Pages

Monday, May 12, 2014

Mengemas Rak Buku Untuk Mini Library - Bhgn 1

Assalamualaikum wbt,

Ingat lagi tak ruang airwell yang pernah saya ceritakan satu masa dahulu? Last time saya cerita tentang pemasangan tiles kat ruang tu kan. Lepas tu letak rak untuk buku-buku. Kira macam mini librarylah lebih kurangnya.

Sebenarnya plan asal nak buat mini musolla tapi tak efektif pulak bila memikirkan bilik ni berkongsi fungsi dengan playroom anak-anak. Faham jelah kalau dah namanya playroom. Harus asyik bersepah je dengan mainan. Kesudahannya kalau nak solat berjemaah, di ruang tamu lebih sesuai dan selesa. Dan ruang airwell bertukar fungsi menjadi mini library cum playroom anak-anak.

Ini gambar terakhir yang saya kongsikan tentang ruang ni.

Dan as time goes by, ia telah menjadi seperti ini...!!

Hahah, penting menunjukkan gambar ini supaya dapat memperbetulkan persepsi masyarakat bahawa saya tetap manusia NORMAL seperti anda ;D ;D

Cubalah korang perhatikan gambar itu baik-baik. Apa sebenarnya masalahnya?

Yang saya nampak:

1. Kotak-kotak barang yang dibeli, tak ada ruang storan yang efektif maka diletakkan sahaja di atas rak.

2. Buku-buku dan nota-nota lama pengajian yang dah lusuh, tiada bekas storan tertutup, sayang pula nak dibuang maka ternampak clutter sangat di setiap bahagian rak. 

3. Bekas storan mainan anak-anak yang tidak dilabel menyebabkan anak-anak susah untuk membantu dalam proses mengemas setelah bermain.

4. Kalau perasan, ada pintu dapur yang kami cabut {sebab dah pasang grille} di bahagian kiri ruang ini. Perlu cari idea nak buat apa dengan pintu tu.

5. Barang-barang di lantai yang kebanyakkannya dilambak di situ sebab belum tahu status untuk dibuang, derma atau simpan.

6. Dan...beberapa koleksi kotak yang selambak. Patut dapat award penyimpan kotak tegar dah ni. -____-

Maka, kerana sudah tiba turn airwell untuk dikemas, perlahan-lahan saya senaraikan setiap masalah yang ada, cari solusi, fikirkan bekas yang bersesuaian, pilih kaedah melabel yang memudahkan untuk anak-anak, fikirkan ruang untuk barang yang makan ruang seperti pintu terpakai tadi...dan paling penting menguatkan hati untuk proses MENYISIH!

Phew...berpeluh-peluh dan berdebar-debar untuk proses yang paling akhir tu! ;p

Dan selepas beberapa ketika {dramatik sangat kalau nak cerita exact tempoh ;p}, selesailah proses mengemas di ruang yang cukup istimewa buat kami ini.


1. Untuk tiga rak yang kiri, hanya baris paling bawah diperuntukkan untuk bekas storan mainan anak-anak. 

2. Lagi tiga yang atas tu untuk ruang storan nota-nota pengajian, majalah-majalah lama dan barang-barang yang boleh dikategorikan sebagai 'memorable and don't let it go'. ;)


3. Kali ni, saya menggunakan khidmat bekas storan Ikea yang harganya-mampu-milik untuk storan mainan dan nota-nota lama. 

4. Sengaja saya tak balut folder tu sebab nak kekalkan warna putih. To keep it simple and nice gituh...Susunatur dalam folder tu pun masih perlukan perincian sebenarnya tapi for the meantime, saya dah cukup puas hati. 

5. Dan bekas storan mainan anak-anak pun dah siap saya labelkan. Guna kertas sticker, print dan tampal.


6. Lagi dua baris untuk 'memorable item' tadi. Masih perlukan sentuhan kasih sayang di sini. Seperti kekurangan umph! Mungkin perlu balut folder hitam dan kotak-kotak zoom dan Philips tu. Next project la kot kalau terlajak rajin! ;p

Kotak purple dan merah di baris paling atas tu, Cosway mari.

Keseluruhan rak dah jadi begini...selepas puas menyusun, mengatur, melabel dan menyisih. Phew!

Cuma satulah, ruang ni masih tiada plug point. Jadi saya perlu gunakan extension plug yang bulat tu {atas rak sebelah radio} untuk plug point kipas dan radio. Agak mengganggu pemandangan mata wayar tu semua. Hehe, OCD sangat bunyinya... ;p

InsyaaAllah ada rezeki saya kongsi keseluruhan rupa ruang ni. Tapi next entry untuk cabaran ni mungkin saya nak kongsikan dulu perincian tiga rak yang belah kanan tu pulak.

Ada perkongsian dari kawan-kawan tentang sudut istimewa korang pula? 

Ada ruang seperti airwell ni tak yang developer sediakan kat rumah? 

Yang jenis siling tinggi korang biar kosong atau renovate untuk tambah ruang attic? 

Ayuh, jom kongsikan semua itu di cabaran bulanan kita...dan berpeluang memenangi Pop-Up Spice Rack! Dan jangan lupa follow blog penaja yang comel itu ok! =))

 photo footer.png

42 comments:

  1. teruja rasa nak kemas rak buku kat umah bila tgk entri ni, Good job. akak pun ada masalah suka kumpul kotak..dushhh penuh dah stor tu, konon2 nak wat macam2, nak balut, isi barang..huhu satu pun tak jalan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat rak buku akk tu. ok kemas dulu kak. pastu SHARE! hihihi =D

      Delete
  2. assalam fizah. selamat hari ibu. waaah kemasnya rak buku. sy pon nk kne start mengomeh gak ni. huhu

    ReplyDelete
  3. salam
    selamat pagi isnin
    singgah kejap minggu nie anum bz sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anum...tq sudi menyinggah..really apprecite it...:)

      Delete
  4. cantikkk..kemas sangat :) teringin nak ada mini library jugak.. tp rumah sewa x mengizinkan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe simpan idea utk rumah sendiri nanti dear =)

      Delete
  5. kotak warna warni tu buat saya teruja...wish 2 dua sama dalam satu pek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun suka sgt tgk kotak tu. dua tu for rm7.90. berbaloi2 =)

      Delete
  6. kemasnyeeeee... kagum sesangat!!

    ReplyDelete
  7. kalau saya nak stay kemas selalu memang susah...anak2 masih kecil...suka sepahkan barang mainan...tp semua tu tuk perkembangan mereka jgk kan...xpelah maknye letih ckit...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu dear. kadang dah jadi mak ni kurang sikit simptom OCD tu. anak2 jd penawar ;)

      Delete
  8. Fizah, rak buku tu, IKEA mari ke?

    pintu lama boleh makeover jadi meja. cari rak buku yg sama panjang, jadikan kakinya.
    nabilah nak buat nanti sbg meja jepun kt bilik soho, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai baca fikiran saya. memang pintu tu nk buat meja...;p

      rak buku...mydin mari! ;) rm99 satu. tu gabungkan dua ketul jadi macam tu.

      Delete
  9. cantik..nampak segak bila dah berwarna warni kan :D

    ReplyDelete
  10. kemas... tak sabarnya nak bt mini library saya..

    ReplyDelete
  11. macam biasa..kerja tangan awak memang ohsem.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamax..malu iols retis komen...hehe. tenkiu kak. =))

      Delete
  12. wohooo...gigihnya fizah.
    kemas giler... bilalah kak ayu nak jadi serajin fizah ni. seru kak ayu sket suh kasik rajin heehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...caiyok kak ayu...kak ayu pasti boleh!! :)

      Delete
  13. Fizah nak tanya apa fizah buat dgn kotak2 td tuh...buang atau bukak kotak simpan? ?..tq ..memang kemas dan terbaik. ..akk suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kotak2 tu ada sebahagiannya saya simpan kak shima. yg sy agak yakin sy akan menggunakannya sama ada utk aktiviti anak-anak atau utk aktiviti organizing sy. Dan yg saya simpan tu sy pastikan saiz dia mencukupi utk dimasukkan ke dalam bekas storan. kalau besar sgt, saya potong dulu. selebihnya kotak yg ada kebanyakkan saya buang..huhu

      Delete
  14. cantik n kemas suka tgk............bl la nak wat mcm akk nie smua ek............

    http://mummydaddynsi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ nor azerin...pelan-pelan boleh tu...=)

      Delete
  15. waa lebih kemas...n sedap jek mata memandang...emmm saya pon tergolong dalam kategori suka menyimpan barang dan malas nak fikir samada buang atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buang sikit2 penyakit ni..hehehe ;p

      Delete
  16. kalo dekat ngn rmh, mahu je aku beli kotak yg kau tidak mahu tu. aku perlu kotak bila nak pos brg, hahaaa.
    aku mampu simpulkan, kau mmg terbaik dan terajin. sgt2la rajin. kemas dan terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. kotak tu pun dah lusuh. mmg hukumnya dibuang tp aku kan mcm2 nk buat kononnya...hihu ;)

      Delete
  17. cosway mari eh...cam cantik jek
    kemas la , suka tengok

    ReplyDelete
  18. Hari tu tgk kotak colourful tu kat jusco mcm x brapa menarik jewww...tgk kat sini mcm cantik lah pulak...ohhh pengaruh rakan sebaya sgt ni..haha..
    Akak...pintu dapur tu, kalau touch up sikit buat elemen deko hang kat mana2 bahagian wall ok x? Urm...abaikanlah...mcm mengarut2 je sy ni...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu pengaruh rakan sebaya..biasa tu...:)) hihi

      pintu tu besar su, klu gantung ke dinding akk rasa nmpk sempit rumah. so akk rasa nk buat meja kut..hihi btw tq so much for ur idea! it's brilliant! =))

      Delete
  19. nak buat mini library jugakkkk...heee

    ReplyDelete
  20. cantik nya kak..tersusun kemas. rumah saya tak tersusun...hihihihi

    ReplyDelete
  21. cantiknya..teringin lak nak buat mini library..bersepah betul kat atas rumah ciku ni.love this blog.:)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,