Raya sakan kan...harus cuti susunatur pun sakan...ngee
Sebenaqnya, idok raya sakan mana pun...cuma bila beraya ni, balik kampung segala, pergi jalan raya sana sini pulak, ada tetamu tak henti-henti lagi...semua tu menidakkan tuan tanah untuk berdudukan di meja yang comel dan mengupdate cerita susunatur dengan tenang...
La ni, agak surut sikit kesibukan yang melanda tapi minggu depan kalau takde aral melintang akan ada progress presentation pulak dengan group projek PhD.
Jadi, dalam semput-semput masa yang ada, haruslah bergagah diri jugak nak up cerita kat sini kannn...
Saya ada satu rancangan ni...ada satu idea dalam kepala...nak ajak korang semua join.
Saya plan nak up cerita secara berkronologi. Contohnya, bulan ni nak fokus cerita pasal bilik 1, bulan depan bilik 2, bulan depan dapur...dan seterusnya. Jadi, dalam setiap bulan tu, saya akan up cerita saya khusus untuk kawasan yang dicadangkan dan korang akan up cerita korang. Kira macam, semua dalam mood penceritaan yang sama.
Contoh: Saya cerita pasal susunatur tudung, so korang pun akan up cerita pasal susunatur tudung...gittewww...idokle saya keseorangan bercerita kannn...Alaa...ni saja suka-suka je...nak join, boleh...taknak pun boleh...;)
Kalau anda berminat, macam biasa nanti saya buh widget yang berkenaan supaya entri korang tu ada kat blog saya ni. Macam giveaway-giveaway yang saya lancarkan bulan-bulan lepas - widget yang lebih kurang gitulah. Cuma kali ni, hadiah kalau ada sponsorlah... (zaman kemelesetan ekonomi kekdahnya)
Bulan ni insyaaAllah nak kongsi beberapa cerita Bilik Utama. Sesapa yang nak join, boleh copy banner kat sidebar atau entri blog anda dan linkback ke entri ni ok.
Bila sebut bilik utama, saya maksudkan tentang susunatur almari, laci, dan yang berkenaannya sahaja ya. Antara masalah yang sedang dipertimbangkan untuk penyelesaian dan cuba dikongsikan berkenaan bilik utama adalah:
1. Susunatur almari solek {drop zone area}.
2. Susunatur almari solek {idea penggantung penjimat ruang}.
3. Iron board yang dah uzur.
4. Kotak ubat sapu yang lebih efektif.
5. Ruang untuk stok toiletries.
6. Ruang untuk koleksi beg.
7. Susunatur almari pakaian hers.
8. Susunatur almari pakaian his.
9. Perbaiki sistem ruang storan pakaian mini his.
10. Idea gantung baju yang nak dipakai semula.
Dan beberapa lagi yang nak diselesaikan. Sebelum masalah-masalah tu nak disenaraikan, kita kena tahu fungsi ruang setiap kawasan rumah kita ni. Baru kita dapat tempatkan barang-barang berkenaan di ruang yang kita mahukan.
Contohnya, fungsi ruang Bilik Utama saya selain untuk tidur, juga merupakan bilik bersiap dan bilik iron. Jadi, iron akan diletakkan di bilik ni dan satu ruang khas perlu diwujudkan untuk fungsi ini. Tak seronok rasanya setiap kali nak iron baju perlu amek iron dalam almari, bentang kain atau bukak iron board baru boleh iron. Sekarang zaman semua nak cepat. Jadi, selagi dapat jimatkan masa, kita jimatkan.
Selain tu, bagi yang ada almari besar...macam bilik saya ni almari 8x8 kaki rasanya...ruang atas dalam almari tu memerlukan saya untuk perah idea, barang apalah yang sesuai letak kat situ. Nak letak barang yang selalu digunakan, macam tak sesuai sebab takkan nak memanjat setiap kali nak guna barang tu. Tinggi sangat. Nak letak yang jarang digunakan macam baju-bajan lama pun macam tak muat sebab ruang atas tu agak limited.
Berhari-hari saya menung depan almari ni, dengan sekeping kertas dan sebatang pensel...carik idea...how to use this space practically to the max. Suami saya asyik tanya "bila nak sudah kemas?" Huhu. Biniknya ni asyik pikir, pikir dan pikir... Nasib baik membuahkan hasil. Rasa berbaloi jugak masa yang diambil untuk perah otak tu.
Di entri-entri berikut ni, kita akan pergi ke setiap topik tu ok (wah, dah macam sesi kuliah pulak bunyiknya ;p)
Cerita satu-satu...pelan-pelan.
Bulan-bulan berikut baru ada cerita dapur, ruang keluarga merangkap ruang kerja, ruang main anak-anak dan lain-lain. Terlalu banyak nak cerita rasanya. Selalu gitulah...bila takde idea, memang kering kontang, bila ada idea sampai banjir rasa otak ni...hehe
Jadi, sudi-sudikanlah diri menyertai saya berkongsi cerita susunatur ok! Bagi mereka yang nak join, boleh guna templat kat atas tadi dan di bawah ni untuk mudah kerja.
Macam biasa, nak download atau better preview pergi ke 'Koleksi Boleh Cetak' yek =)
Kepada bakal peserta:
1. Mohon tak dimuatnaikkan bahagian privasi bilik anda kerana kita hanya berkongsi cerita berkaitan susunatur sahaja ok =)
2. Di bahagian 'Name' tuliskan tajuk entri, bukan nama anda.
Senarai peserta Cabaran Bulan September ---> klik SINI.
Kepada bakal peserta:
1. Mohon tak dimuatnaikkan bahagian privasi bilik anda kerana kita hanya berkongsi cerita berkaitan susunatur sahaja ok =)
2. Di bahagian 'Name' tuliskan tajuk entri, bukan nama anda.
Senarai peserta Cabaran Bulan September ---> klik SINI.
teruja nak join.. Tapi bilik utama saya agak kosong...
ReplyDeleteironing board kat dining area, almari baju kat bilik lain...
hanya drawer, kabinet solek dan katil je kat bilik utama....
maklumlah baru pindah.. banyak tak lengkap lagi..
apa-apa pun, insyaAllah if berkelapangan will join..
takpe je dear..cerita apa yg ada..yg simple tu kadangyg seronok nk dgr! =)
Deletesy tumpang baca jek kot...setakat ni lom sesuai nak join..tak layak. bilik serabut..tak de yg menarik. boleh tumpang cari ilham...tak salah kan..
ReplyDeleteahaks..dpt ilham terus buat tau..pastu share..hee =)
Deletehehehe..bilik utama xble nak join sebab maluuuu katil tadak. da bukak sebab takut anak jatuh katil. sedey wooo bila hubby bukak katil tu. da tak rupa bilik rasanya.
ReplyDeleteehh jgn sedey2..tu tido stail jepun namanya tu..best tau..;)
Deletemmg tak galakkan show gambar katil semua nadt, tp cerita susunatur almari solek mcm gitu je...=)
menarik cabaran ni fizah!
ReplyDeletewalaupun masih serba serbi kekurangan, insyallah ada idea utk dikongsikan...
cuma nk tgk fizah on dulu...then i will follow u...insyallah jika berkesampatan...
oriteesss...semangat ni yg kita mahukan!! =D
Deleteisnin nti klu takde aral nk up satu citer..tungguuuu =)
wah sangat menarik...harus sertai ni...
ReplyDeletesibuk beraya...mood susun atur lama hilang...
ah-ha! jom kembali bersemangat mamarizqin!! =D
DeleteAkak fizah....nk join!!hehe walaupun tak tau ape yg nk distorykan..hihi
ReplyDeletehantam saja dikk...mmg ramai nk baca...hihi =)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewow PhD, dgree pun dah gulik gelantang....
ReplyDeletegulik gelantang doh ni...kuasa tiga..uhuks
DeleteAmek PhD kat ne? respect ler....hua hua hua jeles nye.....sob sob sob......ce citer sikit rahsia perjuangan mu
Deleteukm..tadop rahsia mende pun dik..kita redahhhh jeee....;)
DeleteOwh ini adalah seronok. Bestlah k.fizah always come up wif new idea. Bestnye lah kalau dpt join, tapi kita duduk umah sewa je kak...furniture semua pun owner punye...tersegan lah pulok nak join...huhu...
ReplyDeleteah-ha..su wajib join! hee =D
DeleteAkan Joint nanti....insya Allah..joint kawan2..
ReplyDeleteayuh diana! =)
DeleteMenarik idea ni, akak semua2 pon sumbat dalam master bedroom, baik ironing board, maupun workstation. Meja solek mmg takde gantung cermin je.
ReplyDeleteihiks..asalkan kemas kan kak..sendiri nk guna pun senang =)
Deletenk join. nk join.. suke bab2 kemas bilik tido ni :)
ReplyDeleteah-haa...jom kita!! =D
DeleteAty giler kose letak 3 terus...tu pon rase nak letak lagi...hahaha
ReplyDeletemuehehe..tak kose taww..
Deleteehh..tambah le lagi aty..byk yg nk dirujuk ni.. =D
dah letak entry..tp sgt basic punya susun atur..malu jer..
ReplyDeletenak join la jugak..best nie
ReplyDeletemoh kite =)
Deletenak join cam ner
ReplyDelete1. Buat entri pasal bedroom organizing.
Delete2. Linkkan entri awak tu ke entri ni guna 'Add your link' tool yg ada kat hujung entri ni.
3. Cara nak link, tekan butang 'Add your link', masukkan maklumat yg diminta, pilih gambar thumbnail yg mahu didisplaykn di entri ni
4. Siap.
#jgn lupa follow penaja kita ya
Selamat mencuba! ;}
Done..hehhe cuba nasib..thanks fizah
ReplyDeleteokes dear...tenkiu for supporting! xoxo ;)
Delete#nti jawab survey produk miles2urdoor kat sidebar tau
Rasa nk join tp segan....kalau kongsi stori atas meja solek je boleh ke fizah...dlm laci masih mencari idea..hehe..
ReplyDeleteblh jek dear..asalkan ttg susunatur ;)
DeleteDah join...hehe
Deleteyeah!!! ;D
Deletecik hani boleh join ke?
ReplyDeleteke dah tarikh tutup??
cik hani dah try..
ReplyDeletehttp://puapoo.blogspot.com/2013/09/home-organizing-kemas-meja-solek-yang.html
hihik..malu..malu
boleh je join cik hani...everyone can join ..hihi tutup end of sept...jauh lg...;)
Deletetengah buat susun atur bilik jugak ni... dah bertahun baju2 lama bergantung tak pakai, dah berabuk dah hahahaha.. hubby punyer ler tuh, kita nak susun dia x bagi, nak wat sendiri...
ReplyDeletenanti share tau..hee...seboks je sy ni kan..;}
Deletealamak cik fizah..mcm tak sempat je nak kemas meja solek mak tu.. hahaha.. ;)
ReplyDeletetakpe mamadaniel...next time insyaaAllah ada rezeki join k :)
Deletenak join..kang su update..hehhee..hrp2 sempat
ReplyDeletejom sue!! :))
Deletenk join jugak,, tp nyer cam tak pandai la nk tulis n3.. huhuhu
ReplyDeletehehe...tepek gambar pastu describe je dear :))
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHehe sukenye tgk... Xsempat nk organize, melayan si kenit jerrr
ReplyDeletesy pun makan bulan nk siapkn ni..hehe..;p
DeleteVery good contest.. Mengalakkan kekemasan rumah. Blog fiza menjadi rujukan saya, tp x sempat nk kemas pun..hohoho
ReplyDeleteummu shaima...sikit2 lama2 jadi bukit ;)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteda berkurun2 x edit blog.. asyik tgk org deco2 rumah je terutama si Aty_Fared :).. tiba2 terjumpa http://susunatursioca.blogspot.com yg mengumpulkan bloger2 n mewujudkan pelbagai idea... terus bersemangat nak join cabaran nie ;)
ReplyDeletemarilerr join fara..the more the merrier :)
Deleteskrg nie pakai baju menyusu jerk..tgh pilih2 baju utk dimasukan ke box charity..huhuhu
ReplyDeletedan apply cara system hanger labeling kak fiza