Friday, September 26, 2014

33 Susu Kambing Segar - Kegemaran Sekeluarga :)

Assalamualaikum wbt,

Saya dah mula menjinak-jinakkan diri dengan pemakanan yang alami dan sunnah...malah dari segi kesihatan pun, saya dah mula mempelajari dan mengamalkan natural remedies.

Dari segi pemakanan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Tapi, sebagai permulaan saya dah mula memperbanyakkan masakan menggunakan olive oil, habbatusauda', madu, za'faran, buah delima etc. Anak-anak pun nampaknya tak cerewet dalam hal ni. Semua boleh 'in' dengan makanan halalan toyyiban, insyaaAllah.

Kat tempat saya ni, ada saya kenal sorang muslimah ni, dia jual susu kambing segar. Saya yang memang tengah mencari susu ni bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, teruja sangat bila dia kata boleh deliver ke rumah.

Maka, berwhatsapplah kami jiran-jiran setaman untuk selit-selit order, sebab penghantaran hanya dibuat untuk pembelian 10 botol ke atas. Benda baik, kena kongsi...;)

Susu kambing segar Melaka
Semasa travel ke Kuantan.

Susu kambing segar Melaka

Susu kambing yang kami minum ni, sangat-sangat sedap dan segar. Kandang kambing dia area Melaka jugak. Selepas beberapa kali ambil stok, saya buat keputusan nak bantu jual jugak. Kongsi-kongsi kebaikan dengan kawan-kawan.

Susu kambing banyak khasiat dan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu lembu pun elok jugak tau. Tapi yang fresh la, kalau dah diproses jadi susu tepung tu dah banyak degrade khasiatnya...

Tapi susu lembu fresh tak boleh terus minum, kena panaskan dulu. Berbeza dengan susu kambing, boleh terus diminum lepas perah tu. Sebab tu penjualan susu kambing fresh lebih mudah, sebab lepas perah tu boleh terus masuk botol.

Susu kambing segar Melaka

Khasiatnya?

MasyaAllah sangat banyak...!!

Antaranya yang utama...menjadi ENERGY BOOSTER yang sangat berkesan! Satu botol sehari dah sangat-sangat mencukupi untuk membuatkan kita kenyang. InsyaaAllah!

Dan untuk para wanita, lebih banyak khasiat sebenarnya terutamanya untuk wanita yang baru berkahwin, mengandung, baru bersalin, menyusukan anak, yang nak aktif kekal cergas dan juga yang berusia emas. Semua peringkat umur boleh mengamalkan susu kambing segar ni.

Kalau tengah pregnant sangat baik untuk mengamalkan pengambilan susu kambing secara konsisten. Antaranya dengan meminum susu kambing setiap pagi dan malam bersama 3 biji kurma atau 3 urat za'faran.

InsyaaAllah jika diamalkan secara istiqamah, boleh memberi tenaga dan menyegarkan tubuh, sumber kalsium dan mineral untuk tubuh dan kandungan, mengelak bayi dari terkena demam kuning, membantu memudahkan proses bersalin dan membantu membersihkan anggota dalaman dan peranakan semasa bersalin.

Selain tu kerapkan membaca al-quran (kalau boleh khatam berulang kali dalam tempoh mengandung), perbanyakkan membaca surah Maryam, surah Luqman, surah Yusuf, juga surah Al-Insyirah supaya dipermudahkan di sepanjang tempoh mengandung dan semasa bersalin serta banyakkan berzikir dan berselawat.

Susu kambing segar Melaka
Selain diminum dengan kurma, boleh juga diminum dengan za'faran...3 urat sehari dah mencukupi tapi kalau nak lebih tenaga buh lebih sikit takpe. :)

Susu kambing segar Melaka
Energy booster untuk jadi supermom, bau susu jadi wangi dan rasanya berlemak bila diletakkan za'faran, masyaaAllah memang sedap!

Susu kambing segar Melaka

Susu yang kami bekalkan ni tak ada sebarang pengawet, pewarna, perisa tambahan dan sebagainya. Purely 100% susu kambing! Susu ni kita ambil memang dah difrozenkan. Cara handle lebih kurang je macam handle EBM {expressed breast milk}.

Memang perlu letak bahagian beku supaya tahan lama. Selagi dia dalam bentuk beku, khasiatnya insyaaAllah sama macam baru lepas perah. Kalau nak minum kena turunkan ke bahagian chiller semalaman, esok boleh minum, atau sejukkan dalam suhu bilik dan boleh terus minum bila dah mencair. Kalau dah cair, seeloknya habiskan terus, tak digalakkan untuk bekukan semula.

Susu kambing segar Melaka
Kalau baru ambil stok, macam nilah keadaan fridge ambe...hihu

Susu kambing segar Melaka
Susunatur dalam fridge...sikit je bahagian untuk lauk... ;)

Susu kambing segar Melaka
Bawa bekal susu kambing ke mana-mana. Ni masa kitorang ke Bangi hari tu.

Susu kambing segar Melaka
Hero di sebalik khasiat susu ;) Ni kambing dari ladang yang saya ambil stok susu tu. Memang dijaga elok kambingnya, tak dibenarkan ragut rumput di kawasan orang lain. InsyaaAllah susunya berkat lagi berkhasiat. 

Kepada yang nak mencuba, boleh dapatkan daripada saya. 

1 botol 250ml = RM7 sahaja!!

Penghantaran PERCUMA sekitar Melaka untuk pembelian 10 botol ke atas.

Seperti biasa whatsapp je 013-2068411...;)

p/s Masa minum tu, niatkan nak ikut sunnah, dapat pahala sunnah sekali, insyaaAllah. :)

 photo footer.png

33 comments:

Ilyani said...

pernah try minum...tp x boleh telan lh...bau dia kuat...hehe

Nurzakiah Hanum said...

banyak kelebihan kan

cplud miera said...

Assalam. wah sis fizah. klu ke nilai ni tahan ke posnya? or mmg kne cod kt melaka juga? Kami penggemar susu kambing juga. tp sebab ssh nk dpt yg asli, kami minum yg dalam kotak.

Nurru Adila said...

best ni....

Fizah said...

harus cuba minum ngan za'faran yani..sy da cuba..susu tu jadi wangi...sbb za'faran tu mmg wangi...dan susu jd lemak sedap...susah nak explain..cuba dulu baru tau..gituuu...;)

Fizah said...

insyaaAllah :)

Fizah said...

wslm wbt miera, kita COD je..pos nanti takut susu cair n tak tahan lama..tp kalu area nilai fzh blh usahakan utk bwk kalu turun bangi nnti..kalu nak, roger ya..

Fizah said...

yup alhamdulillah :)

Tautan Hati NabilaHasyim said...

Eee, yg za'faran tu xpenah tgok, beli n mkn..
Nanti nk p cari.

Dlu masa mgandung, dpt jgk stock susu kambing Segar kat Bangi.
Bru tau yg susu kambing, bo minum trus tanpa masak.

Fizah said...

try amalkan za'faran..sgt berkhasiat.. :)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Mana nak cari zafaran ye kak? Ke sama je dgn safron? Huhu...bila akak plan nak turun bangi lagi?

Fizah said...

sama je su..za'faran nama arabnya..safron nama englishnya...:) kedai brgn sunnah biasa ada..nxt mth insyaaAllah akk turun bangi...;)

ch@ said...

Aku sukaaa susu kambing segar. mu jual area rmh je ye. ke sg buloh takleh ek?(mcm la sg buloh takde jualkan?) hahaaa, saje nk komen jugak.

Fizah said...

yela bebeh..area melaka je..baru kekal fresh...hehehehe...ada tu kat sg buloh...acu cuba cari....;p

saje nak reply jugak. haha

susu kambing kl 0122331147 said...

salam.terbukti susu kambing mempunyai banyak khasiat penawar penyakit.sesiapa nak carik susu kambing segar boleh call saya no 012-2331147 saya hantar delivery di sekitar KL.nak susu segar pun ada,info lanjut layari http://susukambingkl.blogspot.com/

zahra budie said...

Salam.. sy pregnant.. awk jual sekali dgn zaafaran ke?? Kalau bole sy nk beli.. sy stay area melaka tengah.. bole x.. pliz.. sy x lalu minum susu anmum bagai.. haha. Memg cari susu kambing da lme.

Fizah said...

salam..tahniah sis zahra pregnant...:) zaafaran sy blh tlg carikan skli..kalu nak blh hubungi sy di 0132068411 k..beli susu kambing 10 botol free delivery smp pintu rumah...^^,

Jejaka Penyu said...

susu kambing mmg sangat bagus untuk kesihatan kita..tp tula..mana yang tak boleh tahan dengan bau hamis dia mmg tak boleh minum la jawabnya..

Fizah said...

kena cuba minum dgn zaafaran..atau blend dengan kurma...bau yg enak akan menjelma insyaaAllah...lgpun menambah khasiat sbb ada zaafaran dan kurma tu :)

Noramira Bardri said...

Salam kak fizah, untuk perempuan pregnant, mula minggu ke berapa yer boleh mula minum susu kambing ni? Atau awal pregnant lagi dah bole minum?

Fizah said...

wslm wbt Noramira, boleh minum semenjak nak mencuba pregnant lagi, sehinggalah pregnant...maknanya dari awal pregnant pun dah boleh amalkan tiada masalah insyaaAllah :)

manjeman said...

Salam,

Mencari susu kambing yang sedap dengan harga serendah RM27 sekotak??

Sila whatsapp/sms saya di : 012-6620294

TQ!

Ct Valley said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
LATEST PROMO BY US!!
30 BOTTLE (200ML) = RM130
FREE DELIVERY WITHIN KL AND SELANGOR
*Other area can be considered depends on quantity
*GRAB IT WHILE STOCK LAST
019 3434 530/019 2041 734
ctvalley88@gmail.com

Anonymous said...

Mn nk dpt za faran ?

nurin hazli said...

assalam.. klu area gemas boleh pos ker susu kambing tu? klu boleh .. wasaap ye 01136696256

Anonymous said...

Assalam boleh ke susu kambing segar yang dah disimpan dlm peti sejuk selama sebulan diminum.bukan tempat beku.

Fizah said...

wslm wbt...susu kambing segar perlu disimpan di tempat beku. jika bhgn bawah tak tahan lama.

Fizah said...

maaf sis nurin, setakat ni tiada pengeposan sbb susu akan rosak dlm masa pos tu..susu perlu disimpan tempat beku..once cair tak blh dibekukan semula..

Fizah said...

byk dijual di kedai2 arab dan online pun ada..

Nurul Ain said...

Salam. Susu kambing ni boleh minum untuk hilangkan kuning bayi tak? Boleh hantar dekat area Melaka shj ke?

Fizah said...

wslm wbt, insyaAllah boleh. penghantaran area melaka sahaja..

Nursajidalillah said...

Salamm.. kalau beli banyak dapat discount tak?😊

Fizah said...

wslm wbt, insyaAllah blh..biasanya lbh 50btl ke atas mmg kita bg diskaun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...