Pages

Thursday, June 12, 2014

Ruang Bekerja Di Dapur - Bhgn 1

Assalamualaikum wbt,

Lama rasanya tak kongsi cerita dapur kan. Cabaran dapur {1 & 2} pun lama dah berakhir. Tapi, sebab nak bagi nafas baru sikit pada cabaran kali ni, maka saya nak up juga cerita dapur. Biasalah, dapur la yang paling best nak susunatur sebab berlambakkk-lambakkk barangnya...hehehe ;)

Tapi sebelum tu, saya nak calling for Ikea lovers...hujung minggu ni kalau takde aral melintang saya akan terjah Ikea untuk 3rd batch delivery. Sesiapa yang nak join order, sila whatsapp segera ok. Khamis malam paling last boleh bagitau. Lepas tu akak tutup order. :)

Balik kepada topik. Ruang bekerja di dapur. 

Ada tiga bahagian untuk ruang ni di dapur saya yang comel lotte tu.

Satu. Bawah sinki.

Kedua. Bahagian laci.

Ketiga. Table top/sink area.

Saya nak kongsi bahagian satu dulu. Bahagian kedua dan ketiga insyaaAllah bakal menyusul.

Ini ruang storan bawah sinki saya, pintu belah kiri. 

Saya letakkan pelekat untuk gantung pan dan chopping board plastik di bahagian pintu bagi penggunaan ruang yang maksimum.

Di bahagian dalam pula ada set pengukus dan chopping board kayu. Organizer untuk dirikan chopping board kayu tu saya beli kat Daiso. 

Dan bahagian dalam yang tak nampak tu saya letakkan peralatan barbeku yang jarang digunakan. Saya ada terfikir nak letak basket yang boleh pusing keluar yang bentuk separuh bulat tu. Apa tu namanya, swivel basket ke apa. Tapi bentuk macam tu sebenarnya tak memenuhi spesifikasi saya untuk penggunaan ruang yang maksimum sebab bentuk dia yang bukan segiempat. Banyak rugi ruang rasanya. Jadi, saya biar je rak biasa macam tu. Lebih praktikal dan jimat.

Chopping board saya ada sampai lima sebab dulu masa menyewa pun beli. Saya tak let-go sebab memang saya masih guna kesemua chopping board tu. 

Setahu saya, ada baiknya kita asingkan penggunaan chopping board. Contohnya satu untuk potong bawang, satu untuk potong sayur, satu untuk potong buah-buahan, satu untuk potong/siang ikan, satu untuk potong ayam/daging. 

Begitu. 

Tapi, kadang tu bila dah ramai masuk dapur, bercampur-campur jugak jadiknya. Yelah tak dilabelkan, mana orang nak tahu fungsi sekian-sekian. Mungkin boleh cuba buat label lepas ni. {wahh, label kat chopping board...RARE!!} ;D

Ini ruang bawah sinki juga, di pintu belah kanan. 

Saya masih menggunakan khidmat pelekat dinding Pooh untuk menggantungkan kuali. 

*mahap yer belakang kuali cantikkk sangat* ;p

Pelekat ni kuat ok. Tak ada masalah saya nak menggantung-gantung ni. Dan saya masih menggunakan ruang di pintu kabinet untuk ruang storan yang maksimum.

Di bahagian dalam pula saya letakkan bekas storan Cosway untuk koleksi kain lap dan plastik. Sebelah belakang ada stok pencuci pinggan dan di depannya set periuk saya. Ada tiga saiz.

Bekas storan ni saya pernah kongsikan ceritanya di SINI
Cara melipat pun masih sama. Cuma ubah arah susunan je. *stillheart* ;)

Tingkat bawah untuk koleksi plastik.

Kotak ni saya balut sendiri. Ceritanya di SINI.


Full view susunatur bawah sinki yang ringkas dengan peralatan memasak yang secukup rasa. 

Saya sebenarnya lebih cenderung membeli peralatan yang betul-betul saya gunakan dengan ruang storan yang mencukupi. 

Kalau saya jumpa periuk belanga yang cun-cun, contohnya kat Ikea kan, banyak yang saya berkenan dengan set periuk belanga kuali dia semua tapi bila saya fikirkan ruang storan yang terhad, maka saya kuburkan je niat nak membeli tu. 

Camne pulak susunatur bawah sinki korang? 

Ada tips untuk penggunaan ruang yang maksimum? 

Atau tips untuk kurangkan humidity kat bawah sinki tu? Yelah, agak lembap bawah tu kan. Dulu saya letak hippo yang warna pink tu. Kurang jugaklah humidity level tu. Tapi sayanglah duit nak labur kat benda tu sebab cepat sangat penuh airnya. Seminggu sekali nak kena tukar.

Kalau ada apa-apa tips atau perkongsian bolehlah sertai cabaran bulanan kita.

JOM-JOM-JOM!! =)

 photo footer.png

27 comments:

  1. kemasnya fizah...nak tanya...benda lubang2 kat bahagian pintu tu beli kat daiso gak ke..apakah namanya...saya memang nak sangat buat camni..tgk fizah lekat xde paku2 camtu husband saya mesti bagi..tapi kalau paku ke hapa..mmg dia x bg langsung...btw, Ikea banyak sgt tempat renovate..barang banyak x display..kosong sana sini...kang kalau fiza pegi kang sia2 je banyak brg x jumpa...saya baru lepas terjah mgg lepas...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda berlubang tu mmg kotraktor kitchen kabinet yg pasang dear...sy yg mtk dia psg yg jenis lubang2 ni sbb nk pengudaraan yg mencukupi bwh tu..

      lamanya ikea renovate..last time sy pergi pun reno lg...huhu...ada org order billy bookcase..kena terjah juga..huhu. harap takde masalah...

      Delete
  2. kemasnya bawah sinki dapur fizah....

    ReplyDelete
  3. Kemas sgt ni. Kat rumah mak ni, bawah sink ada tong sampah. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tong sampah sy betul2 tepi kabinet ni, tp buh kat luar, bukan dalam kabinet...:)

      Delete
  4. wweehhaaa... bagus2 idea utk cik azue yg tak tahu nak susun bagaimana nih.. main sumbat dlm bakul semuanya.. lagi satu tak der pintu.. buh langsir ajer... kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok juga tu buh langsir blh tukar2 design cik azue...=)

      Delete
  5. wahh bestnya entry kali nie, sebab saya memang buntu nak uruskan bawah sinki.
    saya pinjam idea untuk urus kabinet saya ya.
    terima kasih

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/ubat-kolestrol-tinggi-semulajadi.html

    ReplyDelete
  6. Suka sangat tgk hasil kerja fizah. Idea yang sgt kretif . Pelekat gantung pan tu beli kat mne..sbb biasa beli tak boleh nak gantung yg berat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy beli kat mydin...tp da lama tak nmpk pelekat ni..jgnlaa diorg tak restock...pelekat kegemaran ni..hehe. mmg susah nk cari pelekat yg kuat mcm ni. tp dis one mmg terbaeekkk....=)

      Delete
  7. sgt suke idea ni..kemas n teratur..tp sy xde kc lgi..so,bwh sinki terbuka..insya'allah one day de kc akn implement idea ni..tq..hihi..yela..payah nk jmpe penggantung yg kuat pelekatnye..

    ReplyDelete
  8. tq for sharing. hihihi...tak sbr nk kemas bawah sinki. tp asyik bz je.

    ReplyDelete
  9. Jelessss...hehehe...
    Cantik la kak. Sejuk mata nengok. Akak diy pegboard eh kat pintu tu? Ke mmg pintu jenis mcm tu? Saya pun tgh face problem susunatur dapur jgk ni. Penuh brg ats kabinet. Dalam kena kosongkan. Lipas & cicak serang. Aigooo....lembap kan kt bwh sinki tu. Mmg syok la lipas duduk tempat hapak2 mcm tu. Stress la nak masak bila ada minatang2 ni. Kikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegboard eh nama dia..hehe. lupa akk. yg tu mmg kontraktor siap pasang sbb akk request utk pengudaraan yang optimum untuk bawah sinki.

      pasal lipas cicak semua tu, skrg mcm tgh glemer yg spray sutra ke apa namanya tu...cuba awak try. akk blm try lg sbb blm kronik lagi mslh tu kat dapur. tp nti nak try gak cari satu sbb cicak agak bermaharajalela juga di area ruang tamu. sukar nak bersihkan najisnya itu yang merata. ;p

      Delete
  10. kemasnye kak...suka tengok..sumber inspirasi..su xkemas lagi ru,ah semua tungang terbalik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk suka perasaan tu...perasaan tak sabar tgu rumah habis renovate...heeee..tak sabar nk mengemas kan...teruja nak tgu hasil susunatur sue =)

      Delete
  11. kak,kemas Nye,,sy suka la tgk akak punye susun atur tau..kreatif sgt..sy ni dh lame jd silent reader akak,, nti akak follow sy yer,,tima kasi kak,,:)

    ReplyDelete
  12. Kak Fizah, boleh tanya kontraktor kak mana dia dapat pegboard tak? Dah lama I cari tapi kedai kata kena special order. Mak oi! Harga special order tu memang tersangat baaiik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no fon kontraktor tu dah tukar...tak dpt contact dah...klu ada akk terjumpa akk tnykn insyaaAllah..

      Delete
  13. pelekat kuali tu mmg kuat btui..byk pelekat yang tak kuat. terpaksa pakai paku klu kat dinding ...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,