Pages

Monday, June 16, 2014

Memperkenalkan Para Pengiklan Di Blog SusunAturSioca

Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah, sepanjang berblog, ini kali pertama saya berjumpa niche perkongsian yang kena dengan jiwa. Kalau ikutkan saya ni dah lama berblog. Dari tahun 2007 lagi. Blog pertama menggunakan medium Friendster. Kemudian selepas kenal dengan blogspot, saya bangunkan blog Sioca Kecil. Tu blog pertama yang bercirikan perkongsian sesuka-rasa. Kebanyakannya perkongsian personal.

Tapi, sebab tak berani nak kongsi banyak-banyak hal personal, maka menjadilah blog tu sebulan tak sekali ada entri. Sekarang saya dah tutup blog tu untuk bacaan umum. Mohon maaf, ada yang emel tanya kenapa tak boleh buka lagi blog tu. Saya sampai dah tak jumpa emel orang yang tanya tu nak terangkan hal ni. Huhu...kalau awak tengah baca harap maafkan saya ya.

Masa awal-awal nak buat blog ni, saya sebenarnya agak khuatir ianya tak dapat mendatangkan manfaat. Tapi, as time goes by, saya mendapat banyak maklumbalas yang baik daripada pembaca. Ramai yang melahirkan rasa terima kasih mereka sebab saya buat blog dengan ciri begini {susunatur rumah}. Alhamdulillah saya bersyukur sangat kalau ada kebaikan yang dapat diambil dari blog kecil ini. Tak ada perkataan yang lebih patut saya sebutkan selain segala puji hanya untuk-Nya!

Kalau kita tengok seseorang tu sangat kemas, tersusun dan teratur, maka sematkanlah rasa kagum itu kepada yang meminjamkan sikap itu kepada dia. Jika pandang orang itu cantik, ketahuilah bahawa Penciptanya pasti lebih cantik. Jika pandang orang itu penyayang, ketahuilah bahawa Penciptanya pasti lebih penyayang. Jika pandang orang itu kaya, tentu Penciptanya lebih kaya. Begitu juga, jika pandang seseorang itu sangat teliti urusannya, ketahuilah Penciptanya sudah barang pasti lebih teliti urusan-Nya.

Manakah bahagian dunia ini yang dapat kita lihat cacat cela pada pembangunannya? Semuanya serba sempurna. Kerana yang menciptakannya adalah Yang Maha Sempurna. Yang merosakkan kesempurnaan itu adalah dari tangan-tangan manusia sendiri.

Maka, kembalikanlah semua rasa kagum dan terima kasih itu tadi kepada Yang Lebih Berhak.

Selain tu, sebenarnya hari ni saya juga nak menyatakan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada para pengiklan yang sudi beriklan di blog ini. Saya sangat terharu kerana diberi kepercayaan untuk menjadi medium bagi mempromosi produk mereka yang hebat.

Blog kecil ini masih jagung, tetapi saya bersyukur sangat kerana jumlah trafiknya setiap bulan adalah di luar jangkaan saya dan melebihi dari apa yang saya ingin capai dalam lebih kurang setahun ini. Alhamdulillah. Saya berharap dengan jumlah pembaca yang bertambah ini akan turut membantu mempromosi bisnes para pengiklan seterusnya membantu pengiklan untuk terus maju dalam perniagaan masing-masing. InsyaaAllah.

Setakat ni, saya sedang mengiklankan produk Wide Shawl dari USWAH Islamic Clothing. Kalau anda sedang mencari shawl yang lebar, tidak jarang dan patuh syariah, saya sangat mengesyorkan untuk anda mencuba produk dari USWAH ini. InsyaaAllah anda akan berpuas hati dengan shawl tersebut.


Selain itu, saya turut mengiklankan produk menutup aurat dari Aina Muslih: Muslim e-shoppe. Di sini ada pelbagai produk seperti stokin kaki, stokin tangan dan lain-lain produk yang menutup aurat. Pakaian untuk Umrah dan Haji juga ada. Saya sangat menyarankan anda mencuba produk dari Aina Muslih ini, insyaaAllah yang indah itu terpelihara. :)


Yang terkini, saya juga mengiklankan produk beg berjenama dari Bagzania. Wah, yang ini memang menjangkau fikiran saya untuk masuk sebagai iklan sebab harga begnya memang tinggi sesuai dengan brand dan kualitinya. Yang ni semua designer brands dari Paris. Sesuai sangat untuk kawan-kawan yang menitikberatkan kualiti dalam pembelian.


Alhamdulillah, sepanjang lebih kurang setahun penubuhan susunatursioca.blogspot.com, blog ini telah menjana lebih RM1000 tanpa iklan Nuffnang. Kecil jumlahnya pada sesetengah orang, tapi besar nilainya untuk saya.

Saya sangat berterima kasih kepada semua pembaca, baik yang selalu meninggalkan komen ataupun silent reader kerana setiap dari kehadiran anda di blog ini sangat bermakna untuk saya. Bukan sekadar tentang trafik tapi tentang perkongsian 'penyakit' kita iaitu susunatur dan 'ubat'nya. Perasaan berjumpa dengan geng yang sama ni adalah luar biasa seronok dan menggembirakan! ;)

Semoga ada manfaat dalam tulisan-tulisan ini. Saya mohon do'a dan teguran kalian di atas apa yang saya kongsikan di sini, semoga tidak terkeluar dari batas perkongsian yang sepatutnya. InsyaaAllah... :)

 photo footer.png

4 comments:

  1. alhamdulillah semoga bertambah dan melimpah ruah rezeki hedaknya!

    ReplyDelete
  2. berapa bayaran pengiklanan di sini fizah? email ke erranis@gmail.com.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...murah rezeki akak sekeluarga. Berkat akak memudahkan jalan org lain kan... *tq tau tlg kite..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,