Friday, August 10, 2018

4 Sistem Pengurusan Baju - 2 {Ruang Dobi}

Assalamualaikum wbt,

Pehh susah amat ni mahu tarik balik semangat blogging korang tentang susun atur ni ya. Semua blog yang rajin join Cabaran Bulanan dulu pakat menyepi, sesepinya Sioca semasa memulun study itu hari. Ni nak seru balik semangat semua orang ni macam takde harapan je ni..hahah.

Takpelah, kita pelan-pelan kayuhlah ya. Dah tu awak pun dulu sibuk sangat, sekarang turn orang lain pulak tengah sibuk sangat. Rasakan lho! ;P

Walaupun begitu, perkongsian di sini tetap diteruskan; dengan harapan ada manfaat boleh dikongsi bersama. Kalau ikutkan pun, taklah begitu banyak masa terluang dan tak juga rajin nak menaip, tapi blogging ni ada feel dialah. Aura dia sekali datang memanggil-manggil...walaupun trend sekarang dah banyak berubah. Ramai dah beralih ke fb/ig. Sana klik-klik terus baca, sini banyak kerjaan. Tapi kakak tetap prefer bebel kat sini lagi.

Ni kalau dah berjaya baca sampai perenggan ni pun kakak nak ucapkan...syabas!! Tak ramai rajin nak baca panjang-panjang sekarang ni.. --,

Jadi hari ni nak sambunglah cerita tentang airwell kita, rentetan daripada perkongsian Sistem Pengurusan Baju hari tu.

Ini haa sejarah awal airwellku..❤

Al-kisahnya airwell ni asalnya stor yang berlantaikan simen je, kemudian dinaiktaraf dengan memasang tiles dan diubah warna cat dinding lalu menjadilah ia sebuah ruang mini library yang fungsinya lebih kepada ruang aktiviti anak-anak. Impian asal sebenarnya nak jadikan surau. Pakat berjemaah kat situlah kononnya.

Surau - tak jadi. Sebab akhirnya jemaah di masjidlah ya. Kalau di rumah, semua bahagian kita meriahkan dengan ruang tersedia untuk solat. Nak biasakan diri di mana-mana pun boleh solat janji bersih. Lagi pula panas airwell ni, direct cahaya matahari. Kalau waktu zohor kurang sikit je lagi nak jadi oven dah. Azab juga rasanya nak habiskan rakaat-rakaat tersebuttt... ;p

Mini library - tak jadi juga. Sebab yang sama jugalah. Panas berdenting! Kalau pasang kipas ok juga tapi tidak begitu cozy keadaannya. Untuk ruang aktiviti anak-anak, dalam suasana luar yang tak begitu terik memang sesuai, kalau panas terik, berbahang berpeluhlah juga jawabnya. 

So, ruang airwell ni perlu dimakeover semulalah supaya ada fungsinya kat rumah ni - supaya efektif semestinya! 

Fikir-punya-fikir-punya-fikir

...punya-fikir-punya-fikir

...punya-fikir-punya

...fikir-

...datang idea nak jadikan RUANG MENDOBI...!! 

Alasannya seperti yang dah dijelaskan di ENTRI sebelum ni;

- jimat masa

- jimat tenaga

- lebih praktikal 

untuk dijadikan ruang mendobi.

Lagipun panas kan, sesuai sangatlah - dah kita pun memang nak keringkan baju. 

Konsep dia adalah sekalikan tempat; membasuh situ, sidai pun situ. 

Proses makeover pun bermula...^^,

Cat kita tukar balik kepada - warna asal. Konsep minimalis ni warna apa lagi, putih la paling sesuai dan evergreen. Semua bahagian rumah ni pun sebenarnya sudahpun ditukarkan warna catnya kepada warna asal. Dah taknak tukar lagi rasanya. Penat uii mengecat...

TIPS sikit ya; untuk mengecat, silalah rajinkan diri buat border macam kat atas tu dulu 👆. Teramat-amat mudah proses mengecat jadinya bila dah ada border. Buat sorang-sorang semua pun takde hal punya. Border pakai berus ya, siap-siap bawa bekas kecil berisi cat dan kain lembap naik tangga, supaya tak perlu naik turun banyak kali. Kain lembap tadi prepare untuk lap tangan dan kawasan yang dicat kalau ada cacat cela. Selesai border, boleh guna roller dengan senang hati untuk baki tempat yang lain tu.

Sebelum makeover cat, kita tambah wiring sikit {untuk power supply mesin basuh + ironing} dan piping {untuk air masuk dan keluar}. Tu dalam gambar tu 👆 nampak paip putih kat lantai tu air mesin basuh keluar. Lubang air tu memang sedia ada, sebab memang asalnya air hujan boleh masuk, jadi laluan air hujanlah - akan ke longkang terus.

Untuk memudahkan kontraktor tahu mana kita nak letak paip air dan suis elektrik, gunakan soletep kertas untuk tandakan.

Ni suis untuk ironing, tapi akhirnya ironing system kita letak di BILIK BAJU, jadi suis ni gunanya untuk letak stand fan sekiranya hari hujan dan baju perlukan lebih pengeringan.

Kejadian selepas makeover ^____^ 

Ini je gambar yang ada haha. 

Masa ni takde masa nak update blog kan, jadi mana ambil gambar sangat. Ni masa anak tengah sidai baju kita snap. Bolehlah nak bayangkan keadaan airwell masa tu kan.

Gambar atas - keadaan background masih lapang.
Gambar bawah - yang lapang tadi telah mula diaktifkan menjadi ruang MINI STOR.

Mini stor bukan letak apa sangat, adalah tong-tong cat dan beberapa kotak ni 👆 - baju yang jarang pakai macam baju berpantang, baju mengandung...ateee kakak bukan mengandung hari-hari iya dok? Letak sinilah sesuai ;P

...jeng jengg jengggg...

 ^____^

Apa uols rasa kakak nak buat dengan bekas-bekas ni?

v

v

v

v

v

v

v

Taraaaaaa... ^_______^

Sejenis nak semua seragam, jadi kakak tukarlah bekas-bekas tu jadi sama. Jangan cakap kakak membazir pula ya, sebab bekas lama tu bukan buang pun, kakak jual, dapat duit, beli baru. Bijok tak kakak? heheh

TIPS lagi ya, bekas-bekas merah seragam ni dibeli di Tesco dalam RM20++ satu. Tapi, bila dah beli, jumpa pula lagi murah kat Econsave RM18 je gitu... Aduh geram teramatnyaaalahhhh...dahlah kualiti yang Econsave tu nampak lagi padu! Jadi jika korang nak beli, silalah terjah Econsave dulu ya. Kalau kat Melaka ni, boleh tengok juga di Madam's King. Tu pun ok harga dia bila ada Mega Sale.

Ni waktu tak berapa nak tersusun...patut bekas merah tu susun empat-empat. Kerusi hijau kuning tu pula kerjaan anakanda la tu; ditukar-tukarnya. Sebenarnya kat gambar ni nak tunjuk suis elektrik dan water supply untuk mesin basuh...tu yang saya kata tambah kemudian.


Setakat ni airwell ni berfungsi sebagai ruang mendobilah. I LOVE IT SO MUCH sebab senang hai tak perlu berkejaran selamatkan baju kalau hujan, boleh sidai bila-bila nak, contoh basuh malam - haa sidai terus, dalam rumah kan...Lepas tu, tak perlu nak sarung tudung kalau nak menyidai...haha

Tengok before after tu saja 👆 dah boleh bayang keterujaan kakak kan? ^___^

Jangan risau bab bau sabun. Seperti yang telah diberitahu, airwell ni ada pintu sliding, lepas sidai tutup je pintu tu. Takde bau sabun masuk rumah pun. Lagi pula sekarang banyak sabun yang natural - sumber alami. Worry not okay ;)

Cerita lama airwell KAT SINI ya...❤

Secara asasnya, di airwell inilah 'the never ending job' itu berlangsung;

Basuh di mesin basuh-
sidai di ampaian guna hanger-
keringkan semalaman-
angkut hanger tu ke bilik baju-
Selesai!

dan...

R.E.P.E.A.T..!! ;D

Lipat tak tersenarai sebab bila perlu je baru lipat, contoh kalau ada kain batik ke, kain pelikat ke, tuala ke, tu kena lipatlah. Tapi adudu senang bangat kalau lipat benda-benda gitu. Macam tak melipat pun...>.<


Tapi, tapi, walaupun nampak senang {memang senanglah pun kerja-kerja membasuh sekarang} ada juga beberapa teknik yang saya apply untuk LEBIH memudahkan lagi kerja-kerja tersebut. Haha. Memang tak kasi can, efektif habis ini sistem..!!

So next kita kongsi pulalah cara dan teknik tersebut. Haaa...nantikannnn...

Ps - Kuseru semua otai susun atur sila kongsikan tips urus baju korang. Yang sering berkongsi cerita dengan Sioca dulu, please-please make comeback laa 🙏🙏

Pps - Dan harap bersabar juga menunggu entri BILIK BAJU ya ^^,

 photo footer.png

4 comments:

lin said...

teruskan menulis...banyak manfaat blog ni. tq puan

NabilaHasyim said...

Hai fizah, tak perasan pulak dh aktif blk menulis.

Nabilah pun dh senyap kt blog. Hr ni ada org tya psl sinki, teringat psl persoalan fizah dulu.

Bila buka blog, tudiaa dh makeover byk dh KC dia.
Rindu gak nk menulis n sharing organizing ni, sbb geng2 susun, ramai dh senyap, xsemangat jdnya.

Boleh la lps ni, bersemangat semula, 💪tgh hbskan baca entri fizah smpi yg the latest.

Fizah said...

Kita seronok kawan2 masih aktif blog. Keep it up nabila!! ;D;D

Fizah said...

Terima kasih puan ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...