlm proses basuh..banyak ruang kosong2 tu...baju yang tinggal banyak dah terbalik2....jatuh2... Rasa x syok plak...perlu ke beli penyendal buku tu untuk sendal baju? kahkhakhakah..

Fizah ada idea..ce kongsi..ce kongsi...hihi

Aty Fared said...

Sy susun baju kiteorg laki binik mcm ni..tp asben kate complicated..tah ape yg complicated nye tah..hewhew..

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Alhamdulillah,kemas dan tersusun. Saya suka cara susun baju menegak dlm laci tu. So far puas hati, dan tak rasa nk tukar style lain lagi. He2.. Nak share dgn akak, saya add bakul/raga/box kecik dlm laci yg saiz lebarnya sama dgn lebar baju kita lipat tu..utk elak baju melongsor jatuh dan bercampur2 bila time x penuh (time laundry)..

Neway thanx for idea lipat rompers tu..Love! :-)

Fizah said...

kan sue kan..tu kata mcm terapi tu..eheh..pepelik je kita ni kans...;-)

Fizah said...

ayoh mami!! =)

Fizah said...

klu fabrik lembut dan dok sorang2, kawan dia tgh gi laundry time, tumbang gak lynd..tgh dok pikir solusi gaks...mgkn leh guna idea sufi..(rujuk komen sufi al-arshadiy)

Fizah said...

senang gak tu..janji kita sng nk guna kan? =)

Fizah said...

suami nk amek pun sng kan..idokle asek baju lain seluar lain jek kejanya..ngee

Fizah said...

bagus tu norlee..mudahkn keje hubby =)

Fizah said...

hehe eksaited kann..

Fizah said...

betol tu cha, janji lipat dan sng nk amek..begitulah pandangan kita ibu2 muda ni kann..ahakz pewasan muda!~ ;p

Fizah said...

haha idea penyendal buku tu mcm menariklaa pulak diana? atau leh guna idea sufi mcm kat komen bwh ni..

Fizah said...

org lelaki..ada2 je diorang kann..;)

Fizah said...

sufi, ramai dok tny pasal keadaan bila laundry time...ce sufi share kotak camne nk guna tuh..akk pon minat nk tahu ni ;-)

Asma said...

Wah kemas, cantik je tengok bila almari penuh. Umah akak takde drawer, Mmg kena lipat meninggi..tapi kalo letak basket ke kotak boleh apply gak cara ni ;)

Fizah said...

Klu anak2 da besar mgkn kena guna almari besar sket kak..maklum baju akan bertambah..tp so far mmg masuk drawer gini je dulu...;-)

jamilahamzah said...

wah menarik.. senang nk cari baju mana nk pakai kan....

Fizah said...

yeszaa mmg membantu sgt cara cmni =)

fazianbatrisyia said...

tak boleh jadik ni...almari anak dara sy apa dah jadik..

Fizah said...

ahaa!! jom kita!! =)

ida said...

cantik dan sgt kemas, suka tengok...

ida said...

tu la, rak baju anak dara pon sepah juga...

Fizah said...

budak makin besar makin byk cabaran..kan? emak2 kena be prepared! ;)

Norlee said...

thnks sis.. sonok sis respon komen saya.. saya xde blog tp suka baca blog sis n mamalynd

iftia said...

cantik almari..pink!!!

mazzharman said...

wah..kemas..mcm ni baru syok ckit nak lipat baju..klau tidak baju duk dalam bakul je..nk cari baju cari dlm bakul..kikiki

Unknown said...

cantik dan kemas...tq

singgahlah kat blog kite http://blogmummydee.blogspot.com

ASMIDA said...

Sekarang buat mcm ni gak.. tp perasan kalau buat spt sebelum lebih byk baju boleh masuk.. yg selepas tu kalau nak letak byk2 kena himpit2 skit.. lawa cuma bila ambil kena ati2.. tertarik yg lain sekali.. pendek kata yg selepas mmg bagus.. kemas.. yg sebelum x nampak baju yg bhgn bawah.. terlepas pandang baju nak pakai.. hehe.. good tips...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...