Projek 'Home Organizing' hari tu bermula dengan rumah sewa dulu yang memakan masa 4 hari. Siap je, saya terus beralih ke rumah sendiri pulak (makan masa lebih seminggu). Hasil purging (salah satu langkah menyiapkan sesuatu projek ogrnaizing) adalah sehingga hampir 10 plastik sampah warna hitam tu, yang besar punya. Sampai kena angkut sampah tu naik kereta pergi cari tong sampah besar sebab tong sampah kat luar rumah tu dah tak muat. Sebagai info, orang yang angkut sampah tu tak akan ambil sampah di luar tong sampah; rumah sewa begitu, rumah sendiri pun begitu.
Saya sepatutnya tulis jurnal, buat kerja PhD dan lain-lain yang nampak lebih penting, tetapi hakikatnya saya sedang menjadi diri saya sendiri dengan kembali ke asal saya yang sukakan semuanya teratur baru dapat berkerja dengan lebih efisien. Jadi, saya sanggup korbankan 2 minggu hanya untuk kemas rumah, dan kemudian barulah saya tahu apa yang perlu dan penting untuk saya lakukan dalam pengajian PhD saya. Organzing boleh membantu banyak kerja-kerja belajar saya menjadi lebih smooth. Contohnya saya lebih berdisplin untuk tidak membuka blog ketika di ofis, kerana saya telah ada waktu khusus untuk blogging dan lain-lain kerja surfing internet yang haruslah di luar waktu pejabat. Ini ada saya catitkan sebagai Rutin Harian dalam Household Notebook saya.
Sebagai permulaan perkogsian projek saya hari tu, saya mulakan dengan gambar di bawah.
Ini adalah keadaan drawer saya selepas dibuang apa yang patut. Nampak lebih baik dari keadaan sebelumnya. Tapi, masih tidak membantu untuk kekal kemas begini sebab bila nak ambil sesuatu mesti mengganggu yang lainnya. Bila letak semula, nanti main letak je, dan akan jadi tak teratur semula. Jadi, saya gunakan konsep 'Containerize' iaitu letakkan bekas-bekas untuk barang-barang yang sama fungsi. Ini namanya susun 'like with like'.
Maka, jadilah keadaan drawer tersebut seperti ini.
Ada nampak tak bekas see through tu? Itu sebenarnya adalah bekas minum ubat anak-anak. Saya tak pernah gunakan untuk tujuan tu sebab selalu pakai syringe je kalau bagi ubat diorang. Jadi, amat sesuai saya gunakan di sini untuk containerize brooch besar, brooch kecik, butang baju Melayu dan segala jenis pin. Bekas see through bagus sebab boleh nampak terus barang dalam tu, jadi tak perlu labeling. Kotak belah kanan tu untuk getah rambut dan seangkatan dengannya dan bekas hijau belah kiri tu untuk misc items.
So, share with me, how's your drawer looks like? Any idea to improve mine? Apa yang anda lakukan kepada drawer anda supaya ia kelihatan cantik sepanjang masa?
Before & after:
6 comments:
AKu suke idea hang kat dalam sliding table tu. Aku pun ada tp tak guna sbb mostly prep kami kat tingkat bawah so meje tu tak guna. tp i LIKE idea hang tu. Sbnrnya bnyk benda yang bleh setel dgn hang. Pasal drawer, kbanyakan drwr ku tak bleh pki terutama drwer meja kerja sbb Kaseh sgt suke selngkar isi perutnya. Bnayk benda yang bleh setel dgn 1 simple step.
betul lynd. kat dapur laagi byk benda blh guna dgn idea hang ni kan. :))
Ramai bermasalah pasak susun atur barang-barang ni..termasuklah saya..
Kekadang, kalau dah kemas elok-elok, dalam seminggu dah bersepah balik..
Idea untuk meletakkan barangan ke dalam bekas masing-masing itu bagus..
ambil, guna dan letak sahaja ke dalam bekas... pemandangan tetap lagi nampak kemas..
Boleh dipraktikkan...
Tq..
suke tgok susunan brg akak
jom kita diana!! =)
cuci mata best kan..akk pon slalu tgk2 blog org lain..ehh akk ke kita ni..hihi..sue umor brp? i is 1984 ;p
Post a Comment