Pages

Thursday, October 31, 2013

{Sticky Post} Cabaran Bulan Oktober :: Bilik Anak

Assalamualaikum wbt,

Yuhuuu...tanpa banyak membuang masa, kita teruskan cabaran bulanan kita ya...di mana kali ni kita ketengahkan 'Bilik Anak' sebagai prospek perbincangan...:)

Saya mohon maaf sangat kalau ada yang tak dapat join kali ni sebab nak pilih dapur yang semua orang boleh join, dapur saya masih dalam usaha baikpulih sistem. Banyak cerita tak dapat nak dikongsikan pulak nanti...Jadi, saya terpaksa pilih bilik yang dah selesai dulu. Takpe ya...harap bersabar menunggu turn dapur atau ruang kerja...:)


Tapi, sebelum tu ada beberapa kawan saya tanya, macamana saya uruskan masa seharian nak cope dengan study, kemas rumah, memasak, basuh baju, aktiviti dengan anak, blogging dan sebagainya lagi. Mungkin dengan tercetusnya blog susunatur ni, ramai yang ingat kehidupan saya sempurna --

Jadi, dengan rasa bertanggungjawabnya, saya nak perbetulkan persepsi masyarakat terhadap saya...;p

Sebenarnya, saya sama je macam semua orang jugak...datang waktu serabut...serabut jugak...turun naik kehidupan yang normal.

Tapi, mungkin bezanya saya membiasakan diri dengan jadual, maka waktu-waktu tertentu yang saya kemalasan, saya cuba sedaya upaya stick pada jadual. Kalau tak ada jadual, boleh je menjalani kehidupan seperti biasa, tapi bila dah malas kita jadi macam lost, taktahu nak buat apa, mula dari mana...apakah penghujung dan kesudahan kemalasan itu semua. Kalau ada jadual, kita tahu 'we need to do this, we must finish this...and so on'.

Gituuu...

Saya pernah cerita bab planner saya tapi banyak perubahan pada planner tu sebab masa tu pertama kali buat secara bersistematik. Tapi, bila dipraktikkan banyak rupanya yang perlu saya perbaiki...itu semua nanti saya akan kongsikan perlahan-lahan dalam entri-entri akan datang dengan anda semua. Perkongsian ini sekadar untuk membantu 'orang-orang macam saya'. Yang jenis boleh on-the-go je, mungkin takde hal pun takde sistem-sistem segala ni ;}

Planner 2014 pun dah siap. Kita merancang, Allah merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Kita imani itu. Dan dalam masa yang sama, kita usahakan agar kehidupan kita ni ada makna. Bukan hanya 'follow the flow'.

Namanya perancangan. Berjaya tak berjaya, tak boleh dijangka. Tapi bila dah tetapkan target, kita akan USAHA. Dan insyaaAllah usaha itulah yang Allah akan nilai.

Ops, terpanjang pulak muqaddimah hari ni...tak berkaitan bilik anak pulak tu...bukan apa, ada kawan SMS dan ada yang e-mail tanya hal ni, saja saya nak amek kesempatan jawab sikit...nanti cabaran ruang belajar saya akan up perincian planner 2014 saya...insyaaAllah...;)

Jadi, seperti biasa, sesiapa yang nak join cabaran bulanan kali ni, boleh up cerita anda di inlink tools di hujung entri ni. Boleh up cerita-cerita lama tapi kalau boleh berikan sedikit nafas baru dan boleh hantar banyak entri.

Walaupun nama cabaran kita 'bilik anak' tapi apa-apa yang berkaitan anak anda boleh je dimasukkan. Contohnya:

- persiapan bento anak
- resipi makanan anak homemade {sendiri buat punya}
- ruang mainan anak
- ruang aktiviti anak
- homeschooling aktiviti
- susunatur perabot di bilik anak

Saya suka kumpulkan idea berkaitan anak-anak ni sebab nak buat sendiri tak berapa mahir. Alang-alang dah up cerita 'bilik anak' sekalikan dengan semua yang berkaitan anaklah...

Kali ni, fokus perbincangan kita masih tentang susunatur tapi kita suntikkan sedikit unsur warna warni kehidupan atau bahasa mudahnya 'bersepah' kerana daya kreativiti yang tinggi anak-anak ni pasti normal di kalangan kita semua tetapi bagaimana kita hadapi ruang imaginasi mereka tanpa mengehadkannya hanya kerana nak rumah kekal kemas itulah yang nak kita kongsikan.

Itulah antara cabaran kita sebagai ibubapa untuk kreatif menyeimbangkan antara rumah yang masih boleh kelihatan kemas dan anak tetap bebas bereksplorasi. Gituuu...

Dan seperti Cabaran September jugak, kalau ada sponsor baru kita umumkan pemenang ok ;)

Nota: Di bahagian nama, tuliskan tajuk entri atau apa-apa tajuk yang bersesuaian dengan kandungan entri ya, bukan nama anda...macehhh semua :)

Senarai peserta ---> KLIK SINI

Perkongsian daripada tuan tanah:

1. DIY Bekas Storan Bulky Items Almari Anak
2. Susunatur Keperluan Anak Dalam Bekas DIY
3. Susunatur Tuala Kecil, Selimut Bayi & Napkin
4. Sudut Membaca Di Bilik Anak Kecil
5. Susunatur Keseluruhan Almari Baju Anak {Bhgn 1}
6. Susunatur Dalam Laci Anak Perempuan
7. Susunatur Keseluruhan Almari Baju Anak {Bhgn 2}

 photo footer.png

60 comments:

  1. yeay!!! tak dapat join!
    Anyway looking forward for all the entries...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for keep supporting us dear, love love.. ♥

      Delete
  2. heheh.. wah dah ada cabaran baru... hehhe sori tak dapat join coz tak der anak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe yana..insyaaAllah sy doakan yana dimurahkan rezeki meramaikan umat nabi SAW...

      next cabaran insyaaAllah blh join...:)

      Delete
  3. Kite da join...bole ke camtu...entry lama...yg baru lum buat lagi..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh uyah...klu ada citer baru blh up lagi :)

      Delete
  4. akak dah join... saje cuba2... heheheh... entry yang tak seberapa.. hik hik hik..

    ReplyDelete
  5. Kak....nk join jugak..tp entry lame la...xde y terbaru..tak terdaye nk ubah susunatur blik anak..mabuk darat dtg melanda, ape pon xmo buat....

    ReplyDelete
  6. nak kena join gak ni...hehehehe

    ReplyDelete
  7. menarik cabaran kali nie.....
    tetiba da muncul idea utk create resepi baru...hehehhe :)

    ReplyDelete
  8. wow, bestnya cabaran nii.. tapi bilik raisya tak deco2 lagi laa, hold dulu, ibu takde mood nak mendeco bilik anak, hehehe... xpe2, boleh tgk bilik anak kawan blogger lain, nnt boleh dapatkan idea..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. ala..... baru nak join bulan ni.. tapi takde anak camne? :( :( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak sorry sgt dear..memula terfikir jgk benda ni tp mmg itu je bilik yg boleh sy up utk bulan ni..yg lain belum sesuai lg..masih baikpulih..ada yg belum bersusun pun lg..

      tapi tapi tapi... jgn risau, ni nama je cabaran bulanan, tapi kalau ada cerita susunatur lain nak dikongsikan boleh je stori mori kat blog awak..ramai peminat susunatur nak baca ni..

      next month kita cuba up citer dapur insyaaAllah...pejam celik pejam celik dah habis sebulan..chill ok ;)

      Delete
  11. teringin nk join tp blum setup apa2 lg utk bilik ank2..huhu..ruginye...

    ReplyDelete
  12. eheh..dah nak join gak..tak kira!...utk sementara ni up entri yg lama dulu..jeles tgk orang rancak bersusun atur skang nih.. nati ade kelapangan up lg entri baru! muahaahaaa...

    ReplyDelete
  13. Tengok...giler kose tak letak sampai 10...tu pon rase mcm nak letak lg full reveal playrooms qaleef paling latest....muwahahaha.... gelak giler kuasa....

    ReplyDelete
  14. Harap2 this time saya berkesempatan untuk berkongsi...huhuhu...
    Kadang2 kalau terlalu banyak "harap" last2 tak terjoin jgk...apepontakbleh...hahaha...

    ReplyDelete
  15. wow.. dah banyak penyertaan... bagus3... :D :D :D

    ReplyDelete
  16. Salam berkenalan dari saya..blog ne terbuka kew..mcm best jew ;)

    ReplyDelete
  17. Salam berkenalan dari saya,,blog ne terbuka kew..mcm best jew :)

    ReplyDelete
  18. wah menarik.. done follow sini juga yer

    ReplyDelete
  19. wah menarik ni.. done follow sini juga yer

    ReplyDelete
  20. wahhh sy tak sabar tggu cabaran dapur.. cepat kak siapkan dapur ihik.. x sabar tgk idea2 dr pesakit2 ni.. hahahha

    ReplyDelete
  21. Dah...hehe..byk lagi n3 nak share sini tp dah pening mencari..malas nak baca balik..kadang2 label dah tp bukak2 cerita lain...hahaha....

    ReplyDelete
  22. fizah, cane cara nak join..1st time neh, huhu..yang entry pasal make over katil anak boleh masuk ke? huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh je dear..nnti klik kat 'Add your link'...masukkan:

      Name - tajuk entri
      url - url entri
      dan e-mail.

      pastu 'skip this step'. pastu pilih thumbnail utk display..done!..selamat mencuba! :)

      Delete
  23. salam,
    selalu jadi silent reader je, kali ni nak join. dah letak entry utk resipi anak. pasni nak letak entry bilik anak pulak. blh ke? hihi

    ReplyDelete
  24. wahh..boleh masuk ni..ada 2-3 entry berkaitan..hehe! sambil menambah geng kaki deko gak :)

    ReplyDelete
  25. akak delete lah post yg ke 59 tu..1st time nk join.nnt sy upload semule dgn detail yg di perlukan..entry mcm xde kaitan jerk ..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm ok dah tu..takya delete pun takpe..berkaitan anak boleh je :)

      Delete
  26. dulu dulu tengok orang lain join tapi takde kesempatan nak join...tapi kali nih nekad nak join jugak hehehee

    ReplyDelete
  27. aida bleh join kot kali ni :-) memang sedang nak kemas semula bilik anak2 dara tu.
    aida ada byk post dulu-dulu pasal bilik diorang :-)

    ReplyDelete
  28. sqlam,saya ada join .post saya bawah tajuk homeschooling anqk.tetapi tajuk entry keluar superdotnunu pulak.takpe la ye..heheeh first time add link..

    ReplyDelete
  29. salam..first time ni..macam mana kekdahnya nak join cabaran ni??? bagi link je ke fizah?

    http://saihome2013.blogspot.com/2013/10/princess-chamber.html

    baru nak berkecimpung dalam dunia blog2 ni...masih belum pandai...tolong tunjuuk ajar ku sifu!

    ReplyDelete
  30. Dah taruk link... Tp entry sy xseberapa... Sajer jer cecuba...

    ReplyDelete
  31. Oh, dah tak boleh join yek? alaaaa rugiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh lagi linda..masih ada beberapa hari lagi ni..end 31.10.2013 :) JOM!!

      Delete
  32. salam...rina nak join!!

    rina dah like kedaikawankami & Canvas Darte :)

    nanti rina update comment menggunakan tajuk2 entri...

    just nak bgtau, im on my way nak deko bilik anak so x byk la huhu

    lastly tq organize contest ni..byk sgt info dapat ^__^

    ReplyDelete
  33. http://rinastories.blogspot.com/2013/10/mencari-idea-untuk-playroom-zuha-dareesa.html

    ReplyDelete
  34. Salam..baru cuba-cuba nak join ni=)

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.. slalu sy silent reader jer.. tp kali ni teringin nak join pulak, resepi untuk baby..

    ReplyDelete
  36. Dear Fizah,

    Thanks for drooping by at my blog and leave your comment!
    Really appreciate it.

    Nurul

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,