Assalamualaikum wbt,
Rentetan perkongsian di entri sebelum ini tentang susunatur di bawah sinki, hari ini saya nak sambung ke bahagian berikutnya iaitu bahagian laci dan bahagian table top/sink area.
Laci yang saya maksudkan tu terletak bersebelahan je dengan ruang bawah sinki tu.
Pada asalnya, saya mintak kontraktor pasangkan mengikut saiz paling besar di bawah, sederhana besar di tengah dan paling kecil di atas. Tapi, dia datang dengan laci yang sama ketiga-tiga saiz macam ni. Redha jelah. Huhu.
Tapi, saya ok je sebenarnya laci macam ni. Sesuai pula dengan susunatur yang saya gunakan sekarang. Pandai-pandai adjustlah ya bila ada masalah macam ni. Tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. Bila ada perancangan kita yang tak kesampaian, maka berlapang dadalah kerana dunia memang bukan tempat untuk gembira sentiasa. Dunia tempat ujian. {wah ayattt...} ;D
Laci pertama {paling bawah}.
Laci ni saya letakkan peralatan memproses makanan iaitu blender dengan batu lesung.
Saya ada dua blender. Satu untuk blend cili, kunyit, atau bahan masakan yang sewaktu dengannya. Obvious sangat, blender yang belah kanan itulah yang dimaksudkan ;p Satu lagi yang belah kiri tu untuk blend jus buah, smoothies, bahan puding karamel dan yang sewaktu dengannya. Blender yang kecil tu untuk blend kerisik dan sebagainya yang kering.
Seperti biasa, saya mengekalkan konsep seringkas mungkin untuk setiap laci. Kalau banyak sangat barang, akan cenderung menjadi tidak efektif.
Laci kedua.
Di sini pula saya menempatkan peralatan persediaan memasak seperti penapis untuk tapis bahan mentah, santan, menguli itu ini dan sebagainyalah yang berkaitan. Di sini, berlaku ketidakseragaman warna, yang ada cita-cita di hati saya untuk menyeragamkannya. Tapi, belum berjumpa lagi dengan bekas yang menepati citarasa. So, pakai je dulu yang ni.
Laci ketiga.
Yang ni saya letak peralatan memasak seperti sudip, senduk, pisau, dan sebagainya. Saya pernah kongsikan cara saya buat divider tu di SINI. Masih berfungsi dengan elok. *stillheart* :)
Sekarang kita tengok bahagian terakhir iaitu bahagian sinki.
Untuk bahagian sinki, ada empat perkara yang perlu dipertimbangkan semasa nak design kitchen cabinet.
Pertama, jenis sinki yang dimahukan. Ada banyak jenis sinki sekarang ni dan ada banyak bentuk sinki. Ada yang tiga mangkuk, ada yang dua mangkuk, ada yang sama besar kedua-dua mangkuk, ada yang mempunyai kedalaman yang mencukupi untuk operasi merendam periuk belanga, ada yang secukup rasa je kedalamannya dan pelbagai lagi. Pilihlah ikut keselesaan bekerja masing-masing.
Kedua, jenis tap air yang dimahukan. Sekiranya kita memerlukan satu tap untuk disambungkan kepada water filter, ada baiknya kita memilih untuk memasang tap dengan dua kepala. Jika tidak, yang satu kepala sahaja pun dah boleh. Malah sekarang ada yang moden boleh gerak kiri kanan, meliuk-liuk segala.
Ketiga, cara pemasangan sinki. Ada dua cara pemasangan iaitu top-mounted atau under-mounted. Saya lebih suka under-mounted sebab nampak lebih kemas dan mengurangkan air terpercik semasa membasuh pinggan.
Keempat, cara pemasangan tap air. Pun ada dua cara yang biasa digunakan iaitu dipasang di dinding atau dipasang di sinki. Untuk memudahkan operasi maintenance, saya mencadangkan pasang pada sinki terus lebih memudahkan urusan kemudian hari berbanding pasang pada dinding.
...sekian kuliah hari ini. ;p
Dulu saya pakai sinki tiga mangkuk top-mounted tapi tak efektif dan tak kemas untuk saya. Tu yang saya tukar kepada dua mangkuk je dan buat dia under-mounted. Sebelah sinki yang bahagian kecil tu saya letakkan basket untuk tapiskan pinggan mangkuk yang dah basuh sehingga kering sebelum dimasukkan ke dalam 'rumah' mereka.
Benda comel ni penapis bahan buangan/sisa makanan. Saya beli kat Mr DIY.
Selain digunakan untuk membasuh dan merendam pinggan mangkuk kotor, bahagian sinki yang besar ni juga saya gunakan sebagai meja preparation memasak seperti kerja-kerja memotong bawang, sayur dan sebagainya.
Chopping board ni saya beli di Giant, lebih kurang RM25 kut macam tu harganya. Tak ingat pulak exact harga. Walaupun agak mahal, tapi ianya berbaloi dan sangat praktikal untuk saya gunakan sebab boleh disangkutkan pada sinki seperti di atas ni.
Di atas table top pula...
Cuma ada tiga sekawan garam, gula dan kunyit. Dengan menggunakan para dari Ikea, saya dapat menggunakan ruang bawah tu untuk letakkan dua cawan bertutup; satu untuk minyak bersih dan satu lagi untuk minyak menggoreng. Idea cawan ni saya tiru Yana...:)
Selain tu ada juga water filter Magic, jam dan pasu bunga hiasan. Jam tu penting sebab nak tengok masa memasak kan. Dah kukus kek berapa lama ke sekian sekian ke... ;)
Pemandangan keseluruhan ruang bekerja dan storannya.
Sikit je barang-barang kan. Ni kalau kenduri ni mau kena 'bahan' dengan orang tua-tua ni. Apasal tu takde ni takde. Macam mak saya kan, suka beli barang yang saya rasa memang takkan digunakan pun untuk masak harian. Tapi, mak saya beli jugak sebab pada fikirannya kalau ada kenduri kendara, senang...huhu. Macam dulang besar-besar, kuali besar-besar, periuk belanga yang saiznya ya ampunnn...saya pulak yang pening fikir mana nak letak semua tu...?? Haha...
Pemikiran orang tua kan...memang melangkaui zaman orang generasi-y macam saya. Dalam fikiran saya, kalau nak kenduri nanti barulah beli, takpun sekarang kan zaman catering, cateringkan aje...hahaha dasar sangattt...;D
So, macamana pula ruang bekerja korang di dapur? Marilah berkongsi...! =)
awesome...seronok tgok dapur fiza..:)
ReplyDeletetq iza =)
DeleteKak doakan su dpt dapur impian mcm kak fizah jgk..kemassss sangat ni kak...kagummm
ReplyDeletetq su..insyaaAllah su...akk doakan impian su tercapai...=)
Deletewahhhhhhhh... sangat suka tengok... kemas yunk.. meh r kemaskan dapur yana plak.. sob sob sob.. hhehe
ReplyDeletehehe...tiru2 idea uols jugak ni...jomler sesama kita =))
Deletefiza, kat mana beli dryer stainless steel kat sink tu? saya guna bakul utk keringkan pinggan sementara letak kat para tak cantik langsung .
ReplyDeletedryer basket tu from jusco sis...lbh kurang rm20 mcm tu harganya...ada byk saiz tp yg ni paling fit dgn sinki bowl..so amek yg ni..guna stainless steel cmni baru rasa satu set ngan sinki kan..dulu sy pakai basket putih tp cpt terkopek dia punya salut luar tu..nmpk karat sudahnya..huhu
Deletetengah pening nak susun atur dapr yang tak kabinet ni huhuhuhu .. sana sini google idea nak bg nampak kemas ....
ReplyDeletehehe gudluck yana...i know u can do it!! =)
Deletekemas,,, bersih,,, hihihi
ReplyDeletetq dear faiza =)
Deletebagusnye sistem penstoran awak..kemas, mudah dicapai, tersusun..saye suke saye suke
ReplyDeleteterima kasih...=))
Deletebasket utk tapis pinggan tu beli sekali dengan sinki?
ReplyDeletebasket tu beli asing...kat jusco lbh kurang rm10 harga dia..=)
Deletejanji kemas & efektif utk yg menggunakannya.
ReplyDeletemak sy pon byk beli brg2 tu semua.
blk kg sorang satu laundry basket utk setiap family.
tinggal ambik turn basuh baju, sidai baju jek...
rindu mak la...
sy kalu rindu mak sng...mak dok satu negeri..seminggu sekali paling kurang gi menjengah...hilang rindu...=)
DeleteKemas & teratur. Suka :)
ReplyDeletetq sis!! =))
DeleteSangat kreatif fizah..I heart ur blog..n must follow..hihi..jemput singgah ke blog azie pula :)
ReplyDeletetkasih azie..followed your blog too =))
Deletesaya suka macam ni gak..beli benda2 nak pakai je..tu pun ada 2 3 kuali..tp pakai yg satu tu jugak..huhu
ReplyDeleteitu pasal..jenis loyal mmg gini kan...ecewah...! ;p
Deletekagum sangatttt!!
ReplyDeletetak berani nak kongsi dapur sendirik.. takut awak pitam.. hahahahaha
teruskan membuat n3 camnih yer.. saya nak amik idea orang2 kreatif cam awak. :)
insyaaAllah sis..pasti boleh tu..buat pelan2..mana tak pakai letgo je..simpan yg betul2 digunakan je. insyaaAllah blh dpt sistem yg kemas, tersusun dan efektif...:))
Deletealahai..tomelnye dapo..hehe..mcm nak kongsi dapur sendiri.tp kene praktik jugak sistem 5s..sbb selalu ikut dan je campak.haha..janji di luar nmpk kemas je.kat dalam?diriku je tau..haha
ReplyDeleteYa Allah fizah kemas sesangat!! berkenan sgt bekas sisa mkn tu. kemas, cantek, tersusun n da bomb la. nnt share pulak fizah simpan pinggan mangkuk semua tu tau.. lg 1, sy xreti la kosong je table top. hehe. jenis nk mencapai terus jer. hoho
ReplyDeletebestnya...ada dapur sendiri..kita belum lagi so tak pikir pun lagi susun aturnya...tunggulah ada rezeki nanti untuk mendapatkan rumah baru..haruslah ada rumah baru dapat dapur kan...
ReplyDeleteMurahnye chopping board tu kt giant. Kena pi terjah ni. Kalo kt ikea, smpai beratus2. Nk beli pon x smpai hati. Hihi
ReplyDeletedah tau dah cmne nk simpan brg.lya pening n confius mase nk msuk brg.terinspirasi tgk kc akk.mohon tiru ape yg patut.hehe.bersih dan kemas.awesome.!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Fizah,
ReplyDeleteHas been a silent reader all these while :). Terima kasih atas blog yang sangat berguna ni.
Saya noticed dalam drawers tu macam ada alas. Alas apa yang digunakan eh? Ala2 kitchen paper ke? Thanks again for your sharing. Keep up the good work.
wslm wbt hidayah,
Deletetq for silently be here..hehe..really appreciate it..:))
alas drawer tu from ikea dear..material macam plastik getah gitu..senang nak lap..sy buh alas spy kalau ada belen2 air tak kering kat besen tu terkena kat laci, tak kembang ..
Assalam.. kalau mcm tu ruang dlm laci boleh dikatakan ada kelembapan la.. takper ke utk jgka pjg? (Blm ada kitchen kabinet sndiri lagi)
Deletewslm wbt, sbnrnya sy keringkan dulu di dishdrainer slps cuci, lepas kering baru masukkan dalam laci..
DeleteWater filter to jenama apa
ReplyDeletebrand Magic...from korea katanya...
DeleteOhh..sy suka tgk dapur fizah..kemas..dan msti ada tips yg bes2..bli sinki pun ada caranya..bru tau ni..benda biru tu penapis sisa rupenyer...nk bli jugak mcm tu..tp nk kale pink :)
ReplyDeleteAaaa comel sgt blender tu, bukti rajin masak tu ;)
ReplyDeleteByk nak tulis ni. Sila bersedia ye.hehe..
1. Penapis sisa diy tu praktikal tak kak? Dulu sy guna yg cosway yg style penapis tu, agak belemuih dan tak best.
2. Acaner papan tu blh muat2 je dgn sinki akak? Boleh laras ke apa tu? Haha... Mode tak puas hati ni...ade yg berkejar ke giant jgk pasni ;)
3. Saya sukaaaa rumah yg sikit barang. Dulu mak ayah mertua selalu jgk pesan suh beli periuk kuali besar2 semua tu, senang nak "kenduri" bila org dtg. Tp itulah storage tu yg problem. Lama2 diorg pun paham dah konsep rumah zaman sekarang..hehe...
hehe...brace yourself and get ready for the reply...ecewah! ;p
Delete1. penapis tu SANGAT praktikal...akk suka bentuk mcm tu, tirus di hujung spy air sisa tak berterabur, dan penggunaan pelekat macam tu membantu untuk menjimatkan penggunaan ruang yg byk..dalam 2-3 hari akk akan cabut dan basuh bersih2...puas hati sangat!
2. papan tu sesiap ukur..ada byk saiz tp yg ada besi penyangkut mcm ni ada satu saiz ni je...blh laras besi tu...blh pjgkn atau pendekkan according to our sink size.
3. haah, mak akk pun last2 redho dgn perangai anaknya ni...hihihi
Eh lupa satu lagi... I adore u lah kak..bila tgk ruang dapur akak tu mcm speechlesssss, ini homestay ke show unit ke apa ni yg kemas sgt2 ni..hihihi....
ReplyDeletetq su..alhamdulillahhhh :)
DeleteAwak memang rajin . pandai menyusun barang. Awak tahu kegunaan setiap brg. Saya tgu entry seterusnya utk bahagian dapur jugak yer.
ReplyDeleteSalam perkenalan...perkongsian yang menarik dalam menghias rumah menggunakan idea yang kreatif dan menjimatkan...Saya teruja untuk apabila melihat banyak idea daripada Fizah terutama sekali untuk idea DIY
ReplyDeleteSalam kenal, suka sgt dgn blog ni yg byk bg tips yg amat berguna.
ReplyDeleteKebetulan saya tgh plan nk buat KC. Jd sgt2 la bermanfaat...
Salam kenal. Tips yg menarik sgt2 terutama bg yg tengah cari idea utk KC.
ReplyDeletesalam cantiknya dapur akk..
ReplyDeleteAs,salam sis,sinki beli kat mana ye? Tq
ReplyDeletewslm wbt, beli sekali dengan kontraktor kitchen cabinet..
Delete